Saturday, 23 May 2026
Terima Kasih Buat Semua dengan Ucapan ini. (Kita semua adalah guru kepada insan lain)
Sabtu, 16 Mei 2026
Terima Kasih Buat Semua dengan Ucapan ini.
Dengan ucapan ini baru ku sedari daku pernah jadi Guru dulu...hihi.
Terima kasih kepada yang mengingatiku...Semoga murid2 ku dulu membesar dengan Ilmu dan mengguna pakai Ilmu yang kami guru2 ajar kepada mereka. Moga dengan adanya titipan nasihat dari kami , anda semua dapat meniti hidup cemerlang. Murid kecilku dulu yang menjadi...itu ini dan itu ini...hihi... ( kerjaya yang pelbagai)..meski dalam bidang apa sekalipon yang mereka ceburi daku tetap doakan mereka Maju terus Maju muridku.....dan bekerja Ikhlas kerana Allah Taala.
Moga mereka maju dan terus maju.
Tq muridku yg ingat padaku ku
menjelang hari guru.
Ya Rabb dengan titipan ini buat ku dari muridku daku titipkan doa buat guru2kuyang telah lama pulang ke Rahmatullah. Kasihanilah mereka , ampunilah mereka , masukkanlah mereka kegulungan orang2 yang soleh. Terimalah doaku ini Rabbku.
Lagu Guru Malaysia.
Wow daku masih ingat rupanya.(tak Sangka)
Kami Guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji
mendidik dan memimpin
putra putri negara kita
Pada seri Paduka
Kami tumpahkan Setia,
Rukun Negara Kita
Panduan hidup kami semua,
Di bidang pembangunan, Kami tetap bersama
Membantu, Membina , Negara yang tercinta.
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji..
Tunai tetap kami tunaikan.
From Saidah With Lov...Tahun2 tak lupa Saidah padaku...Mak Ciknya.
Daku tetap dapat ucapan dari Saidah. Ingat dia padaku. Semban2 hampir satu jam...Saidah ingat lagi masa MakCik ajar dulu. Dia juga ingat Bagaimana Kelas Mak Cik yang cantik tu..Dapat keceriaan Kelas sampai setiap bulan. Juara "Keceriaan Kelas" dalam setahun.
Semua itu anugerahMu Rabbku.
Seronok pulak ingat masa jadi Guru. Sebenarnya di samping usahaku ianya usaha dari muridku juga. Dengan daku buat jadual tugas yang mereka suka tugas2 setiap pagi berjalan lancar mengikut jadual Tugas. MaasyaaAllah sehinga guru2 lain pon puji muridku rajin mengemas kelas. Menyusun sudut2 yang daku buat. Sudut pemulihan dan pengayaan. Daku betul2 apply apa yang daku belajar dlm Perguruan dulu.
Pohon Pengayaan dan Pemulihan menerujakan tetamu yag masuk ke bilik darjahku kerana sentuhan bunga2 besar menghiasi pohon.
Daku masih ingat masa daku kecil mak bawa daku ke sekolah. Bilik darjah Mak cantik sangat ...Ada bunga2 yang mak buat sendiri di setiap sudut. Mak memang seni orangnya. Buat bunga macam mak memang daku boleh. TQ mak ajar Eni. Masa daku ikut mak dari tadika. Daku dah ikut mak pergi sekolah masa baru sehari dalam perut mak...hihi...Itulah anugerah Mak oleh A llah kepada kita. Mak mak...Eni Rindu mak. Mak tetap guru walaupon mak dah ikat guru tu kat meja sekolah masa mak pencen. Eni pon ikat guru Eni kat meja sekolah ...Tapi Eni dan Mak Tetap guru.
Mak kan pernah ceritakan pada Eni, ayah Mak seorang Guru yang baik sangat. Ayah Mak Guru Besar masa tu. Kesian Mak anak Yatim dari kecil. Ayah mak modern sungguh Eni rasa bila dia boleh mengajar mak yg baru darjah 2 buat kek dengan menggunakan alat Penimbang. Kagum kami pada ayah Mak.
Dia perkenalkan pada mak alat penimbang Auns & pauns.(LB) MaasyaaAllah canggih nya ayah mak.
Beberapa malam sudah pi klinik jumpa seorang pegawai kerajaan yang bawa isterinya ke Klinik kerana terjatuh ...Isterinya main net Ball dengan murid untuk sambut hari Guru...Laa beliau dari Taiping. oic ayahnya age 80 sekarang .. banyak cerita tentang ayahandanya adalah Guru zaman dulu. Banyak dijawab oleh Anis tentang Opahnya dan Tok Wan...Anis banyak tahu sebab Anis banyak bersembang dengan Opah masa kecil ...Di boleh ingat apa yang Opah cerita padanya. ...Daku kata ayah ku Dari Kolej kat Matang Taiping Perak. Jadi first intake kat SITC. Sultan Idris Tecknikal Colledge...Tapi Pakku lebih tua dpd ayah saudara ni.
Pakku sama Umur Sukarno. Itu yang daku ingatpon.
Pak !...Pak Jugak dalam kenangan Eni. Eni pernah kena rotan kerana lambat naik makan semasa hari gaji Pak. Pak masak makanan istimewa. Eni asyik main guli (guli batu2 kecil yg kami pungut dari sungai) dengan Rohani...hihi..Lari terus duduk tepi talam. (sempat basuh tangan) hihi..Pak Tanya mana Ani tadi. Depa kata ...tuuuuu...sambil tunjuk padaku. Daku sorang ja anak Pak yang pernah kena rotan. Tapi tak sakit...hihi. Nakal sungguh daku masa kecil. Rindu Pak.
Rabbku jika tidak keranaMu daku cukup tak minat Profesyen ini. Ceramah Ustaz Ali kali pertama sangat menyentuh hati sanubariku.
MERAIH PAHALA BERGANDA2 DARI ALLAH AZZAWAJALLA DENGAN MENGGEMBIRAKAN ORANG LAIN.
Gambar adalah hiasan...
ASSALAMUALAIKUM...
WAHAI SAHABAT2 BLOGKU SEMUA...
JIKA DIKAU MAMPU MENGEMBIRAKAN SEORANG SAHABATMU DI AWAL ZULHIJJAH INI MAKANYA DIKAU BERJAYA MERAIH PAHALA BERGANDA2 DARI ALLAH AZZAWAJALLA. ALLAH AKAN MENGEMBIRAKAN KAMU BERGANDA2 KALINYA. GEMBIRAKANLAH SAHABAT2MU, ANAK2 , ISTERIMU, RAKAN SEJAWATMU, DAN MEREKA YANG KAMU TEMUI. JIKA KAMU TAK BERDAYA MENYEDEKAHKAN WANG...KAMU SEDEKAHKAN SENYUMAN SUDAH MEMADAI...RAIH LAH PAHALA YG ALLAH JANJIKAN INI. " AWAL ZULHIJJAH PENUH KEBERKATAN.
JIKA KAMU MEMPUNYAI WANG MELIMPAH SEDEKAHKANLAH KEPADA CLEANER2 PEJABATMU. YG KAMU TEMUI...HULURKAN SEPULUH KA ,DUA PULUH KA DAN BERAPA SAHAJA YG KAMU ADA DAN NIATKAN BAHAWA DENGAN ADANYA MEREKA KAMU BISA MENGUUNAKAN PRASARANA KELILILINGMU DGN DENGAN SEMPURNA DAN MEMUASKAN. JADILAH ORANG YANG PEMURAH SAHABATKU SEMUA.
SEMASA DAKU BERTUGAS DAHULU DAKU SANGAT RAPAT DENGAN CLEANER INDON DI SEKOLAH KU SEHINGGAKAN RAMAI GURU2 YANG BERKATA..."KAWAN BAIK KAK ANI" MEREKA TAK TAHU MENGAPA KITA PERLU ADA INSAN2YANG BEGINI...ITULAH SUMBER PALING MUDAH UNTUK KITA MEMBERI SEDEKAH. MEREKA ADALAH SUMBER PAHALA BAGI KITA..
DAKU KADANG2 MENJADI HERO BILA MEMBAWA CLEANER ITU BERSAMA KU KE PASARAYA "AJAK MAKAN MAKANAN YANG BIASA KITA MAKAN.. SEKADAR MEE REBUS SEDAP UNTUK NIKMATI BERSAMA" DAKU HAMPIR MENITIK AIR MATA MERLIHAT SAHABATKU ITU MENGAIS2 KAN UDANG LETAK SEBELAH MENGAIS2 SAYUR LETAK DI SEBELAH PINGGANNYA. " CIKGU NORAINI...BIBIK YANI TAK PERNAH MAKAN SEMUA NI "' JATUH HATIKU MENDENGARNYA...ITU SEMUA ADALAH PENGALAMAN YG ALLAH TEMUKAN DENGANKU.
SATU HARI LAIN DAKU BAWA KAKAK BIBIK YANI...BIBIK FATIMAH NAMANYA , KE PASARAYA. " CIKGU NORANI BIBIK FATIMAH TAKUT NAIK TANGGA BERGERAK NI. (ESCALATOR) 'KATAKU ...TAK APA BIBIK...CIKGU NORAINI PEGANG BIBIK KUAT2 " AKU TERINGAT...DAKU SUKA BAHASAKAN DIRIKU "CIKGU NORAINI DGN MEREKA" DAKU SAYANG MEREKA. AKU TERSENYUM DALAM SEDIH SEBAB MELIHAT, BIBIK FATIMAH DALAM KETAKUTAN, TAPI AKU BERSYUKUR KERANA PENGALAMAN BIBIK FATIMAH NAIK ESCALATOR PERTAMA KALINYA , ADALAH DENGANKU. SAAT PERPISAH ..."CIKGU NORAINI...TERIMA KASIH BANYAK2 BAWA BIBIK BERJALAN2, BIBIK GEMBIRA." SEBENARNYA DAKU HAPPY BAGI MEREKA HAPPY.
DAKU MASIH TERINGAT...DAKU PERGI AMBIL BIBIK YANI UNTUK MENEMANIKU PERGI KE PUTRAJAYA BERTEMU ANAKKU. KETIKA ITU HAMPIR MALAM..DAKU ADA HAL UNTUK BERTEMU ANAKKU, ANIS. DAKU MINTA BIBIK YANI TEMANKAN DAKU. BILA MEREKA MENEMANIKU MESTILAH MEREKA DAKU AKAN HULURKAN WANG ..UPAH PERSAHABATAN NAMANYA. DARI SYAH ALAM DAKU DRIVE Myvi KU. TANPA RASA SUNYI KERNA ADA KAWAN DI SEBELAH.
DAKU SUKA SANGAT KERNA ADA TEMAN BICARA. HI HI. "BIBIK...KITA SINGGAH BANGI RUMAH ADIK SAYA" . BIBIK DAN DAKU KE RUMAH MAZNAH. KAMI SINGGAH SEKEJAP SAHAJA. KAMI MINUM2 DAN TERUS KE PUTRAJAYA. BERTEMU ANAKKU. TIBA2 BIBIK TERASA SAKIT PERUT. MAKANYA , DAKU MINTA ANIS KELUAR PERGI BELI UBAT SAPU KEPADANYA . ANIS BERIKAN BIBIK UBAT SAPU. MAASYAALLAH BIBIK YANI ASYIK SEBUT ..." CIKGU NORAINI ...BAIKNYA ANAK CIKGU NORAINI..."'HI HI...BERULANG2 BIBIK SEBUT. DI SITU AKU SEDARI BERTAPA TANDA KESYUKURAN " APPRESIASI" MEREKA TUNJUKKAN TERHADAP KITA DENGAN PERTROLONGAN KITA YG TAK SEBERAPA YG KITA BERIKAN KEPADA MEREKA. SEKARANG BIBIK YANI DAN BIBIK FATIMAH TELAH LAMA KEMBALI KE NEGARA ASAL MEREKA. MOGA MEREKA GEMBIRA DI NEGARA MEREKA.
MOGA ANAK BIBIK YANI TELAH BERJAYA MENJADI DOKTOR SEKARANG DAN DAPAT MENANGGUNG IBUNYA KEMBALI. BANYAK BIBIK HABISKAN WANG KEPADANYA DULU. MAHALNYA COS UNTUK BERJAYAKAN SEORANG ANAK DOI INDONESIA. AKU HANYA DAPAT MENDOAKAN SAHAJA. BYE BYE KENANGAN BERSAMAMU BIBIK YANI DAN BIBIK FATIMAH
Subscribe to:
Posts (Atom)
AAM 2020 Surah Al-Insyirah; 9 Perkara Lapang Dada Nabi S.A.W, Hilang bebanan &
AAM 2020 Surah Al-Insyirah; 9 Perkara Lapang Dada Nabi S.A.W, Hilang bebanan & 8 Bentuk kemudahan. Bismillahhirrahmaanirrahim. . Surah...
-
Seninya dlm Hadith...Kisah An Nasai dan Al Harith bin Miskin... . Hebat dan Waraqnya An Nasai. Sedangkan aku mendeng...
