Monday 7 August 2023

Khamisku…Madagascar

 

Khamisku…Madagascar

November 20, 2008
Hari ini seperti hari-hari yang lain, kehidupanku dipenuhi dengan jadual yang ketat,walaupun pada hakikatnya sebagai seorang guru aku masih didalam percutian akhir tahun yang panjang. Jam 10.55 pagi, aku memulakan kelas tambahan dan pulang kerumah pada jam 12.00 tengahari. Anis,anakku yang sedang bercuti semester sedang berada didapur manakala Aini, anak saudaraku pula sedang asyik menonton siaran kegemarannya di TV.   Aku terus kedapur membantu anis menyiapkan makanan. Sebelah petang, Anis, aku,suami dan Aini menuju ke Shah Alam Aquatic, tetapi sesi renang pada petang ini terpaksa dibatalkan kerana hujan dan ribut petir yang kuat. Selepas maghrib kami makan ikan bakar,satay,sotong dan kerang rebus di restoran tepi laut, di Tanjung Harapan. Kami singgah seketika di tepi pantai untuk menikmati angin laut yang sepoi-sepoi bahasa sambil memerhatikan kapal dagang berlalu lalang. “Mak, kita tengok mid night show nak tak”? sapa Anis. Kami pun terus ke Jaya Jusco, Bandar Kelang Utama untuk memenuhi hasrat Anis dan Aini yang kelihatan begitu teruja untuk menonton “Madagascar”. Ha…ha…ha…ha…begitulah keadaannya ketika kami memandu pulang, dan begitulah Khamisku, yang diceriakan oleh Madagascar!!!
Posted by at 10:17 AM 0 comments Labels: Posted by at 08:18 

No comments:

Post a Comment