Friday 3 May 2024

Ke tempat baru...







 Daku dapat mesej dari anakku.  Dia akan hantar mesej padaku jika Mughis  hantar padanya.  Daku  dah Block Mughis selepas penceraian ini, kerana itu yang terbaik bagiku.   Mughis hanya berinteraksi dengan anakku jika ada sebarang perkara mustahak berlaku atau nak disampaikan.   Kami dah saling maaf memaafkan  sebelum talaq jatuh.  

Daku tetap berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan  Allah dan daku mengharapkan keselamatan dari Allah jua. Daku gembira kerana dia akan pergi ketempat baru.   Dia call aku.  Aku pon tak perasan nombor mana sebab nombor dia telah ku blok.  Mungkin nombor baru.  Daku jawab salam kerana dia ingin mengucapkan terima kasih dan memohon maaf dan menyatakan sedehnya kerana terpaksa tinggalkan tempat yang lama dia tinggal ini.  Daku pon akur dan mengatakan "memang itu sudah tentu sedih kerana tempat yang lama kita tinggal."  

Mughis mengatakan padaku bahawa dia sedikit pon tidak menyalahkan aku dalam penceraian ini...dan mengaku semua atas kesalahannya.  Dia memohon maaf kepadaku.  Daku terus berkata bahawa daku maafkan dia, dunia dan akhirat dan sememangnya  setakat itu sahaja yang Allah takdirkan jodoh ini.  Daku mohon agar saling memaafkan dan dengan itu kita akan selamat untuk masuk ke syurga Allah nanti dan kita sama2 tidak tersangkut lagi di mahsyar Allah.

Mughis sempat menceritakan kepadaku bahawa dia makin sembuh dari penyakitnya dan dia pergi be Port Dickson bermalam di dalam kemah yang di belinya.  Aku hanya kata syukur dan terus daku nasihatkan Mughis agar terus juga "baca Quran dan khatam lagi" .  Mughis berkata dia teruskan banyakkan "berzikir" ,dan daku tekankan juga baca juga Al-Quran untuk dapat rahmat Allah.  Mughis kata padaku  janganlah tak tegur dia, jika bertemu.  Aku berkata "semoga you seronok dan i pon seronok disini"   Dia akhiri dengan ucapan terima kasih atas segala pemberian dariku. 

Daku bersyukur kerana daku dapat tahu apa perasaan dia terhadap apa yang berlaku ini. Dengan itu daku boleh berlapang dada selepas ini...Kami saling redho meredoi...InsyaaAllah...Alhamdulillah. Semoga dia terus selamat dan bahagia dengan hidupnya dan daku jugak bahagia dengan hidupku sendiri.  Syukur Ya Rabb.  Daku berharap  tidak bertemunya lagi selepas ini. Aamiin Ya Rabb...Makbulkan lah doa ku ini...

Ya Rabb bahagiakanlah daku...selepas ini.




 
 

No comments:

Post a Comment