Saturday, 10 August 2024

Tamatlah sudah cerita2 politik yang tak sunyi dari membuat...........maafkan aku.

  Assalamualaikum...

Daku rasa daku dah nak tamatkan cerita politik ini.  Daku pon dah takut mendengar cerita2 politik ini terutama sekali semasa mereka berkempen...Bukan kita tak tahu ada saja kata2 kesat akan dilemparkan kepada  pihak lawan.  Jadi daku takut terus berdosa mendengar tohmahan dan fitnah yang kadang2 memang tak betul.  Jadinya  daku mahu ambil nasihat Rasullullah  agar menjaga lidah termasuklah sekali agar kita menjaga telinga dari mendengar segala tohmahan dan umpatan.  Maafkan aku kepada pendengar dan pembaca di sini.  Oleh itu daku ambil  keputusan tak mahu lagi download politik...Daku dah nak stop segala youtube politik...Politik ooooo Politik...Berdosanya aku....

***********************************************************

 Politik ooo politik... (Deme ini di mana  betulnya kita lihat dan tengok aja... Kadang2 lihat dan dengarnya pon boleh dapat dosa dengan kata2 kesat...tapi tak pa dengar dan nilailah ...ambil apa2 yang baik dari kata mereka ...ambil iktibar ada yang betul.  Bagi aku " No Corruptions" dan "Kerana Allah" sudah memadai. Jika ada kerana Allah akan Allah beri petunjuk.  Jangan gila Jawatan...Tu ja.

**********************************************************  

Sebenarnya kita boleh berpendirian berbeza dalam politik.  Ini hak masing2.  Disini kita ambil iktibar dan kena pandai pertimbangkan mana yang salah dan mana yang betul.  Hidup ini bukan semuanya kita betul dan jugak bukan semuanya kita salah.  Tetapi kadangkala kita dapat mentafsir keserasian hidup kita dengan berfahaman politik yang berbeza.  Adakah benar kita serasi atau pon tidak dengan sahabat taulan kita...Tetapi bukanlah kesamaan dalam fahaman politik itu adalah menentukan kebahagiaan atau ketidak damaian dlm hidup ini.  Kadangkala dalam satu keluarga yang ramai itu kita mempunyai fahaman politik yang berbeza.  Pandai2lah membawa nya kearah yang terbaik.

Daku mempunyai ahli keluarga yang ramai .  Bila berbincang pasal politik terangkumlah kepelbgaian pendapat tentang fahaman masing2 dan buah fikiran yang kadang kala perlu diambil positif menjadi negatif.  Di sini akan bertemu ketegangan.  Kami yang ramai ini telah menetapkan jika di rumah jangan bawa perbincangan politik yang berbeza fahaman terutama jika di hadapan emak.  Jangan bagi ibu kita serabut mendengar percanggahan pendapat dalam berpolitik.  Agama mahu berpolitik dengan benar. Tiada penipuan walau sebesar zarrah sekalipon ,kena  buang segala sikap2 nak menipu dan jagalah keharmonian rakyat jika menang.  Adillah dalam pembahagian dana2 yang ada. Jika engkau kerajaan berilah peruntukan kepada pembangkang kerana hidup ini mesti berpaksi kepada keadilan. 

 Moga damai dan bahagia selalu.  Jadilah ahli politik yang baik.   Jangan jadi apa yang dikatakan oleh  sebahagian orang  "Ahli politik tak boleh percaya langsung hidup macam lalang. tabur janji berbagai2 tapi tak ditepati  mungkir janji," 

.Moga dapatlah kami hidup dibawah pemerintahan yang adil dan saksama  di hari2 mendatang ini...Tapi Entah bila...ya. ..Apa yang aku lihat politik untuk pangkat dan wang yang kepentingan peribadi jelas.   Berubahlah wahai ahli politik semua...Di pihak mana pon kamu  sama ada sana atau sini kena ambil iktibar...Jangan mungkir janji dan berlaku adil kerana Allah. Ingat ! " CC TV  Allah, sentiasa terpasang"  Terima kasih.  

Wallahhuaqlam  Daku tak semak lagi coretan santai ini  ...moga tak salah eja dan sebagainya.  Jgn nak marah dengan pendapatku ini...Bye bye.

No comments:

Post a Comment