Wednesday 30 October 2024

 

7 Foods that have More Calcium than Milk (Get Stronger Bones)

ORANG SEKARANG AYAT AL QURAN PUN BERANI TOLAK - USTAZ SHAMSURI AHMAD


Cantik dan segak tak pi lama mana pon....
At the age of 50 beauty and ugly are the same and at this age wrinkle and dark spot  cannot be remove...
At the age of 60high position and low position are the same...Pengarah sama sehari pencen dgn Pion dia...solat sebelah2 pion buat tak tahu aja...
At the age of 70 big house and small house are the  same because hard to move around (ingat kot ini ja, ada lagi...kiranya dahsyat dah 70 tu tuan2..and  
At the age of 80 have money and no money are the same even when you want to spend money you don't know how to spend...and 
At the age of 90 sleeping and waking up are the same because you still dont know what to do...
Bila mati tidak ada beza kaya dan miskin.  Kita masuk kubur yang sama.   Mari ambil iktibar dengan semua ini.   
Tuhan kata: "Carilah apa juga yg Allah bagi padamu  untuk akhirat tapi jangan lupa bahagianmu di dunia." Primary and secondary...Yg mana keutamaan dan yg mana yg keduanya.

(4K) 29-10-2024 Ustaz Rizal Azizan : Kisah-Kisah Dalam Al-Quran

EP127 | Malaysia Pengerusi ASEAN 2025, Lawatan Pelatih Tentera Laut Chin...

EP129 | Najib Mohon Maaf, Isu Bendera China, Pemilihan Presiden AS

Sunday 27 October 2024

DrMAZA-Allah kata Dia mendengar, Dia melihat,Dia besemayam atas arasy .....


Dengar betul2 biar paham...Kita dah tua dah ...Dah nak gi kesana dah. Aku bila2 masa Allah nak hantar malaikat maut ambil nyawaku...begitu jugak kau.   Biar dalam politik menang...menang lah ...Tapi dlm agama  kena paham benar2 untuk menang.   


Friday 25 October 2024

SS Prof Dato' Dr Asri-Adakah soalan kubur boleh dijawab dgn org talkin.....

Besarnya 'power boikot' di Shah Alam... Syukur Yaa Rabb,

 



Sini tempat aku menunggu anakku masa membeli ayam goreng MDku dan Double Cheese Burger mereka.  Syukur Ya Rabb. Power boikot di Shah Alam  "happening"...Thanks org Shah Alam yg prihatin.   Aamiin.

TADABBUR AL-QURAN 🚨🔊‼️ - Surah Sad: Ayat 2-4: "SOMBONG PENGHALANG MEMAHA...

 

..السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rujukan Surah Sad - Ayat 2-4.h

1)Al Quran adalah kalammullah yg terdiri daripada huruf2 hijaiyyah dari bahasa Arab dan sekira membacanya adalah satu ibadat.
2)Kelebihan Al Quran dan kemuliaan nya sehingga Allah bersumpah dgnnya melainkan Allah tidak akan bersumbpah melain sesuatu yg besar dan Agung.
3) Fungsi utama Al Quran ialah sebagai memberi peringatan kepada manusia.   dan seandainya manusia tidak mengambil peringatan dari Al Quran maka Al tidak ada nilai baginya.\
4) Tidak ada seorang pon yg mengambil pengajaran dari Al Quran melainkan pasti di akan mulia di sisi Allah kemudian disisi manusia.
ok Kita sambung....

Al Hasyr:4...Al Kahf:57...Al Munafiqun:8...Al Noor:63...Ghafir:84-85..
Allah bagi amaran kepada penentang Al Quran.
Orang kafir tak terima Quran dan mereka sombong...Mereka yang tak nak bertadabbur Al Quran maknanya mereka itu sombong...Puncanya tak setuju dgn Quran adalah kafir.
Banyak yg tak setuju dgn Al Quran  tak suka bertadabbur dgn al Quran.

Bukak surah al Baqarah 121.
Mereka baca dengan sebenar2 bacaan dan Allah iktiraf mereka orang beriman
BACA, FAHAM DAN BERAMAL....
Sekarang baca Al Quran tapi tak paham...Kata beriman dengan Al Quran
Allah kata pada golongan Al Quran..( Samiqna waatoqna..) mengapa samigna...kami dengar dan fahan...( Samigna waashaiya...)kami dengar dan kami faham...
Beriman dengan al Quran,... Yang kufur...Allah Rabula'lamin....Bila tak paham mereka tak ikut...
Ramai solat tapi tak ikut Al Quran.. Baca Al Quran tapi tak tutup aurat. Pasti langgar peraturan dan berpecah...yg kufurpon baca alQuran...
Mereka tidak akan serang kamu kecuali dlm kawasan /kampong yg berkubu. atau belakang dinding.  Nampak berjamaah tapi hati mereka pecah...Kutuk mengutuk atau salah menyalah adalah tidak beriman.  Tolak Al Quran...tidak berakal.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam “Sahihnya” dari Salamah bin Al-Akwa' - semoga Allah meridhainya - bahawa seorang lelaki makan dengan tangan kirinya kepada Nabi s.a.w.

dan dia berkata - maksudnya: Nabi saw: ((Makan dengan tangan kananmu)), dia berkata: Saya tidak boleh, Dia berkata - iaitu Nabi s.a.w. keamanan: ((Saya tidak boleh, hanya kesombongan yang 
​​menghalangnya)) Dia berkata: Dia tidak mengangkatnya ke mulutnya...

Surah Sad 38 : Ayat 1 : Mks 453

.صٓ ۚ وَٱلْقُرْءَانِ ذِى ٱلذِّكْرِ 

Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.

Pengajarannya.

1) Al-Quran adalah kalamullah yang terdiri daripada huruf-huruf hijahiyah dalam bahasa arab & membacanya adalah 1 ibadat...

2) Kelebihan Al-Quran & kemuliaanya sehingga Allah bersumpah dgn nya adalah di mana Allah tidak akan bersumpah melainkan sesuatu yang besar & agung..

.3) Fungsi utama Al-Quran ialah sebagai pemberi peringatan kepada manusia & selagi mana manusia tidak mengambil peringatan daripada Al-Quran maka Al-Quran tidak ada nilai baginya....

4) Tidak ada seorang pun yang mengambil pengajaran daripada Al-Quran & menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan melainkan pasti dia akan mulia...

Yang pertama di sisi Allah, kemudia di sisi manusia...

Sad 38:2     بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى عِزَّةٍ وَشِقَاقٍ

(Orang-orang yang mengingkari kerasulanmu - wahai Muhammad - tidak berdasarkan kebenaran) bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang kebenaran.

Kaitan ayat  :Ayat 1: Quran pemberi peringatan kepada manusia, zikri

Ayat 2: Sikap orang kafir dengan penurunan AlQuran
Ayat mlm ni sambung ayat sebelum ni...Apa sikap mreka terhadap Al Quran.
Surah Al-Munafiqun 63 : Ayat 8 : Mks 555

.يَقُولُونَ لَئِن رَّجَعْنَآ إِلَى ٱلْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ ٱلْأَعَزُّ مِنْهَا ٱلْأَذَلَّ ۚ وَلِلَّهِ ٱلْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِۦ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَـٰكِنَّ ٱلْمُنَـٰفِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ ٨.

Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah

orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman;

akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Orang-orang yang mengingkari kerasulanmu wahai Muhammad tidak berdasarkan kebenaran... bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka menentang kebenaran...

Puak kafir ini ingkar, sombong, melawan dan sentiasa menentang serta menyekat orang lain daripada kebenaran... Mereka sentiasa berlawan dengan kebenaran samada melawan Allah, Rasul,

pengikut rasul yang beriman sehingga ke hari Kiamat.Ayat ini mengajar kepada kita agar jangan berani-berani menolak kebenaran sebagaimana puak kafir ini.

Allah mengungkapkan keadaan orang-orang kafir Mekah yang mengingkari kebenaran wahyu, dan tidak dapat melihat nilai-nilai kebenarannya, yang sebenarnya sangat penting bagi kesejahteraan mereka di dunia dan kebahagiaan di akhirat, karena kesombongan dan permusuhan yang bersarang dalam jiwa mereka.

Walaupun di dalam Al-Quran itu terdapat peringatan, namun orang-orang kafir tidak dapat mengambil manfaatnya kerana sikap mereka yang sombong dan angkuh terhadap Al-Quran.

Ada yang mengatakan yang ayat ini bukanlah jawab kepada qosam dalam ayat pertama. Selalunya apabila ada sumpah, maka ada jawab kepada sumpah itu. Iaitu apa yang Allah hendak sampaikan

sampai Allah bersumpah. Tapi ada keadaan dimana Allah sudah bersumpah tapi tak jawab sumpahnya itu. Ini adalah kerana Allah nak pembaca Al-Qur’an fikirkan sendiri apakah yang Allah hendak tekankan.Sedikit perbincangan tentang Jawabul Qosam ayat ini: Para ulama tafsir berbeza pendapat sehubungan dengan jawab dari qasam-nya;

1. Sebahagian di antara mereka mengatakan bahawa jawab qasam-nya adalah firman Allah Swt.


:{إِنْ كُلٌّ إِلا كَذَّبَ الرُّسُلَ فَحَقَّ عِقَابِ}

Semua mereka itu tidak lain hanyalah mendustakan rasul-rasul, maka pastilah (bagi mereka) azab-Ku. (Shad: 14)

2. Menurut pendapat lain, jawab qasam-nya adalah firman Allah Swt

.:{إِنَّ ذَلِكَ لَحَقٌّ تَخَاصُمُ أَهْلِ النَّارِ}

Sesungguhnya yang demikian itu pasti terjadi, (iaitu) pertengkaran penghuni neraka. (Shad: 64)

Kedua pendapat ini diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, dan pendapat yang kedua ini jauh dari kebenaran, dan dinilai da’if oIeh Ibnu jarir.

3. Qatadah mengatakan bahawa jawab qasam-nya ialah:

​​{بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي عِزَّةٍ وَشِقَاقٍ}

Sebenarnya orang-orang kafir itu (berada) dalam kesombongan dan permusuhan yang sengit. (Shad: 2

Ibnu Jarir memilih pendapat ini.Kemudian Ibnu Jarir meriwayatkan dari sebahagian ahli bahasa yang telah mengatakan sehubungan dengan jawab qasam ini, bahawa jawab-nya adalah Shad yang artinya

‘benar lagi hak’.

4. Menurut pendapat yang lainnya lagi, jawab-nya adalah apa yang terkandung di dalam surah ini secara keseluruhan; hanya Allah-lah Yang Maha Mengetahui.Sekian tentang jawaabul qosam ayat ini.


Allah hendak memberitahu bahawa bukanlah Al-Qur’an itu ada masalah, atau Nabi Muhammad tidak pandai hendak berdakwah, tapi mereka tidak terima ajaran Al-Qur’an kerana kedegilan mereka sahaja.

Kalau mereka buka hati mereka kepada kebenaran, maka tentu mereka akan nampak kebenaran yang disampaikan oleh baginda.

Jadi Allah hendak memberitahu bahawa orang kafir tidak terima kebenaran kerana mereka berpegang kepada kemuliaan mereka. Mereka pandang Nabi sebagai salah seorang dari golongan yang rendah 
dan mereka tidak boleh bercampur dengan Nabi dan juga golongan sahabat yang miskin itu. Mereka sangka mereka tinggi sangat dalam masyarakat dan kalau mereka bercampur gaul dengan golongan rendah,

kedudukan mereka pun jadi rendah juga.Kalimah شِقاقٍ pula bermaksud perbezaan antara dua benda. Iaitu perkara yang jauh bezanya, sampai takkan berjumpa.

Seperti persimpangan yang berlainan arah dan takkan bertemu. Ia sesuatu yang takkan boleh duduk sekali. Macam batu yang sudah pecah takkan dapat disambung balik.