Isnin, 31 Ogos 2026
Kebenaran itu akhirnya...
Nilai Murni
Amalann yang mengalir selepas kematian.
UPDATE BANGI JUMAAT 26/12/25 BERSAMAAN 5 RAJAB 1447 HIJRAH.
Assalamualaikum.
Hari ini Hari Rabu..Nak ke Kuala Kangsar sebab Shah nak ambil result sakitnya.
Kelmarin daku keluar mesen rumput. Selesai di halaman kecilku. Alhamdulillah Allah beri daku sihat. Syukur Ya Rabb. Aku bersyukur balik ke kampung dan tinggal di teratak kecilku ini kerana dapatlah sedikit memberi manfaat kepada mereka yang empunya tanah dan dipinjamkan Allah kepada ku ini untuk tinggal...Syukur tanah mak ini Eni manfaatkan untuk tinggal, bercucuk tanam pokok buah2an dll. Syukur jikapon tanaman di makan haiwan pasti tidak Allah kecewakan untuk mendapat pahala darinya.
Pokok dokong yang mak tanam untukku dulu sangat manis buahnya. Tapi masa dia berbuah lebat dahulu daku tinggal di luar, jadinya tak merasa sangat buahnya, melainkan jika daku balik kampung. Sekarang pokok itu dan begitu tinggi...Daku akan potong separuh supaya ia kembali menjadi elok dan mudah diambil buahnya. Tak akan daku tebang, kerana daku suka emak dapat pahala dengan pokok yang ditanamnya ini, meskipon dimakan burung2 atau haiwan lain.
Hi hi...di tanah yang mak berikan padaku ini tempat terletaknya telaga2 yang keluarga ini gunakan. Ada dua telaga. Satu telaga minum dan satu telaga mandi. Disini struktur terendah tanah milik mak. Jadi mata air terdapat di sini dengan mudah. Hihi tanah ini dapat padaku, macam2 nostalgia masa kecil2ku di tanah ini.
Daku Noraini yang pernah jatuh kedalam telaga semasa mandi dengan adikku Maznah. Ha ha ha... Orang lain tak pernah jatuh kedalam telaga (perigi) tetapi daku pulak ditakdirkan Allah jatuh kedalam perigi...Hihi. "Kakak!!!!!!!!! Eni jatuh telaga" meraong, Maznah adikku... Tapi umurku masih panjang, kerana ada akar pokok pinang yang terkeluar ke dalam telaga tu daku pegang akar tu..Apapon, lemas tetap lemas, kerana kami masih kecil masa tu. Rasaku masa tu umurku dan adikku baru 7 dan 6 tahun. Kami ditakdirkan rapat sangat. Nasib baik kakak dengar dan cepat2 datang menyelamatkan daku.
(Umur panjang bukan kerana akar pokok pinang hihi)( akar pinang , Allah adakan agar menjadi sebab dan musabab umurku masih panjang hingga hari ini) Alhamdulillah.
Kami mandi bersama , semua aktiviti , bersama. Hi hi...Kemana2 pon bersama. Pergi sekolah pon bersama. Satu hari bapak ku belikan payung untuk kami berdua untuk dibawa pergi kesekolah. Masa itu (SMDA ) Sekolah Menengah Datok Ahmad, Lenggong Perak. Kami berjalan kaki. Masa itu ramai yang berjalan kaki kesekolah rasanya 2 km setengah jaraknya, tapi kami tidak merasa letihpon. Sampai separuh jalan, kawanku Norasiah Hj Nawang menunggu, bagitu juga Zainab Syukur. Seronok sangat. Berjalan kesekolah bersama2 dengan riang sambil bersembang2.
Pak beli payung merah hati dan merah jambu...Nah pilih dulu...adikku pilih payung merah hati daku dapat payung pink....dah trend dah keluargaku, layan kami berdua macam tu. Daku sentiasa kecil hati. Tapi daku tak tunjuk. Alasan kakak2 ku kerana daku kulit cerah pada adikku. Memang tak patut kan...Kalau baju pon jangan harap daku dapat pilihanku. Allah dah takdirkan begitu. Hi hi redho je lah. Eni. Syukur masa kecilku daku redho. Mungkin kerana sayang ku kepada adikku Maznah agaknya.
Kami memang baik . Sangat sangat sangat. Kami sentiasa bersembang santai telepon...jika daku ada masaalah Maznahlah yang ku cari. Dia pandai berinteraksi, mungkin dia dapat BM -A1 agaknya hihi. Daku pernah tanya nah. Nah , Hang ingat tak? (Bahasa kami berdua ialah Hang dan Aku) Adikku pandai Bahasa Melayu dan daku hanya Bahasa Cikgu Maths aja. hihi...
Nah! :" ingat tak mak kita pesan ni, kalu belajar tu jangan tengok mata cikgu," (khusus buat cikgu lelaki kot) Aku masih ingat sampai sekarang. Maznah kata tak pernah pon dengar mak kata macam tu. MaasyaAllah heran daku mak tak pesan macam tu pada Maznah...tapi mungkin maznah yang lupa. Mak ! mak ! ...macam mana nak belajar kalau tak tengok mata cikgu. Daku tengok ja mata cikgu...hihi. Tak ikutpon kata mak..hihihi. Daku pulak ajar muridku kalau Cikgu terangkan sesuatu , tengok mata cikgu baru paham. Mak Cikgu..Adoi! mak ! mak !
Yang ku tahu daku agak lembek sikit pada orang lain. Bila main cepat jatuh, ada ja yang menyebabkan aku luka sampai berjahit. Masa kecil main rolled kayu sambil mengimbang badan atas nya, daku jatuh ..kena jahit di bibirku... Mandi di Empang daku awal2 terjun dan terluka di kakiku, tak nampak darahpon keluar, tapi nampak tulang dan mengalir2 darah pada urat2 kecil tulang kakiku (tulang kering). Masa tu empang banyak air, kedalaman airnya nya menghapusi daku yang pendek ni. Daku pandai jugak berenang skala mudah. Masa itu daku dalam darjah lima. Daku sedari sekarang daku nakal agaknya masa kecil.
Assalamualaikum World.
Wow Allah tunjukkan betapa tua dah aku...Bila keluar akan rasa letih benar...Ya Rabb sedarkan aku selalu bahawa tak lama lagi dah,pelita ini akan pad am dan Insafkanlah selalu Eni ini Rabbku. Dunia yang sementara ini akan aku tinggalkan...Sedar tak sedar Ya Rabb. Aamiin.
Sabtu 13/12/2025 bersamaan 22 Jamadilakhir 1447 Bangi.
Alhamdulillah...Sudah setahun ianya berlalu, kan sahabatku. Syukur ! Allah masih memberi daku keberkatan untuk hidup lagi. Betapa Allah tahu dan Allah mahu daku manfaatkan lagi hidupku ini dalam duniaNya. Daku dengan penuh redho dan syukur dapat memanfaatkan hidup hanyalah keranaNya.
Paling aku syukur ialah kita tak sia2kan masa kita yang berbaki ini, untuk lebih dekat padaNya. Mari kita doakan bersama. Dalam kesyukuran ini kita perlu harapkan agar Allah panjangkan umur kita dengan penuh keberkatan dan manfaat terhadap Nya. Aamiin.
Syukur Ya Rabb. Dikau Maha Tahu, mengapa daku masih boleh menarik nafas (inhale dan exhales sekali) Demi Engkau. Rugilah daku jika tidak memikirkan manafaatMu ini Rabbku. Aku bersyukur hanya padaMu Rabb. Setiap langkahku perlu ku abadikan dgn ingatanku padaMu . Janganlah daku rugikan atau sia-siakan tanpa dapat grabbed pahala yg mahu Dikau anugerahkan ini.
Robbku. Moga kami sentiasa ada Engkau untuk Engkau Robbku. Aamiin.
NorainiMu.( Noraini hambaMU)
Seleasai solat sunat tawaf... Nabi pi balik ke Hajar Aswad... Nabi Istilam... Tak kucup tapi (sentuh/raba aja)... Jika tak boleh... Tak apa... Tak boleh kita pi ambil antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah... Multazam...
Di situ tempat mustajab doa... Doalah apa2 pon...
Selesai doa Nabi SAW terus tuju ke Sofa... Sambil berjalan dpd hajar Aswad nak pergi ke Sofa itu... Nabi baca ayat..
Innassofa walmarrata...
Ustaz ini sebenarnya bagus sangat cara menghafal al Quran..Beliau tahu m.s berapa baris berapa. Daku sebenarnya daku kagum dgn beliau ni. Cuma kita maafkanlah kesilapan beliau. Kita perlu terima permntaan maaf seseorang. Semua ilmu2 yang di ajari benar boleh diikuti. Saya terpaksa kekalkan ceramah Ustaz. InsyaaAllah .
Isnin, 31 Ogos 2026 Kisah ‘Aisyah binti Abu Bakar Perjalanan Hidup Lengkap Istri Nabi yang Paling Dicintai AI Bulan Shawal Aisyah dan Ra...