Home

Monday, 14 September 2026

 

Tuesday, 9 September 2025

Kekuatan doa'...

 

Ahad, 10 April 2016

AGAMA MELARANG KITA TIDUR SELEPAS SUBUH

 
KENAPA AGAMA MELARANG KITA TIDUR SELEPAS SUBUH (From facebook 07/02/2016)
Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca.. dan siapa suka tidur lepas subuh kemudian bangun nak solat dhuha pun tolong baca.. sentap dan muhasabah sesama.. takda ruginya.. in shaa Allah..
Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.
Sedikit perkongsian. Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.
Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.
Diberi peluang, aku terus bertanya.
“ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?”
Dia menjawabkan,
“tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”.
Ohhh, “jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?
“Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.
Aku bisik dalam hati “ada byk mazhab ke dia ni?”.
Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.
“Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku…”
“maaf ustaz”.
Aku cakap dekat dia,
“dua dua mazhab lah ustaz”.
Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.
Aku nak menangis.
“Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!”
Aku senyap.
“kenapa ustaz?”
Dia menjawab, orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau seorang yang jutawan,
bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata “dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”.
Aku tersentak.
Dia berkata lagi
“orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha”.
Allahuakbar.
Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh…
Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi
“orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?
Allahuakbar.
Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi
“ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?”
“Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang.
Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?
“Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir.
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Sentap beb,,rase macam potong bawang halus2,,tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh,,lantaran
itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh,,ku baca surah al waqiah dan solat dhuha setiap hari,,dan ku rasakan rezeki ku melimpah limpah smpai aku rasekan,,,ya allah!!!!!Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lepas subuh,,
Tidur selepas subuh??? Peringatan buat semua dan juga diri yang faqir ini.
Wallahua'lam..

 

Thursday, 19 February 2026

BELAJARLAH DIAM ! JAGA LISAN MU, JANGAN SAKITI HATI SAUDARA MU - Ustadz Syafiq Riza Basalamah

 

Selasa, 30 April 2024

Prof Dato Dr MAZA - Influencer Kata Nak Kaya Kena Ada Redha Isteri?

Rabu, 26 Februari 2025

2020030-SS Dato Dr Asri-Di Usia Tua

  

Ahad, 19 November 2023

2020030-SS Dato Dr Asri-Di Usia Tua


Kehidupan Ini  Ajaib.  Bukan seperti dalam novel.  Orang  membentuk watak.

 Tapi Allah yang mengetahui segala.  Allah menilai segala ketentuan insan. Tugas hakiki kita buat semakin banyak pahala dan kurangkan dpd berbuat  dosa.   Manusia yang hebat adalah Nabi Yusuf Alaihissalam.

Raja ...Hansome  berkuasa 

Nabi Yusuf...telah mencapai apa semua hajatnya dan doanya "  Wahai Tuhan kautelah berikan aku kerajaan..............matikan aku sebagai orang Islam dan masukkanlah aku di kalangan orang2 yang soleh"   

Apa cita2 kita dalam hidup ini?
Cita2 kita akhir hidup ini ...masuk ke syurga Allah.  Orang yang berjaya adalah mati masuk "Syurga Allah"  Itu destinasi kita. Selagi belum di peniuhi ...perjuangan kita belum berakhir.
Dalam Hadith Nabi mintak jauh dari banyak benda...
Kejayaan yang sebenar"  Mati masuk syurga"  

Diantara Doa Nabi:  
Minta jauh dpd bakhil, kedekut, minta jauh dpd penakut, minta jauh daripada tua yang melampau, tua yang tak
berketahuan...sampai fikir pon tak boleh dah...Anak cucupon dah tak kenal dah...."

Balik pada insan....Allah kata ...Kami pesan kepada manusia "supaya buat baik kepada kedua ibu bapa, bukan setakat bagi yang baik tapi tuhan perintahkan adil dan ihsan...  Buat ihsan kepada kedua ibu bapa.  Mengandung susah melahirkan susah..Mengandung ,menyusu 30 bulan. , menyusun 2 tahun.. bulan...30 -24...sekurang2 mengandung 6 bulan ke atas...
Insan itu membesar hingga ke umur matang.  Berapa umur matang? 

 Adolf hitler kata kalau nak terlibat dlm politik ....hihi...gilanya politik M'lysia....
Orang bila usia 40...dia dah fikir lain...manusia perlu buat apa usia 40...surah Al Ahqaf ayat 14..."Wahai Tuhan kurniakanlah padaku supaya aku boleh bersyukur atas nikmatMu...nikmat dalam hidup ini apabila kita boleh bersyukur kepada Allah...Allah tidak mengazab orang yang boleh bersyukur...
Bersyukur sedalam2nya rasa syukur...mencapai syukur sebenar...Allah mahu hamba2 mengaku keagungan nya..."Kita hafal Saidul Ikhtifar"  aku mengaku nikmat mu padaku ,aku mengaku dosaku  , amponkanlah dosaku...

Aisyah RA,  raba Nabi dalam gelap, Dia dengar doa...nabi...
"Pada usia macam ini ...kita boleh cuba segala ujian tidak lebih dpd bangun tengah malam buat doa kpd Allah sendirian....
Aisyah bangun raba2 Nabi sujud terkena kakinya...dia dengar Nabi..'Ya allah aku berlindung dengan Redhomu daripada murkaMU  akhir tak dapatlah aku menghitung pujian dengan selayaknya...Engkau itu seperti yang Engkau puji diriMu....
Yang ada ini adalah harapan kita....Mintak kat Tuhan agar kita boleh bersyukur....sebenarnya "syukur berada dalam jiwa"
Bila manusia syukur...Allah akan tambah rezeki umur, 
Supaya aku dapat amal dgn amal soleh yang Engkau Redho....
doakan " bila bangun tengah malam..." Ya Allah golonglah aku menjadi orang yang beramal soleh"

Amal soleh itu kita kena minta pada Allah.  Bangun dan berdoa kepada Allah dengan khusyuk.

Sedekah jika kita bagi kita berasa "Betapa besar dalam diri kita"   Hadir rasa itu....Dekatnya dia dgn Allah, dan khusyuk nya kpd Allah...Nak buat amal yang soleh...

Saidina balik cari isterinya...
"Mahu tak Engkau satu kebaikan yang Allah nak berikan kepadaMu?'  Pertanyaan Saidina Umar kepada Isterinya.."
Agar amal yang soleh yang Allah Redho"

'Tolonglah baiki Zuriat KeturunanMu...  Nabi Ibrahim...Allah suruh kita contoh dia...Doa kepada "Zuriat Keturunan"...
Berapa banyak kita doakan agar Tuhan ampunkan dosa kedua Ibu bapa kita... Adakah kita mintak zuriat kita menjadi anak yang Soleh...
SAHABATKU DOAKANLAH KEDUA IBU BAPAMU DAN ZURIAT KETURUNAN KITA...INGAT TU...ITU HAJAT KITA DENGAN ALLAH.JANGAN LUPAKAN ZURIAT KITA AGAR ZURIAT KITA MASUK KE GOLONGAN ORANG YANG SOLEH.', MINTAK ALLAH BAIKI"

Perlu memperbaharui doamu selalu.

INNI TUB TU ALAIKA wainni minal muslimin.   AKU TAUBAT KEPADAMU DAN..aku termasuk di kalangan orang muslim.

SURAH AL AHKAF....ALLAH KATA ...KEPADA ORG DOA INI...
ULA IKAL LAZI.... ...ORANG YG KAMI TERIMA PERKARA BAIK YG KAMU BUAT, KAMI MAAFKAN SEGALA YANG LEPAS KAMI MAAFKAN...MEREKA DI KALANGAN ORANG AHLI SYORGA."

LAHIR DI DUNIA, MATI DI DUNIA,  KERJA KITA SAMA...."BUATLAH AMALAN YANG SOLEH...BUAT PAHALA DAN KURANGKAN DOSA."

"WAMAN SAKHULAT MAWA ZINUH FAHUWAFI ISHATIRODIAH."
"SIAPA YANG TIMBANGAN BAIKNYA BERAT...DIA BERJAYA"...ITU MISI KITA...


TUHAN MELIHAT AMALAN JANTUNG HATI KITA. 

'AMALAN KALBU..."syukur"  REDHO DAN SYUKUR...     SETAKAT MANA REDHO KITA?   "   SETAKAT MANA SYUKUR KITA"

"HANYALAH ENGKAU KEKASIHKU...AWAL DAN AKHIR"  BUATMU KEKASIHKU DI DUNIA...HIHI....contoh....

TAMBAHKANLAH AKU ILMU...TOLONG KURNIA SUPAYA AKU TAHU BERSYUKUR...

NABI TAK BAGI PERGI PERANG MEREKA MENANGIS...
CINTA ALLAH DAN RASUL...CINTA SEJATI

CINTA ALLAH DAN RASUL, SATU KEAJAIBAN.

TAUBAT ...MENYESAL DGN PERLAKUAN...TUHAN MAHUKAN KITA MINTA AMPUN 

KATA NABI NUH KEPADA KAUM NYA...MINTA AMPUN PADA TUHANMU DIA MAHA PENGAMPUN...
I   S   T   I   G   H   F    A    R    

ALLAH JANJI DIA AKAN AMPUNKAN KEPADA SIAPA YANG MEMOHON TAUBAT KEPADANYA.

 

Friday, 10 October 2025

Doa yang diijabahkan Allah dengan cepat.

 


Ini Doa yang Dr. Maza anjurkan untuk di doakan pada setiap solat Tahajjuid.  Bagus sangat . 

 

Rabu, 16 Oktober 2024

DrMAZA-Berapa kilometer sebenarnya yg membolehkan qasar solat..

 

Sabtu, 15 Februari 2025

Dermakan sebagian yg kamu sayangi kerana Allah,


 

 

Selasa, 23 April 2024

Kita Bakhil Dengan Allah, Sampai 5 Minit Zikir Tak Boleh Buat - Ustaz Sh...

 

Ahad, 16 Februari 2025

Kisah Utsman Bin Affan Lengkap! Dari Sebelum Masuk Islam, Hingga Peran S...

 

Sabtu, 10 Ogos 2024

KEAJAIBAN AMALAN DI SUBUH HARI - APAPUN HAJATMU DI JAMIN TERKABUL - SYEK...

Sunday, 13 September 2026

 

Wednesday, 3 December 2025

Pengertian Singkat Hubbud Dunya

Pengertian Singkat Hubbud Dunya

Hubbud dunya atau cinta dunia yang berlebihan bisa membuat seseorang bersifat tamak dan rakus pada dunia. Hubbud dunya secara bahasa berasal dari Bahasa Arab yaitu hubbun yang artinya cinta, dan ad-dunya yang berarti dunia.

Dapat diambil pengertian bahwa hubbun dunya adalah kondisi seseorang yang mengagungkan urusan dunia sehingga membuatnya abai dengan perkara akhirat serta lalai untuk taat kepada Allah SWT. Secara sederhana, hubbud dunya adalah mencintai dunia dengan cara yang berlebihan.

Perlu dipahami, segala sesuatu yang berlebihan tidaklah baik bagi manusia. Cinta dan mencintai pada dasarnya adalah sesuatu hal yang baik. Namun demikian apabila terlalu berlebihan, maka akan berubah menjadi obsesi yang justru merugikan baik bagi sendiri maupun orang lain.

Inilah mengapa Rasulullah SAW merisaukan umatnya apabila terjebak ke dalam cinta yang berlebihan kepada dunia. Sebab hubbun dunya adalah sumber kehancuran umat manusia.

Terdapat beberapa penyebab seseorang jatuh ke dalam penyakit hati yang satu ini. Adapun di antara penyebab hubbud dunya adalah sebagai berikut:

  1. Menganggap dunia sebagai tujuan, bukan sebagai alat untuk mencapai kehidupan akhirat.
  2. Suka mengumpulkan harta dengan menghalalkan segala cara.
  3. Pelit dan kikir terhadap harta yang dimilikinya.
  4. Tidak rela jika hartanya lepas darinya.
  5. Tidak suka bersedekah dan mendermakan hartanya.
  6. Bersifat tamak dan serakah, yaitu selalu ingin mengumpulkan harta walaupun sudah memiliki.
  7. Tidak mensyukuri nikmat Allah SWT.
  8. Mendewakan kedudukan sosial.


 

Khamis, 30 Oktober 2025

Dua for a strong memory.

Bismillah...Assalamualaikum...Selamat Pagi Semua.

Lama dah daku fikir nak hapus semua dairy lama ...Mungkin tiba masa ,aku hapuskan.  Aku redho jika   seseorang itu bersungguh2 menyakiti hatiku aku sudahi dgn Alhamdulillahala kullihal  moga  bertambah jujur akudalam mendekati Allah.  InsyaaAllah.

Daku nak tamatkan tengok cerita lama2 ku mulanya  hingga hari ini saja. Tapi.... banyak lagi yang kena ku bereskan. Aku kuat sebenarnya.  Aku layan, sekejapclagi  untuk dapat lihat lebih dekat  permasaalahan kita.  Sahabat semua, orang  yg paling baik ialah tidak suka mengungkit2 kerana Allah tidak suka jika kita mengungkit2...begitu juga jika kita memberi sesutu kepada orang tidak boleh langsung kita menyebutnya kembali.  Ia  bukan sahaja melukakan hati penerima malah tak baik di sisi agama kita. 

 Biar daku menulis lagi.  Setelah daku buang segala tulisan2  daku yang waham dan tak menepati kebenaran...maka baru selesai untukku tamatkan.  InsyaaAllah.    Penamat perlu ada tapi ianya mesti kerana Allah semata2.   Okey Syukur kepada Allah hari.  Tulisan yang baik adalah amanah allah jika berlaku yang tak baik bagi hati pembaca daku mohon maaf bersungguh2 kerana Allah.  InsyaaAllah.

Khamis, 23 Oktober 2025


Terima kasih atas view doa ini.Sangat bermanafaat untukku.  Daku hargai.

.  Semasa daku catat pada cerita  daku  buat operation dulu, daku berkata yg daku akan menceritakan kisah pertemuanku dengan  dengan pasangan ini.  Daku kan kata daku akan ceritakan tapi banyak kerja daku tertangguh untuk ceritanya dan lantas daku lupa terus untuk tulis.  Sebenarnya kisah ini baik sangat untuk kita buat iktibar.  Daku rasa tak penting sangat.  Rupa2nya daku kena tulis kembali kerana daku dapati hamba Allah bersungguh2 hantar kepada ku nasihat ini.  Daku ucap  terima kasih.  Dulu daku pernah lupa yang amat sangat kerana satu perkara  tapi sekarang daku dah makin tenang dan dah makin melupakan goresan hati masa mudaku.

.Dengan tu moga kita  baca cerita ni...Lupaan dan ingatan  adalah lumrah, pon anugerah Allah. Berlapang dadalah dengan lupaan dan ingatan ini.  Dia jugak adalah makhlok Allah. Kita tak boleh angkuh dalam menanganinya.  Tambahan lagi,  kita jangan sekali2 rasa gah dan jauhkanlah  dari sikap angkuh kerana  kita masih  kuat ingatan walaupon  kita telah berusia.  Sebenarnya itu semua dari Allah.  Jika Allah nak cabut sekelip mata ia pergi, sahabat ku semua   Mari dengar cerita yang daku janji nak ku tulis dulu.  Kisah benar yang daku temui di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah.(HSAS) - UPM.  Sangat menarik untuk di buat iktibar, sahabatku semua.  

Aku suka dari view hambaAllah ni.  Tapi daku harap lillahitaala.  Saya yakin dia sangat2 kuat ingatan moga terusmengamalkannya  Ayat Al Quran  ini agar ingatannya pasti utuh dan kuat. Syukur pemberian Allah padanya.  Apapon  kita jangan sekali2 bangga walau sebesar Zarrah pon atas anugerah Allah kepada kta , kerana jika kita bangga atas kejatuhan  hati orang lain  akan Allah tarik kembali anugerah besar ini. Mari kita baca ceritaku ini   Insyaaallah.  boleh kita buat iktibar.   Ceritanya begini.

Aku bertemu seorang hamba Allah yang Allah tarik ingatannya dalam sekelip mata, dalam sehari secara tiba2 tanpa mendapat apa2 petunjuk awalpon.    Dia orang ternama syarikat.  aku jumpa di Hospitak UKM.  Isterinya menceritakan kepadaku .  Suami nya ini seorang yang sangat genius.  Belajar di luar negeri dulu sangat2 mengatasi pelajar2 lain.  Kuat sangat ingatannya dlm pelajaran.  Semasa bekerja dia seorang yang sangat smart dan teliti dalam kerjanyaSehingga dia duduk di tampuk tertinggi atas kelebihan itu.  

 Sedang dia duduk di kerusi keagungan di tempat kerjanya..., tiba2 secreatarinya datang dalam keadaan terkejut kerana mendapati  kepalanya bossnya telah terkulai jatuh.  Boss nya ini adalah Boss yang paling baik berhemah dan segala2 ada padanya. Dia di sayangi anak2 buahnya.   Memang nampak dia berparas wajah baik sangat.  Duduk atas kerusi rodanya tersenyum kepada sesiapa sahaja.  Allah ketemukan kami dgn  orang ini.  MaasyaaAllah.  Dan di pendekkan cerita, bermula dari hari itu,   isterinya yang banyak menghabiskan duit mereka untuk mengubati sakitnya.  Dia suami yg baik.  Nampak pada raut wjahnya baik.  
 
Isteri yang selama hari ini  mempunyai simpanan yang banyak bersama suaminya,  paling sedeh bercerita.. dia terpaksa berhenti kerja.  Berjawatan  tinggi juga adik ini. Dia di uji dengan habis segala simpanan suami dan simpanannya sendiri , berbelanja untuk pengubatan suaminya.   Sehinggakan sampai saat paling sedeh dia terpaksa menjual kereta mewahnya untuk mengubati sakit suaminya.  Berat sungguh tanggung jawab isterinya. Katanya yang tinggal lagi, hanyalah rumah mereka dan dan sebuah kenderaan. 

   Kesian sungguh daku lihat.  Baru sebut buang air...dah tak sempat..terkucil.  MaasyaaAllah.  Kadang2 isterinya  kata...dia bukan sengaja ..terkeluar suara yang kuat seolah2 menengking.   Mereka adalah pasangan yang sangat baik.  Pasangan cinta. Tapi itulah ujian dari  Allah katanya.  Dia jaga dengan penuh kasih sayang.  Semua tu isteri terpaksa laksanakan dengan baik.  Itu sebabnya kita kena menyantuhi isteri kita dengan baik,  kerana Allah adalah  sebaik2 pengatur cara.  

Isteri dia ini adalah orang yang berjawatan tinggi , yang mempunyai syarikat sendiri  pon terpaksa berhenti kerja kerana menjaganya.  Anak2 semua tak mampu menjaga dengan lebih lama.  Mereka juga turut terpaksa pergi kerja.  Kata isrterinya...habiis duit simpanan mereka untuk mengubati suami ini.  Dia sangat bernasib baik kerana melayan isterinya dengan baik dahulu.  Sampai satu masa kata isterinya ..isterinya terpaksa meminta bantuan dari badan2 kerajaan dan swasta.  Terpaksa katanya.  Saya tebalkan muka.  Hilang  malu.  Takdir dari Allah kita kena terima.  Dia mengaku . Berlinang airmatnya.  Mungkin, bila kita ceritakan kisah kita  dan orang ambil perhatian  kita akan sedeh.  Daku paham. Derita sungguh dia.
 
Menurutnya bila terlalu lama sakit, duit dah berkurangan . Anak2 pon dah terbiasa dan lebih mengharapkan ibu sahaja  kasihan mereka makin pudar.  Kesian nya daku dengar.  Jiran tetangga datang juga melawat..dan beri juga bantuan kerana kasihan.  Tetapi katanya bila dalam keadaan  jatuh begitu ...fitnah pon senang datang.  Dia dah mula cuak dan elakkan pertolongan jiran yang bebeapa kali memberi bantuan kewangan. .  Mungkin di cemburui.  Dia jugak cantik orangnya putih dan masih anggun dalam usia akhir 50annya. Daku kagum.   Moga dia terus bersabar.  Apa yang dapat aku katakan, agar adik ni terus bersabar dan terus berjuang.

Bagi aku cukuplah daku ceritakan kisah sedeh hamba Allah yang Allah uji ini.  Moga dia bertabah hati mnerima dan menghadapi ujian.  Bagivkita yang masih senang lenang janganlah  sentiaa mencari silapnya orang...baiklah kita berhenti mencari2nya...mengapa orang itu lupa ingatan...mengapa dia sakit mengapa   mengapa dan mengapa..?  jangan lagi di ungkit.  Daku orang yang pernah lupa ingatan kerana duka yang melukakan.  Daku tak malu menyebutnya kerana effect perasaan itu amat menyakitkan. 

Jika kita jujur tanpa ada sebesar zarrah pon hinaan ...Syukur pada Allah atas nasihat  yg kita berikan .tetapi jika kita ada sedikit sahaja (serpihan ketidak jujuran kita) kita kena berubah agar mendapat pahala dari Allah.
  Mari kita ambil iktibar kisah keluarga yang kaya ini  sebab semua kekayaan milik Allah.  Duit ringgitpon akan boleh habis...simpati orang boleh habis juga..belas kasihan orang juga boleh habis....Maka letaklah  dalam hati kita   SABAR,JUJUR , REDHO, IKHLAS, TAWAKKAL DAN SYUKUR ...dalam menjalani hidup yang masih sedikit lagi ini ..

Dunia memang taman ujian dari Rabbuljalil.




 

 

Sabtu, 20 April 2024

Kerja Kita Nombor Dua, Mak Kita Nombor Satu - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

Tidurlah Permaisuri.

 

Saturday, 18 April 2026

Tidurlah Permaisuri.


Khamis, 29 Januari 2026

  Tuesday, 9 September 2025 Kekuatan doa'...