Home

Showing posts with label Mari ku nukilkan apa itu "Cinta " di pandangan mataku.. Show all posts
Showing posts with label Mari ku nukilkan apa itu "Cinta " di pandangan mataku.. Show all posts

Sunday, 24 August 2025

Mari ku nukilkan apa itu "Cinta " di pandangan mataku.

Assalamualaikum "Cinta"

Bukan cinta namanya jika lelaki yang menilai wanita pada  rupa paras nya.  Bila melihat perempuan tak cantik bentuk badan dan rupa paras terus angkat kaki.  Itu bukan cinta sejati, wahai lelaki.  Penilaian dari sudut itu cukup2 tak tepat.  Ianya adalah persepsi yang amat rendah dari segi nilaiannya.  Cinta itu terletak di hati dan saling bertaut dan menyebabkan  getaran dua jiwa. 

Getaran dari dua jiwa akan melahirkan " Cinta" dan ianya Ianya menjadikan  mawardah warahmah jika di iringi dengan belas dan kasihan serta gabungan sedikit  kasih dan sayang,  maka lahirlah cinta sejati.  Walau paras dan rupa tiada , hati paling sangat2  tepat menilai cinta. 

 Sebenarnya mata tak tepat menilai "Cinta" Oleh itu waspada dengan mata.  Tapi, Allah jadikan mata agar dapat melunakkan hati.  Orang yang buta tetap memiliki Cinta.  Kerana "Cinta" itu datang dari hati dan bermukim di hati.

Lelaki  tidak boleh mengharap "Cinta Wanita " melamarnya, tetapi Lelaki perlu berani untuk melamar cinta.  Cinta sebenar terletak kepada "Cinta Lelaki " yang melamar "Cintanya Wanita."   Itu sebab Allah ujudkan  manusia ada dua jenis ,  Lelaki dan Wanita.  Wanita punya perasaan "malu"   Itu anugerah Allah kepada mereka.  

Wanita pulak, jika mereka kaya mereka berani melamar  lelaki sebagai contoh Khadijah melamar  Rasullullah.  Lelaki pulak jika mereka berani mereka dapat memiliki Cinta Wanita dengan mudah, mungkin dalam masa satu hari  sahaja  tambahan pula mereka tahu wanita itu pernah membayangkan cinta pada mereka.

Lelaki akan hilang Cinta untuk selama2nya  jika mengharapkan Cinta Wanita melamar Cintanya.  Lelaki yang begini akan rugilah seumur hidupnya.  Mengejar cinta yang bertahun pon akan tidak kesampaian.  Dia juga memusnah Cinta telah dia nampak di depan matanya.  Lelaki... lelaki ...Kau kena berani.    

 

   Isteri Imran mengharap... Anak dlm perut ini menjadi anak yang berkhidmat di baitul muqhaddis...  Dan Allah kurniakan dia anak perempuan....