Home

Showing posts with label Tanaman di keliling rumah saya yang baru belajar berbuah (Part 1. Show all posts
Showing posts with label Tanaman di keliling rumah saya yang baru belajar berbuah (Part 1. Show all posts

Sunday, 14 September 2025

Tanaman di keliling rumah saya yang baru belajar berbuah (Part 1)


Kakakku komen daku buat video..haha..Mereka bidang Penerangan mesti terasa cacat sangat video yang daku bikin.  Maaf kakakku.  Daku Cikgu yang tak belajar betul2 masa itu...Maafkan aku.

..Update...Pokok Rambutan yang saya sangkakan rambutan anak sekolah rupa2nya Rambutan Gading... Dah 3 kali berbuah .  Banyak buahnya malah saya sempat bersedekah kepada jiran2 sekeliling rumah saya.  Pernah juga Shah bawa  ke masjid pada masa itu.  Ianya adalah Rambutan Gading.  Penjual pokok2 tu pakai sebut aja nama tu...tapi daku tak menyesal kerana rasanya sedap sangat...Rapuh isinya.  Malahan jika daku kupaskan ia dan letak dalam peti sejuk ...sangatlah sedap.  hihi Syukur.  Menurut Bah adik iparku baru2 ni pokok mastaku atau manggis terengganiu yang rapuh dan sedap dah belajar berbuah.  Ianya perlu di letakkan baja.  haha.  daku asyik lupa aja nak surun pin baja.  tak apalah nanrtti akan ku berikan baja yang cepat berbuah yang ku lihat dalam you tube. 

Pokok  Limau Taiwanku berbuah begitu lebat sekali masa daku balik kampung dulu.  MaasyaaAllah manis buahnya.  Moga Pin dapat jaga dan daku pesan apa yang ada itu ambillah dan jika buah2 berlebihan maka sedekahlah kepada siapa sahaja yang mereka hendak sedekahkan.  

Masa daku tinggalkan dulu pokok mempelam emas hitamku berbunga lebat tetapi pokok itu diserang oleh anai2 akarnya , makanya ia sujud menyembvah bumi tanpa sempat menghadiahkan daku buahnya.  Adoi sayang sungguh...Daku memang suka mempelam"Emas Hitam"  sekarang daku tak pernah berjumpanya.  Dulu masa daku tinggal di Sendayan, banyak buah ni di jual di Negeri Sembilan.  Di Bangi daku tak pernah lihat buah tu...Hmmmm...kecewanya daku...

Harap pokok avokadoku boleh berbuah juga nanti.  InsyaaAllah.  Pokok merapuh  (Kundang Thailand)  pon sepatutnya dah berbuah. tap[i entahlah...mungkin satu hari nanti dia berbuah juga agaknya.  Pokok Cempedak durianku berbuah.  MaasyaaAllah buahnya mempunyai isi yg besar ulasnya dan manis tak terperi.  .

Daku kena balik bila2 nanti kerana daku rasa rindu sangat kepada pokok2 di keliling rumah kecilku...Hmmmm....Rindunya aku...  haha daku teringat pulak tentang pokok Longan pingpong Hibrik ...dah berbuah tetapi ruginya ia  diserang oleh monyet2...di sekitar hutan yang datang.  Pemerintah berdosa sebab mereka tak menjaga keselamatan tanaman orang2 kampong dengan membasmikan monyet2.   Macam mana lah orang2 kampong nak dapat hasil jika serangan dari binatang2 ini masih berleluasa.  

Daku dapat tahu monyet2 yang di tangkap di pinggir bandar yang di arahkan di hantar ke pulau2 tidak pon di hantar ke sana kerana ada pekerja yang tak amanah hanya melepaskan monyet2 itu dalam perjalanan ke Grik.  Alertlah pemerintah...dikau akan di tanya Allah nanti...Sudahkah dikau smart   (smart in everything)  dalam menjaga rakyatmu?  Sudahkah amanah mu kamu jalankan dgn betul. Tanggungjawab sebagai pemerintah itu BESAR sangat...Jika monyet masih berleluasa bagaimana orang2 kampung hendak menikmati hasil tanaman mereka? Fikir2kanlah wahai pemerintahku.  Allah akan tanya dikau nanti di MahsyarNya.    Sudahkah tanggungjawabmu kau tunaikan ?   

Ya Nabi Salam Alaika...