Home

Showing posts with label PERBANYAKKAN DOA. Show all posts
Showing posts with label PERBANYAKKAN DOA. Show all posts

Tuesday, 26 May 2026

WAKTU ARAFAH DI MALAYSIA, PERBANYAKKAN DOA

  Ramai mengambil peluang memanfaatkan waktu Arafah dengan memperbanyakkan doa, zikir dan istighfar kerana antara waktu terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT

Dalam suasana penuh keinsafan, para jemaah menadah tangan, menangis, berdoa serta memohon keampunan kepada Allah SWT.

WAKTU ARAFAH DI MALAYSIA, PERBANYAKKAN DOA

WAKTU ARAFAH

Kredit: Magnific

Walaupun tidak semua berpeluang berada di Tanah Suci, Hari Arafah tetap menjadi peluang besar buat seluruh umat Islam untuk memperbanyakkan doa, zikir dan taubat.

Hari Arafah bukan sekadar hari biasa dalam kalendar Islam kerana merupakan salah satu hari paling agung yang dipenuhi rahmat, keampunan serta peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba daripada api neraka selain Hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Wukuf di Arafah : waktu mustajab doa., 






  [LANGSUNG] Takbir Hari Raya Aidiladha 1447H/ 2026M (TANPA HENTI) Berita AlHijrah 109K subscribers