Bismillah...Assalamualaikum Sahabatku.
Entah kenapa saya rasa bersalah sangat kerana tak yakin dgn kejujuran sahabat upkan doa ini buat saya lihat. Sebenarnya setiap ayat2 Allah mesti datang pada kita dengan kejujuran sebenar- jujur. Tidak ada yang tak jujur. MaasyaaAllah berdosanya saya. Saya berbuat kesilapan lagi. Saya rasa yakin sangat sahabat jujur view ini untuk saya upkan. Setelah saya muhasabah diri saya sedar mana ada ayat2 Allah yg diberi kepada kita, tanpa hadirnya rasa jujur. Berdosanya saya kerana menganggapnya yang bukan2. Saya pasti, sekarang, sahabat jujur sangat pada saya. Demi Allah dengan kebesaran ayatNya, saya baca ayat ni. Saya amalkan ayat ni dengan harapan saya tak akan lupa atau nyanyuk nanti. Setiap kali saya lafazkan ayat ini, percayalah sahabat akan mendapat ganjaran pahala darinya kerana mengingatkan saya. Saya baca dalam sujud saya sekarang untuk mengelakkan saya lupa, bagai dahulu. Saya sedar saya alpa selama hari ini saya upload tanpa mengamalkannya. Berkat kesilapan ini daya mulai mengamalkannya. Tak mahu lagi saya menyalah tafsirkan amanah ini. Sesuatu yang baik di sisi Allah adalah amanah besar yang perlu kita jaga dan hormati. Moga sahabat dapat maafkan saya.
Seiring ini saya juga fikir kembali patutlah sahabat view apa yg saya tulis dulu , ianya adalah kerana untuk mengingatkan saya bila2 masa sahaja, saya boleh lupa kembali perkara2 yg berlaku, seperti itu.
Saya sedar sekarang sebenarnya sahabat jujur sangat berikan pada saya . Sahabat janganlah jemu memaafkan saya. Saya banyak buat kesilapan. Sahabat tentunya dah lama kenal dan boleh baca buruk baiknya saya. Banyaknya kelemahan saya kan.. Maafkanlah saya. Sahabat kena maafkan saya jugak. Jugak- jugak agar saya tak diperhitungkan Allah dalam keadaan yang amat sukar. Saya yakin kesukaran demi kesukaran di pengadilan Allah, jika sahabat tak maafkan saya.
Bila saya duduk sendiri...saya muhasabah diri. Mana mungkin ayat Al Quran disalah ertikan. Astaghfirullah. Saya bertaubat atas kesilapan ini. Alpanya aku Rabbku. Daku mohon keampunanMu Rabbku. Sedeh rasanya atas kesilapan ini, melainkan hanya syaitan yang mengganggu ku Rabbku. Saya mohon maaf juga kerana mengatakan sahabat mainkan saya. Tak benar tu. .." Inni muhibbuka fillah" Sahabat tetap sahabat saya dunia dan akhirat. Aamiin.
Khamis, 23 Oktober 2025
Selasa, 23 Julai 2024
Israq lagi 10 minit...
Assalamualaikum...
Semoga berpagi2 dengan keindahan yang Allah cipta ini. Selalulah bersyukur dan daku rasa bersyukur sangat kerana sampai dengan selamat dan tidak ada apa2 masaalah semasa di dlm perjalanan kami.
Daku doakan sahabat dlm rahmat dan pelukan Allah selalu. Marilah kita saling maaf dan memaafkan sehingga berakhirnya hidup kita ini.
Aamiin...