Fuziah binti Haroun Al Rashid atau lebih dikenali sebagai Uji Rashid (lahir 1 September 1953 di Sabah) adalah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang terkenal. Wajahnya seiras penyanyi asal ABBA, Anni-Frid Lyngstad. Selain begitu terkenal secara solo, beliau juga telah menyanyi berpasangan selama ini; samada di atas pentas atau dalam album dengan Sudirman Haji Arshad, Latif Ibrahim, D J Dave dan Hail Amir. Insan seni bermata galak ini sinonim dengan gelaran "penyanyi bersuara manja" oleh penggemar muzik tanahair; terutamanya dari generasi 70an, 80an and 90an. Bahkan, suara beliau yang manja telah menjadi signature yang tersendiri tatkala Uji beraksi dalam filem, drama dan teater yang dijayakannya. Sehinggakan pada tahun 2000, Uji Rashid telah meminjamkan suaranya untuk sebuah siri televisyen kanak-kanak antarabangsa popular yang dialihsuarakan ke Bahasa Malaysia.
Uji Rashid masa menjaga Cico anaknya yang sakit. Dia menjaga anaknya yang sakit misteri...Moga dia di permudahkan...Aamiin...
Masih cantik semakin berusia...
MaasyaAllah cantiknya Uji Rashid...Bagiku berhati mulia kerana menjaga ibunya yang buta huruf...dan di tinggalkan ayah dlm kekecewaan kerana kahwin lain...Kesiannya ibu dia. Anak yang baik..cari duit untuk mengambil tempat ayahandanya. MaasyaaAllah. Kecilnya hati wanita bila suaminya berkahwin lain ...kesian sangat aku dengar cerita dia.
Walau bagaimana pon dia anak yang baik...Moga dia Allah berkati..aku doa kan...
Suara manja menawan..."Saya hendak mak saya hidup senang" Gaji saya 160...150 saya kasi ibu saya hanya ambil 10 ringgit sahaja...MaasyaaAllah.
Mari kita ambil iktibar secantik manapon kita akhirnya akan bergerak ke usia yg Allah mahu terhadap kita.. RabbKu ..kau sedarkanlah kami selalu dlm mengharungi batas2 waktu ini...Insafkanlah kami...Aamiin.
No comments:
Post a Comment