Home

Showing posts with label " Enam dalam satu.... Show all posts
Showing posts with label " Enam dalam satu.... Show all posts

Saturday, 4 April 2026

Tuntunku KepadaMu - "Mati itu Pasti,"

Assalamualaikum! 

Terimakasih sahabat blogku kerana mengingatkan daku kepada kematian. 

Daku dah dekat dah..  TQ daku sedar.   Terkena pula saat daku

 menghadapi kematian sahabat,   lagu ini dihadiahkan padaku. 

Besar makna, lagu ini buatku. " Mati itu Pasti"   

Peringatan  kerana Allah ini kususuli  dgn ucapan  Arrigato 2 U.

 Baca apa yang ku tulis kerana  lagu ni amat sesuai 

dgn petikan itu.  Thanks.

Maher Zain - Tuntunku KepadaMu (Guide Me All The Way) - Bahasa Version | Official Lyric Video


Tuesday, 24 September 2024

Amalan Terbaik di Ujung Usia | Ustadz Ammi Nur Baits


 


Assalamualaikum...
Hari ini dapat khabar duka, ada kematian ia itu,  seorang lagi sahabatku telah kembali kerahmatullah.   "Innalillahhiwainnailai hi raajiuun."  Daripada Allah kita datang dan kepadaNyalah kita akan kembali. "  Dengan jemputan allah itu, daku berdoa agar sahabatku itu dikumpulkan Allah bersama orang2 yang soleh.

  Bila perkhabaran ini ku terima daku dapat rasakan bahawa betapa dekatnya sudah kematian menghampiriku dan mereka yang seusiaku  terutama  saudara maraku.   Meskipon kematian tidak mengenal usia,  tapi  "KEMATIAN ITU PASTI"  Ya Rabb. Kau jadikanlah hambaMU ini sering mengingati mati.  Daku berharap agar Allah ingatkan kita  selalu bahawa kematian itu sentiasa menjenguk kita  hari demi hari. 

Entah berapa kali malikalmaut datang menjenguk kita  dalam sehari.   Cuma menunggu masa dan waktu Allah arahkan agar  dicabut nyawa  dpd jasad kita.  " MaasyaaAllah."  Permudahkanlah kami- RabbKu.  Permudahkanlah sakaratulmaut  kami  Rabbku.
" Allahhumahauwinalaina fi sakaratulmaut" 

Ya Rabbku...Elakkanlah daku merugikan masa , anugerahkanlah kami " masa yang bermanfaat"  kenikmatan untuk kami mengingati, peri pentingnya waktu  yang ada pada kami ini.  Kau jadikanlah kami  sentiasa bersyukur terhadap ketentuanMu atas diri kami  ini.  Ulitilah kami  dengan SABAR dan REDHO dalam menjalani hidup ini.  Basahkanlah lidah kami  selalu dalam menyebut namaMu. Ingatkanlah kami  selalu berselawat kepada Rasul KekasihMu Rabbku.  

Rabbku...Kau jadikanlah kami bersyukur dengan apa yang kami ada  ini,  permudahkanlah perjalanan hidup sehariankami. JanganKau jadikan kami mengejar  dunia semata  dan Kau penuhi  hidup kami dengan rasa "cukup dan puas",   cukup  (seadanya)  dgn rezeki yg Kau anugerahkan ini.  

Aku sedari Rabbku...sihatku juga adalah "rezekiku" yg patut ku syukuri  begitu juga dalam memanfaatkan masaku kerana "masa"  juga selalu menipu kami, hamba2Mu semua, terutama daku yang selalu alpa.  Jangan Kau lalaikan kami dalam menangani masa yang ada ini, jadikanlah masa itu dapat kami gunakan  dengan sebaik2nya dengan beramal kepadaMu. 

Tuhanku...Kau sedarkan aku dengan kesedihan itu sebagai pengubat hati ini untuk lebih dekat padaMu.  Daku sedar Rabbku dengan duka, sedih, sepi, ini mendekatkan aku padaMu.  Redhokanlah aku dan sabarkanlah aku, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  
Aamiin Ya Rabbala'lamin




Saturday, 23 August 2025

GAMBARAN HINANYA DUNIA - Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas Rahimahullah...


Wednesday, 4 March 2026

05-03-2026 SS Prof Dato Dr Maza : Jantung Hati Boleh Keras Melebihi Batu



Sunday, 26 October 2025

DrMAZA-Doa iktidal|Perkataan hambaNya yg paling benar..(Ulang lagi)


Monday, 5 January 2026

Pesan Nabi: Jangan tinggal 3 ini...


Tuntunku KepadaMu - "Mati itu Pasti,"

Assalamualaikum!  Terimakasih sahabat blogku kerana mengingatkan daku kepada kematian.  Daku dah dekat dah..   TQ daku sedar.    Terkena pul...