Home

Wednesday, 17 December 2025

  

Monday, June 10, 2024

 


Rabbi ad khilni mud kalasid qin waakh rij ni mukh raja sidq waj alli minladun ka sulta nan nasi raa...

Semak :   Quran Suratul Israq Ayat ke 80,


Wahai Tuhan masukkanlah aku pada tempat masuk yang benar dan keluarkanlah aku pada tempat keluar yang benar ( mulia ) dan jadikanlah untukku dari sisimu kekuasaan yg memenangkan.

Kita dlm hidup kita tak tahu keadaan...Ya Allah masukkan aku di tempat masuk yg betul dan keluarkanlah aku ditempat keluar yang betul.... mintak Allah masuk ketempat masuk yg betul dan tempat keluar yg benar....

 Kita kena berdoa dlm menghayati doa yg di ajar oleh Quran Suratul Israq Ayat ke 80, supaya kita masuk ketempat masuk yang betul dan keluar di tempat keluar yang betul. Rahmat Allah Azzawajal...
Kita kena menghayati keampunan Tuhan    kita tahajjud kita puasa kita akan rasa manisnya astaghfar...

Kita kena berdoa dalam usaha mencari hidayah...  kita tak tahu...kehidupan kita, keluarga kita...mudah2an dlm Ramadhan ini kita nikmati doa kepada kita ...masuk pada tempat masuk yg betul dan keluar pd tempat keluar yg betul kita akan berjaya.

APABILA KITA SAMPAI PADA SATU PERINGKAT PERASAAN KITA MENJADI LUNAK..DENGAN "ISTIGHFAR"  BERJUANG DLM MENINGKATKAN IMAN KITA DISISI TUHAN...
Kita baca doa , kita baca Quran, kita mintak kat Allah... 

Selagi kita hidup ini  kita kena berjuang dengan doa...

Ulangi selalu 'Laa haula wala khuw wata illa billa hil alimyul azim' Tiada daya dan upaya melainkan  dengan kehendakmu sahaja Ya Rabb...

 

Thursday, 29 August 2024

(🔴LIVE) 29-08-2024 SS Prof Dato' Dr MAZA: Bulughul Maram (Siri 200)

Laksam Bangi

 

Rabu, 17 Disember 2025

Laksam Bangi

  Bangi 17/12/25 Bersamaan 26 Jamadilakhir 1447.  (12.58am.)


Laksam Bangi

Laksam Bangi
 Sedap juga, tapi agak manis pada Laksam yg di jual di Lenggong.  Yang kat Lenggong dah disuikan dgn selera orang Lenggong... Kurang manis.  Apapon syukur dapat makan laksam tak payah buat sendiri... Moga maju jualan mereka Aamiin

Teringat masa dulu2 tu, mengidam nak makan laksam tunggu la kakak iparku belajar dari Ciknya (emaknya) untuk ajarkan padaku cara buat laksam, masa tu youtube belum ada...Daku dah bersalin baru dapat makan.  Hihi lambatnya Kak  Yah Abang Halid ( teman seMaktabku)  belajar dari maknya.   Lepas tahu masak laksam asyik buat ja...Siapa balik pon kita buat Laksam syok sangat. Rasa teruja pandai buat laksam yang jadi favourateku.  Hihi,

Mula kenal laksam bila Adinda Rashidah bawa semangkok laksam bagi tiap2 orang rasa, teman serumah kami kat Maktab Kuantan.  Kali pertama rasa belum minat, kali kedua rasa baru suka...dan seterusnya, beli...Jadilah kami orang Orang Pantai Timur, (Terengganu , Kelantan dan Pahang, sebab ini makanan orang Pantai Timur) Hihi...Kelakar.  Sebenarnya adinda Rashidah adalah orang Tikam Batu Kedah...Dia pengemar Laksam...Syidah! Syidah! kami makan laksam bila Syidah ajar kami makan...Tq Syidah.  Rindu pulak adik2 seperjuanganku kat MPK dulu.



Tuesday, 16 December 2025

Tingkatan Orang Ketika Tertimpa Musibah – Ustadz DR. Syafiq Riza Basalamah

 

Friday, 14 June 2024

Tingkatan Orang Ketika Tertimpa Musibah – Ustadz DR. Syafiq Riza Basalamah


4 Tingkatan orang yang kena Musibah .

1) Jazaq
2) Sabar
3) Ridho
4) Syukur

Bayangkan ya...Musibah itu nyata akan membawa kepada kita bersyukur.  Tingkatan yang tak boleh itu Jazaq...

1) Jazaq.
Jazaq itu ialah orang yang tidak menerima takdir Allah.   Dia yang ketika mendapat musibah berkata andaikata...andaikata itu tak bisa menghidupkan yang mati.  Andaikata itu tak bisa membuatkan kecelakaan itu tidak terjadi.  Ada satu cerita  seorang  balik dari kerja ,anaknya di dapatinya terapong di dalam kolam meninggal...dia ditepi sarang burung walid berhampiran kolam  dan mengatakan Ya Allah andaikata aku tak punya sarang burung ini, andaikata aku tak punya kolam ini, ucapan andaikata itu adakah akan mengembalikan kehidupan anaknya?  Tidak!  Ada orang merobek2 bajunya...melempar2 piring...dia tidak menerima apa yang terjadi...itu haram...Tidak boleh.  Secara akalnya tidak berguna kamu lakukan itu

2)  Sabar. 
 Menahan diri secara menggunakan akal yang sihat ,menangis boleh, ada seorang wanita dia menangis tetapi jika menangis dgn melemparkan sesuatu tidak boleh sebab Allah mengatakan "Berikan Khabar gembira kepada orang2 yang sabar."   Dan ingat sabar itu bukan dengan berjalannya waktu..."Sabar itu ketika rombakan pertama...ketika engkau mendengarkan musibah."..apa yang engkau lakukan ketika itu.  Apabila engkau mengatakan Innalillahhiwainnailaihiroojiuun.

3) Ridho...
Allah maha baik ada hikmahnya

4)  Syukur...
Allah masih memberi kaki yg satu lagi    ketika kemalangan
Abu bakar itu. yang di beri Nabi ketika solat
"Allah humma inni dholamtunafsi zulman kasiroo.  Wala Yagh firuzzunu bailla anta"  Abu Bakar dijamin masuk syurga diberi doa ini oleh Rasullullah kata baca  dalam solatmu.."Ya Allah sesungguhnya aku menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak"  Pengakuan kepada Allah...banyak membuat dosa Ya Allah.  "Wala  yagh firuzzunu bailla anta"   Ya Allah tiada yang boleh mengampuni dosa kecuali Engkau Ya Allah...'Fagh firlii, ampunilah aku Ya Allah,"Maghfiratan min indih"..Ampunan dari sisiMu ."Warham ni"  .Kasihi aku Ya Allah...
Innakaan "Innakaan tar ghafur rulrahim"  Kalo ingin bahagia baca 100 kali taubat...Kita banyak dosa Ya Allah...Penyumbatan di jantungkita 100 kali ...ambil masaMU...Nabi SAW satu hari membaca  "Rabbigh firli..waatub alaiya...Innakaan tattauwa burrahim"  100 kali
Ini rutinitas.  Nasihat anna belajar mana yg dosa dan mana yang tidak dosa. 

" Tidak beriman sebelum aku lebih dicintainya"Sabda Nabi SAW.

 Bangi 17/12/25 Bersamaan 26 Jamadilakhir 1447.  (12.58am.)

Thursday, 4 December 2025

" Tidak beriman sebelum aku lebih dicintainya dari keluarganya, hartanya dan semua orang.

 Khamis, 25 Februari 2016

Wajib lebih mencintai rasulullah saw.

Bab 14. Wajib lebih mencintai rasulullah saw. dari keluarga, anak, orang-tua dan semua manusia, serta memastikan bahwa seseorang yang tidak memiliki cinta semacam ini berarti tidak ada iman dalam dirinya

( HR.MUSLIM No:62 )
Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: Nabi saw. bersabda: Seorang hamba (dalam hadis Abdul Warits, seorang laki-laki) tidak beriman sebelum aku lebih dicintainya dari keluarganya, hartanya dan semua orang.

Bangi 17/12/25 Bersamaan 26 Jamadilakhir 1447. (12.58am.)“Obento” di Jepun”

   Bangi 17/12/25 Bersamaan 26 Jamadilakhir 1447.  (12.58am.)


Untuk aku kenangan ni.  Rindu sangat.  Tapi aku orang miskin ,mana mungkin boleh lagi kan!  Aku sedang menanti hamba Allah yang akan membawa aku  kesini lagi...Siapalah dia agaknya.  Aku berdoa kepada Allah agar umurku panjang. ..InsyaaAllah...Tapi lepas aku pergi UMRAH.  Sekarang masa tak mengizinkan lagi. Baik aku mahupon anakku.  Tak apa.  Aku sabar menunggu.   Aku  pulak masih dalam proses untuk pemulihan.   Hmmm. Hmmm.

Monday, 7 August 2023

Tokiwadai dalam kenangan

Oktober 19, 2008
Teringat saya ketika di Jepun selama 3 bulan, mengambil cuti tanpa gaji untuk ke negara matahari terbit itu khusus mencari pengalaman hidup dan mengetahui budaya orang Jepun dari pelbagai segi.

 Saya selalu ke sekolah tadika anak saudara saya Qurrata Aini yang ketika itu berusia 5 tahun dan belajar di tadika Jepun di Tokiwadai, bandar Itabashi-ku di Tokyo. Setiap hari saya dan kakak saya akan berbasikal ke tadika itu yang dalam bahasa Jepunnya berbunyi “Hoikuen” atau tadika.

 Setiap hari kami menghantar bekalan tepat jam 11 pagi untuk Aini. Bekalan ini dipanggil ‘obento’ . Makanan yang siap dihias akan dimasukkan ke dalam bekas makanan kemudian dibungkus dengan kain seperti sapu tangan empat segi yang menarik dan cantik. Kemudian diikat keempat-empat bucu kain itu dan dijerut. Obento ini dimasukkan ke dalam beg kecil khas dibuat untuk obento, yang boleh dibeli di pasar raya. Beg ini comel dan dalam pelbagai warna dan design. Bagi orang Jepun obento selalunya dihias cantik. Saya dan kakak saya selalu memikirkan macam mana nak hias obento Aini supaya cantik dan menarik. 

Kalau kami masak burger ayam (halal, yang dibeli daripada kedai orang Pakistan) kami akan bentukkan daging burger menggunakan acuan pelbagai bentuk. Contohnya bentuk ‘kitty cat’ dalam bahasa Jepun ‘kitty chan” yang comel yang ketika itu amat Aini gemari. Kami akan meletakkan mata kitty itu menggunakan strawberry. Kemudian hidungnya menggunakan biji jagung. Memang comel sekali. Aini beritahu sensei (cikgu)nya cakap “Oishi desene?” atau “Sedap?”. Di Jepun obento amat mustahak. 

Di sekolah makanan dibekalkan. Baik di tadika, atau di sekolah rendah. Waktu rehat murid-murid akan diberi jadual tugas. Yang menghidang makanan akan memakai apron. Semua sudah faham tugas masing-masing. Jadi setiap kali tiba jadual masing-masing mereka sudah bersiap sedia menghidang makanan di dalam kelas. Menu di sediakan oleh pihak sekolah. Semua tukang masak memakai apron dan memasak berdasarkan menu yang diberi.

 Kajian lengkap terhadap makanan seimbang dibuat dan di sebelah menu disediakan kalori dan kandungan zat makanan. Sungguh sistematik dan berdisplin. Bagi pelajar Muslim, obento perlu dibawa atau dihantar oleh keluarga. Ketika saya di Jepun, saya pernah menghantar obento Aini. Kakak saya dah ajar saya bahasa Jepun. “Sensei, Aini no obento desu” Saya cakap pada cikgu. Maksudnya “Cikgu, ini bekalan makanan Aini.” Cikgu akan menjawab “Hait, Arigato gozaimas” sambil menunduk hormat dan sopan. Saya rasa sungguh teruja dengan kesopanan mereka. Para guru amat dedikasi. Mereka menghormati semua ibu bapa, tak kira bangsa. Di tadika Aini ada dua orang pelajar asing, Aini dan rakan dari Korea. Cuma Aini saja beragama Islam. Aini saja yang perlu dihantar obento oleh ibunya atau saudara Aini. Nanti saya akan terangkan tentang Hoikuen Aini.





🔻LIVE🔻09 Dis25 Ustaz Dr. Mat Rofa Ismail