Sunday, 22 February 2026
The elderly woman kept her promise, returning to Trinh Ho for a happy life together
PANDAI NYA ADIK NI BERCUCUK TANAM. KAGUM SUNGGUH DAKU. BUDAK BAIK.
CARA SOLAT SEPERTI RASULULLAH SAW | Dr Maza
UPDATE 23/2/26 BERSAMAAN 6 RAMADHAN 1447 H
18/2/26 BERSAMAAN 30 SYAABAN 1447 H
November 8, 2025
Wuduq tidak boleh berlebihan tapi sempurna. (Ratakan wuduq)
Mengadap Kiblat...Jihah kiblah...Arah kiblat.
Takbir..."AllahhuaAkbar" (Allah yang Maha Besar)
Baca apa yg mudah dpd Al Quran. (Mana yang wajib sahaja nabi sebut) Suratul Fatihah.
Hadith sebab Nabi sabda kerana Solat yang salah, Nabi respond pada lelaki yg solat yg Nabi lihat) Nabi jawab salamnya dan Nabi kata Nabi suruh solat semula kerana kamu belum solat. (sampai 3 kali)
Sabbabul hurur bil hadith Sebab mengapa haditah itu timbul
"Sempurnakan salam."(Assalamualaikumwarahmatullah)
Sunah bagi salam bila jumpa kembali.
Kemudian kamu roko'...yakni dgn baik
(ada tomakninah)
Kemudian hendaklah kamu angkat sehingga kamu lurus berdiri. Belakangmu...
Kemudian kamu sujud (Dengan tomakninah)
Kemudian kamu bangun dan betul2 dalam antara 2 sujud (tomakninah)
Kemudian kamu sujud sehingga tomakninah dlm sujudmu
Kata para ulamak apabila tahu apa yang salah maka jika masa masih ada perlu solat kembali. Jika yang lalu maka Allah ampun yang lepas. Allah maafkan.
Tegur terus jangan tangguh2...bisik pelan2...kadang2 orang tak perasan
Nabi mengajar para sahabah ...Hal2 yang lain ..maknanya lelaki ini telah paham yg lain2nya.
Para ulamak khilaf pendapat...antaranya bacaan Fatihah. Berdasrkan Jumhur Ulamak maka baca Fatihah di setiap rakkaat.
Solat Taubat...
Antara cara bila kamu membuat dosa dengan Allah maka Solat Sunat Taubat.
Jika ada dosa mengambil harta orang perlu pulangkan kembali hak orang lain.
Saturday, 21 February 2026
Doa Khatam Quran
Ini adalah doa Khatam Quran yang di tulis dalam Tulisan Jawi. Makanya saya ambil inisiatid merumikannya supaya mereka yang tidak berapa mahir membaca jawi dapat menghayati doa ini. Aamiin.
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, pujian orang2 yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang2 yang bertakwa. Dan selawat dan salam keatas Rasul kita Muhammad dan juga keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, pujian orang2 yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang2 yang bertakwa. Dan selawat dan salam keatas Rasul kita Muhammad dan juga keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Ya Tuhan kami terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi yang maha mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha penerima taubat lagi maha mengasihani. Tunjukkanlah dan bimbingkanlah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan,cahaya,petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang kami lupa dari Al Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membaca sepanjang malam dan siang, dan jadikanlah Al Quran itu, sebagai cahaya untuk kami, wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.
Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al Quran dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al Quran dan pakaikanlah kami dengan pakaian permata Al Quran, masukkanlah kami kedalam syurga dengan syafaat Al Quran, selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al Quran.
Ya Allah, Jadikanlah Al Quran semasa hidup kami didunia rakan dan didalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pemberi shafaat dan di atas titian sirat sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju syurga sebagai teman, sebagai pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan jua Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah.
Ya Allah, tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan kemuliaan Al Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan kelebihan Al Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan membaca Al Quran, Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kelebihan dan ihsan. Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Mahasuci
Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.
Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
Jaga2...Kuew Teaw ...Mee pon ada mereka ni buat... Dulu masa saya tinggal di sendayan Mereka buat Mart yg besar...ked...



