Home

Tuesday, 7 April 2026







@GhulamAlDakwah​​Ayat yang lepas….Setelah Allah perintah Nabi Nuh AS. buat kapal… setelah dakwah Nabi Nuh tidak disambut & ditolak oleh kaumnya sediri… tidak beriman kepada Nabi Nuh selain sedikit sahaja…
@GhulamAlDakwah​​Berjaya ataupun gagal? 950 tahun, hanya 70 orang….Ayat sebelum ni… Ayat 27
@GhulamAlDakwah​​.فَأَوْحَيْنَآ إِلَيْهِ أَنِ ٱصْنَعِ ٱلْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا فَإِذَا جَآءَ أَمْرُنَا وَفَارَ ٱلتَّنُّورُ ۙ فَٱسْلُكْ فِيهَا مِن كُلٍّۢ زَوْجَيْنِ ٱثْنَيْنِ
@GhulamAlDakwah​​وَأَهْلَكَ إِلَّا مَن سَبَقَ عَلَيْهِ ٱلْقَوْلُ مِنْهُمْ ۖ وَلَا تُخَـٰطِبْنِى فِى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ ۖ إِنَّهُم مُّغْرَقُونَ ٢٧.
@GhulamAlDakwah​​Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan
@GhulamAlDakwah​​mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu
@GhulamAlDakwah​​(dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu,
@GhulamAlDakwah​​ kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas..Pengajarannya apa? Berdakwah sekian lama, yang beriman sedikit, kemuncaknya kena buat kapal…
@GhulamAlDakwah​​Yang buat kapal itu Nabi, ketua… Allah boleh tak Nabi Nuh berdakwah dalam tempoh yang pendek, ramai beriman, boleh je… Tapi, kenapa kena berdakwah lama, penat letih, kena maki,
@GhulamAlDakwah​​ bahkan dalam tafsir ada mengatakan, kaum dia, pukul gulung dalam tikar, sampai nak mati dah… lepas tu, Alalh bagi semula tenaga, dia berdakwah semula…
@GhulamAlDakwah​​ Kisah ini juga berulang2 dalam al-quran, bermaksud cerita ni penting… Nak jadi orang mulia, kena susah.. Kita bukan berdakwah bertahun2, nak mula pun dah ambil masa bertahun2…
@GhulamAlDakwah​​Apa kekuatan Nabi Nuh? .Kebergantungan kepada Allah & Allah bersama Nabi Nuh… Akan menjadi luar biasa, sebab tu boleh bertahan, sebab Allah bersama… kalau tak bersama, dakwah sikit je dah merajuk…
@GhulamAlDakwah​​Siapa yang bersama Nabi Nuh semasa buat kapal? Allah… setiap gerak geri Nabi Nuh, itu nikmat… Jangan tengok kesusahan Nabi Nuh berdakwah & kena buat kapal… tapi tengoklah kebersamaan Allah.
@GhulamAlDakwah​​Tengok… Anak & Isteri Nabi Nuh tak selamat, walaupun Nabi Nuh berdakwah hanya untuk Allah, pengajarannya apa? … bukan semua para Nabi & orang baik… anak-anak mereka jadi baik…
@GhulamAlDakwah​​Kalau kafir, masuk dalam neraka, soal akidah tak ada tolak ansur…











@GhulamAlDakwah​​Dan tidak semua orang jahat, anaknya jadi jahat… hidayat adalah pilihan sendiri, dan Allah akan beri kepada mereka yang Allah kehendaki…                                                                                                                                                                                                                                                                                           

Rabbi an zil ni mun zilan mu ba rakan wa an ta khai rulmun zilin.

Kita di cipta oleh Allah adalah untuk di uji.
Pengajaran dalam kehidupan kita: dapat di jadikan panduan

1) Setiap dakwah wajib mengajak manusia kepada mentauhidkan Allah dan menjauhkan dpd syirik.

2)  Kesabaran Nabi Nuh dalam Berdakwah kpd Allah dan Allah sentiasa bersama orang yg sabar.  " Jika nak berdakwah kena sabar"  Asas untuk masuk syurga pon " Sabar" 

Allah larang ...Jangan jadi seperti nabi Yunus kena telan ikan nun.
"Merajuk Dalam Dakwah terkeji  dan tak buat kerja dakwah...

3)  Nabi Nuh tak Pernah meninggalkan dakwahnya walaupon pada masa yg panjang tak pernah merajuk... Nabi Nuh tak pernah give up.  

4) Nabi Nuh AS mengambil semua langkah2 dan jenis2 dakwah samaada mendorong , mengancam, begitu juga dari segi masa...rahsia...terbuka...

5)  Kekuatan kesabaran Nabi Nuh ialah ...kebersamaan Allah.  Allah sentiasa bersamanya.  Bila Allah bersama dia akan menjadi luar biasa. 

6)  Kekuatan Nabi Nuh ialah kesian kaumnya takut kena azab Allah.

Kisan Adam bin Ali...Penguasa yg suka buat maksiat...
Imam Hasan bin Ali ambil kapak pecah tong arak...
Sapa lantik kamu jadi pencegah maksiat?
Aku pecahkan  sebab aku kesian kpd kamu ...aku takutkamu di siksa oleh Allah.
  Mengapa yg ke sepuluh kau tak pecahkan.?
Aku takut dapat pujian...takut tidak kerana Allah maka tak jadi aku pecahkan " takut Riak" 

 

  Ustaz Ahmad Rizam - KENAPA KITA NAK SOMBONG DENGAN ALLAH