Sunnah Yang Ditinggalkan Melayu
Di
antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa
kita bersujud adalah ketika duduk Tawaruk (duduk dengan kaki kiri
dihamparkan ke sisi kanan dan punggung di atas lantai) iaitu selepas
bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam.
Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan dan sering Nabi Muhammad saw
amalkan untuk permohonan doa.
Berdoa ketika ini adalah
masyruk dan sunnah dengan disepakati oleh majoriti ulama. Malahan ada
kalangan salaf dan khalaf menganggapnya wajib. Sebagaimana Tawus bin
Kaisan mengarahkan sesiapa yang tidak membaca doa sebelum salam supaya
mengulangi solatnya.
Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.”
-HR Bukhari dan Muslim
Di antara doa2 lain selepas bacaan Tasyahhud Akhir sebelum memberi
salam yang khusus dan terbaik serta sering diamalkan oleh Rasullullah
saw adalah dengan membaca doa berikut :
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ
أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ،
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ
الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung
kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan
setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.”
-HR. Bukhari dan Muslim
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ ، عَنْ أَبِي
سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ ،
فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ ، يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي
أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ
فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ
الْمَسِيحِالدَّجَّالِ ”
Daripada Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu,
beliau berkata: “Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kamu
telah bertasyahud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan Allah
daripada empat perkara.” Iaitu dengan membaca (doa di atas).
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, Rasulullah saw bersabda:
إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ
بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ
الدَّجَّالِ
“Jika salah seorang di antara kamu selesai tasyahud
akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan kepada Allah dari empat
perkara:
(1) azab neraka jahannam,
(2) azab kubur,
(3) penyimpangan ketika hidup dan mati,
(4) keburukan Al masih Ad Dajjal.”
-HR Muslim
Mari kita berusaha menghafal, menghayati dan mengamalkan doa selepas
bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) ini untuk memohon perlindungan
daripada Allah سبحانه وتعالى daripada 4 jenis perkara / fitnah besar
tersebut.
Doa2 diatas dibaca semasa masih lagi didalam Solat
iaitu sewaktu duduk didalam keadaan Tahiyat Akhir selepas selesai
membaca kesemua bacaan tahiyat akhir solat SEBELUM Memberikan Salam dan
menamatkan Solat.
Manakala Sewaktu Solat berjemaah, walaupun
pada waktu itu mustajab dan disunatkan berdoa, TETAPI jika sebagai
MAKMUM, kitaWAJIB MENGIKUTI IMAM. Jadi sekiranya sempat bolehlah membaca
doa tersebut tetapi Jika Imam Telah Memberikan Salam iaitu Mengakhiri
Solat Berjemaah Tersebut maka antum WAJIB Mengikut Imam memberi salam
dan Menyelesaikan Solat Tersebut.
Maknanya Dijelaskan Lagi Jika
Didalam Solat Berjemaah Setelah Kita Selesai membaca Tahiyat Akhir itu,
Sementara Imam BELUM MEMBERIKAN SALAM Untuk Mengakhiri Solat jemaah
maka selagi itu dibolehkan membaca Doa2 Tersebut Akan TETAPI jika
sewaktu membecanya Imam Sudah Memberikan Salam untuk menamatkan Solat
Tersebut maka Antum semua WAJIB Berhenti membaca Doa itu dan memberikan
Salam Kerana Kewajipan mengikut imam Itu Lebih utama Seperti disebutkan
didalam Hadis, Rasulullah saw bersabda:
إِنَّمَا جُعِلَ
الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ
فَارْكَعُوا وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَإِنْ صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا
قِيَامًا وَنَزَلَ لِتِسْعٍ وَعِشْرِينَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
إِنَّكَ آلَيْتَ شَهْرًا فَقَالَ إِنَّ الشَّهْرَ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ
“Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Maka jika dia bertakbir,
maka bertakbirlah kamu. Jika dia rukuk, maka rukuklah kamu. Jika dia
sujud, maka sujudlah kamu. Jika dia solat dengan berdiri, maka solatlah
kamu dengan berdiri.”
-HR Bukhari dan Muslim
Maka Doa ini
Sangat Dituntut untuk membacanya dikala Kita semua Bersolat sunat
sendirian, Jangan Lepaskan Peluang ini.. InshaALLAH..
Wallahualam..