Home

Wednesday, 30 April 2025

Saturday, 29 June 2024

Almatsurat Pagi Sugro Ustadz Hanan || Tanpa Jeda Iklan

Kita Ingat Reformasi Boleh Bercakap Banyak...

Ramalan Kemarau Melampau 2025-2035: Ancaman Serius Buat Malaysia

 

Tuesday, 31 December 2024

Dah solat dah ke..

Laaa... You dah tahajjud dah ke? ... Pi tahajjud pi... 
Moga dlm pelukan Allah selalu... 









 

Mengangkat Jari Telunjuk Ketika Tahiyat: Bila dan Bagaimana Caranya?

SS Dato Dr Asri-Peringatan Hidup

Kes Najib Masih Berbelit? Mahkamah Suruh Peguam Negara 'Speed Up'

Wujudkan sistem laporan awam, pantau secara berkala kekang isu rumah iba...

Mempertahankan hak orang Melayu bukan perbuatan rasis

TANDA PENYAKIT AIN 🔻 Dato Ustaz Kazim Elias

DAP tak perlu pinda perlembagaan nafi hak Bumiputera dan Islam

Tuesday, 29 April 2025

Kenapa org Islam tiada lukisan Nabi Muhammad,

 


Kenapa umat Islam berpecah dan ada pelbagai mazhab...


 

Ketika akhir hayat Nabi, beliau tekankan...


 

Halimun malam - Datuk Sharifah Aini.


Ahad, 13 Oktober 2024

Halimun malam - Datuk Sharifah Aini.

ALLAH BERSUMPAH.!! INILAH RAHASIA KEAJAIBAN 1 JAM SEBELUM SUBUH

 

Sabtu

Harry Parintang - Jangan Salah Menilaiku

Di Batas Kota Ini (LIRIK) (Langit Bedugul Cerah) - Tommy J Pisa (Vanny V...

BN BERANTAKAN SEBAB UMDAP MANTAP!


Betul apa yg depa ni cakap

Prof Dr MAZA - Adakah Harta Yang Banyak, Umur Yang Panjang Dan Keluarga ...

Prof Dato Dr MAZA - Qiyamullail, Jalan Orang-Orang Soleh

Prof Dato Dr MAZA - Ubat Membersihkan Jiwa Dan Mengawal Hawa Nafsu

Prof Dato Dr MAZA - Urwah Bin Mas'ud Ketika Belum Islam | Tentangan VS Jasa

SELESAI 6 HARI BICARA KES YUSUF RAWTHER: APAKAH HASILNYA???

12) Adakah Kita Ada Ciri Orang Bertakwa? | Ustaz Abd Muein Abd Rahman |

Monday, 28 April 2025

Siapa yang Allah akan bagi rahmat ni? Yang ada 4 benda ni... Pertama...

Macam mana kita nak selamat daripada... musibah paling besar iaitu neraka?

Syarat Nak Masuk Syurga Bukan Amalan Banyak Tapi... Dalil Surah Al-Mulk ...

Siapa Yang Lulus Hadis Ni... Dia Lulus Lah... Untuk Masuk Syurga | Ustaz...


Apa sahaja yang mendekatkan kita kepada Allah adalah nikmat...Syukur adalah baik kerana kata Allah"Jika kamu bersyukur aku tambah lagi nikmatnya"  Ramai yang dapat nikmat tapi tak bersyukur.  Kita boleh bersyukur pon adalah nikmat.  Nikmat dapat bersyukur dpd nikmat itu...Dapat nikmat bersyukur...
1) Nikmat  2) Musibah.
Bila Musibah menimpa  dia akan bersabar.   Sabar itu adalah baik.  Yang tak redho dgn Allah adalah musibah.   Musibah Agama adalah tak redho dengan Allah.  
.   Jika dapat nikmat rasanya sama ketika mendapat musibah.  Itu orang yang redho. 
"Ya Allah,Jangan Kau bagi musibah kpd kami  dlm Bab Agama.   Janganlah ya Allah"

TITAH ADDENDUM NAJIB RAZAK: KERAJAAN MADANI MUNAFIK & ZALIM???

B@Bl BETUL! UMDAP MEMANG MANTAP!!


PN tak mahu belajar dari deme ni...

Prof Dato Dr MAZA - Urwah Bin Mas'ud Ketika Belum Islam | Tentangan VS Jasa

Prof Dr MAZA - Nabi Tekankan Perkara Ini Ketika Hujung Hayat Baginda | M...

AG wins right to oppose Najib’s bid for ‘house arrest’

Najib tak terlibat konspirasi curi duit 1MDB, akan ambil tindakan terhad...

Tujuh golongan dinaungi Allah dalam naungan Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan Nya.

  Tiada huraian foto disediakan.

Rasullullah SAW bersabda
"Tujuh golongan dinaungi Allah dalam naungan Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan Nya. Diantaranya adalah lelaki yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi lalu kedua matanya berlinang kerana takut kepada Allah"

Bab 31. Menerangkan dosa-dosa besar dan yang paling besar

 


Tiada huraian foto disediakan.

  


Inti Agama Adalah Nasihat.

Bab 31. Menerangkan dosa-dosa besar dan yang paling besar
( HR.MUSLIM No:126 )
Hadis riwayat Abdurrahman bin Abu Bakrah ra., ia berkata: Kami sedang berada di dekat Rasulullah saw. ketika beliau bersabda: Tidak inginkah kalian kuberitahu tentang dosa-dosa besar yang paling besar? (beliau mengulangi pertanyaan itu tiga kali) yaitu; menyekutukan Allah, mendurhakai kedua orang tua dan persaksian palsu. Semula Rasulullah saw. bersandar, lalu duduk. Beliau terus mengulangi sabdanya itu, sehingga kami membatin: Mudah-mudahan beliau diam.

Seorang hamba tidak beriman sebelum aku (Rasullullah)lebih dicintainya dari keluarganya, hartanya dan semua orang.

 


Tiada huraian foto disediakan.


 Bab 14. Wajib lebih mencintai rasulullah saw. dari keluarga, anak, orang-tua dan semua manusia, serta memastikan bahwa seseorang yang tidak memiliki cinta semacam ini berarti tidak ada iman dalam dirinya

( HR.MUSLIM No:62 )
Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: Nabi saw. bersabda: Seorang hamba (dalam hadis Abdul Warits, seorang laki-laki) tidak beriman sebelum aku lebih dicintainya dari keluarganya, hartanya dan semua orang.

Rasulullah saw. bersabda: Jauhilah tujuh hal yang merusak.

 Tiada huraian foto disediakan.


 2. Kitab Iman

Bab 31. Menerangkan dosa-dosa besar dan yang paling besar
( HR.MUSLIM No:127 )
Hadis riwayat Anas ra.: Dari Nabi saw. tentang dosa-dosa besar, beliau bersabda: Menyekutukan Allah, mendurhakai kedua orang tua, membunuh manusia dan persaksian palsu.
( HR.MUSLIM No:129 )
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Jauhilah tujuh hal yang merusak. Ada yang bertanya: Ya Rasulullah, apa tujuh hal itu? Rasulullah saw. bersabda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan pertempuran dan menuduh berzina wanita-wanita yang terjaga (dari berzina) yang lalai dan beriman

Sunday, 27 April 2025

Ustaz Manis :: Imam Mahdi :: episode 4

KITA SEMUA INI BUDAK YANG HARUS MENURUTI PERINTAHNYA | Ustadz Syafiq Riz...

 

Imam Mahdi :: Episode 3 :: Tanda Kemunculan Semakin Hampir

Imam Mahdi :: Episode 1 :: Tanda Kemunculan Semakin Hampir

 






Imam Mahdi :: Episode 2 :: Tanda Kemunculan Semakin Hampir

In Ayer Kuning, PN wins Malay voters while BN-PH wins the Malaysian votes

Daripada Seorang Artis Ke Dunia Politik Dan Memilih PAS - Eizlan Yusof


Hebat kau Eizlan...pilih PAS...daku kagum dgn kau...Tahniah...

RAMALAN ISHAM JALIL PRU 16: ANWAR & DAP AKAN TERUS BERKUASA?

PN Kalah Lawan BN Di PRK Ayer Kuning, Begini Reaksi Sanusi!

Prof Dato Dr MAZA - Kematian Yang Baik "Husnul Khotimah" Bukan Bermakna ...

Saturday, 26 April 2025

Tahniah kepada BN yang memenangi PRK Ayer Kuning.

                 



"Tatkala engkau membahagiakan orang yang dalam kesusahan dengan sedekah, sesungguhnya Aku berada di sampingnya."



Assalamualaikum pelayar Blogku.

Aku akur dah tahniah aku ucapkan kepada BN kerana memenangi PRK Ayer Kuning.  Bagiku memang telah diduga kerana Ayer Kuning memanglah Kubu Kuat UMNO.  Mengapa daku suka ikuti?  Daku memang ingin  tahu bagaimana Kekuatan  Kerajaan Perak di bawah Ds Sharaani.  Daku akui kekuatan beliau tetapi beliau jugak kena akur jika ada kelemahan yang terpaksa beliau telan jika ditujukan kepada beliau.  Apa yang aku nampak beliau masih dalam keadaan tidak sedar mungkin dlm lamunan mimpi dengan menganggap perkara itu fitnah.  Mana ada manusia di dunia ini yang tidak melakukan kesalahan, alpa  atau terlepas pandang.  Sebagai pemimpin bagiku, beliau kena alert  dan segera ambil tindakan atas apa yang berlaku.   Jika beliau menyelesaikan masaalah itu,  pon  bukan melibatkan duit beliau sendiri, tapi peruntukan kerajaan .   Apa yang ditakutkan lagi. .

Daku tak pernah menyesal apa yang daku tulis tentang pencemaran bau yang berlaku Kampong Melayu tersebut.   Bukankah kejadian itu SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.  Apa yg daku nampak mereka yang menjawat jawatan tinggi memang tidak berapa perihati  terhadap Rakyat Jelata tambahan pulak gulongan yang marahein.  Mereka  seolah2 lupa jika mereka  menolong menyelesaikan masalah orang lain, akan Allah rahmati mereka.  Tambahan pulak itu satu tanggungjawab yang wajib atas mereka setelah Allah anugerahkan pangkat dan jawatan.  Mereka akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat nanti.   

Kadang2 daku nampak mereka dalam keadaan lupa bahawa Allah Yang Berkuasa sedang memerhatikan mereka dari atas sana.   Entahlah, mungkin  daku dididik sebagai anak kampong yang  bukan siapa siapa, hidup sederhana, low profail,kami tak pernah dikenali ramai, kami jugak tak kaya tapi kami masih mampu melihat masalah orang lain sebagai masalah sendiri..  Bila jiran kami susah kami buka mata untuk menolong.  Dari kecil sehingga dewasa kami sentiasa melihat arwah ibu dan bapa kami menolong orang2 susah.  Maka, sukar bagi kami untuk pejam mata dan  tak mengendahkannya. .   

Kadang2 daku rasakan daku tak perlu lahirkan rasa kecewaku.  Tapi daku dari mude lagi tak suka melihat murid susah.  Pernah murid kecilku menjolokkan jarinya kebaju koyak rakannya maka itu petanda Allah suruh daku bersedekah lantaran kesian.   Kami guru2 yg mengajar di kampong memang mudah/sentiasa  bertemu dengan kesusahan murid yang perlu kami bantu.  Meskipon di Taiping daku masih diketemukan Allah dengan anak2 pekerja kilang yang seringkali dalam kedhaifan.  Berkali2 baju anakku, kasut sekolah anakku menjadi korban sehingga kadang2 daku terlupa menganti kembali kepada anakku lantaran kesuntukan masa  untuk membelinya , kerana terlalu sibuk.  Jika ada murid susah kami guru2 memberi belanja untuk mereka makan di kantin.  Kami ambil tanggung jawab itu.

Aku tak mahu lagi menulis panjang,  kerana aku dah fed up , aku benci dan aku dah nak termuntah.   Maafkan aku.   Memang aku hairan jika seorang Guru tidak perihatin dan mengambil berat kesusahan masyarakat kampung yang dilanda masalah pencemaran udara yg mengancam kesihatan dll  masalah yang bakal berlaku lagi...........Eni biarkanlah mereka.  


Biarkan mereka  alpa dan terus alpa,

Biarkan mereka  kaya dan terus kaya,

Biarkan mereka  gombira dan terus gembira,

Biarkan mereka berpesta dan terus berpesta,

Kata aku....

KETIKA NABI MUSA & NABI MUHAMMAD MENGHADAPI KEBUNTUAN JALAN - Ustadz Muh...

Pantun Ds Ahmad Maslam dan ucapan ringkas MB Perak PRK Ayer Kuning


Tahniah   dan bekerjalah kerana Allah.    Datuk Panglima sila selesaikan Ladang Babi tersebut.  
Jangan abaikan takut mendapat murka Allah. Tahniah setahniah taniahnya.  Kemenangan ini telah diduga.   Apapon kerjalah kerana Allah.  Moga mendapat berkat illahi. Waalaikummussalam.

KITA SEMUA INI BUDAK YANG HARUS MENURUTI PERINTAHNYA | Ustadz Syafiq Riz...

HENDAKNYA KITA SELALU MENATA HATI | Ustadz Syafiq Riza Basalamah

JANGAN TINGGALKAN AL-QURAN, KELAK DIA AKAN MENEMANIMU | Ustadz Syafiq Ri...

DUNIA INI TIDAK BERSAHABAT DENGAN SIAPAPUN | USTADZ SYAFIQ RIZA BASALAMAH

Friday, 25 April 2025

15 Mac 2020|Memaknai fungsi Al Quran dalam kehidupan||Ustaz Abd Muein Ab...

TIPS Menerima Musibah Dengan Redha || Ustaz Abd Muein Abd Rahman

Antara SEBAB Kita TIDAK MELAZIMI AL QURAN || Ustaz Abd Muein Abd Rahman

MGPerak: Calon PRK Ayer Kuning Bertembung Mesra di Pusat Mengundi SK Sun...


Sukanya tengok mereka bersilraturrahim macam ni.  Tak kiralah siapa yang menang. Berkhidmat lah betul2 untuk masyarakat.  Ubahkan semua Ladang Babi tu dari kampong Melayu.  Mesto boleh..Aku masih UMNO..tapi aku perjuangkan yang hak sebagai orang Islam ...Please...YB mana2 po daku tak kira.  Bekerja  Kerana Allah. Yaa...Hihi aku masih ingat lagi ladang Babi tu...Laaaa. memang sedeh aku rasa kesian sangat  kat depa. 

Doaku di pagi hening ini...sempena PRK Ayer Kuning, Perak.

 Ya Rahman Ya Rahhimm.

Wahai Dzat yang kasih sayang-Mu meliputi Langit dan bumi, 

yang cintaMu tak pernah lelah   menuntun hamba kembali...Kami datang 

merendahkan wajah di hadapan-Mu menundukkan   hati yang penuh luka,

 menengadahkan tangan yang penuh harap Untuk Negeri kami PERAK


 Yaa Rabbanaa Ya Kariim, Engkau yang Maha Mulia, Maha Dermawan...

Jangan Engkau biarkan Negeri ini Berjalan tanpa cahaya-Mu

Jangan Engkau biarkan Perak berjalan dalam gelapnya nafsu dan cinta dunia

Kami tahu ,kami lalai...  Kami tahu kami sering alpa,

Tapi kami tahu pula bahawa pintu Mu tak pernah tertutup 

untuk hamba2 yang kembali


Ya Hafizh,  Yaa Muhaimin...

Wahai Dzat yang Maha Menjaga, Engkaulah Penjaga yang tak pernah tidur

Engkau pelindung sejati yang tak pernah Lalai.

Lindungilah Perak wahai Allah...

Lindungi dari bala ,dari fitnah, dari pengkhianatan musuh yang tak terlihat,

Lindungilah negeri kami dari pemimpin yang zalim dan rakyat yang dungu,

Lindungilah generasi kami dari kebodohan dan kekafiran yang berselubung.


Yaa Salaam, Yaa 'Afuww, Yaa Ghaffar,

Wahai Dzat Yang Maha Memberi Kesejahteraan

Ampunilah kami, bangsa yang sering durhaka,

Ampunilah kami yang menjadikan hukum-Mu pilihan, bukan kewajipan,

Kami terlalu sibuk dengan pesta dunia

Kami terlalu lalai dengan suara hati dan jeritan bumi,

Kami tak lagi peduli pada derita saudara kami sendiri,

Wahai Tuhan Yang Maha Pemaaf,...

Jangan Kau timpakan azab kepada kami kerana tindakan tangan kami,

Jangan Engkau cabut keberkahan negeri ini kerana  kebodohan kami,

Tapi sandarkanlah kami, pukullah hati kami dengan Hidayah-Mu,

Bentangkanlah jalan kembali sebelum ajal menjemput kami.

Yaa Hadi , Yaa Nuur, Ya Wasi'...

Wahai Dzat yang Maha Memberi Petunjuk.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,...

Berikanlah kami Pemimpin yang Tunduk kepada-Mu

Berikanlah kami Rakyat yang taat kepada hukum-Mu

Berikanlah kami guru, dai, ulama dan mujahid yang menegakkan 

kalimat-MU diatas segalanya,

Berukanlah cahaya-Mu kepada keluarga kami, anak-anak kami,,

Jangan biarkan mereka tumbuh tanpa cinta kepada Agama-Mu,

Jangan biarkan mereka mengenal tokoh rekaan daripada Rasul-Mu,

Jangan biarkan mereka lebih mencintai dunia daripada mati dalam ketaatan.


Yaa Lateef, Yaa Khabir, YaaAlim...

Wahai Allah yang Maha Lembut,

Maha Mengetahui segala rahsia

Engkau tahu betapa rapuhnya bangsa ini,..

Engkau tahu betapa mudahnya kami diadudomba...

Betapa kami sering bertengkar atas nama kelompok, golongan,parti, dan 

organisasi massa,...

Sementara musuh2 Islam ketawa di kejauhan,

Bangkitkan kesedaran kami Ya Allah,

Bangkitkan Persatuan atas dasar tauhid,bukan kepentingan.

Satukan kami dengan Iman, bukan hanya seragam,

Satukan kami dengan Al -Quran,

Bukan hanya slogan,

Satukan kami dengan cinta kerana-Mu bukan kerana dunia.


Ya Malik al-Mulk,  Ya Qahhaar, Ya 'Adl...

Wahai pemilik segala kekuasaan...

Jika dia antara pemimpin kami ada yang khianat, hukumlah dia dengan 

keadilan-Mu Jika di antara penegak hukum kami ada yang menjual hukum-Mu,

 hinakan mereka dengan kebenaran-Mu,

Jika diantara Rakyat kami ada yang menjual kehormatannya demi sesuap nasi,

 sadarkan mereka dengan kasih sayang-Mu,

Kami tak kuat Ya Allah, Jika Engkau angkat Rahmat-Mu dari  negeri ini, 

Kami tak sanggup hidup dalam Negeri yang diberkati tetapi dimurkai,

Kami ingin PERAK kembali....

Kembali menjadi negeri yang penuh rahmat

Negeri yang penduduknya saling mencintai kerana Engkau,

Negeri yang pemimpinnya takut kepada-Mu,

Lebih dari takut kehilangan jawatan.


Ya Jabbar, Yaa Qawiyy, Yaa Matin...

Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa...

Kami mohon kekuatan untuk terus bertahan di tengah badai zaman,

Berikan kepada ulamak kami keberanian,

Berikan kepada pemuda kami semangat Jihad,

Berikan kepada para ibu kami kekuatan untuk mendidik jenerasi Tauhid,

Jangan biarkan kami menyerah...

Jangan biarkan kami putus asa,...

Jangan biarkan kami hidup hanya untuk dunia yang sebentar ini.

Ya Tawwab, Ya Rahman, Yaa Rahimm...

Ampunilah kami Ya Allah,

Ampunilah negeri ini yang selalu sering melupakan solat, 

Yang selalu sibuk dengan konsert, festival, dan huru hara 

sementara Adzan-MU  hanya jadi latar suara..  

Ampunilah kami yang terlalu banyak berkata "kami Islam"  tapi tak 

hidup dengan Islam.

Ampunilah kami yang hanya menghafal nama-Mu 


Yaa Mughni, Yaa Razaaq, Yaa Fattah, 

Bukakanlah pintu Rezeki yang halal untuk negeri kami,

Jauhkan kami dari Riba, dari korupsi dan tipudaya ekonomi sekuler,

Jadikanlah Negeri Perak ini berdiri tegap dan tidak tunduk kepada kekuatan asing.

Cukuplah kami dengan  berkah dari langit dan bumi.  Kurniakanlah kepada

 Petani kami tuaian yang di berkahi,   Berikanlah kepada Nelayan kami hasil laut

 yang menenangkan hati,    Angkat kemiskinan dengan berkat-Mu.  

Ya Shabuur , Yaa Halimm, Yaa Hakam...

Ajari kami sabar dalam perjuangan,   Ajari kami bijak dalam menghadapi fitnah,

 Ajari kami kuat saat yang haq terlihat asing,

Ajari kami istiqamah walau dunia terus menggoda.

Yaa Rabb, Yaa Maulaana...

Kami mencintai negeri ini bukan kerana tanah dan benderanya semata, 

tapi kerana di sinilah kami ingin meenegakkan kalimatMu,

Kerana disinilah kami ingin memulai kebangkitan,

Kerana disinilah kami ingin melihat anak cucu kami sujud kepada-Mu.

Jangan cabut kenikmatan Iman ini dari bumi PERAK.

Jangan kau biarkan Negeri ini tenggelam  dalam dosa dan lupa pada-Mu.

Yaa Allah,  Tegakkanlah keadilan-Mu di negeri ini,

Turunkan tentera langit-Mu jika kami tak sanggup melawan kebatilan,

Berikanlah kami kemenangan yang Engkau Redhoi.

Yaa Dzal Jaalaali wal ikram...

Dengan segala kelemahan kami,

Dengan segala cacat amal kami, kami hanya punya satu harapan,\:

Redhoilah negeri ini Yaa Allah...

Rodhoiilah Perak.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.....

Makbulkanlah doa kami.


Berbicara Tentang Cinta - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat rahimahullah



DAKU ADA BUKU TULISAN TUAN GURU NIK AZIZ TENTANG CINTA.  
HEBAT TUAN GURU NI...CINTA MENURUT ISLAM.

25 April 2025 “51 HADITH SAHIH KISAH GHAIB DAN AJAIB” Ustaz Mohd Rizal B...

Takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat)

 Allah SAW berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah!  Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”
(Q.S.  Al Hasyr:18)

Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat.  Bahkan seluruh anggota badan  akan mempersaksikannya .  Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, ” Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku”  Maka legalah mukmin yang zahid itu.  Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata” Di atas ku dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram” Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.

Orang mukmin  adalah orang yang takut kepada Allah  dan seluruh anggota badannya,  Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,

“Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara.”
Pertama , pada lisannya.  Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap.  Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya.  Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya.  Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.  Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:

“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.”Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya.  Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.”

Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram.  Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat”

Shahidan tegur Menteri Pendidikan jangan bongkak jawab isu pin lencana

Perbendaharaan dari Perbendaharaan Jannah,

 

Prof Dato Dr MAZA - Islam Membenarkan Bergurau. Tetapi Bukan Berkaitan A...

PEDULI APA ORANG BAWAH JANJI MAJLIS MENTERI MEWAH!!

SARAN Letak Jawatan Selepas Isu Kesilapan Jalur Gemilang Oleh KPM, Begin...


Berundur secara terhormat....Faz you buat salah lagi faz......

MGPerak: Kesilapan Pemaparan Jalur Gemilang: KPM Perlu Siasat Hingga Ke ...

Bagaimana menyantuni anak2 yang telah dewasa di khalayak ramai.

 Aku pernah baca petikan2 ini masa aku muda.  Buku tersebut nipis sahaja.  Bukan itu sahaja tetapi banyak lagi tatacara , perilaku dan sikap kita saat menyantuni anak atau keluarga yang dimuatkan mengikut lunas Islam.

Mari aku ceritakan cara2 untuk menyantuni anak2 yang dah besar di khalayak ramai.  Daku suka cerita begini kerana masih ramai bapa2 pon ibu2 yang tak paham cara2  menyantuni anak di khalayak ramai  samaada waktu melawat anak2 di asrama atau di sekolah mahupon di pusat2 pengajian tinggi.

Jika kita ada anak perempuan, sebagai ayah jangan peluk anak kita di hadapan khalayak ramai.  Ianya satu sikap yang tak manis.  Memang halal tapi ianya tak manis apabila anak perempuan besar dipeluk ayah, bapa  ataupon daddynya di klayak ramai atau di sebaliknya.  (Vice Versa)  Tak sopan namanya tu.  

Berbeza pulak dengan ibu jika dipeluk oleh anak lelakinya  yg bersekolah tu masih nampak manis tertapi lebih baik jangan dan bersalaman serta cium dahi ibu sudah memadai.  Itulah cara paling baik.  Anak2 boleh  menyantuni ayah hanya dengan mencium tangan mereka sangat memadai.

Begitulah juga adat2 kita di media sosial dengan  pamerkan kemesraan kita tanpa segan silu.  Meskipon pasangan itu telah tua kita tidak boleh minta mereka menunjukkan kemesraan mereka  samaada mereka  berpeluk atau sebagainya.  Itu satu perilaku yang tak sopan.  Pamir pulak dalam Tik Tok.  Adakah perbuatan itu kelihatan manis dan orang2 yang lain turut ketawa kegembiraan  melihat mereka berpelukan.   Wajarkah perilaku demikian di Tik Tokkan.  Sebenarnya  ianya tak manis dan tak wajar di Tik Tokkan.



SIDANG MEDIA TERGEMBAR BONGKAR BUKTI PENCEMARAN NAJIS BABI BERLAKU!


Kau tahu...berdosa tau...Pencemaran air kita abaikan.     Air tu tersangat2lah tercemar....MB beri komen tentang ..sifat air ja.....Orang tak sebut pasal sifat air.   Ambil mudah ja dia jawab hari tu...Senang ja tak takut langsung pada Allah,.  Aku terus terang kata dia menganiayai rakyat dengan pencemaran tu. Dia Cikgu isteri pon Cikgu...  Jika Guru tak paham erti pencemaran , sangat2 memalukan.   Tak pernah bawak berbincang berdua  ke..?   MaasyaaAllah lebih dpd 200%.?  ..Hammm silakan basuh muka ...?  

Thursday, 24 April 2025

Tanda2 kecil kiamat


 


1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah manusia – manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zamanmereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik.”Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah;”Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” -Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.”Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.”Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” -Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

10. Bulan sabit kelihatan besar.”Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” -Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.”Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.”Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.”Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dansungai-sungai.” – Sahih Muslim

TANDA-TANDA KIAMAT BESAR

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?”Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.”Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

• Asap

• Dajjal

• Binatang melata di bumi

• Terbitnya matahari sebelah barat

• Turunnya Nabi Isa A.S

• Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

• Gerhana di timur

• Gerhana di barat

• Gerhana di jazirah Arab

• Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’.Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq”Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”

Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ADJUST JALUR GEMILANG

Orang Melayu Telah Tinggalkan UMNO Yang Mengkhianati Bangsa Melayu Yg Be...



Setuju dgn prof..bersatulah org² melayu dan angkatlah pemimpin yg memperjuangkan agama dan bangsanya bukan yg bersekongkol dgn musuh yg menentang islam.
Orang berilmu pidato pun hebat terbaik prof insyaallah bakal menteri pendidikn pru 16