Home

Tuesday, 18 March 2025

Malam Lailatulkadar,

Mari Mengejar Lailatul Qadar - Ust. Khalid Z.A Basalamah

Sabar Saat diuji,

Ya Allah,

Jadikan kami bersabar saat di uji, 
Bersyukur saat  diberi,
Memaafkan saat di zalimi,
Istighfar saat menyalahi dan bukakan pintu hati kami untuk  selalu dekat dengan Mu 
Aamiin.

kita baik...kita tetap redho..

Prof Dato Dr MAZA - Kita Sahaja Tahu Penyakit Dalam Hati Kita

Prof Dato Dr MAZA - Imam Niat Solat Asar, Kita Niat Solat Zohor. Sah Tak...

Daku yang tersedar dari lamunanku yang panjang

 Daku yang tersedar dari lamunanku yang panjang...dalam perbincanganku dengan anakku tentang berbagai hal.  Aku dijentik rasa bersalah yang teramat sangat dalam berbagai perkara  bab bab agama termasuklah bab bab politik. Sepatutnya daku dah tak upload video2 politik ...tapi terkadang2 daku upload sehingga membuatkan orang2 baca dari Blogku ini.  Sukar bagiku untuk padam.kerana  aku perlu ambil masa yang panjang untuk itu.

Aku sedari bahawa  meletakkan penulisanku disini banyak risikonya.  Risiko kesilapan jika apa yang dicakap itu tidak benar atau salah maka aku akan menanggung dosanya.  Kadang2 aku terfikir kerana Blog ini aku terlalu susah hati kerana terlibat dgn berbagai kesilap dalam menulis.  Anakku berkata mak jika bab2 politik Anis tak suka komen apa2 pon sebab kita tidak tahu kebenarannya.  Dan ia akan menyebabkan kita menyesal jika kita buat komen2 yang tiada asasnya.  Tadi aku upload lagi.  Nyesal lagi.  

Daku bincangkan pasal topik2 agama pulak, daku sedar ada benarnya kata anakku.  Mak jika pasal menutup aurat kita biarkan kerana itu dosa2 peribadi mereka.  Jika mereka telah di beri hidayah oleh Allah dengan sendirinya mereka akan lakukannya.  Kita lihat banyak bintang2 filem kita diakhirnya hidup mereka akan menuup aurat juga sudahnya.   Kita akan di kira di pengakhiran kita nanti.  Sebenarnya daku terpengaruh dengan dakwah Ustaz yg keras dan tegas.  Sedangkan dulu aku diajar dengan cara memujuk tanpa mengecilkan hati sesiapa.  Aku mohon agar Allah maafkan dakwahku yang keras, aku sedar Allah boleh maafkan aku tapi kesalahanku pada individu atau manusia.   Hanya manusia itu sahaja yang boleh memaafkan kita.  Mungkin kerana aku sayangkan dia kerana Allah aku dakwahkan dia begitu?   Maafkan lah aku.  Maka berkali2 aku mohon maaf tapi aku pon tak pasti adakah  dia mendengar permohonan maafku itu?   Dapatkah aku dimaafkannya.   Ini kesilapan besar aku.   Maafkanlah aku sahabatku.  Kau kesihanilah aku.  Di bulan Ramadhan ini kau maafkanlah aku. Aku mengharapkan kemaafan ini untuk ke akhiratku.   

Aku kena jadi aku yang dulu.  Aku tidak komen apa2.  Aku hanya menulis hal2 peribadi untuk aku simpan sebagai kenangan aku sahaja disini.  Eni sekali lagi...Kau perlu berubah....InsyaAllah...Aamiin.   

Monday, 17 March 2025

PERSIAPAN UNTUK AKHIR RAMADAN


Dengar Betul2 ni sahabat2...

Ayat seribu dinar...Kisah si miskin dan si kaya yang soleh..
Anak Raja Maalmah...Yang di ajar ayahnya untuk berusaha membuka pintu kota jatuh kota itu yang berusia 18 tahun...MaasyaaAllah.
Anak Khalifah di Damsyik.
Saya gembira kita hantar maklumat ini ke Damsyik.
Kebanyakan ahli Tahajjud.
Menjelang 4 pagi Tahajjud sprti biasa...Assalamualaikum...saya nak sampaikan hasrat seseorang yang membuka pintu...nak bagi..Tuan syat Tuan tak boleh lihat wajahnya 
tuan tak boleh tahu namanya
Jika namanya muncul akhir dilareang bagi reward apa2 padanya
Terkejut Masslmah bin Abdul Malik...
Saya lah orang nya... diapon pergi keluar dari kemah itu tanpa di ketahui...
Menangislah musalmah..Selepas itu masalmah tidak pernah meninggalkan doanya...Dia meminta agar dia dapat berjumpa meminta agar Allah himpunkan bersama Rasullul, Abu bBakar Omar Othman Ali dan seorang pejuang...
Tentera Muhammad al Fatih...
Tolong dengar...Hebat...
Ahli Qiam ..Saiman...Raja Bertakwa...Macam Zulkarnain...dlm pentadbirannya.  Semua keputusan di putuskan dgn nasihat ulamak.

Petani...Peniaga...Raja....Contoh2 yg di beri...
Jangan malu jangan segan untuk nasihat pada menantu...
Bangunkan Ibu, isteri, anak2...ingatkan mereka...Baca Quran...

Nabi SAW...mengetatkan kainnya kerana fokus kepada ibadah..

Pakai cantik2 untuk ibadat....Berikan sehabis baik untuk allah.  Mandi setiap mlm pada 10 terakhir...mandi dan raikan dengan pakaian cantik dan baru...Beliau pakai pakaian baru2 dan wangian yang wangi2...mlam2 allah mengabul doa kita.  Tamim Addari (sahabat)pakaian yg paling mahal. terutama malam 27...

 Mencari Lailatulkadar...Sunah ajak orang2 yang ada kaitan dengan kita sahaja...telepon kakak adik kita ...