Home

Friday, 26 December 2025

SENDIRI

   UPDATE BANGI SABTU 26/12/25 BERSAMAAN 5 REJAB, 1447 JAM 1.45 PAGI.

SETELAH PULANG DARI MAKAN MALAM...

Monday, 7 August 2023

Sendiri

 

DAKU RINDU SANGAT2 LAGU NI...

"DJ DAVE.."

INI LAGUKU...

LAGU INI BUAT AKU MENANGIS...


ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU.

DAKU MENINGGALKAN APA YG DAKU UPLOAD PETANG TADI DALAM KESEDIHAN.

  PUKUL 6.00 PETANG,  DAKU UPLOAD  LAGU INI ...   

TENTU SAHABAT NAK TAHU KAN KENAPA DAKU TULIS MACAM ITU.

ADA CERITA DI SEBALIK LAGU.    KISAHNYA BERMULA BILA DAKU DAH DAPAT SURAT TAWARAN KERJA DI  BANDAR.  PADA MASA TU DAKU KERJA SAMBILAN DI SATU PEKAN KECIL G.   

PAKAI MEXI BIRU KETIKA ITU...MASIH KURUS MASIH CANTIK, MASIH MUDA, PON MASIH COMEL LAH MASA ITU MACAM ANAK2 DARA KITA SEKARANG YG BERUSIA 23 PLUS TU ...

DAKU BERJALAN PERLAHAN2 SAMBIL MENYEPAK NYEPAK DAUN GETAH KERING DI BELAKANG  ASRAMA KECIL KU,  MEMANDANG KELUAR PAGAR MELIHAT POKOK2   LALANG YANG DI TIUP ANGIN BAGAIKAN MEREKA JUGA MERAIKAN  KESEDIHAN  DAKU.  

SEJENAK DAKU MENELAN AIR LIUR DI KERONGKONGAN KU KERANA  DITAMPAR PERASAAN SEDIH UNTUK MENINGGALKAN ASRAMA  KECIL PENGINAPANKU DAN ASRAMA BESAR TEMPAT ANAK2 BUAH KU, BERJENAKA PAGI DAN PETANG DENGAN RIANGNYA.  TIBA2 DAKU DAKU TERDENGAR LAGU INI TERALUN...MAASYAALAH...

DENGAR LAGU DI ATAS TU:

TAJUK LAGU: SENDIRI. 

NYANYIAN:  DJ DAVE.  

 ALUNAN LAGU TERSEBUT DATANGNYA DARI HADAPAN PENGINAPAN KAMI.  TAK TAHU DAKU SIAPAKAH YANG MEMUTARKAN LAGU ITU...TERNYATA KASET AIWA AKU TIDAK  MENGALUNKAN LAGU,  KETIKA ITU.  

AKU TERSENTAK MENCENGKAM PAGAR JARING, DAKU PEJAMKAN MATA, DAN  AIRMATAKU  TANPA SEGAN DAN SILU MENGALIR. DGN LAJUNYA .    MASYAALAH...  SEDIHNYA,  AKU AKAN MENINGGALKAN DUNIA ITU UNTUK SELAMA2NYA.   MEMANG TELAH TERTULIS DI LOH MAHFUZ 500 RIBU TAHUN DAHULU.

DJ Dave Ku Tak Ingin Menangis Lagi


DRAMA LAGI ENI...



DAKU NAK JAWAB PADA LAGU YANG DAKU HANTAR  PETANG TADI..
YA BETUL NI.  DAKU TAK INGIN MENANGIS LAGI.  CUKUP SUDAH.  
AIR MATAKU DAH KERING. HIHI..mari kita saling memaafkan. ya!
" Inni uhibbukum fillah"  ....


LAGUNI BUAT AKU MENANGIS...

  UPDATE BANGI JUMAAT 26/12/25 BERSAMAAN 5 REJAB, 1447

Monday, 7 August 2023

Sendiri

 

DAKU RINDU SANGAT2 LAGU NI...

"DJ DAVE.."

INI LAGUKU...

LAGUNI BUAT AKU MENANGIS...


ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU.

DAKU MENINGGALKAN APA YG DAKU UPLOAD PETANG TADI DALAM KESEDIHAN.

 , PUKUL 6.00 PETANG  DAKU UPLOAD KEMBALI ...   

TENTU SAHABAT NAK TAHU KAN KENAPA DAKU TULIS MACAM ITU.

ADA CERITA DI SEBALIK LAGU.    KISAHNYA BERMULA BILA DAKU DAH DAPAT SURAT TAWARAN KERJA DI  BANDAR.  PADA MASA TU DAKU KERHJA SAMBILAN DI SATU PEKAN KECIL G.   

PAKAI MEXI BIRU KETIKA ITU...MASIH KURUS MASIH CANTIK, MASIH MUDA, PON MASIH COMEL LAH MASA ITU MACAM ANAK2 DARA KITA SEKARANG YG BERUSIA 23 PLUS TU 

DAKU BERJALAN PERLAHAN2 SAMBIL MENYEPAK NYEPAK DAUN GETAH KERING DI BELAKANG  ASRAMA KECIK KU,  MEMANDANG KELUAR PAGAR MELIHAT POKOK2   LALANG YANG DI TIUP ANGIN BAGAIKAN MEREKA JUGA MELAGUKAN KESEDIHAN SEPERTI DAKU.  

SEJENAK DAKU MENELAN AIR LIUR DI KERONGKONGAN KU KERANA  DITAMPAR PERASAAN SEDIH UNTUK MENINGGALKAN ASRAMA  KECIL PENGINAPANKU DAN ASRAMA BESAR TEMPAT ANAK2 BUAH KU, BERJENAKA PAGI DAN PETANG DENGAN RIANGNYA.  TIBA2 DAKU DAKU TERDENGAR LAGU INI TERALUN...MAASYAALAH...

DENGAR LAGU TU:

TAJUK LAGU: SENDIRI. 

NYANYIAN:  DJ DAVE.  

 ALUNAN LAGU TERSEBUT DATANGNYA DARI HADAPAN PENGINAPAN KAMI.  TAK TAHU DAKU SIAPAKAH YANG MEMUTARKAN LAGU ITU...TERNYATA KASET AIWA AKU TIDAK  MENGALUNKAN LAGU,  KETIKA ITU.  

AKU TERSENTAK MENCENGKAM PAGAR JARING, DAKU PEJAM MATAKU DAN  AIRMATAKU  TANPA SEGAN DAN SILU MENGALIR. DGN LAJUNYA .    MASYAALAH...  SEDIHNYA,  AKU AKAN MENINGGALKAN DUNIA ITU UNTUK SELAMA2NYA.   MEMANG TELAH TERTULIS DI LOH MAHFUZ 500 RIBU TAHUN DAHULU.

"ENI JATUH TELAGA "

 UPDARE BANGI JUMAAT 26/12/25 BERSAMAAN 5 RAJAB 1447 HIJRAH.   

"Pengalaman yang bahaya bagi ku".Rabu, 18 Oktober 2023


Wow! ...Mandi Telaga.  Gambar sebagai Hiasan.

Assalamualaikum.

Hari ini Hari Rabu..Nak ke Kuala Kangsar sebab Shah nak ambil result sakitnya.

Kelmarin daku keluar mesen rumput.  Selesai di halaman kecilku.  Alhamdulillah Allah beri daku sihat.  Syukur Ya Rabb.  Aku bersyukur balik ke kampung dan tinggal di teratak kecilku ini kerana dapatlah sedikit memberi manfaat kepada mereka yang empunya tanah dan dipinjamkan Allah kepada ku ini untuk tinggal...Syukur tanah mak ini Eni manfaatkan untuk tinggal, bercucuk tanam pokok buah2an dll.  Syukur jikapon tanaman di makan haiwan pasti tidak Allah kecewakan untuk mendapat pahala darinya. 

 Pokok dokong yang mak tanam untukku dulu sangat manis buahnya.  Tapi masa dia berbuah lebat dahulu daku tinggal di luar, jadinya tak merasa sangat buahnya, melainkan  jika daku balik kampung.  Sekarang pokok itu dan begitu tinggi...Daku akan potong separuh supaya ia kembali menjadi elok dan mudah diambil buahnya.   Tak akan daku tebang, kerana daku suka emak dapat pahala dengan pokok yang ditanamnya ini, meskipon dimakan burung2 atau haiwan lain. 

 Hi hi...di tanah yang mak berikan padaku ini tempat terletaknya telaga2 yang keluarga ini gunakan. Ada dua telaga.  Satu telaga minum dan satu telaga mandi.  Disini struktur terendah tanah milik mak.  Jadi mata air terdapat di sini dengan mudah.  Hihi tanah ini dapat padaku, macam2 nostalgia masa kecil2ku di tanah ini.

  Daku Noraini yang pernah jatuh kedalam telaga semasa mandi dengan adikku Maznah.  Ha ha ha... Orang lain tak pernah jatuh kedalam telaga (perigi) tetapi daku pulak ditakdirkan Allah jatuh kedalam perigi...Hihi.  "Kakak!!!!!!!!! Eni jatuh telaga"   meraong,  Maznah adikku... Tapi umurku masih panjang, kerana ada akar pokok pinang yang terkeluar ke dalam telaga tu daku pegang akar tu..Apapon, lemas tetap lemas, kerana kami masih kecil masa tu.  Rasaku masa tu umurku dan adikku baru 7 dan 6 tahun.  Kami ditakdirkan rapat sangat.  Nasib baik kakak dengar dan cepat2 datang  menyelamatkan daku. 

(Umur panjang bukan kerana akar pokok pinang hihi)(   akar pinang , Allah adakan agar menjadi sebab dan musabab umurku masih  panjang hingga hari ini)    Alhamdulillah.

Kami mandi bersama , semua aktiviti , bersama.  Hi hi...Kemana2 pon bersama.  Pergi sekolah pon bersama.    Satu hari bapak ku belikan payung untuk  kami berdua untuk dibawa pergi kesekolah.  Masa itu (SMDA ) Sekolah Menengah Datok Ahmad, Lenggong Perak.  Kami berjalan kaki.  Masa itu ramai yang berjalan kaki kesekolah rasanya 2 km setengah jaraknya, tapi kami tidak merasa letihpon.  Sampai  separuh jalan, kawanku Norasiah Hj Nawang menunggu, bagitu juga Zainab Syukur.  Seronok sangat.  Berjalan kesekolah bersama2 dengan riang sambil bersembang2.

Pak beli payung merah hati dan merah jambu...Nah pilih dulu...adikku pilih payung merah hati daku dapat payung pink....dah trend dah keluargaku, layan kami berdua macam tu.  Daku sentiasa kecil hati.   Tapi daku tak tunjuk.  Alasan kakak2 ku kerana daku kulit cerah pada adikku.   Memang tak patut kan...Kalau baju pon jangan harap daku dapat pilihanku.  Allah dah takdirkan begitu.  Hi hi redho je lah.  Eni.  Syukur masa kecilku daku redho.  Mungkin kerana sayang ku kepada adikku Maznah agaknya. 

Kami memang baik .  Sangat sangat sangat.  Kami sentiasa bersembang santai telepon...jika daku ada masaalah Maznahlah yang ku cari.   Dia pandai berinteraksi, mungkin dia dapat BM -A1 agaknya hihi.  Daku pernah tanya nah.  Nah , Hang ingat tak?   (Bahasa kami berdua ialah  Hang dan Aku) Adikku pandai Bahasa Melayu dan daku hanya Bahasa Cikgu Maths aja. hihi... 

Nah! :" ingat tak mak kita pesan ni,  kalu belajar tu jangan tengok mata cikgu," (khusus buat cikgu lelaki kot)  Aku masih ingat sampai sekarang.  Maznah kata tak pernah pon dengar mak kata macam tu.   MaasyaAllah  heran daku mak tak pesan macam tu pada Maznah...tapi mungkin maznah yang lupa.  Mak !  mak ! ...macam mana nak belajar kalau tak tengok mata cikgu.   Daku tengok ja mata cikgu...hihi.  Tak ikutpon kata mak..hihihi.  Daku pulak ajar muridku kalau Cikgu terangkan sesuatu , tengok mata  cikgu baru paham.   Mak  Cikgu..Adoi!  mak ! mak !

 Yang ku tahu daku agak lembek sikit pada orang lain.  Bila main cepat jatuh, ada ja yang menyebabkan aku luka  sampai  berjahit.  Masa  kecil main rolled kayu sambil  mengimbang badan atas nya, daku jatuh ..kena jahit di bibirku... Mandi di Empang daku awal2 terjun dan terluka di kakiku, tak nampak darahpon keluar,  tapi nampak tulang  dan mengalir2 darah pada urat2 kecil tulang kakiku (tulang kering).  Masa tu empang banyak air, kedalaman  airnya nya menghapusi daku yang pendek ni. Daku pandai jugak berenang skala mudah.   Masa itu daku dalam darjah lima.  Daku sedari sekarang daku nakal agaknya masa kecil.  

AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT

 UPDARE BANGI KHAMIS 26 /12/25 BERSAMAAN 5 RAJAB 1447 HIJRAH.

Khamis, 21 April 2016



AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.

2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.

Thursday, 25 December 2025

Bab. Menerangkan sikap-sikap yang mendatangkan manisnya iman

 UPDARE BANGI 26 /12/25 BERSAMAAN 5 RAJAB 1447 HIJRAH.

Khamis, 25 Februari 2016

Sikap-sikap yang mendatangkan manisnya iman

Assalamualaikum...


Bab 13. Menerangkan sikap-sikap yang mendatangkan manisnya iman
( HR.MUSLIM No:60 )
        Hadis riwayat Anas ra., ia berkata: Nabi saw. bersabda: Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.
( HR.MUSLIM No:60 )
        Hadis riwayat Anas ra., ia berkata: Nabi saw. bersabda: Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.

15 MUSUH IBLIS

 

Ahad, 10 April 2016

 

 

15 MUSUH IBLIS

 
Nabi Muhammad  S.A.W.
Imam yang adil
Orang kaya yang rendah hati
Pedagang yang jujur
Orang alim yang sembahyangnya khusyuk
Orang beriman yang suka memberi nasihat
Orang beriman yang pengasih
Orang yang taubat dan tetap atas taubatnya
Orang yang tidak mahu berbuat kemungkaran
Orang beriman yang sentiasa berwudhuk
Orang beriman yang banyak bersedekah
Orang beriman yang berkelakuan baik
Orang beriman yang memberi manfaat kepada orang lain
Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca al-Quran
Orang yang menegakkan ibadaat pada waktu malam,
sedangkan orang lain tidur dengan nyenyaknya

JANGAN SAKITI HATI SAUDARAMU. BELAJARLAH DIAM.

  JANGAN SAKITI HATI SAUDARAMU. BELAJARLAH DIAM.   Omongan itu melalui 7 kunci: Jika ia keluar dari mulutmu .. .maka ianya di tulis. Malaika...