Home

Sunday, 28 December 2025

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN

  Update: Bangi Ahad 28/12/25 Bersamaan 7 Rejab 1447  


KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN

 Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:


 “Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

 Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

 1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya. 

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

 3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu. 

AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad). 

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 

1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan. 

2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.

Saturday, 27 December 2025

Sendiri

 

Monday, 7 August 2023

Sendiri

 

" Sengaja Ku jadikan Jin dan manusia untuk beribadah kepadaKu"

 

Sabtu, 7 Julai 2012

Manusia

 Firman Allah s.w.t. yang membawa maksud:

" Sengaja Ku jadikan Jin dan manusia untuk beribadah kepadaKu"

 Inilah yang sebenarnya hakikat solat( sembahyang) .  Kemudian marilah kita renungkan sejenak Surah al-Ma'uun ayat 4 hingga ayat 5 yang bermaksud:

Terjemahan:
"Celakalah mereka yang sembahyang(solat) tetapi dalam fikirannya berjalan ke mana-mana"

Sedangkan orang solat tetapi fikirannya berjalan kemana-mana masih celaka dan Neraka Whail tempatnya.  Apalah pula orang yang tidak bersembahyang atau sembahyangnya tidak sempurna.
Marilahkita sama-sama renungkan sejenak karya hasil ciptaan al-Marhum Prof. Dr Hamka.

'Kain basahan dibawa mandi,
Setelah mandi dibawa pulang
 Amal ibadah dibawa mati
Harta yang banyak di ambil orang"
"Kayu ara ditepi laut
Jatuh sebiji dimakan ikan
Kalau datang Malaikat Maut
Kemana nak disembunyikan"
'Burung layang terbang melayang
Hinggapnya di kayu jati,
Untungnya orang yang bersembahyang,
Mukanyajernih hatinya suci"
"Solatlah engkau sebelum disolatkan
Menangis kamu sebelum kamu ditangisi
Mandikan dirimu sebelum dimandikan
Hisablah dirimu selagi diatas dunia
Sebelum dihisab Allah dipadang Mahsyar nanti"

Sinar Hidupku

27 Disember 2025 “AL-AHADITH AL-ISLAH AL-QULUB” Ustaz Ahmad Al-Qarni Bin...

A young chef leaves the city to farm, raise livestock, and live a self-s...

Kelas Dhuha 21 Dis 2025 Surau Al-Sobah: Aqidah & Fardu Ain

JANGAN SAKITI HATI SAUDARAMU. BELAJARLAH DIAM.

  JANGAN SAKITI HATI SAUDARAMU. BELAJARLAH DIAM.   Omongan itu melalui 7 kunci: Jika ia keluar dari mulutmu .. .maka ianya di tulis. Malaika...