Friday, 6 March 2026
Sempena Nuzul Quran, saya kompilasi 25 fakta menarik mengenai Al Quran ni.
Sempena Nuzul Quran, saya kompilasi 25 fakta menarik mengenai Al Quran ni.
Kalau ada tambahan, boleh sambung ya.
1. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad selama 23 tahun secara berperingkat. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.
2. Wahyu pertama ialah lima ayat pertama Surah Al‑Alaq (ayat 1-5) yang bermula dengan perkataan Iqra’.
3. Surah paling panjang dalam Al-Quran ialah Surah Al‑Baqarah yang mengandungi 286 ayat.
4. Surah paling pendek ialah Surah Al‑Kawthar. Hanya 3 ayat sahaja mengenai janji nikmat yang tidak terhingga.
5. Ayat paling panjang dalam Al-Quran ialah ayat mengenai hutang dalam Surah Al‑Baqarah ayat 282.
6. Hanya satu surah tidak bermula dengan Bismillah iaitu Surah At‑Taubah.
7. Surah An‑Naml mempunyai dua Bismillah. Satu di awal surah. Satu lagi dalam ayat surat Nabi Sulaiman.
8. Surah yang dinamakan sempena haiwan
• Surah Al‑Baqarah (Lembu)
• Surah An‑Nahl (Lebah)
• Surah An‑Naml (Semut)
• Surah Al‑Ankabut (Labah-labah)
• Surah Al‑Fil (Gajah)
9. Hanya satu surah dinamakan sempena wanita iaitu Surah Maryam. Nama Maryam disebut dalam AlQuran lebih banyak daripada Mary dalam Bible.
10. Nama nabi yang paling banyak disebut dalam Al-Quran ialah Nabi Musa. Ia disebut lebih 130 kali.
Nama Nabi Muhammad disebut 4 kali dalam Al-Quran.
Nama Nabi Isa disebut 25 kali.
Hanya seorang sahabat namanya disebut secara jelas dalam Al-Quran iaitu Zayd ibn Harithah.
11. Antara perkataan yang muncul dengan jumlah seimbang dalam Al Quran,
• Dunia = 115 kali
• Akhirat = 115 kali
• Malaikat = 88 kali
• Syaitan = 88 kali
• Hidup = 145 kali
• Mati = 145 kali
• Lelaki = 24 kali
• Wanita = 24 kali
Laut disebut 32 kali.
Darat disebut 13 kali.
Jika dikira peratus, Laut ≈ 71%, Darat ≈ 29%.
Sama dengan komposisi bumi.
12. Al-Quran tidak pernah berubah sejak 1400 tahun. Sejak zaman Nabi Muhammad hingga hari ini, teks Al-Quran kekal sama. Ia dihafaz oleh jutaan manusia yang digelar Hafiz.
13. Al-Quran adalah kitab yang paling ramai dihafaz manusia di dunia.
14. Surah Al‑Fatihah adalah surah yang paling banyak dibaca setiap hari. Sekurang-kurangnya 17 kali sehari dalam solat fardu.
15. Al-Quran menyebut sains alam dan banyak ayat mengajak manusia berfikir tentang,
• langit
• gunung
• laut
• embriologi
• kitaran hujan
16. Sebahagian pengkaji mendapati perkataan Yaum (hari) muncul sebanyak 365 kali dalam Al-Quran. Perkataan Syahr (bulan) pula muncul 12 kali.
17. Pada zaman awal Islam, ayat Al-Quran pernah ditulis diatas pelepah tamar, tulang unta, kulit haiwan dan batu nipis. Kemudian dikumpulkan menjadi mushaf pada zaman Uthman ibn Affan.
18. Dalam Surah An‑Nahl, lebah disebut menggunakan kata ganti feminin dalam bahasa Arab. Kajian moden mendapati lebah pekerja memang betina.
19. Al-Quran mempunyai 114 surah, 6236 ayat (mengikut riwayat qiraat), lebih 77,000 perkataan, sekitar 320,000 huruf dan dibahagikan kepada 30 juzuk.
20. Dalam Al-Quran ada 14 huruf misteri dikenali sebagai Huruf Muqatta'at seperti Alif Lam Mim, Ya Sin, Taha, Ha Mim. Terdapat 29 surah yang bermula dengan huruf Muqatta'at.
21. Surah pertama yang lengkap turun ialah Surah Al-Fatihah. Surah terakhir yang turun ialah Surah An-Nasr.
22. Ayat terakhir yang turun menurut ramai ulama ialah ayat mengenai riba dalam Surah Al-Baqarah.
23. Ayat paling pendek dalam Al-Quran ialah dalam Surah Ar-Rahman "مُدْهَامَّتَانِ"
24. Wahyu pertama turun di Gua Hira. Wahyu terakhir turun ketika haji wada’.
25. Al Quran mengajak manusia berfikir lebih 700 kali. Contohnya ayat, "Afala ta’qilun?" (Tidakkah kamu berfikir?)
---------------
Al Quran adalah satu-satunya mukjizat nabi yang kita masih boleh lalui, rasai dan nikmati pada hari ini.
Allah berfirman dalam Surah Al Hashr ayat 21, mafhumnya, "Jika Al-Quran ini diturunkan kepada gunung, pasti kamu melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah."
Dalam Al-Quran sendiri Allah sebutkan Al Quran sebagai, Huda (petunjuk), Syifa’ (penyembuh), Rahmah (rahmat), Mau‘izhah (nasihat atau peringatan), dan Furqan (pembeza benar dan salah) kepada manusia.
Allah berfirman tiada keraguan pada Al Quran.
Semoga kita dikurniakan keberkatannya.
Tazkirah Ramadan 2025: Tips Kawal Diri & Ibadah Khusyuk!
Wednesday, 14 August 2024
Kitab Jumaat...
8. Kitab Jumat
Bab 1. Kewajiban mandi Jumat atas setiap lelaki dewasa dan keterangan tentang beberapa hal yang dianjurkan
( HR.MUSLIM No:1393 )
Hadis riwayat Abdullah bin Umar, ia berkata:Aku mendengar Rasulullah bersabda: Bila salah seorang di antara kalian hendak melakukan salat Jumat, maka hendaknya ia mandi.
( HR.MUSLIM No:1395 )
Hadis riwayat Umar bin Khathab: ia berkata:Bahwa Rasulullah memerintahkan mandi (Jumat).
( HR.MUSLIM No:1396 )
Hadis riwayat Umar bin Khathab, ia berkata:Rasulullah bersabda: Bila salah seorang di antara kalian hendak melakukan salat Jumat, maka hendaklah ia mandi.
( HR.MUSLIM No:1397 )
Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Mandi pada hari Jumat adalah wajib bagi setiap orang yang balig.
( HR.MUSLIM No:1398 )
Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: Biasanya kaum muslimin berangkat untuk melaksanakan salat Jumat dari rumah-rumah mereka dari desa-desa sekitar Madinah dengan memakai abaya (sejenis jubah). Debu-debu mengenai mereka, sehingga mengeluarkan bau tubuh. Lalu seseorang di antara mereka mendatangi Rasulullah saw. yang berada di dekatku. Rasulullah saw. bersabda: Sepatutnya kalian mandi untuk menyambut hari ini.
Nabi tak tinggal 7 perkara ini.
Jumaat, 5 Januari 2024
Nabi tak tinggal 7 perkara ini.
Nabi tak tinggal 7 perkara ini.1) Nabi tak tinggal tahajjud2) Nabi tak pernah tiada wuduk3) Nabi istighfar setiap masa 4) Nabi tak tinggal sedekah setiap hari5) Nabi tak tinggal solat dhuha dan witir bahkan wajib dhuha dan witir6) Nabi tak tinggal baca quran 7) Nabi tak tinggal solat Jemaah di Masjid
Friday, 10 October 2025 Doa yang diijabahkan Allah dengan cepat. Ini Doa yang Dr. Maza anjurkan untuk di doakan pada setiap solat Tahajj...
-
Jaga2...Kuew Teaw ...Mee pon ada mereka ni buat... Dulu masa saya tinggal di sendayan Mereka buat Mart yg besar...ked...