Kucurah Kasih Dalam Lagu
Lagu Kenangan Seumur Hidupku. Rabbku Kau Maha Mengetahui Isi Hati Manusia.
Lagu Kenangan Seumur Hidupku. Rabbku Kau Maha Mengetahui Isi Hati Manusia.
Assalamualaikum.
Ya Rabb. Ini malam terakhir Ramadhan kami.
Kau terimalah ibadat kami.
Kau ampunilah kami,
Kau Redhokanlah kami
Kau jadikanlah kami orang yg Redho terhadap ketentuanMu Rabbku.
Kau sejahterakan lah hati kami
Kau muliakanlah kami dan orang2 yang kami sayang,
Kau bahagiakanlah kami dalam hidup kami meskipon kekurangan.
Kau penuhi dengan kecukupan bagi kami.
Janganlah kau jadikan kami tidak berpuashati dalam segala hal.
Percukupkanlah kami dgn kesyukuran.
Kau bahagiakan kami.
Endahkan lah kami dalam segala hal.
Janganlah kami memungkiri janji kami padaMu.
Kami lemah, kau kuatkanlah kami.
Jadikanlah kewikhlasan menjadi penyeri hidup kami.
Ya Rabb..
Sayangilah kami,
Ya Rabb sayangilah orang yg kami sayang,
Ya Rabb, sayangilah orang yg menyangi kami,
Ya Rabb terimalah ibadat kami,
Terimalah ibadat orang yg kami sayang ,
Terimalah ibadat orang yg menyangi kami.
Jadikanlah kesulitan sebagai pahala jihad bagi kami Rabb.
Alhamdulillah ala kullihal.
Aamiin Ya Rabbal alamin.
Makbulkanlah doa kami.
Aamiin Ya Rabbalaalamin.
Sebenarnya Blog ini adalah blok peribadi yang bukan Blog untuk buat wang seperti yang lain. Saya ada Add Sence berusia 13 tahun...masih hidup lagi.....tapi tak guna itu semua. Jika ada Iklan saya rasa macam mengganggu sahaja... Ia nya hanya blok kenanganku sahaja. Terima kasih kerana sudi bertandang kesini...Jika daku dah pergi, daku rasa Blog ini masih dikunjungi...at least dapat sedikit manfaat jika ada yang membaca petikan agama dan mendengar ceramah agama di sini.
Selamat membaca...ala kadarnya sahaja. Saya tulis apa terlintas di kepala saya Saya letakkan salam Assalamualaikum , di situ agar tuan2 jawabnya saya suka dapat pahala dari jawapan tuan2 terhadap salam saya...Terima kasih. (Tuan2 dapat pahala dan saya juga turut mendapatnya) Berdasarkan hadith Rasulullah: " Ucapkanlah salam kepada siapa sahaja yang kita kenali atau yang tidak kita kenali"
Terima Kasih.
Saya Noraini.
Sahabatku, semuga sentiasa dalam rahmat Allah dan sentiasa dalam bimbingan Allah baik dimana sahaja kita berada dan apa sahaja yg kita lakukan. Moga kita sentiasa mengingati dan melihat langkah2 kita untuk kita terus maju menuju akhirat kita. Semoga setiap langkah kita , dalam ingatan kita kepadaNya.
Paling baik adalah kita sentiasa mengingat Allah dlm detik dan masa berlalu dengan penuh kesyukuran Alhamdulillah dan Astaghfar memohon keampunan kepada Allah .
Mari kita sama2 hayati Hadith ini pada setiap Jumaat kita:-
"Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, diberikan kepadanya cahaya antara dua Jumaat"
(Hadith Riwayat Al-Hakimi)