Tuesday, 30 January 2024
Sunday, 28 January 2024
Saturday, 27 January 2024
Friday, 26 January 2024
Thursday, 25 January 2024
Anakku yang kelakar.
Assalamualaikum,
Terigat daku masa bulan puasa, waktu ada mak dulu...seronok sangat, Masa sahur daku ambil peluang buat pahala untuk masak untuk makan sahur. Merskipon mereka balik ramai2 daku mesti pergi masak untuk sahur sebab daku nak dapat pahala beri orang makan sahur. Tambahan pulak budak2 kecil, perlu ada makanan yang mereka rasa sedap , baru mereka makan,. Kita masak telur masin dan ikan masin. Mak pulak suka sangat makan nasi goreng cili letak bawang putih. Dia rasa lalu makan. Kopi tengah malam tu jadi wajib daku ikut mak bancuh, sedangkan kadang2 dulu anak mak tak minum pon.
Sekarang masa dah berubah, daku nak puasa Khamis, esok dan lusa puasa hari putih sekali daku pulak request nak makan nasi goreng ,letak cili, bawang putih dan sayur tak kira kobis atau sawi, anakku masak...Rasa macam dimanjai la pulak...kih kih kih...selalu kita yang masak... untuk dia makan masa kecik. Ni sejak daku sakit dia masak sepenuhnya...Syukur Allah takdirkan begitu. Alhamdulillah.
Kelmarin dia masak kuew tiew goreng, tumis cabai api agak besar, habis tu chum chum terbersin kita ...kih kih kih , sampai terbersin2 si jiran yg sedang dok ambil angin kat koridor...haha...Anis! Anis! Bila daku terbersin dia kata nak balas dendam untuk Tok Wan, sebab dulu mak masak Tok Wan bersin...Daku cerita Anis, Tok Wan kata, " Ani ni! tak dak kerja lain masak mesti nak menyiksa orang" Daku jawab...tapi kan Pak, ni yg Pak makan yang sedap sekali tu! ..Yang pak suka." Ha ha ha...Orang lain tak berani jawab dengan bapakku tapi daku mesti kata..."Pak ni yang pak suka "..Pakku mesti kata..Huih....Kelakar anis...boleh pulak dia balas dendam untuk Tok Wan dia...aku gelak.
Bapakku garang, kalo sesiapa tumbok sambal untuk Pak jangan tumbuk cili tu hancur sangat, nanti tak terasa sambal tu sedap. Hihi...kita orang kalo Pak tanya, "siapa tumbuk sambal ni?...Kita orang jawab 'Leha" baru Pak tak marah...Sebab dia sayang sangat cucu dia. Pak, dengan cucu dia kalah....Pak Pak...Rindu Pak ...Moga Pak dan Mak diampunkan Allah segala dosa, diluaskan kubur mereka dan dijadikan Allah kubur mereka seperti "Taman-Taman Syurga" Aamiin.
Wednesday, 24 January 2024
J.Mizan | Ku Membawa Diri | Lirik Video | HQ quality
Dalam usia muda aku mula belajar sedeh ,
Allah Maha Tahu...Kesannya sampai kita tua...
aku Redho...Moga Allah sentiasa bagi aku
kekuatan ! "Selamanya." Semua ini ibarat
keruh di muara akhirnya akan jerneh jua.
Aamiin.
Tuesday, 23 January 2024
Monday, 22 January 2024
Sunday, 21 January 2024
Saturday, 20 January 2024
Friday, 19 January 2024
Thursday, 18 January 2024
Wednesday, 17 January 2024
Tuesday, 16 January 2024
Takdir Penentu Segalanya (Jamal Abdillah)
Posa lagi harini...
Daku dapat puasa sampai ke akhir semalam. Terima kasih yang sudi mendoakanku. Syukur Ya Rabb. Kiranya daku dan makin pulih sangat2 dah...InsyaaAllah. Semalam means Kelmarin hari Isnin ,Puasa Sunat Isnin...Hihi daku dah berjaya Puasa ...daku memang rindu sangat puasa. Hari ni daku puasa lagi daku bangun sahur macam biasa ...Kami makan nasi yang sedia ada...Anakku nak buat nasi goreng sebab aku request nasi goreng tumis cabai letak sayur. Tiba2 tengok gas habis...Tapi kami masih boleh makan Nasi semalam /kelmarin yang daku masak lebih sikit .
Kami makan dengan gulai "pajeri terung" yang anakku masak siap2 dalam 3 portions sebagai simpanan memudahkan dan mempercepatkan kerja memasaknya. Hihi Nasib baik. Bubuh dlm microwave, selesai dapat makan. Puasa lagi tapi hari ni, bukan puasa Rajjab, (Mana ada puasa Rajjab) tapi kami Puasa Nabi Daud. Puasa selang sehari. Kira hari ni hari mula posa Nabi Daud. Nasib dapat sahur juga. hihi syukur daku dah boleh posa. Berapa lama dah daku tak posa. Daku memang lemah sangat sekarang daku dah makin pulih. hihi syoknya.
Petang ni teringin nak berbuka dgn mee rebus, Mee rebus sepatutnya kena ada cili besar yang hijau...anakku akan cuba beli selepas kerja nanti..Daku akan membuat kuahnya dan anakku akan membuat kerja untuk mencelur mee dan sayur2..Syukur daku dah punya sedikit kekuatan untuk memasak kuah mee tersebut,.. Daku akan rebus siap2 telur rebus...itu saja kerjaku, seterusnya anakku sambung lepas dia balik kerja. InsyaaAllah beres tu.
Syoknya sihat. Syukur sihat Ya Rabb. Aku akan menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur Ya Rabb. Moga daku bertambah2 sihat lagi Daku yakin dengan janji Allah, jika daku bersyukur Allah akan tambah kesihatanku. InsyaaAllah. Aamiin. Doakan daku!
Monday, 15 January 2024
Konsep Cinta
Cinta itu sangat Agung.
Cinta Illahi Cinta Suci
Pabila ada kesedihan Dia penghibur
Apabila kegelapan Dia pemberi cahaya
KEKASIHKU JANGAN ENGKAU MENANGIS KERANA HIDUP INI
TIDAK SELALUNYA MANIS.
Sunday, 14 January 2024
Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022
Andai Ku Tahu : Ramli Sarip
Saturday, 13 January 2024
Allah buka pintu rahmat untuk kami,
Ya Allah,takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, Janganlah Kau uji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.
Ya Allah bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami,Ya Allah sejahterakanlah kami dengan kesihatanyang baik supaya
dengannya kami dapat beribadah kepadaMu, Ya Allah ampunkkanlah segala dosa2 kami kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah jadikanlah kami redho kepada sesuatu yang mengecewakan hati kami.
Aamiin. Aamiin Aamiin Yaa Rabb.
Friday, 12 January 2024
Moga Sejahtera ( buat masa ni)
Salam silaturrahim buat sahabat
Mendahulukan sesuatu itu dengan membaca ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan dan memiliki fadhilat yang sangat besar kerana ia mengutamakan Asma dan Kebesaran Allah SWT.
.
Allah SWT sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca ‘Basmallah’.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.
.
Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya.” (Surah al-An’am, ayat 118).
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat daripada kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca ‘Basmalah’, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka.” (Hadis Riwayat Muslim).
.
.
Rahsia 19 Huruf
Perkataan Basmallah (sebutan penuh dalam bahasa Arab) mempunyai 19 huruf yang menunjukkan bilangan malaikat yang menjaga neraka (Saqar) seperti firman Allah SWT: “Dan apa jalan engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?; Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus); Ia terus membakar kulit manusia!; Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).” (Surah al-Muddatthir, ayat 27-30).
.
Daripada riwayat Ibn Mas’ud r.a.: “Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah akan menjadikan bagi setiap huruf itu sebagai pendinding bagi malaikat itu.”
.
.
Fadhilat Basmallah
Banyak khasiat dan fadhilat ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) telah diamalkan oleh para Salafussoleh sehingga ada merumuskan beberapa keutamaan dengan jumlah tertentu, hasil dari bacaan Basmalah ini; Diantaranya:
- ‘Bismillahirrahmanirrahim’ mengandungi Asma Allah yang Maha Agung, sesiapa mengamalkannya akan memperolehi keberkatan yang besar.
- 2. Setiap huruf diberi 4000 kebajikan, dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat.
- Mengamalkan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ 201 kali selepas solat lima waktu. Insya Allah, dikurniakan ganjaran yang besar dan dimakbulkan segala permintaan.
- Sesiapa membaca sebanyak 20 kali selepas solat Tahajjud, Insya Allah dilapangkan rezeki, keadaannya lebih baik dan bercahaya rohnya.
- Dibaca sebanyak 41 kali diantara solat sunat, Insya Allah penyakit cepat sembuh, permintaan diperkenankan, dikasihi makhluk dan ditakuti musuh.
- Membaca 313 kali dan selawat 100 kali pada hari Ahad dengan menghadap kiblat sewaktu matahari terbit, Insy Allah akan mendapat rezeki tidak terduga.
- Dibaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, Insya Allah terpelihara daripada godaan syaitan, bencana manusia dan jin, kecurian, kebakaran dan kematian mengejut.
- Baca 41 kali ke telinga orang pengsan, Insya Allah boleh segera memulihkannya.
- Dibaca ketika hendak berjimak, Insya Allah akan melahirkan anak yang cerdas, terang hati, salih dan memperoleh baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
- Sekiranya ditulis 61 kali kalimat (بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ) dengan huruf Arab pada kertas putih lalu disisipkan ke perut ibu hamil; Insya Allah, akan hidup dan sihat anak dikandung.
- Membaca 786 kali kemudian tiupkan pada air Ialu diminum orang yang bebal selama tujuh hari sewaktu matahari terbit, Insya Allah akan lenyaplah kebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
- Membaca 786 kali lalu dihembuskan pada barangan niaga selama tujuh hari, Insya Allah maju perniagaannya.
- Dibaca 50 kaIi terhadap orang zalim, Insya Allah akan menunduk atau menakutkannya serta akan naik keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
Thursday, 11 January 2024
Muzik o muzik...
Hari ini kau datang sayang ,
Tersenyum buatku girang,
Kau hias dirimu ,
membuat hati bertambah sayang,
Tapi wajahmu semalam muram,
Mengapa dewi mengapa,
Mungkinkah aku bersalah,
Cubalah dewi nyatakan,
Jangan dewi jangan begitu,
Senyum2 lah selalu,
Manis ,riang ,wajah bertambah jelita.
Haha haha ,
"Siapa yang menyanyi lagu tu tadi?
Tanya sepupu lelaki kami,"Mereka dari Taiping, balik bercuti di kampong"
Abang Halid marah..Katanya " macam lelaki " (adoi teringat...Abg Halidpon dah pergi)
Sebenarnya, J.Mizan yang ikut suara orang perempuan...hihi
Hihihi...Aku teringat...aku anak mak yang kuat menyanyi masatu...
Saudara perempuan kami ada 6 orang tak pandai nyanyi sangat ,ikut tune tak tepat.,..aku, kiranya, ok la
jugak ..hahaha Eni! Eni!...kelakar hang....
Masa sekolah rendah aku dan beberapa orang kawan terpilih jadi wakil pi nyaji di Sekolah Kebangsaan Yong Hwa, Lenggong. Lagu "Mubibbah"
Aku masa kecik2 naik ja atas tikar sembahyang masa nak pakai telekung, keluar dari mulutku lagu..
Habistu, kena tegur," Apa ni nak solat keluar lagu? orang Astaghfar ke, Selawat ke" Dia nyanyi...
Langsung pastu aku berubah...Nasib aku boleh berubah...kikiki
Masa di maktab , Sessi Muzik. Pensyarah kami Jamaluddin Bin Saa.( Kuat Ugama Pensyarah ini,
Meskipon ngajar muzik)
Maka, adalah Sessi Ujian Nyanyian. Baca not lagu.
Bermacam2 lagu ada...Lagu2 cinta, Lagu Jiwang2, Lagu keagamaan,...Panjang2 lagu2 yang di beri...haha ha ha ..
Tiba giliran aku nyanyi...setelah ramai yg nyanyi lagu Jiwang2...Aku pilih lagu ni....
"Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi, tinggi,
Cepatlah adik Cepat,
Cepat bangun Pagi2"
"Kelakar berbunyi gelak satu ouditorium" Mereka terkejut, Kak No nyanyi "Lompat Si Katak Lompat"
Pensyarah pon turut gelak sama bila orang2 lain gelak.
Sessi result...
Markahku tinggi sebab ikut not yang betul...Kikiki....Kenangan yg tak boleh aku
lupakan....Kelakar sangat...Tu sebab aku letak blogku ni dgn lagu...Kadang2 aku buka aku dengar..
Setelah setahun mengajar di Sekolah Rendah ..Pita suaraku rosak....Suaraku tak segermersik dahulu lagi...Lepas tu lagu2 Ela ja sesuai...hihi...
Bye dulu...Nak dhuha jap...Ni masa anak unta menggeliat
kepanasan pagi....Waktu afdhal..Assalamualaikum!
Jadikan musibbah ini pahala,
Ya Allah Kau jadikanlah Musibah ini Pahala dan Kau gantikan dengan yang lebih baik daripadanya...
Aamiin"
"Kau jadikanlah ujian ini dalam redhoku dan lebihkan ketabahanku dan kau gugurkan dosa2ku . Kau tambahkanlah Imanku Ya Rabb, Tuhan Yang Maha Pengasih Maha Penyayang"
Aamiiin...
Wednesday, 10 January 2024
Jamal Abdillah - Penghujung Rindu [OFFICIAL VIDEO]
Tuesday, 9 January 2024
Diari Ayah (Full Episode): Datuk Ramli Sarip
Sunday, 7 January 2024
Saturday, 6 January 2024
Friday, 5 January 2024
Thursday, 4 January 2024
Wednesday, 3 January 2024
Tuesday, 2 January 2024
-
Wow Normadiah laa pulak...Omar Suewita...Lakunan orang dulu2... boleh tahan over jugak...hahaha Daku belum lahir kedunia lagi...hihi