Assalamualaikum,
Terigat daku masa bulan puasa, waktu ada mak dulu...seronok sangat, Masa sahur daku ambil peluang buat pahala untuk masak untuk makan sahur. Merskipon mereka balik ramai2 daku mesti pergi masak untuk sahur sebab daku nak dapat pahala beri orang makan sahur. Tambahan pulak budak2 kecil, perlu ada makanan yang mereka rasa sedap , baru mereka makan,. Kita masak telur masin dan ikan masin. Mak pulak suka sangat makan nasi goreng cili letak bawang putih. Dia rasa lalu makan. Kopi tengah malam tu jadi wajib daku ikut mak bancuh, sedangkan kadang2 dulu anak mak tak minum pon.
Sekarang masa dah berubah, daku nak puasa Khamis, esok dan lusa puasa hari putih sekali daku pulak request nak makan nasi goreng ,letak cili, bawang putih dan sayur tak kira kobis atau sawi, anakku masak...Rasa macam dimanjai la pulak...kih kih kih...selalu kita yang masak... untuk dia makan masa kecik. Ni sejak daku sakit dia masak sepenuhnya...Syukur Allah takdirkan begitu. Alhamdulillah.
Kelmarin dia masak kuew tiew goreng, tumis cabai api agak besar, habis tu chum chum terbersin kita ...kih kih kih , sampai terbersin2 si jiran yg sedang dok ambil angin kat koridor...haha...Anis! Anis! Bila daku terbersin dia kata nak balas dendam untuk Tok Wan, sebab dulu mak masak Tok Wan bersin...Daku cerita Anis, Tok Wan kata, " Ani ni! tak dak kerja lain masak mesti nak menyiksa orang" Daku jawab...tapi kan Pak, ni yg Pak makan yang sedap sekali tu! ..Yang pak suka." Ha ha ha...Orang lain tak berani jawab dengan bapakku tapi daku mesti kata..."Pak ni yang pak suka "..Pakku mesti kata..Huih....Kelakar anis...boleh pulak dia balas dendam untuk Tok Wan dia...aku gelak.
Bapakku garang, kalo sesiapa tumbok sambal untuk Pak jangan tumbuk cili tu hancur sangat, nanti tak terasa sambal tu sedap. Hihi...kita orang kalo Pak tanya, "siapa tumbuk sambal ni?...Kita orang jawab 'Leha" baru Pak tak marah...Sebab dia sayang sangat cucu dia. Pak, dengan cucu dia kalah....Pak Pak...Rindu Pak ...Moga Pak dan Mak diampunkan Allah segala dosa, diluaskan kubur mereka dan dijadikan Allah kubur mereka seperti "Taman-Taman Syurga" Aamiin.
No comments:
Post a Comment