2/9/26 4:17 PM
Sunday, 14 September 2025
Kakakku komen daku buat video..haha..Mereka bidang Penerangan mesti terasa cacat sangat video yang daku bikin. Maaf kakakku. Daku Cikgu yang tak belajar betul2 masa itu...Maafkan aku.
..Update...Pokok Rambutan yang saya sangkakan rambutan anak sekolah rupa2nya Rambutan Gading... Dah 3 kali berbuah . Banyak buahnya malah saya sempat bersedekah kepada jiran2 sekeliling rumah saya. Pernah juga Shah bawa ke masjid pada masa itu. Ianya adalah Rambutan Gading. Penjual pokok2 tu pakai sebut aja nama tu...tapi daku tak menyesal kerana rasanya sedap sangat...Rapuh isinya. Malahan jika daku kupaskan ia dan letak dalam peti sejuk ...sangatlah sedap. hihi Syukur. Menurut Bah adik iparku baru2 ni pokok mastaku atau manggis terengganiu yang rapuh dan sedap dah belajar berbuah. Ianya perlu di letakkan baja. haha. daku asyik lupa aja nak surun pin baja. tak apalah nanrtti akan ku berikan baja yang cepat berbuah yang ku lihat dalam you tube.
Pokok Limau Taiwanku berbuah begitu lebat sekali masa daku balik kampung dulu. MaasyaaAllah manis buahnya. Moga Pin dapat jaga dan daku pesan apa yang ada itu ambillah dan jika buah2 berlebihan maka sedekahlah kepada siapa sahaja yang mereka hendak sedekahkan.
Masa daku tinggalkan dulu pokok mempelam emas hitamku berbunga lebat tetapi pokok itu diserang oleh anai2 akarnya , makanya ia sujud menyembvah bumi tanpa sempat menghadiahkan daku buahnya. Adoi sayang sungguh...Daku memang suka mempelam"Emas Hitam" sekarang daku tak pernah berjumpanya. Dulu masa daku tinggal di Sendayan, banyak buah ni di jual di Negeri Sembilan. Di Bangi daku tak pernah lihat buah tu...Hmmmm...kecewanya daku...
Harap pokok avokadoku boleh berbuah juga nanti. InsyaaAllah. Pokok merapuh (Kundang Thailand) pon sepatutnya dah berbuah. tap[i entahlah...mungkin satu hari nanti dia berbuah juga agaknya. Pokok Cempedak durianku berbuah. MaasyaaAllah buahnya mempunyai isi yg besar ulasnya dan manis tak terperi. .
Daku kena balik bila2 nanti kerana daku rasa rindu sangat kepada pokok2 di keliling rumah kecilku...Hmmmm....Rindunya aku... haha daku teringat pulak tentang pokok Longan pingpong Hibrik ...dah berbuah tetapi ruginya ia diserang oleh monyet2...di sekitar hutan yang datang. Pemerintah berdosa sebab mereka tak menjaga keselamatan tanaman orang2 kampong dengan membasmikan monyet2. Macam mana lah orang2 kampong nak dapat hasil jika serangan dari binatang2 ini masih berleluasa.
Daku dapat tahu monyet2 yang di tangkap di pinggir bandar yang di arahkan di hantar ke pulau2 tidak pon di hantar ke sana kerana ada pekerja yang tak amanah hanya melepaskan monyet2 itu dalam perjalanan ke Grik. Alertlah pemerintah...dikau akan di tanya Allah nanti...Sudahkah dikau smart (smart in everything) dalam menjaga rakyatmu? Sudahkah amanah mu kamu jalankan dgn betul. Tanggungjawab sebagai pemerintah itu BESAR sangat...Jika monyet masih berleluasa bagaimana orang2 kampung hendak menikmati hasil tanaman mereka? Fikir2kanlah wahai pemerintahku. Allah akan tanya dikau nanti di MahsyarNya. Sudahkah tanggungjawabmu kau tunaikan ?
Daku tak boleh jawab siapa yang salah dlm hal ni. Hanya Allah jua yang tahu kan.
Daku update hari ini...
Hari ini hari Isnin bersamaan 21 Syaaban 1447 H. Daku nak tulis sikit tentang pokok rambutanku. Pokok rambutan ini merimbun naik ke atas bumbung rumahku. Jadi daku nak suruh Ariffin potong yang naik ke bumbung. Daku nak suruh Ariffin upah sesiapa yang boleh potongnya. Azali boleh potong daku rasa. Tapi daku fikir2 kembali baik daku potong semasa daku balik ke kampong nanti. Rambutan ini sedap sangat.
Masa pin poskan kepadaku dulu rambutan tu sedap dan tahan lama .
Kulitnya menjadi kering. Daku kupas dan letakkan buahnya dalam peti sejuk. Rapuh sangat. Kena potong dahannya. Nanti balik. Biar batang yang di luar sahaja yang ada. Oleh kerana semut2 banyak dari pokok2 rambutan tu...makanya semut2 dan bersarang pada box elektrikku kat luar rumah. Semuanya dah rosak. Nanti perlu di baiki kembali. Semut...semut...Pada buah penuh dgn semut. Tapi monyet tak ambil agaknya bila ada semut. Daku tak kisah kalau siapa pon nak ambil. mereka tentu tak mahu ambil bila ada banyak semut.
Daku balik nanti nak daku alihkan agurku ketanah kerana jika dia dalam tanah akarnya boleh cari air sendiri. So tunggu daku balik banyak kerja kena buat. Daku akan minta Pin tolong kerana akar anggurku dalam pasu yang amat besar. Moga mudah daku alihkan. Daku seronok sangat buat kerja luar tu , tapi risau takut daku jatuh aja. Daku kena hati2. Kakak ku dan adikku Maznah selalu melarang daku dpd buat kerja2 luar yang agak bahaya. Daku dah biasa. kerja2 tu daku rasa mudah ja. Semua peralatan kerja ada. Tak perlu cari pon daku dah beli dan sediakan bila2 nak guna ambil aja. Minat kita berbezakan.
Ha ha...Bah cerita padaku bahawa Babi dah mula ada balik sekarang ini. Tahu tak, kalai Si Babi tu ada daku takut. Kalau ada bunyi yang pelik mungkin babi. Dulu nasib daku ada pagar rumah ki. Kerja beranilah sikit. Tapi sekali tu Babi besar datang dia nak lawan kita., Daku terpaksa undur diri...hihi.
Pokokj limauku ada yang tak sempat berbuah dah tumbang kering di salut oleh pokok selaput tunggul. Anda tahu tak selaput tunggul tu. Ada 2 jenis yang mengganggu tanaman. Memang pokok boleh mati bila dia balut. Bila dah tua...kebun kita kecilpon tak mampu nak kita jaga kan. Tambahan jika kita tiada sudah tentu ianya tak terjaga.
DSDaku dah letih menulis...menaip...hihi. BYE