Home

Saturday, 2 May 2026

Ingat mati pemutus kenikmatan...Qanaah,sentiasa berkecukupan

  

Khamis, 3 April 2025

Ingat mati pemutus kenikmatan...

 Ya Robb... Ingatlah aku pada mati...Ingatkan aku selalu kepada pemutus ya kenikmatan hidup ini...

Barulah aku menjadi redho dan sabar... Dan dpt menjadikan aku sentiasa bertaubat kepadamu serta... Aku akan memiliki sifat Qanaah... Sentiasa dlm kecukupan terhadap pemberian rezeki mu...

Aamiin... Aamiin... Aamiin... Ya¡Robbku... 


Saya dendam tapi saya maafkan..kerana saya  Islam Marah betul saya .
Perangkapkan saya ..dengan Lagu ini.  
Nilai murni tuan  di mana?  

Hattan:  Mahligai Syahdu

 Kita bertemu  kali ini untuk apa

Adakah hanya menambahkan lagi sengsara.

Luka yang lamabelum dapat aku sembuh

Masih berdarah dan mengeruhkan warna hidupku


Namun jika kau datang ini,

Untuk mengilapkan cermin kasih

Pastiku sambutmu dengan mesra

Mungkin jua akukan terlupa

Peristiwa pahit mencengkam jiwa

Tak ingin aku kesana.


Bersama kasih kita leburkan 

Rantai yg membebankan hidup kita selama ini

Katakanlah rindumu

Aku setiasa menunggu

Di pintu gerbang mahligai syahdu.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Mari saya Perihalkan lagu tuan ini....

Saya  rasa bagaikan tuan ingin menyatakan kepada saya...perasaan tak mahu kecewa dengan pertemuan kedua ini. ..Saya tetap redho dengan kejadian ini.  Ia akan mengajar saya erti hidup sebenar dan Allah mengajarku, jangan percaya lagi pada watak dan rupa paras seseorang. 

Saya terperangkap lagi dengan salah faham ini...seolah2 tuan  mahu saya dtg  bawa kabar baik agar dapat tuan melupakan peristiwa pahit dulu...tak mahu lagi jadi begitu...

Sebenarnya tuan bertuah kerana boleh memerangkap saya dengan  peristiwa silam dan kerana lagu Hattan (Yg merosakkan ) ini. Jika saya tidak mengambil pendapat (menganggap)  Lagu atau muzik di bolehkan, tentu perkara begini dapat dihindarkan.  

Saya jadi serba salah.  Sebenarnya bukan salah saya, saya tak perlu serba salah.  Tuan yg datang bertandang kesini...saya terfikir balik.  mengapa perlu saya yg rasa bersalah.  Mungkin kerana kesian terhadap tuan saya terperangkap dalam situasi mencemarkan maruah diri.  Saya hilang pendirian.

Rangkap akhir itu seolah2 tuan mengajak kita sambung kembali hubungan terputus  ini bersama2 .  Tuan sebenarnya tak boleh langsung berniat untuk melayan perasaan hati tuan, yang kian  bertambah usang dengan berjalannya hari.  Demi Allah tuan bersalah terhadap saya , lantas terhadap isteri tuan yang setia itu.  Apapon saya Maafkan tuan kerana Allah.   Telah sedia maklum tuan tak boleh lupakan saya sebagaimana saya  Jika tidak tuan tidak akan hadir kesini.  Tuan hadirpon dalam keadaan terpaksa dan  ketakutan.  Bukan begitu?.(Insyaaallah  selepas ini kita saling melupakan).


Mari saya terangkan.....

Sebenarnya saya  menulis persoalan di atas itu, setelah saya  istiqarah terlebih dahulu   Setelah hari bertemu hari tidak dapat call dari tuan.... saya bertemu jawapan terhadap  persoalan2 di atas, saya perlu menarik kembali hasrat tersebut dengan lapang dada, demi menjaga maruah diri dan:  

1) Tidak mahu merosakkan hati seorang yg bergelar isteri  seperti saya dahulu.  Kecewa betul saya dgn permainan tuan.  Mungkin.  Kerana Tuan lelaki, wajar ada sikap itu.

2) Tidak mahu saya tuan hidup berantakan  bersama anak2 dan keluarga tercinta tuan.  Hanya Allah yang berhak membalas perbuatan dan sikap mainkan orang tuan itu.

3) Jika kita sayang kan seseorang kerana Allah kita perlu biarkan dia hidup berbahagia dengan keluarga tercintanya.  Dah lama saya tegas...tiba2 ia berakhir begini.  Apapon ....

" Inni muhibbukum fillah".  

Tuan tak menilai kebaikan saya sedikit pon dengan mainan ini. Janganlah satu hari nanti  (keluarga kita) akan mendapat balasan dari Allah atas apa yg sengaja kita lakukan. .  

4) Moga tuan dan saya akan damai beribadat dengan tidak ada masaalah menghimpit perasaan selepas ini.   Berat rasanya musibah ini.  Apalah dosa saya, tuan buat begini.  Sebenarnya... Tuan berjaya mainkan saya. TQ.  

5)  Betul "Cinta " tak semestinya memiliki dan cinta jugak perlukan pengorbanan. Moga daku mendapat ganjaran dan balasan diakhirat Allah.

6)  Cinta yang tak kesampaian adalah suatu"JIHAT" jika ada dengan perasaan redho dan sabar kerana Allah. InsyaaAllah.

7)  Saya fikir kembali...puluhan tahun saya melupai tuan semasa saya bersuami...(Kenapa mesti saya tahu tuan masih ada...kenapa dengan tiba2 dalam 3 tahun ini nak mengingat kembali.?  Itu satu pekerjaan yang sia2 yg telah saya lakukan. kan!  

 Moga tuan berpuashati dengan rangkaian jawapan dari saya. Saya yakin tuan tentu gembira dengan perkhabaran ini. Dengan ini terlerailah sudah perasaan takut yang beberapa hari,menghimpit hati tuan kerana kemaafan dari saya.  

Sebenarnya saya telahpun  berada di Mahligai Shahdu itu, apabila saya berdamai dengan takdir, melepaskan rasa sempit hati dan dapat bersabar, meredakan marah dan berlapang dada (Husnuzon)   Saya tak mahu marah pada apa2 yang berlaku lagi.  hanya Allah yg layak berbuat demikian.

Syukur kepada Allah kerana menganugerahkan saya perasaan hati yang sejuk kembali,setelah saya memaafkan orang lain.  Syukur Alhamdulillah.   InsyaaAllah saya akan berasa damai di setiap solat saya  .  Moga Allah damaikan saya terus menerus.  Aamiin.

Tuan tahu!...Pada mulanya saya berniat hendak menghapuskan semua lagu2 pada Blog ini, lantaran Lagu HattanYang saya anggap melukakan initetapi,  Saya fikir kembali,  Ia...( lagu2 ini) sebenarnya menjadi Perhiasan Blog saya. 

 Tuan carilah mawardah warahmah agar tuan boleh berbahagia dari  dunia hingga ke akhirat.  Aamiin.  Kumpul kembali kesetiaan tuan padanya.


Sekian dahulu, 

Sahabatmu...

Wanita Tua di Kaki Gunung.

    

Ingat mati pemutus kenikmatan...Qanaah,sentiasa berkecukupan

   Khamis, 3 April 2025 Ingat mati pemutus kenikmatan...  Ya Robb... Ingatlah aku pada mati...Ingatkan aku selalu kepada pemutus ya kenikmat...