Monday, 22 July 2024
Israq lagi 4 minit...
Assalamualaikum...
Semoga berpagi2 dengan keindahan yang Allah cipta ini. Selalulah bersyukur dan daku rasa bersyukur sangat kerana sampai dengan selamat dan tidak ada apa2 masaalah semasa di dlm perjalanan kami.
Daku doakan sahabat dlm rahmat dan pelukan Allah selalu. Marilah kita saling maaf dan memaafkan sehingga berakhirnya hidup kita ini.
Terima kasih kerana sentiasa ada dalam hidupku. Moga sentiasa damai selalu.
Aamiin...
mmm..Hari ni 23 hb Julai 2024...Adalah hari terakhir aku di Grik dalam catatan diaryku tahun 1981..
23hb Julai 1981 Bersamaan 21hb Ramadhan 1401 adalah hari terakhirku berada di Grik zaman silamku. Semalam sedang daku bersiap2 untuk datang daku terjumpa "diary hijauku" masih ada tersimpan elok dalam bilikku bersama Buku Biodata Muhammad Rasullullah dan sebuah buku Yassin daku ambil dan bawa kesini...hihi...Kenanganku kembali mengikutku ...Daku buka pagi ini...Hari ini Pada Tarikh hari tersebut...puluhan tahun dulu, daku masih muda belia, kurus cantik sangat lagi, sihat lagi berbanding daku sekarang ...hihi...dah tua sangat, gemok dah tak cantiklagi macam dulu dan tak sesihat dulu...hahaha...Mari kita lihat apa yang ku catatkan pada diary kenanganku ini...Sengaja daku tulis di Blog ku Diaryku kenanganku...ini..Daku Happy. (Saja Seronok Ja)
Mari ku tulis di sini, apa yang Noraini tulis puluhan tahun dulu...Semasa dia masih cantik masih lawa sekarang ianya kenangan mengusik jiwa...hihi.. Daku akan tulis sebiji apa yg ku catat dengan pena matabola puluhan tahun dulu.
23hb Julai 1981 Bersamaan 21hb Ramadhan 1401 (Hari ini dalam Sejarah hidupku)
Hari penghabisan aku di Grik. Selamat tinggal segala kenangan. Selamat tinggal kakak dan adik adik. Asrama , Aza , Kak Jah dan Kak Leha Sebelum pulang ke kampong aku ke Malayan Banking Grik. Inilah hari terakhir aku di Malayan Banking Grik. Akhir di Pejabat RISDA. Akhir melihat wajahmu Suria Grik. Pertemuan pasti ada Perpisahannya Sekarang aku dipisahkan oleh Allah. Semoga sentiasa di dalam kerahmatanNya selalu.
Ha ha ...masa dulu..Aamiinpon tak tulis...hihi..Eni Eni...
Assalamualaikum
Assalamualaikum... Kami dah sampai tepat pukul 10.55 pm... Syukur..
Berkat doa sahabat semua... Terima kasih...
Singgah ipoh... Pergi update " New York"
Hihi.
Aini n Kak hindon rindu Pengkalan Zaki dan tengok rumah lama mereka sewa dan rtm setelah lama bersara.. Hihi... Ipoh... Serabutnya bagiku... Hihi..
Sunday, 21 July 2024
Hi hi selaput tunggul boleh jadi cerita panjang.... Sepanjang ia menjalar.
Nak balik?. Semua mesti beres dulu. Kemas rumah, kemas beg, kemas segala keperluan dan update masa gerak. InsyaaAllah lepas Dzuhur solat Jamak siap2 kita gerak. Sampai bila2 masa tak kisah bila kita dah selesai solat.
Aku mahu semuanya perlu dibereskan. Hihi luar rumah dah clear sikit.. Wau.. Selaput tunggul banyaknya yang menjalar. Tahu ke apa itu selaput tunggul... Ianya tumbuhan menjalar yang tumbuh sangat pantas melilit sebarang pokok, kayu, sebarang benda jika di biarkan boleh memusnahkan yg dililitnya. Ianya seolah pokok yang menumpang juga... Pokok yg ditumpang akan mati angkara penumpang tersebut.
Banyak lagi nak tulis..
Tak dan... Bye... 2b continue
-
Bismillahhirrahmanirrahim InsyaAllah malam ini, Tajuk Khas berkenaan dengan Ramadhan atau tajuk di beri "Ramadhan adalah Laluan Mu...