Home

Wednesday, 4 February 2026

Keutamaan Bulan Syaaban. Update: 4/2/26 Bersamaan 1447 H

 ASSALAMUALAIKUM.  

TERIMA KASIH SAHABATKU.

MAASYAALLAH ARTIKEL NI DAKU SALIN PADA TAHUN 2022.  LAMA DAH.  SYUKUR SAHABAT VIEW.  DAKUPON BOLEH BACA BALIK TQ TQ.  PADA MASA NI DAKU TAK UPLOAD YOUTUBE AGAMA LAGI.   NTAH...MUNGKIN TAK PANDAI KOT.  LAMA LAMA DAKU TERJUMPA BAGAIMANA NAK UPLOAD YOUTUBE UNTUK DI TATAPI.  SYUKUR YA RABB.   KURANG 39 HARI KE 4 TAHUN.  TERIMA KASIH BANYAK2 SAHABATKU.  DAKU KEMBALI DAPAT PAHALA, BACA ARTIKEL INI.


UPDATE 4/2/26 BERSAMAAN 16 SHAABAN 1447 H 

Rabu, 16 Mac 2022

Keutamaan Bulan Syaaban.

              Petikan daripada buku Penenang Jiwa.Terjemahan Kitab 'Mukashafah Al Qulub" 

                                                         karya Imam Ghazali

                                          

Keutamaan Bulan Syaaban.

Dirawikan dari Umamah al-Bahili ra dia berkata," Rasullullah SAW bersabda "Manakala masuk bulan Syaaban, sucikan dirimu dan perbaiki niatmu"

Dari Aisyah ra, dia berkata, " RasullullahSAW berpuasa sehingga kami mengatakan, "Tidak berbuka dan berbuka sehingga kami katakan tidak puasa dan kebanyakan puasanya adalah di bulan Syaaban."

Dalam Kitab  An-Nasai dari Hadith Usamah ra," Aku berkata, "Wahai Rasullullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana  engkau berpuasa di bulan Syaaban," 

Baginda bersabda:

      Kerana itu bulan di mana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadhan. Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul 'Alamin.  Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa."


Dalam Hadith Bukhari muslim, dari Aishah ra,dia berkata, "Aku tidak melihat sama sekali RasulullahSAW menyempurnakan puasanya sebulan kecuali Bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda lebih  banyak puasanya daripada bulan Syaaban."

Dalam satu riwayat, "Rasulullah SAW berpuasa dalam bulan Ramadhan seluruhnya."  Dalam riwayat Muslim, "Rasulullah SAW berpuasa dalam bulan Syaaban kecuali sedikit,"

Dikatakan , untuk malaikat di langit ada dua malam raya dan kaum muslimin di bumi ada dua hari raya.  Malam malaikat itu adalah malam Nisfu Syaaban dan malam Lailatul Qadar.  Sedangkan hariraya kaum muslimin Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Malam Nisfu Syaaban, kadang-kadang disebut Malam Bara'ah kerana malam itu dapat menghapus dosa setahun.  Sedangkan malam Jumaat boleh menghapuskan dosa seminggu dan malam Al Qadar, dapat menghapuskan dosa seumur hidup. Ertinya bahawa menyambut malam-malam itu dengan beribadah, merupakan sebab penghapusan dosa.

Malam Nisfu Syaaban kadang-kadang di sebut malam Tafkir atau malam Ihya'. Dimana dalam hadith Marfuk disebutkan bahawa siapa menghidupkan dua malam raya dan malam Nisfu Syaaban, tidak akan mati hatinya pada hari dimana  hati-hati mati.

Disamping itu juga disebut sebagai malam Syafaat. Dalam suatu hadith disebut bahawa Rasulullah SAW pada tanggal tiga belas, mohon kepada Allah syafaat pada umatnya.  Allah memberi sepertiga, kemudian baginda memohon pada tanggal empat belas, lalu diberi dua pertiga.  Nabi SAW mohon lagi pada tanggal lima belas dan diberi seluruhnya kecuali orang yang lari dari Allah dengan membiasakan maksiat.

Malam itu juga dinamakan malam Makrifah.  Imam Ahmad merawikan bahawa rasullullah SAW bersabda, " Pada malam Nisfu Syaaban, Allah meneliti kepada hamba-Nya, kemudian Dia mengampuni seluruh penghuni bumi kecuali dua orang; orang mushrik dan orang yang memberati dengan dosa.  Kadang-kadang disebut malam pembebasan.

Ibnu Ishak merawikan dari Anas bin Malik, dia berkata," Aku disuruh oleh Nabi SAW kerumah Aisyah untik satu keperluan.  Aku berkata, "Cepatlah aku meninggalkan Nabi SAW sedang berbicara  kepada seseorang tentang malam Nisfu Syaaban. " Aisyah berkata , Hai Unais, duduklah! akan ku ceritakan kepadamu Hadis tentang malam Nisfu Syaaban.  Malam itu adalah satu malam di mana Rasullullah SAW sedang memenuhi giliranku.  Dia masuk bersamaku dalam selimutku.  Di tengah malam aku terbangun.  Tiba-tiba baginda tiada disisiku.  Aku berkata, "Mungkin baginda pergi kepada jariahnya al-Qibtiah."  segera aku keluar dan aku melalui masjid.  Aku langkahkan kakiku padanya.  Ternyata baginda bersabda, "Aku telah bersujud,hatiku telah beriman dan inilah kedua tanganku, Wahai Zat Yang Maha Agung, Ampunilah segala dosaku. Mukaku telah bersujud kepada Zat yang menciptakan  dan membentuknya,menyebek telinga dan matanya."

Kemudian baginda mengangkat kepalanya.  Lalu aku berkata, " Engkau di suatu jurang dan aku di jurang yang lain. "  Baginda berkata, Wahai Humaira',tidak tahukah engkau, ini malam Nisfu Syaaban?  Sesungguhnya pada malam ini Allah membebaskan manusia dari Neraka sebanyak bilangan bulu kambing. Kecuali enam orang; orang yang membiasakan minum arak,yang menderhakai kedua orang tuanya,yang membiasakan zina,yang keras kepala,tukang pukul dan tukang fitnah."

Lain daripada itu, malam Nisfu Syaaban juga kadang-kadang disebut  malam Qiamah dan Takdir.  Sebab satu hadith yang dirawikan oleh Atha bin Yassar" Pada malam Nisfu Syaaban, dihapuskan oleh Malaikat Maut, setiap orang yang meninggal dunia dari Syaaban ke Syaaban yang lain.  Dan seseorang menanam tanaman,  menikah isteri serta membangun rumah, di mana namanya telah dihapuskan sebagai orang mati.  Tetapi Malaikat Maut tidak melihatnya. Kecuali ketika dia diperintahkan, maka kemudian mencabutnya."

Puasa Ayyamuul Bidh Syaaban( Hari Putih):

*   Rabu, 16 Mac 2022 bersamaan 13 Syaaban 1443H

*   Khamis, 17 Mac 2022 bersamaan 14 Syaaban 1443H

*   Jumaat, 18 Mac 2022 bersamaan 15 Syaaban 1443H


Tuesday, 3 February 2026

[LIVE] TADABBUR AL-QURAN 🚨🔊‼️ - Surah Al-Mu'minun: Ayat 24 - 25: 03 Feb....

“Apa Penyesalan Terbesar Di Penghujung Hayat Kita?” - Dato' Badli Shah A...

 

Selasa, 21 Oktober 2025

MGPerak: ‘Warisan Nelayan Darat‘ Inspirasi Kampung Perah Dinobatkan Ruma...


GERIK – Mengangkat tema warisan nelayan darat, rumah sukan Kampung Perah di sini, berjaya meraih gelaran Rumah Sukan Terbaik sempena karnival Sukan Rakyat@DUN Temengor yang diadakan di sini pada Sabtu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Perah, Mohd Asri Mohd Yusof berkata, kejayaan tersebut dicapai hasil kesepakatan ahli jawatankuasa dan penduduk kampung yang berganding bahu menjayakan persiapan sejak peringkat awal. -MGPerak

MAASYAA ALLAH BAGUSNYA...DENGARLAH WANITA2.

 


MAASYAA ALLAH BAGUSNYA...DENGARLAH WANITA2...



 

Doa masuk dan keluar dalam keadaan yg terbaik dan memenangkan...

   UPDATE 3/2/26  BERSAMAAN BERSAMAAN 15  SAABAN 1447 H

Tuesday, June 11, 2024

Doa masuk dan keluar dalam keadaan yg terbaik dan memenangkan...


 Rabbi ad khilni mud khalasid qing wa akh rij ni mukh raja sid qing waj  alli mill ladun ka sultoo nan nasii raa...

Semak :   Quran Suratul Israq Ayat ke 80,


Wahai Tuhan masukkanlah aku pada tempat masuk yang benar dan keluarkanlah aku pada tempat keluar yang benar ( mulia ) dan jadikanlah untukku dari sisimu kekuasaan yg memenangkan.

6 Jan 2018|Ustaz Abd Muein Abd Rahman||Tadabbur surah An-Nas ayat 1 - 6,

  UPDATE 3/2/26  BERSAMAAN BERSAMAAN 15  SAABAN 1447 H


Sunday, October 6, 2024

6 Jan 2018|Ustaz Abd Muein Abd Rahman||Tadabbur surah An-Nas ayat 1 - 6,

 

Bahkan aku bila sakit akan merasa sakit 2 kali sakit lebih daripada umatku.
Maka datang 2 malaikat untuk merawat nabi maka salah seorang duduk di kepala dan yang kedua duduk di dua kaki Nabi..
Malaikat yang di kaki Nabi bertanya ..Apa kena pada Muhammad ini?  Maka Malaikat di kepala berkata.."Tibb"  (sihir..).Nabi telah di sihir ..Yg menyihir Nabi ialah Labit bin Al Aksar AlYahuddi...
Ini peragai mereka bukan menghalang dakwah Nabi sahaja  malah menyihir  Nabi ...
Sihir yg dibuat itu di dalam telaga.  Di bawah batu dlm telaga.  Maka Mereka pergi ketempat itu mengambil brg yg di sihir dan di bakar.  Keesokan harinya Nabi arahhkan Ammar bin Yassir dan sahabat menimba dan di ambil lagi baha dan katanya ada 11 ikatan lalu nabi membaca Surah Annas dan Surah Al Falaq...maka terungkailh ikatan sihir tersebut.

Aisyah RA meriwayatkan,,,
Sebelum tidur Nabi kumpul 2 tapak tangan dan menghembus dan baca 3 Qul dan Nabi sapu bermula dari kepala dakeseluruh badan yang sampai. 
Kata Aisyah apabila Nabi sakit Nabi Baca 2 Surah ini  (Qulhuallahhuahad dan Qulauzubirabbinnas.).. 
Kedua Surah ini di sebut (Surah dua ini di Panggil Azmuazziwataini - Surah Pelindung.) Bila Nabi tersangat sakit aku baca dan Aku guna tangan Nabi untuk sapu di badan Rasullullah.

Apa hikmah Nabi disihir Oleh Nabi?.
.Hikmahnya adalah apabila nabi dishir ada  dua ayat Allah yang dapat di gunakan untuk mengubati sakita pabila di sihir.  Kaedah Allah bagi Rawatan paling betul  ia itu Surah An-Nas dan Al Fallaq.

Sebelum Nabi pergi ke Thoif apa pertiwa apa berlaku...
1) Isteri Nabi meninggal
2)  Bapa Saudaranya Abu Talib meninggal

Mengapa Nabi kuat 
Nabi kuat kerana Nabi sentiasa berlindung dgn Allah...Nabi jadi Kuat..
.Dari surah An nas
2) Jika dah tahu  bahawa pentingnya Surah An-Nas maka, perlu kita sampaikan kerana ia menjaga kekuatan  ..
Dalil dosa besar jika tidak di sampaikan  adalah dari surah Al Baqarah...
 Surah al Baqarah Ayat 159...Sesiapa yang menyembunyikan kepada manusia maka mereka itulah orang yang dilaknat...oleh semua selain Allah.  Kewajipan kita juga wajib sampaikan.
  
Satu Hadith soheh Riwayat Al Bukhari:  ("Man...Siapa su illa..di tanya) ..." Siapa ditanya apa2 ilmu lalu dia sembunyikan maka di kekang mulutnya dengan kekangan api neraka" 

 "Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka  Allah permudahkan jalannya ke syurga."

Masaalah kita untuk berdakwah ialah kita lebih takut pada orang daripada Allah...Nabi tak fikirkan risikonya...Yg Nabi pikir kewajipan menyampaian.  Sampai Nabi sanggup berjalan 120 km.Mengapa Nabi pergi ke Thoif ..120 km berjalan kaki...meskipon nabi di baling batu.. Bukan masaalah bagi Nabi mereka baling batu...Yg Nabi  mengadu pada Allah ialah "  Kalau Engkau tak murka padaku aku tak kisahpon orang baling batu.."  Aku takut Engkau murka padaku. 
Itu menyebabkan kita tak menyampaikan walaupon pada anak, pada suami, pada jiran.  dll.
Kita takut nanti orang kata pulak kita ustazah jadian...

Rabbin Nas...Tuhan memcipta manusia
Maalikinnas  ...Raja Manusia (pemerintah/pemilik)
Ila hin nas ...Ilah yang di sembah)    (Tuhan yang di sembah manusia)
Allah memberi tahu Dialah ciri2  yg patut di sembah"
An nas daripada perkata An Nisiat..."Tuhan Manusia dan Jin"
Min syarri was wasil khan nass.."  Daripada bisikan /org yang berbisik
Allazi yuwassuwisufi sudu rinnass...Minaljinnastiwannas.... 
Daripada Jin dan Manusia.  
syaitan sentiasa berbisik pada hati...fi sudurin   data...maksudnya hati2 daripada kalangan jin dan manusia.. rinnas..fi...dada..
.
Segala bisikan supaya kita buat dosa adalah was was..(.Apa sahaja yg menyuruh kepada kejahatan adalah bisikan syaitan...semua adalah was was samaada dpd jin atau manusia...)

Hidup kita tak boleh rehat kerana bisikan syaitan adalah 24 jam...
Saya balik Mekah Kapal Terbang besar ...waktu subuh  tak sampai 10 peratus tak solat...tak bangun ...
Seramai 500 orang bila di umum solat subuh, ramai  tidak bangun..Hanya 10 peratus sahaja yg bangun....bila 20  minit kemudian semua bangun untuk makan...Itu bisikan syaikan makan takut lapar...Sebab apa?  Sebab  Buat Umrah tanpa Ilmu, Tanpa senjata......tu baru balik dari Mekah 
Minaljinnastiwannas....Daripada Jin dan Manusia.  

Yang paling penting adalah taat pada Allah.  Ramai yang buka aurat tapi baca 3 Qul...
Nabi pergi ke Gua Thur terselamat walaupon Nabi nampak kaki musuh..Nabi di lindungi sebab Nabi pergi keGua atas perintah Allah...
Pemuda Kahfi dipelihara di dalam gua oleh Allah ..mengapa "Sebab mereka taat pada Allah...Allah Lindungi"


Bila sebut Boss kena ikut...Bila sebut suami kena ikut lah...
Ada satu hadith..".Bila manusia ingat Allah syaitan  lari ...bila manusia lupa Allah syaitan  datang balik.
Adam tergoda dengan bisikan iblis ...itu khannas...bisikan di dlam hati...

Nabi suruh lepas Adzan Terus Solat.  Tapi kita bekuliah bertangguh,  melainkan bertangguh dan selepas itu terus berjemaah pada waktu Isyak  di bolehkan. 

2011 Japan Tsunami - Okawa River, Kesennuma City. (Full Footage)