Wednesday, 15 April 2026
Jika tidak mereka view mungkin daku dah lupa apa yg kulalui dulu. hihi...Tq teman2.
Rabu, 3 Ogos 2022
Pengalaman Penempatan Di Kampung Sendiri...
Setelah keluar dari Maktab, pada tahu 1985 daku ditempatkan mengajar di Kampung Halamanku sendiri. Pada ketika itu ada sahabat2 ku yang bertanya kepadaku samada daku ada kabel besar untuk dapat kembali ke kampong halamanku...Sebenarnya tidak,.. ini adalah polisi Kementerian Pendidikan pada masa itu. Daku di tempatkan mengajar di sekolah Kebangsaan Lenggong, Perak. Sekolah ini adalah sekolah dimana aku belajar semasa kecilku. Di sekolah rendah inilah aku mengenal A,B,C...1,2,3... hehe seronoknya kenangan...Daku murid tua di sekolah ini....
Pada masa ini daku mengenal erti dewasa...aku mengenal teman2 ibuku serta bapaku. Jika dahulu daku tak pernah sekali kali mengenali mereka meskipon teman ibu dan bapaku pernah datang kerumah ibu. Akhirnya daku Allah ketemukan dengan mereka disini. Mereka yang belum bersara menjadi rakan sekerjaku. Berganding bahu bersamaku , mendidik anak2 Lenggong tercinta.
Pada masa ini daku mengenali Cikgu Aziz,Cikgu Bahari, Ustazah Masitah dan ramai lagi kawan2 ibu yang mengajar di sekolah yang berlainan denganku tatkala berjumpa ketika kursus atau sebarang perayaan sekolah. Semoga kawan ibuku yang telah pulang ke rahmatullah dicucuri Rahmat ke Atas Rohnya disana. Aamiin....
Semasa mengajar di sini daku membeli Rumah di Taman Meor berhampiran dengan Taman Bukit Raja Lenggong. Tiba masa daku berpindah ke Taiping...daku jual rumah ini...Daku malas menyelenggarakannya untuk disewa. Dengan itu rumah yangku sewakan itu kujual.
Korban...mai ambil tahu... (Dah dekat dah...masa meniti tiba2 dah hampir...moh kita)
Selasa, 5 Julai 2022
Korban...mai ambil tahu...
Sihat hari ini?
Kami doakan anda semua dikurniakan kesihatan, lebih-lebih lagi dengan cuaca Malaysia yang sekejap sejuk, sekejap panas.
Tak lama lagi kita akan memasuki bulan Zulhijjah. Bulan di mana orang Islam melaksanakan ibadah korban. Tapi adakah semua orang wajib untuk buat korban?
|
Hukum Korban
Perlaksanaan korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut. Bagi mereka yang melepasi syarat-syarat untuk berkorban mereka boleh melaksanakannya.
Imam al-Khatib al-Syarbini menjelaskan syarat ini dengan berkata:
|
Hukum Korban Bagi Orang Yang Tidak Berkemampuan Untuk Berkorban
Seseorang itu dikira berkemampuan sekiranya dia mempunyai lebihan harta daripada keperluan diri dan tanggungannya bagi Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).
Jika ada yang tidak mempunyai keperluan cukup untuk hari-hari yang dinyatakan, dia dikira sebagai tidak berkemampuan dan tidak diperintahkan untuk melaksanakan korban yang sunat tersebut.
|
Hikmah Berkorban
Korban sebenarnya adalah salah satu cara untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan menyumbang semula kepada yang memerlukan.
Firman Allah SWT
|
Ibadah korban adalah sunat muakkad. Jika seseorang itu ingin berkorban pula, harus rujuk semula syarat untuk orang yang berkorban.
|
Bermula dengan hanya RM320/bahagian, jangan lepaskan peluang untuk zahirkan kesyukuran dengan melaksanakan ibadah korban tahun ini bersama EZ Qurban.
Dagingnya akan diagih kepada saudara kita yang memerlukan di 38 buah negara. Pendaftaran akan ditutup pada Hari Raya Kedua*
Klik butang di bawah untuk pendaftaran dan maklumat lanjut. |
Talian Bebas Toll: 1-800-885-885
*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan. |
15 April 2026 KITAB “SYARAH RIYADHUS SALIHIN” Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Bin Ramle
15 April 2026 KITAB “SYARAH RIYADHUS SALIHIN” Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Bin Ramle
Tuesday, 14 April 2026
Sabtu, 27 Jun 2026 Indahnya Rasa Sabar dan Syukur dalam Diri - Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
-
Seninya dlm Hadith...Kisah An Nasai dan Al Harith bin Miskin... . Hebat dan Waraqnya An Nasai. Sedangkan aku mendeng...
