Home

Wednesday, 1 July 2026

 JAIS Fitnah Waris? Datuk Si Mati Akhirnya Bersuara! Netizen Sedih Lihat Datuk Menangis!

 

Jumaat, 15 Mei 2026

Syarah Hadis #34 (Hadis 40 Imam Nawawi). Mengubah Kemungkaran (Bahagian 1)

Syarah Hadis #34 (Hadis 40 Imam Nawawi). Mengubah Kemungkaran

Hadis Arbain #34: Mengubah Kemungkaran

عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ ﷺ يَقُوْلُ: مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيْمَانِ

Dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barangsiapa dari kalian melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka ingkarilah dengan hatinya, dan itu merupakan selemah-lemahnya iman.

[Sahih Muslim, no. 49]

Siapakah أَبِي سَعِيْدٍ الخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ kita telah sentuh di dalam Hadis #32 sebelum ini.

Hadis ini Imam Nawawi ambil dari kita Sahih Muslim. Satu perkara unik yang perlu diketahui tentang Sahih Muslim ialah Imam Muslim sendiri sebenarnya tidak meletakkan tajuk bab (tarajum) bagi hadis-hadis dalam kitabnya. Beliau hanya menyusun hadis mengikut topik secara bersiri tanpa pemisah tajuk yang jelas. Beliau hanya berikan tajuk kitab sahaja. Contohnya Imam Muslim letak tajuk besar seperti ‘Kitab Iman’ dan tidak ada tajuk kecil-kecil.

Ini berbeza dengan Sahih Bukhari kerana tajuk di dalam Sahih Bukhari itu diletakkan sendiri oleh Imam Bukhari. Jadi Imam Muslim tidak meletakkan tajuk bab, kemudian Imam al-Nawawi, melalui kitab syarahnya yang agung iaitu Al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, telah mengambil inisiatif untuk meletakkan tajuk-tajuk bab tersebut bagi memudahkan pembaca memahami fiqh (kefahaman hukum) di sebalik hadis tersebut.

Berikut adalah penerangan ringkas mengenai metodologi Imam al-Nawawi dalam meletakkan tajuk tersebut:

1. Menyingkap Rahsia Hukum (Istinbat)

Imam al-Nawawi meletakkan tajuk bukan sekadar label, tetapi sebagai rumusan hukum. Beliau meneliti rangkaian hadis dalam satu kelompok, kemudian membina tajuk yang menunjukkan kesimpulan hukum daripada hadis-hadis tersebut.

Contoh: Jika hadis menceritakan tentang cara Nabi SAW berwuduk, al-Nawawi akan meletakkan tajuk seperti “Bab Wajibnya Membasuh Anggota Wuduk dengan Sempurna”.

2. Tajuk yang Panjang dan Terperinci

Berbeza dengan Imam al-Bukhari yang kadangkala meletakkan tajuk yang ringkas atau dalam bentuk soalan, Imam al-Nawawi cenderung memberikan tajuk yang jelas dan deskriptif. Beliau mahu pembaca terus faham apa isu utama yang dibincangkan dalam bab tersebut tanpa perlu berteka-teki.

3. Mengikut Aliran Mazhab Syafi’i

Memandangkan Imam al-Nawawi merupakan tokoh besar dalam mazhab Syafi’i, tajuk-tajuk yang beliau letakkan sering kali mencerminkan pandangan hukum dalam mazhab Syafi’i. Walau bagaimanapun, beliau tetap bersikap objektif dan amanah dalam menghuraikan perbezaan pendapat ulama’ lain dalam ulasannya.

4. Menjadi Standard Dunia

Walaupun terdapat ulama’ lain yang cuba meletakkan tajuk bagi Sahih Muslim (seperti Imam al-Qurtubi atau al-Maziri), tajuk yang disusun oleh Imam al-Nawawi adalah yang paling popular dan diterima pakai dalam hampir semua naskhah cetakan Sahih Muslim di seluruh dunia sehingga hari ini. Inilah khidmat yang telah dilakukan oleh Al-Nawawi rahimahullah ta’ala. Jadi bila kita kitab Sahih Muslim, kita tahulah yang tajuk-tajuk itu semua diletakkan oleh Imam Nawawi dan semoga Allah memberkati beliau.


 

Istinbat dari Hadis

Hadis yang kita sedang pelajari ini Al-Imam Al-Nawawi meletakkan hadis ini di dalam tajuk Bab Menjelaskan Bahawa Mencegah yang Mungkar itu Termasuk Daripada Iman. Jadi ia adalah topik yang besar kerana melibatkan iman. Dan kemudian Imam Nawawi tambah lagi tajuk itu dengan: Iman Itu Boleh Bertambah dan Berkurang. Jadi tajuknya menjadi begini:

بَابُ بَيَانِ كَوْنِ النَّهْيِ عَنِ الْمُنْكَرِ مِنَ الإِيمَانِ وَأَنَّ الإِيمَانَ يَزِيدُ وَيَنْقُصُ

“Bab Penjelasan bahawa Mencegah Kemungkaran adalah sebahagian daripada Iman, dan bahawa Iman itu Boleh Bertambah dan Berkurang.”

Dari tajuk yang Imam Nawawi letakkan ini kita boleh nampak yang istinbat hukum yang dikeluarkan dari hadis ini ada 3:

1. Amar ma’ruf dan nahi munkar itu adalah wajib. Macam mana kita tahu bahawa mencegah munkar tu wajib? Kerana dalam hadis ini Nabi Muhammad sebut: مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ (Barangsiapa dari kalian melihat kemungkaran, maka ubahlah). Kata Rasulullah itu di dalam bentuk perintah dan dalam kaedah syarak, sesuatu perintah itu hukumnya wajib. Selagi tidak ada dalil yang menunjukkan sebaliknya. Kerana perintah dari Nabi boleh juga jadi sunat, bukan wajib. Contohnya ada yang Nabi perintahkan tapi Nabi berhenti atau ada tinggalkan. Itu dalil bahawa benda itu adalah sunat, bukan wajib. Jadi kalau Nabi perintahkan dan tak ada pula dalil lain yang menunjukkan bahawa Nabi meninggalkan perbuatan mencegah kemungkaran, itu menunjukkan bahawa mencegah kemungkaran itu wajib.

Walau bagaimanapun, beliau memperincikan status kewajipannya:

Fardu Kifayah: Secara umumnya, jika sudah ada sekumpulan orang yang melaksanakannya, maka gugur kewajipan atas orang lain.

Fardu Ain: Ia boleh menjadi wajib ke atas individu tertentu jika:

• Hanya dia sahaja yang melihat kemungkaran tersebut.

• Hanya dia sahaja yang mempunyai kemampuan untuk mengubahnya (seperti pihak berkuasa atau ketua keluarga)

 

2. Dan iman itu bertambah dan berkurang. Bagaimana kita tahu? Sebab Nabi sebut dalam hadis ini, فَإِنْ لَمْ يَستَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيْمَانِ (Jika tidak mampu, maka ingkarilah dengan hatinya, dan itu merupakan selemah-lemahnya iman). Maksudnya ada orang yang mampu menegur dengan tangannya. Itu adalah tanda imannya lebih tinggi iman daripada orang yang menegur dengan lisannya. Dan orang yang menegur dengan lisannya lebih tinggi imannya daripada orang yang menegur dengan hatinya.

Dan begitu juga lawannya, atau sebaliknya. Iaitu orang yang membenci dengan hatinya, lebih rendah imannya daripada orang yang menegur dengan lisan. Orang yang menegur dengan lisan, lebih rendah imannya daripada orang yang menegur dengan kuasanya, dengan tangannya.

Apabila kita sedar yang iman itu bertambah dan berkurang, maka hendaklah kita berusaha untuk meningkatkan iman kita. Antara cara untuk meningkat iman adalah dengan ilmu. Kerana dengan iman yang tinggi, kita tidak takut untuk memberi teguran kerana kita lebih takut kepada Allah dari takut kepada manusia dan kesan dari mereka. Yang jadi masalah sekarang adalah apabila kita lebih takut kepada manusia.

3. Kewajipan Mengingkari mengikut Hierarki Kemampuan. Perkataan “Mencegah Kemungkaran” dalam tajuk tersebut dikaitkan dengan hadis tentang tiga tingkatan (tangan, lisan, dan hati). Imam al-Nawawi mengeluarkan hukum bahawa:

Wajib bagi setiap Muslim untuk tidak redha dengan kemungkaran.

• Jika tidak mampu mengubah dengan tangan (kuasa), hukumnya beralih kepada lisan. Jika masih tidak mampu, hukumnya wajib membenci di dalam hati.

• Kegagalan mengingkari sekurang-kurangnya dengan hati menunjukkan ketiadaan kesan iman dalam situasi tersebut.

 

Hukum mencegah kemungkaran tertakluk kepada kemampuan pelaku. Imam al-Nawawi menjelaskan pembahagian tiga tahap tersebut:

Tangan: Untuk mereka yang mempunyai kuasa (pemerintah atau ketua).

Lisan: Untuk mereka yang mempunyai ilmu dan lisan yang didengar (ulama’ atau penasihat).

Hati: Wajib bagi setiap individu tanpa pengecualian. Membenci maksiat dalam hati adalah had minimum iman. Jika hati tidak membenci maksiat, maka hilangkanlah cahaya iman di situ.

 


 

Latar belakang Hadis 

Bilakah hadis ini sahabat keluarkan? Hadis ini sangat menarik kerana ia melibatkan satu peristiwa besar dalam sejarah Islam, iaitu perubahan tradisi solat Hari Raya oleh seorang pemerintah. Ketika peristiwa itulah hadis ini keluar. Hadis ini diriwayatkan oleh Tariq bin Shihab. Beliau menceritakan bahawa orang pertama yang memulakan khutbah sebelum solat Hari Raya ialah Marwan bin al-Hakam (Gabenor Madinah pada zaman Bani Umayyah). Mengikut sunnah Nabi ﷺ dan amalan Khulafa al-Rasyidin, solat Hari Raya mestilah dilakukan dahulu, barulah diikuti dengan khutbah. Namun, Marwan menukarnya (khutbah dahulu baru solat) kerana beliau dapati orang ramai sering terus pulang selepas solat dan tidak mahu mendengar khutbahnya.

Apabila Marwan mahu naik ke atas mimbar sebelum solat bermula, seorang lelaki berdiri dan menegurnya dengan berkata: “Solat itu (sepatutnya) sebelum khutbah!” Marwan menjawab: “Sesungguhnya amalan itu telah ditinggalkan (tidak diamalkan lagi).”

Melihat kejadian itu, sahabat Nabi yang mulia, Abu Sa’id al-Khudri RA, terus memberikan sokongan kepada lelaki yang menegur tadi. Abu Sa’id berkata: “Adapun lelaki ini, dia telah menunaikan kewajipannya (menegur kemungkaran).” Kemudian, Abu Sa’id al-Khudri pun meriwayatkan hadis yang beliau dengar sendiri daripada Rasulullah ﷺ: “Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya…” (sehingga akhir hadis).

Mengapa kisah ini penting?

  • Peringatan kepada Pemerintah: Hadis ini muncul dalam konteks menegur tindakan pemerintah yang mengubah sunnah Nabi ﷺ.
  • Keberanian Berhujah: Ia menunjukkan bahawa menegur kesalahan orang yang berkuasa mestilah dilakukan dengan cara yang betul (lisan/kata-kata) bagi mereka yang tidak mempunyai kuasa “tangan” untuk menghalang pemerintah.
  • Kesinambungan Iman: Abu Sa’id menggunakan hadis ini untuk mengesahkan bahawa tindakan lelaki yang menegur tadi adalah sebahagian daripada tuntutan iman.

Tuesday, 30 June 2026

 📢 [LIVE] AL - ASMAUL HUSNA: (AL KAREEM) Ustaz Abd Muein 1 Julai 2026 (Rabu) 10:30 Pagi

 MGPerak: SMAR Nurul Hidayah Mercu Tanda Pendidikan Islam Orang Asli Di Perak – Sultan Nazrin

 

Rabu, 18 Mac 2026

CARA SOLAT SEPERTI RASULULLAH SAW | Dr Maza

 

Rabu, 4 Mac 2026

CARA SOLAT SEPERTI RASULULLAH SAW | Dr Maza

 BILA BANYAK DI VIEW...ARTIKEL INI PON BANYAK YG DI BACA DAN JADI POPULAR.  BAGUS . .  TQ DAN SYUKUR.  MOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA.

CARA SOLAT SEPERTI RASULULLAH SAW | Dr Maza

UPDATE  26/2/26 BERSAMAAN 8 RAMADHAN 1447 H.

 UPDATE 18/2/26 BERSAMAAN 30 SYAABAN 1447 H

November 8, 2025


Wuduq tidak boleh berlebihan tapi sempurna.  (Ratakan wuduq)

Mengadap Kiblat...Jihah kiblah...Arah kiblat.

Takbir..."AllahhuaAkbar"  (Allah yang Maha Besar)

Baca apa yg mudah dpd Al Quran. (Mana yang wajib sahaja nabi sebut) Suratul Fatihah.

Hadith sebab Nabi sabda kerana Solat yang salah, Nabi respond pada lelaki yg solat yg Nabi lihat) Nabi jawab salamnya dan Nabi kata Nabi suruh solat semula kerana kamu belum solat. (sampai 3 kali) 

Sabbabul hurur bil hadith Sebab mengapa haditah itu timbul

"Sempurnakan salam."(Assalamualaikumwarahmatullah)
Sunah bagi salam bila jumpa kembali.

Kemudian kamu roko'...yakni dgn baik
(ada tomakninah) 

Kemudian hendaklah kamu angkat sehingga kamu lurus berdiri. Belakangmu...

Kemudian kamu sujud (Dengan tomakninah)

Kemudian kamu bangun dan betul2 dalam antara 2 sujud (tomakninah)

Kemudian kamu sujud sehingga tomakninah dlm sujudmu

Kata para ulamak apabila tahu apa yang salah maka jika masa masih ada perlu solat kembali.   Jika yang lalu   maka Allah ampun yang lepas.  Allah maafkan.

 Tegur terus jangan tangguh2...bisik pelan2...kadang2 orang tak perasan 

Nabi mengajar para sahabah ...Hal2 yang lain ..maknanya lelaki ini telah paham yg lain2nya.

Para ulamak khilaf pendapat...antaranya bacaan Fatihah.  Berdasrkan Jumhur Ulamak maka baca Fatihah di setiap rakkaat.

Solat Taubat...
Antara cara bila kamu membuat dosa dengan Allah maka Solat Sunat Taubat.

Jika ada dosa mengambil harta orang perlu pulangkan kembali hak orang lain.

 



Para ulamak menyatakan Zuhur ada solat pertama hari ini.
Ayat ini juga dalil solat wajib bila mana masuk waktu...Jika tunggu2
 sampai habis waktu baru di kira tak solat

Kata ulamak disyariaatkan baca panjang solat subuh...
maka baca lah ayat2 panjang semampu kita.  Baca kuat (Jahar)  
kerana para malaikat mendengarnya.
Sunat fajar lebih baik dpd dunia dan isinya.  
Maka marilah kita solat subuh berjemaah.  Orang ini bebas dari 
sifat munafik.   Solat Isyak dgn subuh jika di kembarkan 
kita dapat pahala Qiamulail...


Maka kerjakanlah solat tahajjud...Wajib bagi Nabi dan sunat bagi kita.
Jika kita berjihad mesti kena solat Tahajjud. Waktu malam kita bangun 
untuk baca Quran   Allah perintahkan Nabi solat Tahajjud Wajib bagi nabi dan
 Sunat bagi kita.n  Waktu ini Waktu besar pahala...
Nabi berdiri sampai bengkak2 kakinya.  Nabi akan dapat
maqamalmahmuda... Seorang pendakwah...pemimpin pon
 kena solat tahajjud.  kerana akan mendapat
 kekuatan jiwa berdakwah dan memerintah.
 


Ada ulamak kata masuk madinah dan keluar dpd mekah...
Ada tafsir kata tak.... mana2 pon masuk dgn cara baik
 mana2 pon tempat masuk dan mengharapkan pertolongan Allah 
.Jangan dok berbalah.

Dan Allah perintahkan Hijrah dari Mekah ke Madinah..
Dan dipanggil persiapan untuk hijrah.

                                                   

Dan katalah wahai Muhammad bahawa telah datanglah kebenaran 
Islam dan lenyapkan batil 

Ayat ini menunjukkan masa Nabi masukke mekah ada berapa berhala.  
Nabi baca ayat ini...Nabi tolak dgn kayu yang kecil.Yang batil itu tetap akan hilang.  
Dengan ini Allah beritahu Nabi Baginda akan berjaya 
menawan kekufuran ,360 berhala tumpas dgn ayat suci tersebut.. 



Ayat 80.  

Ya Allah masukkana aku pada tempat masuk yg benar...dan 
keluarkan aku dalam tempat yang benar...
Ulamak kata hakikat benar dlm perkara ini jika kita duduk pada 
landasan yg benar..Kita akan sampai kepada, dekat kpd Allah Taala..Termasuklah perkataan kita ...masuk telinga yg benar ..
.masuk mulut yang benar...dan mata pandang yang benar.

Ayat 81..

Nabi kata dia mahu mintak hujjah yg kuat untuk melawan yg kafir..
akhirnya ...bila datang kebenaran batil mati...
Cari yang benar tinggal yang salah.  

Kita kata batil pada botol2 arak. (tugas semua kita )
Balah sama sendiri...ini masaalah kita
Satukan Ummah ...Tugas Pemimpin kita.

Kata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, siapa yang solat dua rakaat sebelum solat fardu Subuh, lepas azan Subuh, sebelum solat fardu Subuh, solat dua rakaat, maka itu adalah baik. Khairun minad dunya wa ma fiha. Lebih baik daripada dunia dan seisinya.26 Sept 2025

Maka kerjakanlah solat tahajjud...Wajib bagi Nabi dan
 Sunat bagi kita.
Jika kita berjihad mesti kena solat Tahajjud.

Waktu malam kita bangun untuk baca Quran.
 
Dlm ayat suci ini Allah taala berkata:   
Allah berkata Maqam Mal Mahmood adalah maqam yang 
Nabi punya untuk memberi shafaat kepada Umatnya. 
Doa yang kita baca selepas Adzan.  

Mereka mencari Nabi2 minta pertolongan...Nabi2  lain...
dan akhirnya mereka akan pergi kepada Nabi Muhammad 
dan Nabi kita bersujud kepada Allah.
Kita nak Shaffaat Nabi.  Siapa dengar Adzan...Baca doa
" Allahhummarabbaha dhidhaqwatittamah ,wassala tilqhooimman , Atimuhammadanillazi wasilatawalfazilah...

KIta akan dapat syafaat Nabi jika ikut Adzan dan selawat 
kemudian baca doa di atas.  

 

  Sabtu, 18 Julai 2026   Ahad, 1 Oktober 2023 Kepada Allah ku berserah  KEPADA ALLAH DAKU SERAHKAN URUSANKU KERANA HANYA DIA YANG MENGETAHUI...