Home

Sunday, 5 July 2026

 

Isnin, 31 Julai 2023


Assalamualaikum!

Siapakah Saad Bin Muadz?

Siapakah Saad bin Muadz.

Susuk tubuh hebat yang dipuji oleh Rasullullah...Mengapa beliau hebat sangat? Beliau jugak tetap mendapat himpitan kubur... Seringan ringannya himpitan kubur adalah terhadap Saad bin Muadz. Beliau adalah Ketua suku kaum Bani Al Ashhal yang berada di Yathrib, sekarang Madinah

Nabi hantar Musaad bin Umair,anak tunggal orang yg paling kaya yg masuk islam yang meninggalkan kekayaan ibunya, hijrah ke Madinah Yathrib ketika itu, untuk berdakwah.

Pada masa itu Saad Bin Muadz, Ketua suku kaum Bani Al Ashhal hantar orang kanannya berjumpa Musaad bin Umai.  Pada ketika itu  yang menjadi pengikut Musaad adalah sepupu kepada Saad bin Muadz  yang bernama...Asaa'd bin Zurarah. (telah masuk Islam)


Saat bin Muadz hantar orang kanannya Hussain supaya bertanya apakah yang dia mahu datang ke sini...Maka pergi Hussain sampai depan Musaad bin Umair...Musad yg mempunyai gigi yang jarang bila dia berbicara ternampak kejujuran keluar di celah2 giginya...memang tepat orang yang di hantar Rasullullah.   Musaad menjawab dengan penuh teratur dan bernas menjadikan orang kanan Saad bin Muadz, Hussain (terpegun dan berkata kalau saya hendak masuk islam bagaimana?  Satu sessi sahaja mereka masuk islam. Dengan mudah beliau berkata mandi pakai baju bersih , ambil  shahadah dan solat 2 rakaat. 


Seterusnya  Saad bin Muadz pergi sendiri berjumpa Mussad bin Umair dan kejadan berlaku seperti biasa..Masuk islam seperti orang suruhannya dalam satu sessi perjumpaan sahaja.  Beliau balik kepada kaumnya dan keseluruhan kaumnya masuk Islam tanpa tersisa seorang pun...MaasyaaAllah

 Ini lah susuk tubuh yang menjadi kesayangan Rasullullah sehinggakan pada satu kisah Rasullullah dihadiahkan sehelai Jubah Sutera yang cantik di sentuh2 dan di puji oleh semua, dan Rasulullah berkata Kain Sutera tidak boleh dipakai oleh lelaki , Nabi lantas berkata "Sapu tangan Saad bin Muadz di syurga lebih baik daripada Jubah Sutera ini"  Betapa Nabi sangat sayangkan  Saad bin Muadz sehingga membandingkan sapu tangan Saad bin Muadz  dengan jubah sutera yang di kagumi tersebut.


Kitab petikan Bahrul Al-Madzi karya Ustaz Idris Al Marbawi, yang mendapat Tokoh Maal Hijrah yang Pertama.  Kitab beliau ini berjumlah 22 Jilid .   Pusara beliau terletak di Kampong Lubuk Merbau, Kuala Kangsar Perak.

Selamat Membaca...Moga dalam Rahmat Allah ...Aamiin.


 

I

 

Selasa, 22 Julai 2025

Kuatkan aku dlm membuat keputusan...

Makbulkanlah doaku... Yang ku tulis tadi Rabbku... Mati... Siapapon tak tahu... Ntah bila ya... Serah pada Allah... Entahkan dah dekat... Ntah kan jauh lagi... Kena sihat..Rabbku aku blum cukup persediaan lagi utk bertemu Mu...Buatlah yg terbaik utkku... Istiqamah kan hambaMu ini... Sehat kan mental dan fizikal ku agar dapat aku menghampakan diri padaMu lagi, dgn Rahmat dan Bantuan Mu.  Jadikanlah Sabar ku dan Redho ku besar, kuat dan cantik.
Dgn RahmatMu daku mohon pertolongan Mu. 
Kuatkan daku untuk menyahut langkah yg seterusnya. 
Melawat Doktor untuk mendapatkan Rawatan.. Eni jgn malas... Rabbku.. Jadikanlah... InsyaaAllah...

 

Jumaat, 29 Mei 2026

Kuliah Penuh : Sucikan Hati Dengan Taubat Dan Zikir

 

Friday, 22 May 2026

Kuliah Penuh : Sucikan Hati Dengan Taubat Dan Zikir

 

 Tq.  Merdu dan sedehkan lagu ini.

Khamis, 9 November 2023

Rafeah buang _ rindu bayangan


Daku rindu lagu lama...

  Tq kerana naikkan  zikir ini kembali...

Ahad, 29 Oktober 2023

PENGHULU ISTIGHFAR ~ Sayyidul Istighfar.

 PENGHULU ISTIGHFAR ~ Sayyidul Istighfar.
Inilah permohonan dan inilah harapan untuk keampunan. Bacalah pada waktu pagi dan petang. Wallahua'alam.






Pengertian Doa..

" Ya Allah Engkau Tuhanku, Tiada yang berhakdi sembah melainkan Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku dan akulah hambaMu, aku ada dalam perjanjianMu dan janjiMu dengan segenap kemampuanku,  aku berlindung diri kepadaMu dari kejahatan yang di perbuat,  aku mengaku kepadaMu akan nikmatMu yang Engkau berikan kepadaku, dan aku mengaku akan dosaku, maka ampunlah aku,  sebab sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau."


 

 Selesai Haji...Apa Selepasnya - Dr Zulkifli Mohamad al Bakri

  Asalamualaikum sahabatku semua.  Ini adalah zikir waktu petang yang boleh sahabat print dan bukukan untuk keluarga tercinta,  Ianya memuda...