Sunday, 5 July 2026
Jumaat, 25 Ogos 2023
Pergi ka Taiping Check up mata Shah.
Bertolak pukul 730 pagi. Tenang dan nyaman udara pagi. Daku solat dhuha atas kereta. Dan solat sunat musafir. Biasanya orang buat di rumah. Lupa pulak nak tanya ustaz boleh ke tak...hihi...Rasa macam boleh sebab solat sunat...Daku teringat cerita Tuan Guru Nik Aziz...Orang drive kereta dia, dia minta " Ana Imam dan anta makmum." Terus angkat takbir dan solat semasa teman makmunnya tu drive. Manurut sedara mara beliau, seharipon beliau tak pernah tinggalkan tahajjud meskipon beliau sedang sakit...Hebat sungguh beliau bagiku...Idola ramai...
Sampai Taiping kami pergi makan di Jalan Tamingsari...Di situ letaknya PPD Taiping. Bersebelahan dengan tepi pagar Hospital Taiping. Masa daku kerja dulu daku tak perasan ada tak Medan Selera ni ... Daku selalu berkursus di situ. Rasanya macam tak ada ja. Kecil ja. Mereka perlu upgrade lagi sebab tahun ni Tahun Melawat Perak...hihi. Kalo dulu Syah tak gemar masuk...sekarang mata Shah rabun..."No...Okey ni No "... Majlis Perbandaran Taiping perlu upgrade lagi tak pon mereka sedang upgrade tempat ni kot...Shah nak ke toilet...Syah kata toilet nya tak sesuai untuk perempuan..."Something wrong some where" la tu, rasaku.....hihi....MPT tak perasan kot... Daku tengok ada tertulis "Laman Taming Sari". Daku nampak ada laluan baru di tepi pagar hingga ke entrance hospital..Yes ini mesti dlm proses menaik taraf kawasan ni...Ya kot.. Kami belum breakfast lagi tika tu. Daku lihat tak ada lalat...ok ja..Kami makan nasi lemak letak sambal paru, sambal lemak udang, sayur kangkung dan sedikit sambal tumis . Shah pulak menu yang sama dgn ku ,tapi ditambah dengan gulai rempah ikan bersama 2 biji kacang bendi di dalamnya. Order air, daku air kosong dan Shah sirap harga RM21.00...Wow ! not bad... Kira macam murah juga banyak dan sedap. Daku tak pernah makan sini. Nampak macam orang2 pejabat PPD Taiping,yang ramai.
Shah turun di depan hospital dan daku ambil alih, drive... Daku terus ke Lake Garden Taiping. Rehat di situ dan pergi toiletnya. Biasanya toiletnya tak ada bau...Tapi hari ni ada bau sikit. Daku biasa dah, simbah air bersih2 dahulu sebelum buang air...Dah bersih dah, lihat lantainya, tapi hari ni daku masih rasa ada bau. Hari ni mereka daku beri C sepatutnya daku beri D...tapi rasa kesian la pulak...hihi. Sebab nampak bersih...tapi ada bau. Dewasa 50 sen...Daku biasa beri duit sekeping seringgit sedekah 50sen.. Sekali ni daku rasa was2 dengan kebersihannya, rasa takut ada percikan makanya perlulah balik cepat untuk solat di rumah... Daku balik, daku mandi dulu ,baru daku solat.
Lama di dalam kereta dapat wsapapp dari adikku Maznah tentang "Selawat Ibrahimiah" Haa...Elok sangat lah, daku buka selawat tu...dan Berselawat. Ingat nak sambung baca Suratul Kahfi..supaya balik karang tak yah dah baca...hihi tak jadi...Selawat je. Selawat Hari Jumaat....Rasulullah menggalakkan kita banyak berselawat pada hari Jumaat...
Tepat 12 45 pm. Call Shah tak dapat2, daku terus drive balik ke Hospital...Biasanya daku parking di luar pagar Hospital...Parking kat sini susah sangat. Itu sebab kalau dtg ke Hospital ini, kena ada yg drive bawa kereta parking di mana2. Bersembang dengan adikku dia ingatkanku, baca ..."Rabbi yaa sir Wala tu aa sir" Ya Allah permudahkan lah jangan disusahkan... Alhamdulillah biasanya jika daku baca ayat ni parking senang ja dapat....InsyaaAllah, Allah permudahkan. Syukur Yaa Rabb. Allah tolong daku. Harini banyak sangat kereta...ooo baru daku ingat ...bahawa hari ni hari Jumaat , orang nak balik solat Jumaat. Patut banyak kereta...Tapi dilapangkan Allah daku dapat parking.. Syukur Alhamdulillah.
Tepat pukul 1.30 baru Shah Call...Dia dalam rawatan selama 3 jam..Doktor spray ubat dlm mata ...observe...rehat dulu ,,,sampai 3 kali baru selesai...Tak perlu operate lagi ...Doktor suruh tunggu lagi satu tahun...Ok Daku nak ambil dia di tempat diturunkan tadi..Kami terus balik.
Hari ni Solat Dzuhur dirumah. Selesai.....Ambik lena sikit...Letih sangat daku sebab lama dah tak drive. Daku drive dari Taiping hingga ke Stesyen Petronas Padang Rengas. Pekan Padang Rengas...Kecewa sangat..Usangnya tak terkira. Macam Pekan Lenggong Tahun 68... ha ha ha ... Ni pekan Nazri...Dia calon kat sini bertahun2 , dulu...Tu sbb Mahadir kata kat dia...'Apa la pekan ni........"tak yah panjangkan cerita ...Berdosa Eni... haha ...Wow dia sekarang dah jadi Duta, sahabat baik Anwar ni...Ni la pekan tinggalan dia...Kesian orang Padang Rengas.
Shahhhh...banyaklah bersyukur kerana masih ada peluang mata tu tak perlu dioperate lagi...Jika kita bersyukur nescaya Allah tambah lagi dan lagi...Aamiin Aamiin...Aamiin...Ya Rabb
Alhamdulillah ala kullihal...Aamiin
Jumaat, 24 November 2023
Daku dah pulang..Jumaat jam 2.00pm
Daku dah pulang daku syukur daku masih bernafas lagi..Bila katil daku ditolak kedalam bilik menunggu, doktor pelatih berkata kepada anakku, "Ya nak sayang emak cepat."..anak ku datang dekat untuk menciumku dan salam denganku Mereka melihat Doktor Pakar di pintu lalu menceritakan daku ada meneguk seteguk air pukul 8.00pagi..("Bos boleh tak ni teguk air pukul 8.00.? Doktor jawab . Ok! ) ..Masa daku menunggu untuk ke operation theatre daku baca macam2 . Daku paling bimbang sebab minum air, tentang bius,daku bertawakkal, sempat baca surah Al Mulk, mengucap ,banyak2baca apa yang patut...Daku sebenarnya takut sebab memang ada orang yang meninggal di bilik bedah masa operation sedang di jalankan,
Sepatutnya daku orang ketiga dioperasi pada pagi itu, tapi daku menunggu lama sangat.. Daku dapat tahu bila anakku memberitahuku bahawa daku dimasukkan ke bilik operation tepat pukul 3.00 pm. Daku rasa macam sebentar saja dibilik operasi. Rupa2nya daku selesai dioperasi tepat pukul 6.00 petang. Betapa lamanya anakku menunggu diluar bilik bedah. Dari pukul 12.00 tghari hingga ke pukul 6.00 ptg. Enam jam.
Selesai operation daku dalam kegigilan yang teramat sangat dan doktor gosok2 lengan ku dan panggil namaku... Keluar keruang agak panas...daku okey kembali...Daku terpejam mata dan aku sedar di bilik ward Kenanga kembali. Alhamdulillah daku masih ada hayat lagi...Betapa nikmat nya hidup ini. Allah bagi peluang aku hidup lagi , peluang ini harus daku grabb bersungguh2.. Ya Allah Ya Rabb...... jadikanlah perjalanan hidupku berfaedah untuk semua sebelum mati. Matikanlah aku ditempat impianku. Masukkanlah aku kedalam syurga FirdausMu dan kumpulkanlah aku bersama2 orang2 yang Soleh......Aamiin Aamiin...Aamiin Ya Rabbala'lamin...
Rabu, 14 Jun 2023
Adik...Kami Sayang Padamu
Adik… Kami sayang padanya…

Adik anak kucing yang dihantar oleh ibunya ke varenda rumahku. Kesian sungguh kerana dia mempunyai warna yang berbeza dari adik beradiknya yang lain. Warna adik keemasa dan warna saudaramaranya kelabu… Mungkin ibunya tahu bahawa adik akan selamat dirumah kami…Sekarang adik dah agak dewasa. Selamat Menjalani hidup di kampung. Adik kini bebas pergi kemana saja rumah berdekatan dan berkawan dengan kucing anak2 jiran. Adik gembira di kampung kerana dapat mengutip2 rumput di luar rumah untuk makan…Adik adik …sayang padamu…
Lepas adik pergi , nenek berhenti hantar content kat youtube! (14/6/23)
Rindu adik. Nenek tunggu asik dari pukul 11.00 mlm hing 6.30 pagi adik menghembus nafasnya yang terakhir.
nenek sedek sangat. nenek baca...
"Allahummahauwin alaina fi sakaratul maut"
Bacaan doa ini untuk kita daripada sakit ketika sakaratul maut. Adik. Adik cinta nenek yang dah pergi...Nenek akan jumpa adik di syurga nanti . Adik kejut nenek solat malam dengan mengigit2 kecil lengan nenek hampir setiap malam. Terima kasih adik. Di syurga ...Apa sahaja impian kita tercapai. Insyaaallah.
Ahad, 28 Mei 2023
Lega Dgn Islam.
Barang siapa yg Allah pilih dia mendapat hidayah Allah buat dia terbuka hati kepada Islam...
Bagaimana cara untuk dapat kejayaan...
1. Doa
2. Quran mesti selalu baca.( pegang jugak hari2, ini baca menyuburkan iman kita
3) Perintah Allah buat...Sunat dsb
4) Elak buat yg di Larang Allah...apa yg Allah larang ,,,jauhi
5) Jaga Akhlak juga
6) Cari kawan yg baik2
7) Banyak Istighfar....
8) Ya Allah hidayahkan kami kepada jln yg lurus...
Bacaan duduk antara dua sujud...(Rabbigh firli.)
1) Ampunkan lah aku ya Allah
3) Kasihani lah aku Ya Allah
3) Tutuplah aibku Ya Allah
4) Angkatlah darjatku Ya Allah
5) Pimpinlah aku Ya Allah
6) Berilah aku hidayah Ya Allah
7) Sihatkan lah aku Ya Allah
8) Maafkanlah aku Ya Allah.
18 Julai 2026, “SOAL JAWAB HUKUM FIQH”Ustaz Muhammad Abdul Kadir
-
Seninya dlm Hadith...Kisah An Nasai dan Al Harith bin Miskin... . Hebat dan Waraqnya An Nasai. Sedangkan aku mendeng...

