Home

Monday, 6 July 2026

 Tai Chi for Beginners: 10-Minute Flow to Release & Renew

 Tai Chi For Beginners: 7-Minute Routine For A New You


Sunday, 5 July 2026

  MGPerak: Zumbafest 2.0 Pupuk Gaya Hidup Sihat, Satukan Komuniti


 Datuk...Mengajak anak muda menjaga kesihatan
  sampai terkinja2 macam tu ke?...Tak apa  kalau sopan...teruskan.  Jika tak ...tahun depan murnikan sedikit lagi pergerakan dgn aktiviti yang lebih tertib dan sopan  Mereka dipertayangkan tu.!
Ikhlas dari saya orang Perak...
...........................

Perempuan :

Kau berzumba bersama dikalangan perempuan sahaja boleh.  Tapi ini di hadapan lelaki,  tak ke kau terasa malu?  
Kalau dipertayangkan begitu,  ianya tak manis.  
    
Kami yakin berzumba  boleh.  Tapi jika dalam dewan di kalangan perempuan sahaja, oklah.  Kali ni ada lelaki.  
Haram dan tak manis.






 

Isnin, 6 Julai 2026

 

Ustaz Shamsuri.

Moga kita sama2 muhasabbah diri.   Kita jaga diri kita ,dari terlibat daripada benda2 khilaf..Moga segala harta yang kita cari BERSIH.   InsyaaAllah...Mari kita sama2 jaga.  Tanggunggungjawab kita untuk diri ,keluarga dan masyarakat. 

Kiamat sangat menakutkan,mahsyar sangat menakutkan.  Siapa nak tolong kita...
9) Hisab amalan.
10) serah buku amalan, terima buku amalan kanan atau kira.
11) mizan...
12 Telaga nabi( Al Haul)  Haditah Asmaq binti Abu Bakar.
Nabi berkata aku org pertama sampai di Haulku...aku lihat umat2ku datang ke telagaku...tiba2 aku lihat malaikat tahan dpd hampir ke telagaku...bila aku lihat tu maka aku kata Tuhan ..Ya Rabbbi ...itu Umat aku, Tuhan kata kepada na .."Muhammad adakah Engkau tahu selepas peninggalan Engkau dia buat."   Allah berfirman drengan nama ku sepeninggalan ENGKAU dia MURTAD.   Maasyaallallah...
Astaghfirullah...MasyaaAllah..(.'Allah humma a'u zubbiq.................)
Ya Allah ya Tuhan  aku berlindung dari terjadi begitu kepada anak2 keluargaku...Jauhkanlah ya Allah.
13) SIRAT ...Titi...merentang Neraka dan Syurga...Titi yang mengelincirkan...ada yang sepantas kilat...ada yg sepantas kuda yg di pilih...ada yg berjaya sampai dgn mengesot, ada yag sampai tapi koyak tubuh badannya...INI SUMBER DPD QURAN DAN HADITH..."ada yg kata ini cerita dongeng dahulu kala..."..Apabila bila... 
14) manusia membiarkan dirinya di selaputi ...Titik2 hitam...

Tangguh ...3.44am...Tahun baru...

Continue:   Ya Allah, Kau selamatkanlah orang2 yang aku cintai daripada terlibat dengan penglibatan harta2 haram walau sebesar zarrah sekalipon.
Aku bersyukur sbb aku  dapat mengelakkan anakku dari terlibatnya dengan pekerjaan di Bank yang sure ada terlibat dengan RIBA..Aku tak kecewa meskipon dia pernah mendapat anugerah dalam kerjayanya di Bank bersama dengan sahabatnya yang sekarang berjawatan besar berkereta besar mewah...Aku syukur kerana anakku keluar dari situ dlm keadaan redho...Dia menerima nasihatku...Aku pernah mendengar pesanan dari bapaku dulu...Jangan libatkan diri dengan kerja di Bank. Anakku terima Syukur...
Sambung....  




Takutlah wahai kita semua dengan himpitan kubur...tulang rusuk akan berselisih...SAKIT NYA YA RABB'...Sekali sahaja Saad Bin Muaz di himpit tapi menyakitkan.   "Masa meletakkan Saad di dlm liang...  "La ha zaa Abdulsolleh...Kematiannya mengegarkan arash...mendapat himpitan sekali sahaja semasa dia di kebumikan...Saad org Madinah dpd suku Aus...Bani Al Ashaad..."

Semak balik tentang Musadd bin Ummai....Ibunya org kaya Mekah 1/3 kekayaan di Mekah./..Dia tinggalkan harta untuk mengikut Rasullullah...Nabi hantar ke Yathrib(Madinah)...Saad ketika itu Ketua Bani ..........)  hantar org kanan berjumpa Saad Bin Muaz.   Sepupunya kepada Musad bin Umair...(Asa'd bin Urarah.)...REVIEW CERAMAH LAMA)
Musaad bin Umai nampak kejujuran dari celah giginya yang jarang2...Hebat...Terus orang yg di hantar nak masuk Islam...Mandi pakai pakaian bersih ambik syahadah..Mudahnya 

Nabi pernah sebut...cantik Jubah Sutera...'Nabi sebut Jubah ini cantik...Tapi lebih cantik sapu tangan Saad bin Muaz di syurga"

"Bilik see through"
Bilik2 di Syurga...
Siapa dapat Bilik see through?
1)Orang yg masa hidup atas dunia cakap baik....
2)Orang yang memberi  orang makan
3)Posa jaga sepanjang masa
4)Mlm dia solat org tidoq.

Masaalah membuat BELOT itu dihalalkan...(KIANAT)...Suka ambik hak orang Ghulut...Kaki sakau...Takutnya...Ambik harta rampasan yg belum di bahagikan...


 

Sabtu, 23 September 2023

4 perkara yg perlu ada jika ingin berjaya ,kata Imam Malik,


 Imam Malik kata...

Kalau nak berjaya dalam hidup kena ada 4 perkara:

1)   Kenderaan yang tangkas   *

2)   Rumah yg lapang  *

3)   Pakaian yang cantik  *

 4)  Pelita yang menerangi.  *


1)  Kenderaan yg tangkas *    akal. yg tajam

2)  Bukan maksud rumah yg besar  *    tapi kesabaran yang tinggi...

3)  Pakaian yg cantik *   adalah akhlak yg baik termasuk adab

4)   Pelita yang menerangi  *    ilmu yg tinggi...


Kekayaan yg paling besar adalah akal.

Keburukan yg paling buruk adalah orang yg cantik rasa dirinya cantik sebenarnya tak cantik.

Jangan jadi macam ini, lagi tinggi ilmu tapi adab makin kurang.

Sayang mak ayah, kena hormat pada guru.

Result masa bila bagus..."ooo itu anugerah Allah"

Ambil Istilah Islam ini...Istidraj

Istilah dlm Islam "Istidraj". Ujian kejayaan atau kelebihan. Allah boleh memberi, beri dan beri, sehingga insan lupa pemberian itu dalam bentuk ujian Allah.  Jaga2, Berjaya sebagaimanapon ,setinggi mana pon,sehebat manapon, setakat mana pon?,   bila  masuk alam pekerjaan dia akan di tolak.  Penolakan itu atas kerana ujian kelebihan yg Allah beri yg tidak di hargainya dgn kesyukuran.... Kerja disana salah, sini salah sebab tiada adab...Murid Imam Malik yg paling senior belajar 20 tahun ...18 tahun hanya belajar adab sahaja...

Kita pergi mana2 kita bawa nama baik ayah ibu.  Kerana anak yg lepas laku akan di tanya orang "anak siapakah itu" Jaga Nama baik ayah dan ibumu."   Sayang ibu bapa,  sayang guru ,kamu akan berjaya tanpa sikap angkuh dan sombong ..Aamiin!

Bagaimana nak elak diri daripada malas,,,?

Insan , sentiasa  lupa ...malas sebab kita rasa tak ada kepentingan buat kita, di situ berlakulah malas.  Ala.... tiada kepentingan untukku...Aku malaslah...Itu bacaannya...

Wallalhuaqlam...

 

Isnin, 6 Julai 2026

 

Jumaat, 18 Ogos 2023

Daku dah tua sekarang... Hihi... Daku takkan lari dari kenyataan...

Wahai Noraini cuba lihat dan amati... Siapakah engkau sekarang? Ada atau tidak perasaan sedehmu bila mengadapi hari tua begini? Cuba kau lihat gambar lamamu dan kau bandingkan dgn gambar barumu nescaya dikau akan sedar masa telah lama berlalu... Dulu gambarmu tahun 2003 dan gambar sekarang tahun  2023...kan dah 20 tahun berlalu... Wahai hati, daku sedari daku telah tua, rambutku dah lama beruban kakiku telah lama lemah,pergerakanku tidak sepantas dahulu lagi..tapi aku masih boleh bersyukur kerana daku masih boleh lagi bergerak untuk beribadat kepadaNya...Agar aku tidak lupa diri, maka aku upload 2 versi gambar lama dan versi baru... Daku tak takut tua malah daku syukur menjadi tua...daku banyak dengar cerita tentang orang2 alim, mereka suka pakai tongkat  kerana menjadikan mereka rendah diri  dan tidak sombong... Aku kena belajar ini semua...Daku tak kaya, "daku hidup sederhana berbasikal tua"... Daku yakin masa tuaku dapat daku manfaatkan dengan sebaiknya..Daku suka lebih privasy..macam2 daku boleh buat... haha tak gemar pada keramaian manusia terutamanya pasar..Daku insaf.11 bulan daku hanya di atas katil, berkerusi roda... Sehingga  doktor kesan  penyakitku dengan membuat ujian darah baru tahu bahawa daku dapat gaut . 
MaasyaaAllah lambat sungguh mereka Lenggong jumpa sakit ku... , hinggalah  daku balik ke Shah Alam baru tahu... Hihi. 

Syukur ketemu jugak masaalah sebenar...Allah sayang aku, Dia anugerahkan sakit ini supaya daku lebih dekat dgnNya.  Syukur Ya Rabb... Alhamdulillah alakullihal..... Jaga makan Eni... Tu tak boleh... Ni tak boleh... Hihi... Daku dah tua.... Syukur... Dah dekat nak ke alam sana... Moga selamat... (Doaku) Sebenarnya daku happy bila tengok gambar lama...hahaha sapa tak happy...ianya lebih elok dpd gambar baru (sekarang) Tapi daku jugak tak benci dgn gambar baruku... Sedar... diri dah tua...Yang akhir lebih baik daripada yang awalkan...
Manusia ni...bila dah tua baru dia pandai senyumkan!...Mungkin dia sedar bahawa senyum itu sedekah atau banyak faktor lain samada bila kita senyum kita nampak tak sombong daripada kita tak senyum...Kalau masa muda kita tak senyum sangat...maknanya kita kurang" bersedekah"  kan Nabi kata "Senyum itu sedekah"  Daku  mengenali seseorang , masa muda dia tak pernah senyum...tapi masa tua semua gambar2nya tersenyum...manis sangat, nampak baik dan berhemah...Waaaa... itulah powernya senyuman sahabatku...
Lihat cantiknya background ini...(Langit Mendung Awan Kelabu)


20 tahun lalu...😀😀😀😀
😍😍😍😍 Anak Gadis2 Remaja Jepun menyambut "Hari Remaja"

Seronok tengok gambar dulu2......hihi
Aku...20 tahun dahulu...
😅😅😅😅😅  Ghairahtengok salji turan ...memenuhi atas bumbung kereta....
👌👌👌👌😀😀😀😀
👌👌👌👌👍👍👍

Silakan!...
😱😱😱 dah___ tahun...usiaku...Eni kau dah tua....

"Mentari  "serba salah" merangkak pergi"
😱😱😱"Mentari "ikhlas" masih menjengok daku"
😍😍😍Sedehnya melihat "kau pergi jua"macam lagu Dj. Dave
💕💕💕"Kau pergi jua" Maka Sunyi Sepilah Malam ini....
😘😘😘❤️❤️❤️❤️" Senja membuat hatiku luka"
Berpijak di alam nyata....
🙏🙏🙏  Inilah aku sekarang...
"  Aku kena kuat..."

😱😱😱😱"Senja membuat hatiku luka, "
😁😁😁 "Happy" dengan back ground yg palingku suka...
😆😆😆 masih cantik background ini.....
😝😝😝 Selamat Tinggal hari...




syukur masih sihat...boleh lagi beribadat...hihi
😭😭😭😭😭


"Selamat Menjadi Warga Emas.  Eni.   Daku  telah lama bersedia....
dah 5 tahun berlalu...

 Ingin Masuk Surga? Pegang Teguh Nasihat Ini - ustadz Yazid bin Abdul Qodir Jawas rahimahullah

  Jumaat, 4 Julai 2025 Bunga Tanjung...