Home

Tuesday, 14 July 2026

 

Khamis, 13 Julai 2023

6 Tanda Allah Sudah Tidak Peduli Pada Hambanya.

                         






           6 Tanda Allah Sudah Tidak Peduli Pada Hambanya. 


         1)  Merasa selalu beruntung

       2)  Dibiarkan bahagia menikmati dunia.

       3)  Dibiarkan mendapat apapon yang dia suka

       4)  Tidak diberikan balasan secara instan

       5)  Dibiarkan terlena dalam Kemaksiatan

       6)  Dilancarkan semua urusannya padahal tidak solat.


 

Jumaat, 7 Julai 2023

Wanita Jaminan Syurga

 





"Menjaga Kehormatan diri"

Tidak mudah menjadi wanita yang menjaga kehormatan diri.

Doa agar dapat menjaga kehormatan diri.   Kehormatan diri ini sangat mahal

 harganya.  Moga dapat kita menjaga kehormatan diri... 


Menjaga Kehormatan diri...

Kata seorang sahabat , "Mahukah kamu daku, tunjukkan wanita Jaminan Syurga.

 Wanita itu telah mendatangi Rasulullah dan aku nampak beliau seorang wanita

 berkulit hitam... 

Perempuan itu yg mendatangi Rasullah (seorang wanita berkulit hitam.) dia mengadu pada Nabi...Dia

 sakit sawan apabila datang penyakitku auratku tersingkap.   Tolong doakanku, Yaa Rasullullah..

Ya rasulullah doakan aku...

Jawapan Rasulullah,..."Ins syikti sabarti walakil jannah"

                                     "Kalau kamu mahu kamu tetapkan sabarmu dan kamu dijamin syurga " tapi  jika kamu mahu daku akan doakan pada agar  Allah angkat sakit mu tapi tiada jaminan syurga"

Jawab wanita itu..."Aku pilih syurga" aku akan sabar...tapi ya Rasullah  "Tolong doakan  aku, jika aku sakit auratku terjaga."   MaasyaaAllah... Menjaga Kehormatan diri...

                                      

4)  Taat pada suami...InsyaAllah senang...Kuat minda, kuatkan hati, InsyaaAllah senang...kenapa

 senang?...Sebab syurga itu mahal...Carilah Redho Allah...Mahalnya Cinta Allah,  Kemahiran penting

 untuk menjadi isteri yg solehah...Cari ketenangan...Sayang pada diri...Limitkan sogokan orang

 kekepala kita bermacam rasa...

Beban tu tetap ada, tapi letakkan beban itu jgn diletakkan pada fikiran...Kita makin lemah...banyak

 untuk difikirkan...letak pada emosi kita ...emosi akan merana...Kekuatan kita adalah hati kita untuk

 Allah. Bantu diri kita untuk menjadi baik.  Orang patut bahagia dgn kehadiran kita...

Beban itu mana nak kita letakkan...letakkan di dalam doa...InsyaAllah emosi kita akan di

 tenangkan oleh Allah...ya Allah daku tengah sedeh...Wahai yg menghilangkan kesedihan...

Ingat...suami kita adalah asbab kita masuk ke syurga...Taati suami kerana Allah...Buat yg

 terbaik...InsyaaAllah ...Layan orang dengan kepuasan hati...

"Ya Allah rezekikan kami suami yg baik dan kami menjadi isteri yg baik".  InsyaaAllah..

Dan...

Keputusan Cerai berai ini  buat Istisyarah dan Istiqarah...

1) istisyarah, mesyuarat

2) istiqarah ,mintak petunjuk Allah...

                                          "Jadikan diri kita personaliti yg menyenangkan"

Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabb


 


PENTINGNYA "JAWAMIULDOA"

1) RABBANA A TINA FIDDUNIA HASANAH WAFIL AKHIROOTIHASANAH WAQINA AZA BANNAR.

2)YA HAIYUYA KHAIYUM BIRAHMATIKASTAGHISUASHLEH LI SHAKNI WALATAKILNI
ILA NAFSAN  TARFATAIN

3) "ALLAHHUMMAINNI AS ALUKA ILMAN NA FIAN WARIZQAN TOIBA WAAMALAN SOLEHAN."  


4)  "WAUFAUWIDUAMRI ILLALLAH."

KALAU TAK DAPAT DI DUNIA ALLAH AKAN BERIKAN DI SYURGA. 



ANTARA SOLAT ASAR HINGGA TERBENAM NYA MATAHARI"
CARA KEDUA DIA AMALKAN KEDUA2.



Monday, 13 July 2026

 

Khamis, 28 Disember 2023

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w Kelebihan Dan Khasiat Halia(Zanjabil)


Pengenalan

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w Kelebihan Dan Khasiat Halia(Zanjabil)

Allah s.w.t berfirman, “Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil.” (Surah Al-Insan : 17).Rupa-rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit khasiat halia yang kurang saya gemari jika dibuat air, tapi paling saya suka gunakan dalam masakan harian.

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Khasiat Halia

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam PerjalananHalia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanserkolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari. Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

11. Mengurangkan Morning Sickness. Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.


Panduan tanaman
 
Halia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gembur) yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi, dan tidak menyekat tumbesaran rizom.  Kajian menunjukkan halia hidup subur pada pH 5.5 hingga 6.5.
 
Halia  boleh juga ditanam di tanah gambut yang pH nya 3.8.
 
Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit naungan.
 
 
Halia ditanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih pada sembilan bulan.
 
Rizom yang berpenyakit eloklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.
 
Rizom-rizom disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas-tunas.  Kemudian rizom dikerat 5 cm panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas.
 

Anggaran 25-33 keratan boleh didapati daripada 1 kg rizom.  Keperluan bahan tanaman dianggarkan 1,500-2,000 kg rizom segar sehektar.

PENJAGAAN
 
Pembajaan
Disyorkan mengikut keadaan tanah.
 
Tanah gambut – gunakan baja campuran yang mengandungi 73 kg N, 44 kg P2Os dan 236 kg K20 sehektar.
 
Tanah bukan organan disyor menggunakan baja campuran yang mengandungi 56 kg N, 67 kg P2Os  dan 112 kg K20 sehektar.
 
Merumput
Sekurang-kurangnya 1-3 pusingan merumput dibuat semasa membaiki batas-batas.
 
 
Hasil boleh dipungut sebagai halia muda semasa berumur 4-5 bulan dan halia tua semasa berumur 8-9 bulan (batang daun mula menjadi kuning).
 
Halia yang dipungut sekiranya terdedah lama kepada cahaya matahari, akan kehilangan air dan mutunya merosot.
 
Hasil tua adalah diantara 12-18 tan/hektar dan halia muda ialah 9 tan/hektar.  Hasil purata halia tua ialah 15 tan/hektar.

 

Jumaat, 14 November 2025

BAHTERA MERDEKA - AHMAD JAIS VS AISHAH


Kedua2 Lagu ini didendangkan dengan penuh kesempurnaan...
Tq.  Aisyah n Ahmad Jais
...

 

Khamis, 27 Jun 2024

Adzan akan menjadi saksi di hari kiamat nanti...

  Sabtu, 27 Jun 2026   Indahnya Rasa Sabar dan Syukur dalam Diri - Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri