Home

Thursday, 27 August 2026

  Bismillah...Assalamualaikum...hmmm.TQ

Thursday, 9 October 2025

Cara mujarab kuatkan lutut- Terbukti, biiznillah. (Cara pulihkan sakit l...

 

Friday, 29 August 2025

Opick - Tiada Duka Yang Abadi | Official Music Video [Live Acoustic]

 Bismillah...Assalamualaikum...Tq..pon juga saya..

Isnin, 19 Mei 2025

"Inni muhibbukum fillah".


  "Inni muhibbukum fillah".   

Sesungguhnya saya sayang

        anda kerana Allah. 

 

Tuesday, 24 February 2026

DrMAZA-Apa KPI Hidup...

 

Khamis, 12 Februari 2026

Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup 2 b read, eni...

 

Saturday, 2 March 2024

Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup

 


Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup


PRAKATA
Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa
keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan. 

Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat. Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang sakit tenat. Iaitu selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka
juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada
bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman:


"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh
Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar." 
                                                                     (An-Nisa':  13)


Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut;

A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan;
􀂃 Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.
􀂃 Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.
www.dakwah.info 4

B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian
• Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul
• Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah
• Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.
• Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.
• Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan         Makkah.
• Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan                   Makkah.1
• Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.
• Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.
• Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.
• Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.
Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang
ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan, istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia. 

Firman Allah Taala mengenai umat Islam dapat dicapai sekali lagi:  3 .   "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman)."
                                                                           (Ali 'Imran: 110)

 

Selasa, 18 November 2025

[LIVE] TADABBUR AL-QURAN 🚨🔊‼️ - Surah Al-Mu'minun: Ayat 4 - 7 : 18 Nov 2025



A'isyah
100
Ghulam Al Dakwah​​وَٱلَّذِینَ یُؤۡتُونَ مَاۤ ءَاتَوا۟ وَّقُلُوبُهُمۡ وَجِلَةٌ أَنَّهُمۡ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ رَ ٰجِعُونَ﴿ ٦٠ ﴾•
Ghulam Al Dakwah​​Abdullah Muhammad Basmeih:
Ghulam Al Dakwah​​Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;Al-Muʾminūn, Ayah 60
Ghulam Al Dakwah​​Khusyu faham khusyu takot x diterima dalil Al. Mukminun ayt 60 selalu infaq tapi hati ttap takot amalan x diterima.
Ghulam Al Dakwah​​إِنَّ ٱلَّذِینَ یَخۡشَوۡنَ رَبَّهُم بِٱلۡغَیۡبِ لَهُم مَّغۡفِرَةࣱ وَأَجۡرࣱ كَبِیرࣱ﴿ ١٢ ﴾•
Ghulam Al Dakwah​​Abdullah Muhammad Basmeih:
Ghulam Al Dakwah​​Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Ghulam Al Dakwah​​Al-Mulk, Ayah 12
Ghulam Al Dakwah​​Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang
Ghulam Al Dakwah​​berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan
Ghulam Al Dakwah​​mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu
Ghulam Al Dakwah​​sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.(Az-Zumar 39:23)
Ghulam Al Dakwah​​kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada
Ghulam Al Dakwah​​Allah turunkan kitab terbaik, jadi perlu bagi tumpuan dan masa.Semakin dia kenal Allah semakin dia takut
Ghulam Al Dakwah​​Khusyu (wajal) takot dlm hati... .. khusyu khasyah takot dgn Allah dlm keadaan semakin kenal Allah. Nmpk kesan diluar lihat surah az zumar ayat 23 nt semak ayat ini...
Ghulam Al Dakwah​​Siapa sentiasa takot pd Allah Allah puji walau dlm keadaan berseorangan dalil surah Al mulk nt semak ayt berapa.
Ghulam Al Dakwah​​kitab terbaik al quran = ahsanul hadis
Ghulam Al Dakwah​​Khusyuk takut ada 2, pertama takut dlm hati, kedua (surah az zumar : a.23) takut khosyiah - nampak kesan di luaran, cth: bagi masa utk Al-Quran (baca/kaji dsb)
Ghulam Al Dakwah​​Kusyuk dalam ibadah (solat & zikir) adalah kerja hati, iaitu yang bersih. Ianya tidak boleh diraih melalui azam dan kekuatan fizikal. Hati yang bersih adalah hati yang tidak diselaputi oleh dosa2
Ghulam Al Dakwah​​ dan maksiat. Sumber untuk meraih hati yang bersih hanyasanya dengan membaca dan mentadaburi maksudnya bukan sekadar hanya membaca tanpa mengendahkan pemahamannya.
Ghulam Al Dakwah​​Ini sangat penting. Hukum asal al Quran diturunkan adalah untuk memahaminya.
Ghulam Al Dakwah​​Al Ulama' = org yg berilmu & yg takut kpd Allah
Ghulam Al Dakwah​​Kisah2 dlm AQ berulang2 UTK bgi kita berfikir dan ambik pengajaran
Kareem Daud
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
Kareem Daud
جَزَاكَ ٱللَّٰهُ خَيْرًا
Ghulam Al Dakwah​​Siapa baca AQ seram dan berdiri bulu roma ialah yg takut kpd Allah.
Kareem Daud
بَارَكَ اللَّهُ فِيْكُم
Ghulam Al Dakwah​​📚🖋Jika bersendirian takut kepada Allah...rujuk surah al mulk ayat 12 dan az zummar ayat 23....
Ghulam Al Dakwah​​"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhan-nya yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar."(Q.S. Al-Mulk ayat 12)"
Ghulam Al Dakwah​​Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al-Quran yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang; gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhan-nya,
Ghulam Al Dakwah​​ kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka pada waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki- Nya.
Ghulam Al Dakwah​​Dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pemberi petunjuk baginya.(Q.S. Az-Zumar ayat 23)
Ghulam Al Dakwah​​قُلۡ ءَامِنُوا۟ بِهِۦۤ أَوۡ لَا تُؤۡمِنُوۤا۟ۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡعِلۡمَ مِن قَبۡلِهِۦۤ إِذَا یُتۡلَىٰ عَلَیۡهِمۡ یَخِرُّونَ لِلۡأَذۡقَانِ سُجَّدࣰا﴿ ١٠٧ ﴾ وَیَقُولُونَ
Ghulam Al Dakwah​​سُبۡحَـٰنَ رَبِّنَاۤ إِن كَانَ وَعۡدُ رَبِّنَا لَمَفۡعُولࣰا﴿ ١٠٨ ﴾ وَیَخِرُّونَ لِلۡأَذۡقَانِ یَبۡكُونَ وَیَزِیدُهُمۡ خُشُوعࣰا ۩﴿ ١٠٩ ﴾•
Ghulam Al Dakwah​​Abdullah Muhammad Basmeih:
Ghulam Al Dakwah​​Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal);
Ghulam Al Dakwah​​ kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);
Ghulam Al Dakwah​​Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. "Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis,
Ghulam Al Dakwah​​sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.Al-Isrāʾ, Ayah 107 - Al-Isrāʾ, Ayah 109
Ghulam Al Dakwah​​📚🖋Khusyuk adalah perbuatan hati yang meliputi perasaan takut, rendah diri, perasaan hina di hadapan Allah yang menzahirkan perbuatan anggota badan seperti tenang di dalam solat,
Ghulam Al Dakwah​​ tidak berpaling ke sana-sini, serta menundukkan pandangan ketika solat.
Ghulam Al Dakwah​​Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka)
Ghulam Al Dakwah​​dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran),
Ghulam Al Dakwah​​oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).(Al-Maaidah 5:83)
Ghulam Al Dakwah​​Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.(Al-Israa' 17:109)
Ghulam Al Dakwah​​Kesan khusyuk apabila bca AQ tersungkur sujud menangis
Ghulam Al Dakwah​​Ketakutan kpd janji Allah
Ghulam Al Dakwah​​Quran berulang2 kisahnya... Sapa yg bce berdiri bulu roma (seram) nmpk tanda diluar tanda khusyu khasyah. Ini org yg betol2 kenal Allah... Dn apabila mereka mndengar apa yg diturunkn
Ghulam Al Dakwah​​kpd rasul mata2 mereka mengalir air mata ini khusyu khasyah.... Mesti faham terlebih dahulu. Tanda khusyu khasyah lihat surah Al isra 107....109 amanu org2 beriman feel madhi aminu
Ghulam Al Dakwah​​feel ammar perintah. Bila dibce kpd org berilmu mereka tersungkur sujud dn mereka berkata sesungguhnya jnji Allah pasti berlaku semakin yakin menmbahkan khusyu kemuncaknya mereka menangis.

Ghulam Al Dakwah​​📚🖋Menambahkan khusyuk membaca al Quran faham dan yakin dengan janji² Allah...rujuk al Maidah ayat 83....
Ghulam Al Dakwah​​↪"Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab
Ghulam Al Dakwah​​mereka sendiri) seraya berkata, "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Muhammad). "(Q.S. Al-Maidah ayat 83)
Ghulam Al Dakwah​​Tanda khusyuk Khasyah... Boleh jatuh pengsan kerana takut
Ghulam Al Dakwah​​إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَ ٰقِعࣱ﴿ ٧ ﴾ مَّا لَهُۥ مِن دَافِعࣲ﴿ ٨ ﴾•
Ghulam Al Dakwah​​Abdullah Muhammad Basmeih:
Ghulam Al Dakwah​​Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku; -Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya; -Aṭ-Ṭūr, Ayah 7 - Aṭ-Ṭūr, Ayah 8
Ghulam Al Dakwah​​Alhamdulillah 💕 Allah beri kita peluang, masa untuk belajar lagi kali ini. 📈 Maka, jom kita gunakan masa ini dengan sebaik mungkin. Kita salin nota ringkas. Jom 🥰 Like👍🏻 comment 💬 share 📬
Ghulam Al Dakwah​​Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku; -(At-Tuur 52:7)
Ghulam Al Dakwah​​ Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya; -(At-Tuur 52:8)
Ghulam Al Dakwah​​Azab daripada Rabb pun dah dahsyat... Nk menunjukan dahsyat nya....
Kuda Sang​​kena tahu Asas dulu Nak qusyuk.
Kuda Sang
1 mati
Ghulam Al Dakwah​​7 golongan yg di naungi di bwh Arasy pd tiada teduhan di mashsyar - lelaki yg berzikir berseorangan lalu mengalir air matanya kerana Allah

  27 Ogos 2026 “BULUGHUL MARAM” - SIRI 311 SS Dato' Arif Perkasa Prof. Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin