” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT….”38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
(DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)
Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang
yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka
solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan
ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka
solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan
kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar
sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak
sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak
kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka.
Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara
solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya
tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan.
Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara
solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang
dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda
Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan
terhadap diri sendiri.
“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika
solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika
solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.
No comments:
Post a Comment