Sunday, 30 June 2024
Moga selesai dengan selamat, urusanku pada hari ini Aamiin...
Assalamualaikum...
Moga daku selamat dalam urusanku hari ini doakan aku...Aamiin.
Rabbi adkhilni mudkhalasidqin waahrijji mukhrajasidqin wajalni minladunka sultoo nan nasiiro.
Ya Rabb, masukkankanlah aku pada tempat masuk yang benar dan keluarkan daku pada tempat keluar yang benar dan bagilah daku disisiMu kekuasaan yang memenangkan.
Assalamualaikum,
Selamat pagi sahabatku semua semuga sihat diberi Allah... Moga sentiasa dlm rahmatNya... Aamiin
Selamat Tinggal Annegold untuk selama2nya...
Assalamualaikum....Selamat jalan Annegold53 yg dah padat. Bertemu kita di lain tempat..Nasihat Buat Kita, Ambil Tahu dan Mywella4u...
Saturday, 29 June 2024
Rasulullah membaca zikir ini setiap kali selepas solat, Soheh Muslim (594)
Friday, 28 June 2024
Thursday, 27 June 2024
Dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 31... Allah memerintahkan para wanita melabuhkan tudung hingga menutupi dada-dada mereka..
Tutorial penggayaan tudung di laman sesawang juga banyak. Hanya tinggal pilih dan ikut sahaja langkah yang diajarkan. Namun begitu, adakah kita rasa tudung yang dipakai itu mengikut syariah yang ditetapkan agama Islam?
Dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 31, Allah memerintahkan para wanita melabuhkan tudung hingga menutupi dada-dada mereka.
Allah SWT juga berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59,
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Menerusi ayat ini, adakah cukup bagi wanita memakai tudung dengan hanya menutupi bahagian dadanya?
Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam satu siri ceramahnya, wanita wajib memakai tudung menutupi bahu sekiranya baju yang dipakai itu ketat sehingga boleh menampakkan bentuk bahu.
Namun jika bentuk bahu tidak kelihatan kerana baju bersaiz besar maka sunat bagi wanita memakai tudung melepasi bahu.
Hal ini demikian kerana menutup aurat bukan sahaja perlu menutupi dada, malah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Cara pakai tudung dengan betul
1. Labuh menutupi dada
2. Labuh menutupi bahu kanan dan kiri
3. Labuh di bahagian belakang menutupi lekuk tubuh dan punggung
4. Tudung tidak jarang dan nipis
5. Sanggul tidak tinggi seperti bonggol unta
6. Memakai anak tudung dengan betul
Wednesday, 26 June 2024
Tuesday, 25 June 2024
YA RABB...SABARKAN AKU NORAINIMU DENGAN SABAR YANG CANTIK,
TAK PAYAH MENGEJAR DUNIA! KEJARLAH AHIRAT MAKA DUNIA AKAN KAU DAPATKAN J...
Monday, 24 June 2024
Sunday, 23 June 2024
18 Jun 2024...Nasi Arab Versi Daku
Dr Asri- Hukum Ke Pusat Karaoke Dan Hukum Menyanyi?
Dah lah...Jemu dah....
Dah lah ..Jemu dah...TAPI AKU SUKA DENGAR ORANG NYANYI...MASA KECIK AKU KUAT NYANYI...HAHAHA...sampailah aku jadi guru pita suara aku rosak sebab menjerit kawal murid 42 orang dalam satu bilik darjah...Adoi kenangan sungguh...Masa tu aku cantik sangat tengah lawa aku dah berpisah adoi...Janda muda. Asyik lari ja dari orang. Bila nampak samaada kereta my ex atau adik dia cepat2 aku bawa anakku pulang. Dlm crowd yg ramai2 tu...mataku cekap ja tengok...Lalu ikut jalan belakang sapa pon tak boleh jumpa aku. Sampai2 ja kat rumah ...anak ku bukak mulut " Mak lari dari sapa? " MaasyaaAllah anakku yang kecik geremit tu pon perasan aku lari...Aku cakap tak lah, tak ada apa2.
Hihi kelakar...
Tak terlari sebenarnya ..satu hari tu...
Pergi pasar nak beli barang dapor..Sapa nak beli kalau sendiri tak pergi pasar. Dalam berhati2 pon daku terserempak juga dengan adik Ex H ku...Maasyaalah tak pa. Dia datang ke rumah. Masa tu daku dah lama berpisah dengan abg dia. Daku kenal dia masa melawat dia, masa dia belajar di UITM Pahang. Kami berkelah di pantai haritu . Abg dia bawa durian. Dapat lah kenal dan sembang2 sikit. Masa daku berpisah dengan abg dia, dia masih belajar di London...Dah dekat nak balik. MaasyaaAllah dia pi rumah aku alasan nak jumpa anak saudara ok.. Daku layan macam biasa.
Dalam pada sembang2 tu dia minta nak mengambil tempat abangnya. MaasyaaAllah ...Daku cepat2 tepis dengan baik permintaan dia. Masuk akal kah..? "Boleh kah nak masuk balik dalam keluarga yang sama, sekali lagi ?" MaasyaaAllah tu sebab daku gemar bersembunyi setelah berpisah. Daku macam sakit jiwa dulu tu. Tak suka bertemu orang ramai... Klinik kerajaan daku tak pergi langsung. Jika anakku sakit mesti ke Klinik Swasta. Dr. Wong dan Dr. Eh! Eh.!..aku lupa nama doktor tu...Laaa..Tak terpikir aku boleh lupa. Banyaknya jasa mereka berdua pada ku dan anakku.
OOOO...Baru ku ingat...Dr.O.K.Ong...Yes recall daku berjaya...hihi...Kelakar. Dr O.K Ong dah tahu...setiap daku balik ke Lenggong dalam cuti hari Raya atau cuti2 perayaan mesti daku ke Kliniknya. Sakit. Daku mesti mengah. Menurut Doktor suhu di Lenggong sejuk membuatkan banyak orang mengah.
Daku rasa betul juga tapi doktor lain kata sebab waktu pagi ...pollen daripada pokok2 di tepi gunung... Hmm rasanya ada betul jugak kata2 tu.
Ha ha ha ...Tiba2 rasa nak menulis. Lama dah daku gian nak menulis. Aku senyum ni....hihi...
Nanti ku sambung lagi.....2 B continued...
Saturday, 22 June 2024
You needed me - anne murray (Lirik & terjemahan)
SS Dato Dr Asri-Zikir yg mendamaikan jiwa...,
Friday, 21 June 2024
DrMAZA-Hidup ini satu perjalanan yg pasti rugi...
Kisah Taqwa Umar Abd Aziz
Dr Asri - Kisah Hebat Umar bin Abdul Aziz (Part 2)
Alhamdulillah tabarakallah...
Bertahajjudlah kerana banyak perkara besar akan dapat diselesaikan dengan Tahajjudmu... Syukur Ya Rabb. RasulMU mengajar kami berbagai cara beribadat kepadaMu...Dekat PadaMu..Alhamdulillah, Tabarakallah, MaasyaaAllah...Innalillah..
09-07-2014 Dr.Asri Zainul Abidin: Faktor Kemustajaban Doa
SS Dato Dr Asri-Biasakanlah Mengucapkan " YA DZAL JALALI WAL IKRAM"
Thursday, 20 June 2024
BERLAPANG DADA DAN MENERIA SEMUA TAKDIR ALLAH - UST. KHALID BASALAMAH
Wednesday, 19 June 2024
Tuesday, 18 June 2024
-
Wow Normadiah laa pulak...Omar Suewita...Lakunan orang dulu2... boleh tahan over jugak...hahaha Daku belum lahir kedunia lagi...hihi