Tutorial penggayaan tudung di laman sesawang juga banyak. Hanya tinggal pilih dan ikut sahaja langkah yang diajarkan. Namun begitu, adakah kita rasa tudung yang dipakai itu mengikut syariah yang ditetapkan agama Islam?
Dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 31, Allah memerintahkan para wanita melabuhkan tudung hingga menutupi dada-dada mereka.
Allah SWT juga berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59,
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Menerusi ayat ini, adakah cukup bagi wanita memakai tudung dengan hanya menutupi bahagian dadanya?
Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam satu siri ceramahnya, wanita wajib memakai tudung menutupi bahu sekiranya baju yang dipakai itu ketat sehingga boleh menampakkan bentuk bahu.
Namun jika bentuk bahu tidak kelihatan kerana baju bersaiz besar maka sunat bagi wanita memakai tudung melepasi bahu.
Hal ini demikian kerana menutup aurat bukan sahaja perlu menutupi dada, malah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Cara pakai tudung dengan betul
1. Labuh menutupi dada
2. Labuh menutupi bahu kanan dan kiri
3. Labuh di bahagian belakang menutupi lekuk tubuh dan punggung
4. Tudung tidak jarang dan nipis
5. Sanggul tidak tinggi seperti bonggol unta
6. Memakai anak tudung dengan betul
No comments:
Post a Comment