Home

Wednesday, 10 June 2026

 

Pertanyaan Jibril Tentang Iman Islam Ihsan...

Teks Bahasa Arab

كَانَ النَّبِيُّ ﷺ بَارِزًا يَوْمًا لِلنَّاسِ، فَأَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ: مَا الْإِيمَانُ؟ قَالَ: "الْإِيمَانُ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلَائِكَتِهِ، وَكِتَابِهِ، وَبِلِقَائِهِ، وَرُسُلِهِ، وَتُؤْمِنَ بِالْبَعْثِ". قَالَ: مَا الْإِسْلَامُ؟ قَالَ: "الْإِسْلَامُ أَنْ تَعْبُدَ اللهَ وَلَا تُشْرِكُ بِهِ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤَدِّيَ الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ". قَالَ: مَا الْإِحْسَانُ؟ قَالَ: "أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ". قَالَ: مَتَى السَّاعَةُ؟ قَالَ: "مَا الْمَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ، وَسَأُخْبِرُكَ عن أَشْرَاطِهَا: إِذَا وَلَدَتِ الْأَمَةُ رَبَّهَا، وَإِذَا تَطَاوَلَ رُعَاةُ الْإِبِلِ الْبُهُمُ فِي الْبُنْيَانِ، فَذَاكَ مِنْ أَشْرَاطِهَا فِي خَمْسٍ لَا يَعْلَمُهُنَّ إِلَّا اللهُ". ثُمَّ تَلَا النَّبِيُّ ﷺ: ﴿إِنَّ اللهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ﴾ سورة لقمان: ٣٤ الْآيَةَ، ثُمَّ أَدْبَرَ، فَقَالَ: "رُدُّوهُ". فَلَمْ يَرَوْا شَيْئًا! فَقَالَ: "هَذَا جِبْرِيلُ، جَاءَ يُعَلِّمُ النَّاسَ دِينَهُمْ".

Teks Bahasa Melayu

Suatu hari Nabi ﷺ keluar berjumpa dengan orang ramai. Lalu seorang lelaki datang kepada Baginda, lantas bertanya: Apakah itu iman? Baginda menjawab: "Iman itu adalah beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-Nya, hari pertemuan dengan-Nya, para rasul-Nya serta beriman kepada hari kebangkitan." Kemudian beliau bertanya lagi: Apakah itu Islam? Baginda menjawab: "Islam itu adalah kamu menyembah Allah dan tidak mensyirikkan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat yang wajib dan berpuasa pada bulan Ramadan." Setelah itu, beliau bertanya lagi: Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab: "Ihsan itu adalah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak mampu melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu." Beliau melanjutkan soalannya lagi dengan bertanya: Bilakah akan berlakunya hari kiamat? Baginda menjawab: "Orang yang bertanya itu lebih mengetahui daripada orang yang ditanya. Namun, saya akan memberitahu kamu tentang tanda-tandanya; iaitu apabila seorang hamba wanita melahirkan tuannya, apabila pengembala unta yang miskin berlumba-lumba meninggikan bangunan. Maka itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda hari kiamat. Namun terdapat lima perkara lagi yang tidak diketahui oleh sesiapa kecuali Allah.” Nabi ﷺ kemudiannya membaca: {Sesungguhnya Allah mempunyai ilmu tentang hari kiamat} Surah Luqman, 31:34. Setelah selesai, lelaki itu pun pergi. Lalu Baginda bersabda: "Bawa dia kembali kepada saya!" Namun para sahabat tidak menemuinya. Baginda kemudiannya menjelaskan: "Itu adalah Jibril yang datang untuk mengajar manusia tentang urusan agama mereka."

  Ahad, 28 Januari 2024 07-09-2022 SS. DATO' Prof Dr MAZA: Ceramah Khas Akidah Ahlu Sunnah Wal J...