Home

Tuesday, 22 September 2026

 

Isnin, 2 Jun 2025

CINTA KERANA ALLAH || Ustaz Abd Muein

Ahad, 8 September 2024

Takut tanah dirampas, Perak lulus RM30 juta pembangunan kampung baru Cina


 Kalaulah Allah buat u macam Rajaq Ibn Haiwah dan dia Macam Omar bin Abd Aziz buat kami alangkah indahnya dunia  Perak hari ni... 

Kami yg😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 .   


 

Saturday, 21 February 2026

 

Monday, 21 October 2024

SS Dato' Dr Asri-Rasa Banyak Tapi Tak Cukup Joomlahh


Kita akan membayar semua itu satu masa nanti di depan Allah.

 



 

 

Thursday, 11 April 2024

Dalam Mengenangmu


 

 

Thursday, 27 March 2025

BERHATI2LAH TERHADAP KEHIDUPAN DUNIA,

 






 

Isnin, 30 Mac 2026

Jaga Baik-baik Amal Ini! Jangan Sampai Seharipun Meninggalkannya | Ustadz Khalid Basalamah

 


 

 

Ahad, 22 Februari 2026

Jus Delima dan khasiatnya yang menakjubkan untuk seluruh badan kita

 Artikel Sementara untuk makluman.

Jus Delima dan khasiatnya yang menakjubkan untuk seluruh badan kita.  Buah daripada pokok Punica granatum ini mengandungi hampir 30 miligram vitamin C, 40% daripada keperluan harian badan.


Kajian menunjukkan, jus delima dapat membantu mengurangkan inflamasi, meningkatkan kesihatan jantung dan baik untuk kulit.

Walaupun begitu, jus delima tidak boleh diambil secara keterlaluan. Moderasi dalam pengambilan sangat penting dan mengikut sukatan yang disarankan.

 

 

Khasiat delima merupakan sesuatu yang diakui oleh sains. Buah berwarna merah ini kaya dengan antoksidan dan vitamin seperti vitamin A, vitamin C dan vitamin E.

Malah, sifat anti viralnya juga membuatkan buah ini amat berkesan dalam meningkatkan imuniti badan.



7 Khasiat delima untuk tubuh badan kita

 

1. Buah delima kaya dengan antioksidan

Buah delima kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai polifenol. Ia dapat melindungi badan kita daripada radikal bebas.

Radikal bebas terbentuk disebabkan pendedahan terhadap matahari dan toksin di sekitar kita.

Malah, jus delima juga mempunyai kandungan anioksidan yang lebih tinggi berbanding jus buah yang lain. Antioksidannya juga 3 kali ganda lebih tinggi berbanding teh hijau!

Selain itu, khasiat delima juga dapat melindungi sel kita daripada kerosakan dan mengurangkan inflamasi.


2. Mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi

Jus buah delima mengandungi 40% keperluan vitamin C badan. Walau bagaimanapun, vitamin C boleh terlerai jika melalui proses pempasturan.

Jadi, pilihlah jus delima yang diperah terus dari buah. Jus ini mengandungi nutrisi yang paling banyak. Malah, rasanya juga sedap!

Jangan lupa, kurangkan juga gula dalam jus. Jika tidak, khasiatnya tidak akan dikira!

 3. Dapat mengelakkan kanser

Baru-baru ini, jus delima telah menggemparkan bidang perubatan.

Menurut satu kajian, bahan yang terkandung di dalam jus ini mampu menghentikan tumbesaran sel kanser prostat.

Walaupun banyak kajian yang dijalankan menemui keputusan yang hampir sama, masih banyak lagi kajian lain perlu dijalankan untuk mengetahui kesan sebenarnya terhadap kesihatan kita.

Tetapi, tidak salah bukan jika anda mengamalkan pengambilan jus delima setiap hari?

Bukan sahaja ia kaya dengan antioksidan dan vitamin, jus delima juga mungkin mampu melindungi anda daripada kanser!

 

 

4. Khasiat delima mampu mengurangkan Alzheimer

Tahap antioksidan di dalam jus delima juga didapati dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dan memastikan memori kita sentiasa kuat!

 

5. Membantu pencernaan

 Antara khasiat delima ialah ia boleh mengurangkan inflamasi di kawasan perut dan membantu proses pencernaan.

Malah, individu yang mempunyai penyakit Crohn dan masalah usus dapat menerima manfaat yang sangat banyak daripada pengambilan jus delima secara berkala.

Walau bagaimanapun, elakkan mengambil terlalu banyak jus delima kerana ia boleh menyebabkan cirit-birit.

 

 

6. Khasiat delima: Merendahkan tekanan darah

Cuba amalkan segelas jus delima setiap hari untuk merendahkan tekanan darah.

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Pharmacological Research, pengambilan jus delima juga amat bermanfaat untuk kesihatan jantung!

 

7. Jus delima mempunyai sifat anti viral

Buah delima juga mempunyai sifat anti viralnya yang tersendiri. Oleh sebab itu, ia mungkin berkesan dalam melawan jangkitan virus yang menyebabkan demam panas.

 

Kesan sampingan jus delima

Jus delima tidak berbahaya jika diambil secara sederhana. Namun, untuk individu dengan perut yang sensitif, anda tidak digalakkan untuk mengambil terlalu banyak jus ini.

Malah, ada juga individu yang mungkin alah terhadap jus delima. Antara tanda alahan ialah:

1) Gatal-gatal.
2) Bengkak.
3) Hidung berair.
4) Sukar bernafas.
Anafilaksis (reaksi alahan yang boleh membawa maut).
Jika anda mengandung atau sedang menyusukan anak, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat doktor jika ia selamat untuk anda.

Malah, ada juga individu yang akan sakit perut disebabkan buah delima. Salah satunya ialah cirit-birit.

Selain itu, akar dan batang pokok delima perlulah dielakkan kerana ia mungkin berbahaya jika diambil dalam jumlah yang banyak.

Oleh sebab itu, dapatkan konsultasi doktor sebelum mengambil jus delima. Ia juga boleh memberi reaksi negatif terhadap ubat-ubatan tertentu.

 

maat, 7 November 2025

M.Nasir - Suatu Masa - Official Music Video

 

Isnin, 23 Mac 2026

MGPerak: Sultan Nazrin, Tuanku Zara Berangkat Ke Majlis Hari Raya Peringkat Negeri

 

Ahad, 24 Mei 2026

Khai Bahar - Luluh (Official Music Video),



 

 

Sabtu, 15 Mac 2025

Biar Allah menggenggam hati kita,

Biar Allah menggenggam hati kita,

 

 

Wednesday, 26 November 2025

Ustadz Yazid Menahan Tangis sambil Menjelaskan Hadist Perjalanan Ruh Saat Kematian


SUKANYA DAKU USTAZ YANG TEGAS DALAM MENYAMPAIKAN ILMU
YA ROBB ,SEMOGA ROHNYA DIKUMPULKAN BERSAMA ORANG2 YANG SOLEH.

Rabu, 26 Ogos 2026

PENSIL ALIS, LIPSTIK, DAN CELAK: BOLEHKAH UNTUK WANITA? - Ustadz Ammi

 

 

Jumaat, 11 Julai 2025

Kenanganku dgn Ustaz Muhammad Nur, keponakan ku... ,

 



Tahniah anak keponakanku Muhammad Nur bin Abd Manaf berkhutbah di Masjid Kota Baru Gopeng Perak hari ini.  Mak cik tengok  gambar ni terus Mak Cik mengimbau Muhammad masa Mak Cik dan Abang Aley (Shahril)  hantar Muhammad puluhan tahun dulu masa Muhammad darjah satu masuk ke sekolah pondok di Matang rasanya tak salah Mak Cik untuk belajarTahfiz di pondok itu.

Masa Abang Ale letakkan barang2 Muhammad...
Mak Cik dah mula sedeh.  Masa Mak Cik peluk Muhammad dan Mak Cik ucap selamat belajar air mata Mak cik dah mula tergenang...

Saat bye bye tengok Muhammad kesaorangan menunggu kawan yang belum tiba, Mak Cik sedeh kerana di kegelapan petang itu Mak Cik lihat usangnya sekolah pondok yang Kak Emi dan Abang Manaf letakkan anak untuk belajar.  Baru darjah satu pulak tu.   Besar dan kuatnya jiwa Abg Manaf dan Kak Emi.  Hebat. Bagiku.

Daku bye bye dan terus mengalir air mata kesedihan hingga sampai ke Kamunting.  Sedeh sungguh masatu..Daku dah Cikgu mengajar di sekolah yang cantik,...betapa tak sedeh...
Akhirnya Muhammad berjaya juga dalam bidang Agama.  Menjadi Al Hafiz  dan Cikgu seperti Mak Cik tapi lagi hebat .  Cikgu Agama begitu juga Abang Aley . Tahniah. 
 Mak Cik tabik.

Tahniah Abg Manaf dan Kak Emi berjuangan mendidik mereka hingga berjaya.

Moga mereka terus memberi khidmat kepada Islam dan anak bangsa. 

 

Sabtu, 9 Mac 2024

Jaga lidah kita...


 

Wednesday, 7 January 2026

HUKUMAN YG PALING BERAT ORG YG BERBUAT DOSA,

 

Rabu, 7 Januari 2026

HUKUMAN YG PALING BERAT ORG YG BERBUAT DOSA,

Tuesday, 16 September 2025

Tuesday, 24 June 2025

Fadzilat kalimah "Laaillahaillallah",

 Fadzilat kalimah "Laaillahaillallah"

1) Laaillahaillallah..

(Nabi Musa pernah mintak Ya Rabb...ajarkan daku  satu kalimat saya boleh baca dan daku ingat

 padaMU..Allah menyebut kalimat itu ialah "Laaillahaillallah" 

. Wahai Tuhan kalimat  itu semua oranng tahu... Allah Jawab...Wahai Musa Kalau 7 petala langit

 dan penghuninya  dan 7 petala  buminya dan penghuninya dikumpulkan   dalam satu timbangan 

 dan di letakkan "Laaillahaillallah"  di timbangan yg sebelah berat lagi "Laaillahailllallah".

  Hadith Riwayat .Ibnu Hibban 


2)  Yang lebih memberatkan timbangan di akhirat nanti adalah ...akhlak yg mulia.  Akhlak baik. Ia di

 ukur pada  mulutnya.   Nabi kata Allah sangat benci pada orang yg jelik ucapannya.   Hadith Riwayat

Abu Daud dan Imam Ahmad.   Taat undang2 tak menyusahkan orang.  Berperangai baik...Berlapang

 dada.  Memandu perlu sopan dan taat kepada undang2.  Tak menyusahkan orang..


3) Banyakkan  tahmid dan tasbih. (Subhanallah Alhamdulillah..Alhamdulillah Allahhuakbar..)


4)  Bersuci itu setengah dpd iman ....Alhamdulillah memberatkan Iman.


Wahai Fatimah jangan tidur sebelum buat 4 perkara

1) Khatam Quran  ( Baca Surah al Ikhlas 3 kali. ) kerana satu surah adalah 1/3 daripada Al Quran. 

2) Dapatkan syafaat semua Nabi  syafaat pada hari akhirat...Selawat untuk ku dsan selawat 

semuanabi.

3) Kau jangan tidur selagi...kau tidak ampunkan semua orang.

4)   Banyakkan tasbih tahmid dan tahlil...itu sebagaiman dikau mengerjakan umrah.



Jumaat, 3 Oktober 2025

Ganas gila unta di Madinah

  Isnin, 2 Jun 2025 CINTA KERANA ALLAH || Ustaz Abd Muein Ahad, 8 September 2024 Takut tanah dirampas, Perak lulus RM30 juta pembangunan kam...