Home

Monday, 29 December 2025

The simple, rustic meal prepared by the young chef surprised the neighbors.

Fisioterafi hari ini berjalan lancar.

 Bangi. Isnin 29/12/25 Bersamaan 8 Rejab  1447


Gambar sebagai hiasan...


Salam.

Fisioterafi hari ini berjalan lancar.  Okey aja.  Appointment seterusnya Bulan Januari pulak.

Daku tak buka puasa pon. InsyaAllah daku boleh puasa.  Anakku kata jika mak nak buka anis belikan makanan.  Daku cakap daku boleh bertahan.  Anakku ingatkan jika daku boleh bertahan tak apa kerana esok akan berjalan jauh.  Trip 20 PD bimbang daku tak mampu.  Daku sayng posaku.  InsyaaAllah boleh.  Daku dulu jika trip ke mana2...10 awal Zulhijjah dalam perjalanan pon daku mampu InsyaaAllah.  Syukur pd Allah tempat daku sandarkan keindahan ini.  Allah beri kukuatan ini dgn izinnya jua. Aamiin. 

"Cantiknya kenangan, Daku Sayang dan Cinta anda kerana Allah"

 Bangi. Isnin 29/12/25 Bersamaan 8 Rejab  1447

Rabbku...Memang masa dah lama beralu.  Daku dah begini tua berbanding gambar ini .  Pada masa ini daku 45.  sekarang daku dah 67 tahun, going 2B 68 tahun dah  pada Mei 2026.  Eni, Eni..sebenarnya seronok kita menjadi tua.  Kita pulak dilayan seperti Puteri Raja.  Kalau dulu kita layan mereka , layanan emas ...hmmm sekarang kita pulak mendapat layanan begitu dari mereka...  Tq anakku. 

Kita kena pastikan juga rasa syukur dan terima kasih kita buat sesiapa sahaja yang bekeberadaan bersama kita hingga kini. Tq, kakak ku, Tq. abang2ku, adik2ku Tq anak2 saudaraku .Tq jugak cucu2 saudaraku.Tq jugak sahabat2ku dan kenalan2ku semua.    Daku sayang anda semua kerana Allah.  " Inni muhibbukum fillah"  Daku sayang Anda semua kerana Allah.  Daku hanya ada satu anak sahaja.  Orang lain mempunyai anak yang ramai sudah tentu..berganda2 keindahan yg mereka dapat.  Mahupon dari anak2 pon jugak cucu2 mereka.  Tahniah sahabatku semua.

 Ingatlah Nikmat Allah yang melimpah ini kita dapat dengan anugerahNya  jua.  Walaupon daku tak dapat banyak seperti orang lain daku tetap bersyukur.  Daku harapkan daku dapat memberi  " Kesyukuran yang Cantik" meski banyak mana kenikmatan yang Allah curahkan atas diri ini.  Rabbku... Eni letakkan "Sabarun Jamil " Eni letakkan "kesabaran yang cantik Rabbku". Ini semua milik anugerahMu.  Apa yang kau curahkan ini sangat2 daku nikmati dan dambakan.   Di samping "Sabarrun Jamil" daku juga letakkan "Syukran Jamil " Syukur yang cantik jugak.  Hi hi.  Tak terperinya Syukurku PadaMu Rabbku. Tambahan pula bila daku tahu daku disayangi. 

 Semua manusia sama.  Mereka semua dambakan kasih daripada sesiapa sahaja.  Terutama sekali Kasih Allah.  Kasih sejati. Terima kasih buat yang menyayangiku, mengingatiku...Menghadirkan diri buatku.   Semoga Kasih Sayang dan Cinta ini daku bawa bertemu Allah dan anda semua akan mendapat RahmatNya jua.  Aamiin..

Jumaat, 10 Mac 2017

Tersedar bahawa masa dah lama berlalu...


Masa itu juga makhlok...Masa ini dalam perjalanan  ke "Tobu World Square"  Dingin...seronok sangat2.


Bersama Nani dan Qurata Aini.  Nani adik  yang Baik.  Dah tak pernah berjumpa lagi dah...Masa makin lama berlalu..."  



Ini masa di " Shinrin Kuen" Hihi  seronok udara sejuk yg nyaman.  Daku tak akan dapat ini lagi dah melainkan kita kaya...Itupon belum tentu kerana kita dah begitu tua sekali sekareang ini...hihi..." 


Hi hi...Ini semasa pergi ke NHK...Tempat Kak Hindon Kerja.  Stadium ini telah terbina semasa daku masih kecil lagi.  



Daku dan Qurata Aini semasa di Shinreen Kuen.  Aini yg paling pandai bergaya.  
Manja selalu merajuk sampai terguling2 atas rumput2 di Shinreen Kuen itu.  Rumput  kering itu menjadi saksi... "Cantiknya kenangan".
Ini semua, adalah hadiahku buat mereka yang
 view cerita ini...TQ
" Daku Sayang dan Cinta anda kerana Allah" 

Sunday, 28 December 2025

28 Disember 2025 “40 HADIS ASPIRASI KEJAYAAN RASULULLAH” Ustaz Ahmad Al-...

 


Hebatnya mereka Ya Rabb...Mereka memperendahkan keinginan mereka.Ini jawapan nabi...
Allah taala lah yang meletakkan harga barang.
Nabi tak mahu balik berjumpa Allah dlm keadaan tidak jujur...
Kalau peniaga mula menipu...Boleh letak harga barang...

Kita kena menurunkan keinginan kita :  Kendurkan lah keinginan.
Nabi suka baca ayat dlm Qabliah Subuh: 

 Ayat ke 200 Surah Al Imran. Rakaat kedua.  
Rakaat Pertama 136 Surah Albaqarah...

Ayat itu ialah....

Ya Aiyuhallazi na amanu s biru wasso biru waroo bitu wattaqhullah huwaan lakum tuflihun...awal pagi.  Sebelum Subuh.

 Minta kpd Tuhan :  Wahai orang2 beriman sabarlah...dan jadikanlah sabar itu sifat kamu, waroobitu teguh wattaqhullah..teguhlah kepada Allah..Untuk umat akhir zaman tak ada cerita lain hanya cerita... kalau kita kurang sabar banyak benda kita akan buat dengan turutkan hawa nafsu dan shahwat kita  maka kita akan menggadai pendirian kita...kot2 manapon macam itu.

Sesiapa yang nak kebaikan akhirat maka keboleh pebdapatannya akan berkurang.  Siapa yang nak kan dunia maka peningkatan akhiratnya akan terganggu...Itu cerita akhir zaman.

Jadi cara dia ialah kendurkanlah keinginan...kawal syahwat supaya kita tak terperangkap dalam keadaan yang membingungkan dan menghairankan.  Sehingga kita jadi keliru..dan saya tak kata dia sorang ja dok macam tu...ramai lagi...orang yang merasai benda tu.  Nak jaga Agama ...kurang bahagian pendapatan dia.  Pendapatan okey ...Agama pulak terganggu...Agama yg saya maksudkan di sini ialah ibadatnya , solat nya dlm momentum baik...dan benda ini ialah realiti...bukan orang kerja dlm jawatan standard hatta orang yg kerja benda2 biasa...
Saya pernah jumpa satu orang Mak Cik tua tapi..dia mari kuliah saya...sekarang dia dah tak berniaga dah dia kata waktu dia gagah dan berniaga dulu...dia meniaga Nasi Kerabu Kelantan...Dia kan masak awal segala keperluan  ...Lebih 20 tahun tidak merasai nikmat solat Subuh.  Dia pernah solat dekat dengan tempat jual.  
Akhirnya dia kecilkan potionnya ...limitkan keinginannya:  mazhab kaup sebanyak mungkin menjejaskan ibadat dia....SIBUK...MAASYAALLAH. TAKUT YA RABB...ALHAMDULILLAH...BASIRAH MULAI HIDUP.  Tapi kita nak biarlah basirah itu awal dpd itu...
Balik kpd hadith ini:  Bilaman orang ansar datang, dia minta macam2 kpd Nabi...Apa yg membuatkan orang Ansar itu berperangai seperti itu?  Sebenarnya orang ansar ini ,bukan tabiuat dia orang begitu...bilamana dia orang tak cukup dia mudah meminta.  Mungkinlah Nabi itu sangat LUNAK dengan masyarakat di Madinah menyebabkan...mereka ini ada sikit tertipu dan macam nak mengambil kesempatan terhadap ""baiknya Nabi itu..
Tapi Nabi ini bukan membiarkan Umatnya hanyut...dia tetap mahu mengekalkan nilai ada pahala krepada orang Ansar itu.  Sebab itu Nabi beri peringatan itu.  Nabi kata:  "Siapa sahaja yang ada maruah diri dan nak jaga maruah diri...Tuhan akan jaga dia...akan Tuhan naikkan maruah diri dia...sapa2 yg nak jadi orang yg tak bergantung kepada orang...Allah Taala akan jadikan dia kuat utuk menghadapinya...sapa2 yg sabar.."SABARUL JAMIL"sABAR YG CANTIK. Tuhan akan beri dia kesabaran yg pling baik.  dan semua benda itu" Isfah, istighnaq, dlm sabar perlu latihan taoi belum tentu latihan itu menjadi punca menjamin 
kita akan dapat.  kerana Bilaman Tuhan rasa berkenan....Tuhan akan beri.
kepada orang yg buat benda itu(Tuhan aakan campak)

Kita tengok syarah m.s 68.   " Perbezaan antara individu yg mencapai kejayaan dgn lain terletak kepada kemahuan mereka untuk berubah.  Dlm hadith ini Nabi Muhammad SAW memberitahu kita bahawa cara semulajadi cara melakukan perubahan ialah"manusia sebagai titik asas untuk perubahan tersebut."  Yang naka menyebabkan diri kita berubah ialah diri kita sendiri,.  Keadaan sekeliling main peranan tapi dia tidaklah peranan utama.  Diri kita yg ada titik utama untuk berubah"TURNING POINT."  pada masa yg sama Allah Azzawajalla akan memberikan bantuan kepada mereka.  "Kita nak...maka allah Taala akan buka jalan" 

Sebab itu dalam Surah al Ankabut Tuhan sebut" Wallazi naja hadu fii na 
lanah dian nahum subu lana. innallah halamaal muhsinin" Semak ni
"Sapa2 yang bersungguh2 untuk ubah Kami  akan buka jalan dan Allah Taala bersama2 dgn orang2 yg sentiasa nak upgrade dirinya.' tinggal lagi kita nak ataupon tidak dan proses upgrade diri ini, dia mesti ada fasa jatuh, Tuan2 dan puan2 jangan bayang cerita nak buru syurga ,naka dapat...syurga tuhan ini  dia mesti tak pernah jatuh langsung...mesti ada cerita jatuh...mesti ada cerita kita terlalai...lita tergelincir...kiri kanan...kita
terjatuh...lepas tu bangkit balik..."bukanlah baca hadith ini tak boleh jatuh langsung...sebab selama yg Allah taala beri dlm hidup ini...benda itu lah yg akan berulang dalam hidup"  cuma satu..."Jangan pandang enteng dgn pemurahnya Tuhan sebab Allah Azzawajalla itu tahu apa yang ada dalam hati kita...kadang2...sebahagian kita mengambil kesempatan terhadap "PEMURAHNYA TUHAN DAN PENGAMPUNNYA TUHAN"  Dia buat ...dia jatuh...tak apa tuhan ampunkan kita...ni main2...
bukan betul2 nak mengubah hala tuju hidup...
Sesiapa yang mahukan kesederhanaan Allah  pasti berikan kepadanya.  Sesiapa yang mahu bersabar Allah taala pasti berikan kesabaran buatnya...begitulah setiap pengurusan kehidupan sama ada baik atau buruk...
Sebenarnya...semuanya bertitik tolak kepada sabar.  Mengeluh yg menyebabkan kita beralih perhatian...diantara kepenatan dan keluhan syaitan kan hganggu.  akhirnya dia penat..di tewas.  
Ingat segala kejatuhan adalah selepas 1000 kali kepenatan iblis...Dia goda beribu kali dah kita...Syaitan yang jahat dia jarang tidur...Hantu yg penat dia tidur?...yg tidur lena ialah manusia... kita tak  k mahu gagal.

Minit ke 41:34/ 57: 39.  REHAT...SYAITAN TAK REHAT ENI...DIA SEGAR JA...HA HA ..

Prof Dato Dr MAZA - Allah Mendengar, Allah Melihat, Beristiwa Di Atas Ar...

Prof Dato Dr MAZA - Krisis Politik: Antara Agama dan Kuasa

Prof Dato Dr MAZA - Saya Perlu Bercakap Benar, Sama Ada Istana Setuju At...

[LIVE] SUBUH: RAHSIA SOLAT MALAM TRERBONGKAR || 31 Jan 2026 @ Narathiwat...

NABI FIKIRKAN SETELAH 10 HARI PENAT BERHIJRAH...BAGAIMANA NAK SELAMATKAN ORANG. Anjuran Rasullah Salallahu alaihi Wasalam ﷺ 1. Sebarkan Sal...