Home

Saturday, 28 November 2026

 

riday, 6 November 2026

 




@GhulamAlDakwah​​📚🖋ibrah Surah al Mukminun ayat 103....
@GhulamAlDakwah​​📌Ketika di dunia, golongan ini sering mengutamakan hawa nafsu, melanggar perintah Allah, serta mendustakan ayat²Nya,
@GhulamAlDakwah​​menyebab kan amal kebaikan mereka tidak bernilai atau tidak cukup berat di atas Mizan (timbangan).
@GhulamAlDakwah​​📌Penyesalan yang terlambat kerana lalai dalam mengurusjan masa dimana di akhirat nanti, tiada lagi pertalian keluarga atau nasab yang boleh menyelamatkan seseorang,
@khairunnisakamarudin3625​​Assalamualaikum ustaz, team GAD and sahabat tadabbur 🤲
@GhulamAlDakwah​​dan penyesalan di dalam neraka Jahannam tidak lagi berguna.
@GhulamAlDakwah​​📌Ayat ini menjadi satu bentuk ketakutan yang menggerunkan (takhwif) agar orang yang beriman tidak terlalu berasa selesa (uzub atau terlalu yakin), sentiasa memeriksa keikhlasan amal,
@GhulamAlDakwah​​ serta segera bertaubat nasuha jika pernah melakukan kemaksiatan.
@GhulamAlDakwah​​PENGAJARAN AL-MUKMINUN 23:103
@GhulamAlDakwah​​1) Manusia yang paling rugi di akhirat ialah orang yang amal solehnya ringan dan sedikit dibanding dengan amal yang buruk.
@GhulamAlDakwah​​2) Musibah yang paling besar bagi manusia ialah apabila tidak menggunakan nikmat masa yang kosong dan Kesihatan untuk memperbanyakkan amal soleh yang menyebabkannya dicampak ke dalam neraka dan kekal.
@chemaznah9739​​Alhamdulillah. TQ UAM & GAD. Ilmu yg sgt bermafaat. Aamiin
@khairunnisakamarudin3625​​pendustaan yg plg bsr ialah mendustakan ayat2 Quran
@GhulamAlDakwah​​📚🖋ibrah Surah al Mukminun ayat 104....
@GhulamAlDakwah​​📌Gambaran kaliḥun (muka yang terbakar hingga nampak rahang dan kulit terkelupas) menunjukkan betapa ngerinya siksaan bagi mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah semasa di dunia..
@GhulamAlDakwah​​Allah nelihat pada amalan seseorang dan bukan pada rupa parasnya.
@GhulamAlDakwah​​📌Keadaan orang yang telah mati berada di alam barzakh (dinding pemisah) dan tidak sama sekali dapat kembali ke dunia untuk memperbaiki amal.
@GhulamAlDakwah​​Ini menolak sebarang kepercayaan khurafat bahawa roh orang yang telah meninggal dunia boleh kembali ke alam nyata.
@GhulamAlDakwah​​📌Apabila sangkakala ditiup dan hari kebangkitan berlaku, hubungan nasab atau pertalian keluarga tidak lagi berguna; setiap jiwa hanya dinilai berdasarkan berat atau ringannya amalan masing-masing.
@GhulamAlDakwah​​📌Pentingnya persediaan amal dengan memperbanyakkan amal soleh agar timbangan kebaikan menjadi berat, serta menjauhi perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah.
@muhammadfaizuddin3801​​jgn bersangka buruk dgn allah
@GhulamAlDakwah​​PENGAJARAN AL-MUKMINUN 23:104
@GhulamAlDakwah​​1) Allah tidak melihat kepada rupa paras manusia dan bentuk badannya tetapi Allah melihat kepada hatinya dan amalannya.
@GhulamAlDakwah​​2) Ada orang yang mukanya tidak cantik di dunia tetapi bertukar menjadi cantik dan berseri-seri di akhirat apabila dia membawa hati yang bersih dan amal soleh di hadapan Allah.
@GhulamAlDakwah​​3) Ada orang yang mukanya cantik dan hensem di dunia tetapi di akhirat bertukar menjadi hodoh apabila masanya tidak dihabiskan untuk memperbanyak dan memperelokkan amal soleh,
@GhulamAlDakwah​​ sebaliknya dihabiskan masanya untuk menjaga muka dan badannya.
@GhulamAlDakwah​​📚🖋ibrah Surah al Mukminun ayat 105....
@GhulamAlDakwah​​📌Di akhirat kelak, setiap manusia akan disoal tentang Al-Quran dan wahyu yang pernah sampai kepada mereka semasa di dunia.
@GhulamAlDakwah​​📌Bahaya mendustakan agama dengan berterusan menolak, memperlekeh, atau mendustakan ayat² Allah akan membawa penyesalan yang besar dan tidak berguna lagi bertaubat di hari pembalasan.
@GhulamAlDakwah​​📌Pengajaran ini menuntut manusia supaya segera kembali taat, mengikuti petunjuk Al-Quran dan ittiba' sunnah Nabi s a.w.
@GhulamAlDakwah​​ dan meninggalkan sikap sombong terhadap hukum Tuhan sebelum pintu taubat tertutup.
@GhulamAlDakwah​​PENGAJARAN AL-MUKMINUN 23:105
@GhulamAlDakwah​​1) Keadilan Allah iaitu Allah tidak akan mengazab manusia di akhirat melainkan setelah ayat-ayat Allah telah dibaca kepada mereka dan mereka memahaminya tetapi mereka menolaknya.
@GhulamAlDakwah​​2) Pendustaan yang paling besar ialah mendustakan ayat-ayat Al-Quran dan ia boleh berlaku dengan cara tidak mempelajarinya dan tidak beramal dengan ajaranNya.
@raykhaima4089​​Wa'alaikumusalam wbt
@MuhammadThaqif-s9y​​Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh semua pelajar, dan team media ghulam al dakwah yang dirahmati Allah
@GhulamAlDakwah​​📚🖋ibrah Surah al Mukminun ayat 106....
@GhulamAlDakwah​​📌Ayat ini menunjukkan bagaimana manusia yang kalah dengan godaan dunia dan menurut kan hawa nafsu akhirnya menyesal ketika azab neraka menimpa mereka.
@GhulamAlDakwah​​📌Penghuni neraka menjawap dan mengakui kesilapan dan kesesatan mereka di hadapan Allah s.w.t. tetapi pengakuan di akhirat sudah tidak lagi berguna untuk mengubah takdir
@GhulamAlDakwah​​(mereka menyalahkan takdir) untuk melepaskan mereka daripada seksaan..yang suka mrenyalahkan takdir ialah kaum kafir.
@GhulamAlDakwah​​📌 Menjadi pengajaran penting agar manusia sentiasa bermuhasabah diri, mengikuti panduan rasul dan kitab suci,
@GhulamAlDakwah​​ serta tidak membiarkan diri dikuasai hawa nafsu dan keburukan sewaktu masih diberi peluang di dunia.
@GhulamAlDakwah​​PENGAJARAN AL-MUKMINUN 23:106
@GhulamAlDakwah​​1) Apabila manusia jauh daripada al-Quran maka pastilah nafsu dan keseronokan hidup akan menguasai hidup manusia yang akhirnya menyesatkannya dan mencampakkannya ke dalam neraka.
@GhulamAlDakwah​​2) Hanya ayat-ayat al-Quran yang boleh memandu dan membimbing manusia ke jalan Hidayat dan seterusnya ke syurga Allah.
@GhulamAlDakwah​​ 🔥 Surah Al-An‘am: 28 — Kalau Diberi Peluang Kedua? Allah berfirman: بَلْ بَدَا لَهُمْ مَا كَانُوا يُخْفُونَ مِنْ قَبْلُ ۖ وَلَوْ رُدُّوا لَعَادُوا لِمَا نُهُوا عَنْهُ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
@GhulamAlDakwah​​Maksud: “Bahkan telah nyata kepada mereka apa yang dahulu mereka sembunyikan; dan sekiranya mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, nescaya mereka akan kembali
@GhulamAlDakwah​​melakukan apa yang telah dilarang kepada mereka. Dan sesungguhnya mereka benar-benar berdusta.”---
@GhulamAlDakwah​​😨 Bayangkan Keadaan Mereka ... Mereka sudah:Mati ↓ Melihat akhirat ↓ Melihat azab ↓ Menyesal ↓ Merayu kepada Allah ↓ Mahu kembali ke duniaKita mungkin menyangka:
@GhulamAlDakwah​​“Kalau seseorang sudah nampak neraka dengan mata sendiri, kalau Allah beri peluang kedua, mesti dia berubah!”Tetapi Allah berfirman: لَعَادُوا “Nescaya mereka akan kembali.”
@GhulamAlDakwah​​Kembali kepada apa? لِمَا نُهُوا عَنْهُ “Kepada perkara yang mereka telah dilarang.”---
@GhulamAlDakwah​​🫀 Betapa Sukarnya Hati Untuk Berubah ... Ini menunjukkan sesuatu yang menakutkan: Melihat azab sahaja belum tentu menghasilkan perubahan kekal jika hati sudah terlalu keras
@GhulamAlDakwah​​dan terbiasa dengan kedegilan.Sebab itu jangan tunggu: “Nanti bila aku sakit aku berubah.” “Nanti bila tua aku berubah.” “Nanti kalau Allah beri ujian, aku berubah.”Tidak ada jaminan.
@GhulamAlDakwah​​Perubahan perlu dimulakan ketika hati masih boleh menerima peringatan.---
@GhulamAlDakwah​​🌧 Musibah Tidak Semestinya Menghasilkan Hidayah ... Kita kadang-kadang menyangka: “Kalau Allah uji dia kuat sedikit, mesti dia berubah.”Tidak semestinya.Ada orang:Sakit → berubah.
@GhulamAlDakwah​​Tetapi ada:Sakit → sembuh → kembali bermaksiat.Ada:Kemalangan → berubah.Tetapi ada:Kemalangan → beberapa bulan kemudian kembali seperti dahulu.Ada:Hilang harta → kembali kepada Allah.
@GhulamAlDakwah​​Tetapi ada:Hilang harta → semakin jauh daripada Allah. Kesimpulan Musibah ialah peringatan, tetapi hati tetap perlu menerima peringatan tersebut.--- 🔗 Hubungan Ayat 74 → Ayat 75

  Tuesday, 7 July 2026   Rabu, 3 Jun 2026   Wednesday, 27 May 2026   Sunday, 19 April 2026 Solat... Pikiran melayang... Ini kata Rasulullah ...