Home

Saturday, 6 June 2026

 

Friday, 8 May 2026

 

Selasa, 20 Januari 2026

 

Friday, 9 January 2026

 

Thursday, 28 August 2025

Golongan Yang Dihalau Dari Telaga Nabi SAW | Bukan Semua Perkara Ghaib N...

Friday, 5 June 2026

 

Fudhail bin 'Iyadh dilahirkan pada tahun 105 H . Fudhail Bin Iyadh: Dari Perompak Menjadi Ulama.

 Fudhail bin 'Iyadh dilahirkan pada tahun 105 H di bandar Samarkan dan membesar di kota Abyurd. Beliau digelar sebagai Abidul Al-Haramain kerana teguhnya berbuat ibadah di dua tanah suci iaitu di kota Makkah dan Madinah. Kata al-Mizzi bahawa Fudhail adalah seorang orang soleh dan orang yang sangat kuat beribadah.30 Oct 2023



Siapa tidak kenal seorang ulama kibar tabi’in yang begitu hebat dengan alim, zuhud dan wara’nya. Fudhail bin Iyadh atau nama penuhnya Abu Ali al-Fudhail ibn Iyad ibn Mas’ud ibn Basyar al-Tamimi al-Yarbu’I al-Khurasani adalah seorang ulama yang lahir di Kota Samarqand.

Bukan calang-calang orangnya sehingga digelar sebagai Abidul Al-Haramain kerana teguhnya berbuat ibadah di dua tanah suci iaitu Kota Mekah dan Madinah. Kata al-Mizzi bahawa Fudhail adalah seorang orang soleh dan orang yang sangat kuat beribadah. Manakala Imam Al-Dzahabi mengatakan bahawa beliau merupakan seorang yang zuhud, kuat hafalannya, dan disepakati keterpecayaan dan kemuliaannya.

Namun siapa sangka di sebalik kehebatannya ada suatu kisah yang mengangkat martabatnya daripada seorang per0mpak yang hina menjadi ulama yang masyhur dan mulia. Bahkan beliau tersangat masyhur atas sebab kisah taubatnya. Sesungguhnya Fudhail dahulunya adalah seorang per0mpak dan penyamun jalanan yang menyamun di antara Abiyut dan Syarhaz.

Suatu hari, beliau terpikat dengan seorang gadis yang cantik sehingga menyebabkan beliau sanggup memanjat tembok untuk melihat gadis tersbut. Tatkala itu beliau terdengar satu ayat al-Quran yang menggetarkan hati dan jiwanya sehingga datang satu perasaan insaf di dalam kalbunya.

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang ke atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Al Hadid:16).

Maka siapa sangka, ayat ini menjentik hatinya sehingga hidayah benar-benar mula bermesra di dalam hatinya sehingga keinginan bertaubat sudah mula bermain di jiwa. Al-Maqdisi menyebutkan bahawa Fudhail berkata, “Benar, sesungguhnya demi Allah, inilah saat yang telah tiba untukku bertaubat” lalu dia beransur pulang.

Dalam perjalanan pulang itu Fudhail mendapati satu kafilah sedang beristirehat di waktu malam. Lalu Fudhail terdengar sebahagian mereka berkata, “Marilah kita singgah di desa ini kerana kalau kita melanjutkan perjalanan, sudah tentu kita akan dirompak oleh penyamun yang terkenal bernama Fudhail.”

Al-Maqdisi berkata bahawa mendengar perkataan itu, maka gementarlah hati Fudhail kerana dia sendiri tidak menyangka bahawa sampai ke tahap itu kafilah merasa gusar akan dirinya. Lalu dia berkata, “Wahai kafilah, akulah Fudhail, berlalulah! Demi Allah, aku berusaha sekuat tenagaku untuk tidak berbuat maksiat kepada Allah selamanya”.

Sejurus itu beliau lantas berdoa kepada Allah SWT “Ya Allah, sekarang aku telah bertaubat kepada-Mu dan aku jadikan taubat aku ini dengan tinggal di Baitullah al-Haram.”

Bermula dari situlah Fudhail bertaubat dengan sesungguhnya dan mula mendalami ilmu agama daripada ramai tokoh ketika itu seperti Jaafar al-Saadiq, Sufyan al-Tsauri, Al-A’masy dan Mansur ibn Mu’tamar.

Benar-benar ayat al-Quran itu menjentik hatinya sehingga menjadi hamba yang sangat takut kepada Allah dan kuat beribadah terutamanya di Mekah dan Madinah. Ishaq bin Ibrahim At-Tabari menukilkan bahawa, “aku tidak pernah melihat seorang yang mempunyai perasaan khauf (takut kepada Allah) dan pemurah kepada manusia selain Fudhail bin Iyadh. Al-Quran benar menyentuh hatinya dan tatkala melewati bacaan ayat-ayat tentang syurga maka beliau mengulang-ulangnya dan memohon syurga kepada-Nya.”

Setelah bertaubat, beliau bekerja menguruskan air menggunakan seekor unta dan kemudian menjual air tersebut untuk menyara dirinya dan keluarga serta hidup dalam keadaan yang sangat sederhana. Fudhail akhirnya meninggal dunia pada tahun 186 hijrah sepertimana dikatakan oleh Al-Madini dan Bukhari serta meninggal pada usia 80 tahun.

“Kosongkan jiwamu untuk sedih dan takut supaya kedua perasaan itu dapat bersarang di dalamnya. Apabila sedih dan takut bersarang dihatimu, ketahuilah keduanya akan membentengi dirimu daripada melakukan maksiat dan menjauhkan dirimu dari api neraka.” – Fudhail Bin Iyadh

RUJUKAN:

Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, Kitab At-Tawabbin.

Abu Faiz Sholahuddin Bin Mudasim, Fudhail Bin Iyadh: Ahli Ibadah Di Dua Tanah Suci.

 


Surah Hud ayat 112...
Soal Istiqamah...

  Fudhail bin 'Iyadh dilahirkan pada tahun 105 H di bandar Samarkan dan membesar di kota Abyurd. Beliau digelar sebagai Abidul Al-Haramain kerana teguhnya berbuat ibadah di dua tanah suci iaitu di kota Makkah dan Madinah. Kata al-Mizzi bahawa Fudhail adalah seorang orang soleh dan orang yang sangat kuat beribadah.30 Oct 2023


 


Lelaki adalah pemimpin bagi wanita.  allah bagi kurnia sebahagian mereka atas sebahagian yg lain.  Mereka bagi nafkah ke atas isteri.  Wanita solehah menjaga harta apa yang suami berikan dan jika mereka derhaka nasihati mereka maka tinggalkanlah tempat tidur mereka.  Jika mereka mentaati kamu maka jangan lah kami mencari2 kesalahan mereka.
Jadilah lelaki yang baik wahai lelaki. Kerana anda pomimpin bagi perempuan / isterimu.
Tidak sama lelaki dan perempuan ...Berbezanya lelaki dan wanita.  Kepala rumah tangga adalah lelaki yang mengurus wanita.  Pemimpin adalah lelaki. Yg menjadi Imam adalah lelaki bukan perempuan.

Sahabat beritahu Rasul dia berkata ...Di  Persia itu di pimpin oleh seorang wanita.  Kata Rasulullah Tidak akan bahagia pemimpin itu dari kalagan wanita.  Semua pemimpin itu lelaki. Wanita tidak di benarkan menjadi pemimpin .  Berumahtangga itu bukan suami ada yang di atur oleh isterinya. Adapon wanita juga pemmpin ...mengatur anak2nya dan urusan rumahtangga.  Dia juga akan di tanya oleh Allah bagaimana dia mengurus kan anak2nya.  Sudahkah anak2nya menutup aurat belajar agama dan lain2.
Pemimpin dlm rumah tangga wajib di taati. Lelaki engkaulah pemimpin dalam satu rumah tangga.
Di tekankan yg mengurus usaha ., dagang, rumah tangga.  Kesian dia mengurus sesuatu dgn menjadi pemimpin keluar rumahnya.  
Lelaki pemimpoin bagi wanita dlm semua hal. Terima lah hukum Allah.  Yang Allah tetapkan.  Secara Umum lelaki adalah yg Utama dlm rumahtangga. 
Fatimah binti Muhammad , Khadijah Khuwailid, Asiah isteri firaun ...Mereka adalah di janjikan syurga.  Lelaki mempunyai kedudukan yg lebih tinggi dari wanita.  Allah maha gagah dan Allah maha
Tinggi .
lelaki akan berdosa jika tidak mencari nafkah.
Maka ketika pernikahan yg wajib membayar mahar itu Lelaki. 
Wanita di nasihatkan bersyukur dan qanaah (merasa puas terhadap apa yang suami berikan)  Jika mereka merasa tidak cukup akan suaminya maka Allah tidak akan melihat kepada Isterinya.
Wajib si suami mencari nafkah...wajib isteri mensyukuri. 

Nabi menganjurkan suami bertangguingjawab terhadap isteri.  Itu ganjarannya besar. Satu dinar menafkah untuk keluarga dan satu dinar sedekah...Lebih besar satu dinar untuk menafkahkan keluarga.

Bagaimana wanita solehah itu.  Wanita yg melakukan amalan yg soleh..."Khoonitat"  Wanita yg taat kepada Allah dan Taat kepada suaminya."  Taat kepada suami itu wajib.  Jalan menuju syurga.  Kewajipan terbesar setelah taat kepada Allah.

Lelaki berat tanggungjawab
Jihad nya wanita, Haji dan Umrah,,solat 5 waktu puasa ramadan dan taat pada suami ...jaminan syurga.  Senangkan tugas wanita.

Rasullah kata "Apabila wanita solat 5 waktu,puasa bulan ramadhan ,jaga maruah diri jaga kehormatannya, taat pada suaminya
Maka dia akan masuk syurga dari pintu mana yang dia kehendaki."  

Jangan mengeluh tentang suami..
Rasulullah kata perhatikan diri kamu kerana SUAMI KAMU ITU SYURGA KAMU DAN NERAKA KAMU" 
DENGAN ITU TAATLAH KERANA DIA AKAN MASUK SYURGA.

Ciri wanita solehah.
Dia jaga dirinya saat suaminya tiada.
Jika suaminya tiada dia perlu menjaga kehormatannya...menutup aurat dgn benar..menjaga auratnya ,pakaiannya, rumahtangganya, 
Jangan bercakap denganlelaki lain .  ianya berdosa dalan syariat Islam" 

Tak boleh keluar rumah... Diam di rumah kalian jangan kalian terrdedah seperti wanita Jahiliah...Sesugguhnya Allah 
Umahatul mukminin adalah ahlul bait.
Ahlil bait tidak keluar dari rumah mereka. Jika ada keperluan mereka keluar dgn penuh syariat.

Rumah merupakan tempat wanita menutup auratnya.  
Wanita adalah aurat jika dia keluar dari rumahnya dia diiringi dgn syaitan.  Wanita2 yang kamu khuatirkandurhaka(Nusyuz) nasihati mereka.. Ngak mahu menutup aurat...nasihati,  jika tak mahui piosahkan tempat tidur tidak campur...tidak bisa juga pukullah dia.  ikut syariat...Apabila mereka taati kalian maka janganlah kamu mencari2 jalan untuk menyusahkan mereka.  Ingat ni suami Islam semua.

Untuk sama dengan kamu mencukupi suami .Ingat tu. 
Jangan menuntut lebih2.
Tabiat mereka ini tak mungkin lurus selamanya. 
Dia tidak akan mungkin terus sama dgn kamu selamanya...Nasihat sentiasa.  Jangan kamu jemu2 wahai lelaki.  Lelaki itu di cipta dari tulang rudukl yang bengkok.  Tidak bisa dia lurus sentiasa.  Jika dia sudah menurut.  
Kira okey dah.  Ingat tu lelaki!

Kebanyakan suami itu tetap akan ikut suaminya.  Dia kan kurang agamanya...ilmunya...kan wanita itu terbentuk dari tulang rusuk yang bengkok.  Tapi jangan tidak tahu bahawa dia bisa mengalahkan lelaki2 yang paling pintar. Hati2 kepada tipu daya wanita.  IniQuran sebut. 
Tipu daya wanita itu lagi hebat dpd tipu daya shaitan.  Waspada selalu...

Lelaki belm meninggal dah mintak harta...ada yang macam ni tau tak ...hihi. Terus bagi nasihat.  Terus Ibadat kepada allah.  Kita ingin Hudsnulkhiotimah.
Setiap akghir ayat mempunyai perkataan yg penting.
Allah maha tinggi, maha besar..Jangan kamu kasari isterimu..berlakulah lemah lembut kepada isterimu cara yang baik.  Jika ini di laksanakan Allah akan berikan SAKINAH MAWARDAH DLM RUMAH TANGGA.
Sayangi mereka.  Salaing membantu. Nasihat dgn cara yg baik.
Banyak memaafkan wanita. 

Jika kamu khuatir kesejahteraan..maka putuslah satu hakim dlm rumahtangga...Sesungguhnya allah maha mengetahui maha meneliti.  Jangan adukan masaalah mu kepada orang lain selesaikan sama2 dan doakan agar berikan taufiq.  Islam mengajkarkan begitu.  Selesaikan bersam dan berdoa kepada Allah saling mengalah.  Isteri minta maaf ,suami juga minta maaf.  

Berrsyukur itu minta maaf.
Mahukan aku khabarkan kepadsa kamu wanita ahli syurga
1)Al wadud-  yang sayang kepada suami dan anak2.
2) al walud- wanita yang banyak anaknya.
3) a'aud- rajin minta maaf kepada suaminya.Dia berkata aku tak bisa tidur sampai suaminya ridho.

Wahai lelaki syukurlah banyak2  jika rumahtanggamu telah ada mawardah warahmah. Bertenteramlan dengannya sahabatku semua.
Seronoknya engkau kan.! Tahniah.

 

Jumaat, 26 Disember 2025

WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY



 WASIAT RASULLULLAH KEPADA ABI DZAR AL GIFFARY

Abi Dzar Al-Gifarry adalah seorang sahabat Rasullullah SAW yang terdekat dan amat mesra dengan beliau. Ia menyebut Rasullullah lain dari sahabat lain, menyebut beliau dengan sebutan "khalilie" (sahabatku yang akrab).

 Abi Dzar menonjol dalam keikhlasannya berjuang, dan sangat cinta dan sayang kepada kaum fakir miskin, dan kerana itu ia sering disebut Bapak kaum fakir-miskin, dan ada pula ia digelari orang sebagai Bapak Sosialis Islam. Ia tidak kenal kompromi dalam membela kebenaran dan menghancurkan kebatilan dari manapun juga datangnya. Ia beroposisi kepada Khalifah Usman bin Affan kerana dipandangnya pemerintah di kala itu royal dengan wang negara untuk kepentingan klient dan famili golongan yang berkuasa. 

Kepada Khalifah Usman ia berkata; " Beri khabarlah orang2 yang menumpuk harta benda ini dengan api neraka yang membakar!" dan kemudian dia susuli dengan membaca firman Allah: " Dan orang -orang yang menumpuk emas dan perak dan ia tidak nafkahkan dijalan Allah, maka peringatkanlah, bahawa mereka akan menderita azab yang sangat pedih! ( Al-Quran, Surat At-Taubat ayat 34 )

Kerana sikapnya yang redikal dan tidak kenal kompromi itu, pemerintahan Usman takut kepadanya kerana pengaruhnya yang besar kepada umat sebagai sahabat Nabi yang terpecaya. 

Usman membuangnya ke Syria yang waktu itu diperintah oleh Gabenor Muawiah yang terkenal korup itu. Di sana sikap Abi Dzar tetap seperti sedia kala, menyampaikan dakwahnya dengan peringatan-peringatan yang keras

 Ayat-ayat yang dibacanya kepada Usman dibacanya pula terhadap Muawiah bin Abi Sufyan itu. Gabenor Muawiah menyogoknya dengan wang, tetapi Abi Dzar tidak mempan untuk diperlakukan demikian itu. Ia tetap berbicara di depan umum sesuai dengan fungsinya sebagai Ulama, yakni menyatakan kebenaran dimana sahaja, kapan saja tanpa terpengaruh dengan kondisi dan situasi.  

Dan sebagai waratsatul Anbiya', dengan segala keberanian dan kejujurannya yang menonjol, Abi Dzar berkata pada penguasa waktu itu:" Sekiranya kamu meletakkan pedang terhunus di leherku untuk mencegah aku dari mengucapkan kata-kata yang pernah aku terima dari Nabi SAW nescaya aku akan terus juga bicara walaupun leherku akan putus.

 

Sabtu, 6 Jun 2026

 

Ahad, 18 Mei 2025

Franciska Peters: Sekadar di Pinggiran.

  Tatacara Solat Musafir dan Sujud Sahwi Tuk d semak lagi... Musafir itu di beri beberapa keistimewaan 1) Boleh solat Qasar dan Jamak solat....