Home

Thursday, 3 September 2026

 

aturday, 13 September 2025

Buah nona belakang daporku telah berbuah. Buah ni mempunyai khasiat yan...

  

Kenanganku.
Ini adalah buah Nona Tradisi.  Nona biasa.  Ada sejenis lagi Nona , namanya Nosa Srikaya.  Nama saintifiknya tah daku tak pasti sangat.  Daku suka sangat dengan nona ini ianya manis dan berkrim.  Ini adalah nona yang kami masa kecil2 dulu panjat pokoknya.  Budak2 perempuan masa tu pandai panjat pokok begitulah aku.  Kenangan ini sangat manis.  Panjat pokok Nona, pokok asam limau pak , pokok ceri, pokok mempelam..dan pokok2 yang sederhana tinggi...Kami panjat...hihi...kelakarnya kami masa kecil. 

MaasyaaAllah . Adikku Ariffin ambil biji benihnya dari rumah Fuad anak Pak Cik Muhammad...Guru agama yang popular satu masa dulu di Lenggong dan dihormati.  Moga Arwah PakCik tenteram dan tenang di sana bersama orang2 yang soleh... Aamiin.

Tiba2 daku tengok kat Google TV , youtube daku keluar.  daku rasa sangat kelakar...You tube tu daku bikin untuk meyakinkan anak2 saudara kusupaya mereka buat youtube. Daku nak buktikan untuk dapat capai 1000 subscriber bukan susah sangat.  Mereka tak berminat pon ...Daku tak boleh marah sebab mereka dengan cara mereka ..tiba2 bila mereka dah habis belajar program mereka melibatkan bikinan video macam daku buat kena pos kat youtube...Barulah .." Mak Cik tolong tengok abang punya you tube tu...Mak Cik komen tau.."  Ha ha ha,....akhirnya....

Daku update.  Sekarang daku tak galakkan orang buat you tube buat duit bilamana daku lihat pada you tube daku mereka letak iklan2 yang merapu dan jika di fikirkan ianya khilaf .  Jadi kita ikut hukum sebarang yang khilaf kita tinggalkan .  Lebih dpd rempuh juga.  Syukur Rabbku anak2 keponakanku tak buat jika mereka buat aku tak sudah akan menanggung penyesalan tak sudah  Jadi, kesimpulannya "  Carilah rezeki dari pada sumber2 yang halal semata"  Khas buat anak2 saudaraku dan anak2 muridku.'  Daku pulak  tak menyesal buat supaya orang boleh share dan masak ikut resepi cara kami orang kampong.  Bye bye. 

Syarah Hadis #25 (Hadis 40 Imam Nawawi) PART 2.

  TASBIH, TAKBIR, TAHMID & TAHLIL Maka kita telah jelaskan maksud sadaqah yang sebenarnya iaitu membenarkan iman kita. Jadi ia bukanlah ...