Home

Wednesday, 9 September 2026

 

@GhulamAlDakwah​​Huraian surah al hajj : 18 ... Tidakkah kamu mengetahui bahawa segala makhluk yang ada di langit dan di bumi, semuanya tunduk taat, sujud kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa!
@GhulamAlDakwah​​Ini termasuklah secara khusus apa yang pernah disembah oleh orang-orang kafir seperti matahari dan bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang,
@GhulamAlDakwah​​serta ramai dari kalangan manusia yang sujud kepada Allah SWT dengan taat dan ikhlas. ... Kecuali DUA kumpulan yang tidak mahu sujud kepada Allah SWT
@GhulamAlDakwah​​dan mengakui Rasulullah SAW itu nabi, iaitu kumpulan yang derhaka dari kumpulan jin dan manusia. ... Maka manusia dan jin begini yang berhak ditimpakan azab kerana kekufuran dan keingkaran mereka.
@GhulamAlDakwah​​Maka ingatlah sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh kemuliaan daripada sesiapapun di atas dan ini apatah lagi di all kelak. ...
@GhulamAlDakwah​​Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkan-Nya.
@GhulamAlDakwah​​Kaitan ayat : ... ظَهَرَ الْفَسَادُ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ اَيْدِى النَّاسِ لِيُذِيْقَهُمْ بَعْضَ الَّذِيْ عَمِلُوْا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ ٤١




@GhulamAlDakwah​​Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia. (Melalui hal itu) Allah membuat mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali
@GhulamAlDakwah​​(ke jalan yang benar). ... Surah Rum : ayat 41 ... Allah SWT menyatakan telah berlaku pelbagai kerosakan seperti kemarau, banjir taufan, pokok-pokok tidak bertuah,
@GhulamAlDakwah​​sama ada di atas darat atau lautan adalah kerana akibat perbuatan buruk manusia. ... Allah nyatakan semua ini kerana perbuatan syirik dan maksiat manusia, supaya mereka insaf bertaubat
@GhulamAlDakwah​​dan tidak sombong. ... Kesan maksiat dan derhaka atas bumi ini Allah mahu supaya kita buka dan celik mata lihat ambil iktibar. Supaya manusia insaf dan bertaubat, muhasabah diri.
@GhulamAlDakwah​​Surah al-Mujādilah 58:11 ... يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
@GhulamAlDakwah​​“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa yang kamu kerjakan.”
@GhulamAlDakwah​​🌱 Tadabbur: Siapa yang Allah angkat? ... Ayat ini menggunakan perkataan: يَرْفَعِ اللَّهُ “Allah meninggikan…”Inilah manifestasi Ar-Rāfi‘ — Yang Maha Meninggikan.
@GhulamAlDakwah​​Tetapi perhatikan: Allah tidak mengatakan bahawa Dia mengangkat orang yang kaya, terkenal, berjawatan atau berpengaruh. ...
@GhulamAlDakwah​​Allah menyebut:الَّذِينَ آمَنُوا — orang-orang yang berimanوَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ — orang-orang yang diberikan ilmu.
@GhulamAlDakwah​​Ini menunjukkan bahawa ketinggian yang paling bernilai ialah ketinggian iman dan ilmu.

@GhulamAlDakwah​​1. Ilmu dan iman Dalil al Mujadalah ayat 11👇
@GhulamAlDakwah​​يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِذَا قِيْلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوْا فِى الْمَجٰلِسِ فَافْسَحُوْا يَفْسَحِ اللّٰهُ لَكُمْۚ وَاِذَا قِيْلَ انْشُزُوْا فَانْشُزُوْا يَرْفَعِ اللّٰهُ
@GhulamAlDakwah​​الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا مِنْكُمْۙ وَالَّذِيْنَ اُوْتُوا الْعِلْمَ دَرَجٰتٍۗ وَاللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ خَبِيْرٌ ١١
@GhulamAlDakwah​​Wahai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu “Berilah kelapangan di dalam majelis-majelis,” lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Apabila dikatakan, “Berdirilah,”
@GhulamAlDakwah​​ (kamu) berdirilah. Allah niscaya akan mengangkat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat. Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
@GhulamAlDakwah​​- Dalam ayat ini Allah SWT mengajar orang yang beriman agar melapangkan atau meluaskan tempat bagi orang yang baru datang untuk bersama duduk di dalam saf atau majlis.
@GhulamAlDakwah​​Ini supaya Allah melapangkan serba-serbi kepada kita di dunia & akhirat.- Dalam majlis ilmu atau masjid secara umumnya. Ulama’ bersetuju maksudnya semua majlis ilmu yang bermanfaat.
@GhulamAlDakwah​​Ulama’ tafsir membawa tentang makna bangun (ٱنشُزُوا۟) ini:- khusus untuk majlis Nabi SAW. Apabila selesai majlis, segeralah bangun keluar jangan berlambat-lambat keluar dari rumah Baginda SAW.
@GhulamAlDakwah​​- Bagi orang beriman yang ikut arahan dan patuh kepada perintah ini, Allah SWT angkat darjatnya. Semua orang yang beriman tinggi darjatnya berbanding dengan yang tidak beriman
@GhulamAlDakwah​​- Kemudian di kalangan orang beriman pula, mereka yang berilmu pula ada beberapa tingkat darjat yang tinggi lagi!





@GhulamAlDakwah​​Kaitan ayat ;
@GhulamAlDakwah​​يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَدْخُلُوا۟ بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّىٰ تَسْتَأْنِسُوا۟ وَتُسَلِّمُوا۟ عَلَىٰٓ أَهْلِهَا ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌۭ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (٢٧)
@GhulamAlDakwah​​Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya;
@GhulamAlDakwah​​ yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).
@GhulamAlDakwah​​فَإِن لَّمْ تَجِدُوا۟ فِيهَآ أَحَدًۭا فَلَا تَدْخُلُوهَا حَتَّىٰ يُؤْذَنَ لَكُمْ ۖ وَإِن قِيلَ لَكُمُ ٱرْجِعُوا۟ فَٱرْجِعُوا۟ ۖ هُوَ أَزْكَىٰ لَكُمْ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌۭ (٢٨)
@GhulamAlDakwah​​Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah",
@GhulamAlDakwah​​ maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.Surah AnNur : 27 - 28
@GhulamAlDakwah​​Huraian ayat 27-28 ... Allah SWT mahu mengajar kita adab berziarah ke rumah orang lain agar terhindar perkara yang tidak diingini seperti ternampak aurat tuan rumah
@GhulamAlDakwah​​atau terjadi khalwat dengan lain jantina. ... Iaitu jangan kita masuk ke rumah orang sehingga kita minta izin serta memberi salam kepada ahlinya. ...
@GhulamAlDakwah​​Jika selepas meminta izin dan beri salam tiada yang menjawab; sama ada tiada tuan atau dia tidak dengar, maka jangan masuk sehingga dapat izin. ...
@GhulamAlDakwah​​Yang lebih pentingnya jika tuan rumah ada tetapi dia tidak bersedia menerima tetamu dan dia minta kita balik, maka dengan berlapang hati baliklah dan jangan marah.
@GhulamAlDakwah​​Jangan berkeras kepala mundar-mandir menunggu di depan rumah mereka, berundurlah balik dengan hormat. ... Ini mungkin kerana hanya perempuan saja yang ada, tiada suami atau mahramnya di rumah,
@GhulamAlDakwah​​atau mereka ada apa-apa alasan dan masalah, terpulang atas tuan rumah. Jangan sekali- kali kita langar Syariat. ... Inilah yang lebih baik dan bersih bagi jiwa tuan rumah dan jiwa kita sendiri.
@GhulamAlDakwah​​Jaga diri kita dari terjebak dengan segala fitnah dan godaan. ... Ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui akan segala apa yang kita lakukan dan akan membalas yang setimpalnya.
@GhulamAlDakwah​​Sambungan tips nak jadi orang yang mulia (tinggi darjat) ... 2. Bercakap benda yang baik..walaupun satu perkataan (Allah tinggikan darjat)
@GhulamAlDakwah​​Dalil : Nabi SAW bersabda: ... إِنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ، لاَ يُلْقِي لَهَا بَالًا، يَرْفَعُهُ
@GhulamAlDakwah​​اللَّهُ بِهَا دَرَجَاتٍ، وَإِنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ، لاَ يُلْقِي لَهَا بَالًا، يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ
@GhulamAlDakwah​​Maksudnya: “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan ucapan yang diredai Allah SWT, padahal dia tidak memikirkan ucapan tersebut (sebelumnya), lalu Allah mengangkatnya beberapa darjat
@GhulamAlDakwah​​dengan sebabnya. Dan seorang hamba berbicara dengan ucapan yang dimurkai Allah SWT padahal dia tidak memikirkannya ucapan tersebut (sebelumnya), lalu ia terjatuh ke dalam neraka jahanam
@GhulamAlDakwah​​dengan sebab ucapan tersebut.”[Riwayat al-Bukhari, 6478]
@GhulamAlDakwah​​Sambungan tips nak jadi org yang mulia : ... 3. Sentiasa berusaha untuk pergi solat berjemaah di masjid (khusus untuk lelaki), manakala solat wanita sebaik-baiknya adalah di rumah
@GhulamAlDakwah​​Dalil bagi lelaki berjalan solat jemaah ke masjid : 👇Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
@GhulamAlDakwah​​,مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
@GhulamAlDakwah​​“Barangsiapa bersuci di rumahnya, kemudian dia berjalan menuju salah satu rumah Allah untuk menunaikan kewajiban yang Allah wajibkan, maka satu langkah kakinya akan menghapuskan kesalahan



GhulamAlDakwah​​dan langkah kaki lainnya akan meninggikan darjat.” (HR. Muslim, no. 666)
@GhulamAlDakwah​​4. Tawadhu (merendah diri kerana Allah) DALIL 👇Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللَّهُ
@GhulamAlDakwah​​“Tidaklah seseorang memiliki sifat tawadhu’ (rendah diri) karena Allah melainkan Allah akan meninggikannya.” (HR. Muslim no. 2588).
@GhulamAlDakwah​​5. Sabar dalam ujian di dunia (setiap kali sabar darjat akan tinggi di sisi Allah)DALIL : 👇Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda
@GhulamAlDakwah​​,مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا ، إِلاَّ كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
@GhulamAlDakwah​​Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu keletihan dan penyakit (yang terus menimpa), kehawatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan
@GhulamAlDakwah​​menghapus kesalahan-kesalahannya.(HR. Bukhari no. 5641)
@GhulamAlDakwah​​6. Memenuhi ruang kosong dalam saf depan. Dalil 👇Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الصَّفِ اْلأَوَّلِ.
@GhulamAlDakwah​​‘Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya bershalawat kepada (orang-orang) yang berada pada shaf pertama.’'

Surah An-Nur ayat 28.  Mm.s 153
Baca dpd ayat 27...
Bercakap sesuatu yang baik Allah tinggikan darjah.
Bercakap satu perkataan yang diredhoi allah dan allah meninggikan darjat dgn satu perkataan itu.
cth"  Pergilah kelas Tadabbur" 
Punca dia pergi dari 3 patah pekataan kita. 1) Bila naka cakap ..yg baik Allah Redho. 
Jika kita bercakap dgn perkataan yang allah tak redho allah campakkan dari timur ke barat.  Dengan perkataan allah jatuhkan kita.  Dia rasa hina.  Jangan cakap dgn perkataan yang allah tak suka.  Kata2 manusia lebih tajam dpd pisau.  Sebelum bercakap atu benda yang tak baik akan merendahkan Allah di akhirat.

Lelaki kena sentiasa berusaha solat Jemaah di masjid. 
Nabi SAW..kata Sesungguhnya seseorang kamu dan memper elokkan wuduk dan datang ke masjid dan tidak lain melainkan nak solat aja...tidak dia langkah satu langkah Allah angkat darjatnya satu darjat.    50 langkah...50 darjat." 

Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda .siapa yang mandi pada hari Jumaat kemudian pergi awal, dia berjalan dan tindak menunggani kenderaan lalu duduk dhn Iman daan Imam baca khutbah, dia tidak lagho dan dia dengar...dapat pahala puasa dan pahala setahun.  

4) Tawaddhuk:  Merendah diri kerana allah Akan Allah 
Tidak ada seseorang yang rendah diri krana allah  maka tinggi darjatnya di sisi Allah.
Siap merendah diri kepada saudaranya yang muslin allah meninggikan darjatnya.
Sesiapa yang menyombong  nescaya allah akan merendahkannya.

5)  Setiap kali kita Sabar Allah akan meninggikan darajatnya.
Tidak ada seorang Mukmin yang di timpa ujian diri dia sabar alllah mnaikkan darjahnya beberapa darjah atau Allah padamkan darinya beberapa dosa.
Bila kita mendapat musibah:  Alhamdulillah ala kullihal.  
Allahhumma ajurni fi musibati ...

6) Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat kepada orang yang memenuhi saf dan sesiapa yang memasuki riang itu maka allah akan mengangkat darjatnya. 

7)   Hendaklah engkau banyak sujud jika satu sujud Allah angkat satu darjat...
Bila Berlaku langit dah pecah...bumi berkata ...tempatni dia solat...disini dia solat.

8)  Jihad akan allah angkat darjatnya...

NILAI DUNIA LEBIH MURAH DARI SAYAP NYAMUK

  Update 8/1/26 Bersamaan 18 Rejab 1447,Bangi Unit Dakwah & Kebajikan Ghulam Al-Dakwah 21 July 2025   · NILAI DUNIA LEBIH MURAH DARI SAY...