Home

Wednesday, 16 September 2026

 

 



Mari kita jaga anak2 kita.

Full Build: Young Woman Constructs Incredible Log Home from Zero.



Hebatnya bila terdesak.  Mereka kuat semangat.
Negeri yg mewah sumber alamnya.   
Sangat Kreatif. Kagum dgn mereka,.

 

 

Ahad, 28 Jun 2026

 

Ahad, 22 Mac 2026

Eni Keluar Sekejap...Bukan ikut Khairi Jamaluddin...

 

Selasa, 10 Oktober 2023

Eni Keluar Sekejap...Bukan ikut Khairi Jamaluddin...


Keluar sekejap ja, ingat nak mesen rumput. Eh eh...Keluar Sekejap?...macam program Khairi Jamaluddin dengan Shahril Hamdan dalam (Potcast Keluar Sekejap) la pulak.  Ambil mesen rumput...Entah kenapa batri belum cukup. Charge kembali bateri untuk mesen rumput waktu lain.  Daku  sambung dengan menggunting beberapa biji buah rambutan yg masih ada.  Yang tinggal satu ,2 dan 3. Paling banyak 5 dalam satu tangkai. Daku kutip, ketuk buang semut, dapatlah dalm 20 biji lebih ,  Daku sayang tengok buah yang masih tinggal.  Rambutan ini sedap betul tambahan bila dikopek kulitnya dan diletakkan dalam peti sejuk.   Memang sedap.  Krup krup...jadi rapuh isinya.   Tak pernah jumpa buah macam ini.

Setelah ambil buah daku  sambung ambil penyapu sampah.  Daku sapu daun2 pokok jambu yang gugur.   Kali ini daku lihat di atas jalan terdapat buah2 rambutan yang mak dan pak tanam tu banyak yang gugur, daku sapu agar bersih jalan yang nampak hitam kesan dari kulit buah tu.  Sedang sapu tersebut ,rupa2nya ada seekor beruk sedang mengutip buah yg gugur atas tanah.  MaasyaAllah dekat jugak dia dengan ku...Bila ku sedar, daku cuba halau ...Shuh, terkejutnya daku beruk tu menyerang, daku hanya ada penyapu aja di tangan.  Pergi pergi...dia serangku dah hampir sedepa dari hujung penyapuku...Daku jerit sekuat2 hatiku.  Pin! Pin! Pin!.tolong, monyet serang kak Eni..Kuat sangat daku jerit ..dia tak takut pon, bila adikku datang baru beruk  tu lari.   Bukan monyet tapi beruk. Beruk tu memang tak takut pada orang perempuan...Dia hanya takut pada susuk tubuh lelaki aja.  Memang aku menangis ketika tu...menggigil aku...Aku nampak Shah keluar jenguk aja...Malas nak  ambil hal tentang dia..  Jiwa Shah masih sakit.  Aku paham...

Berenti menyapu...adik iparku cakap mari masuk Kak Eni...Daku masuk rumah mereka...masih dalam ketakutan.   "MaasyaAllah memang dia berani menyerang," kataku.  Pin kejar dia lari naik atas pokok rambutanku dan lompat atas bumbung rumah dan terus buat short cut ke belakang rumahku.. Monyet yang beratus2 tu dah tak datang dah, tapi beruk jantan yang seekor ni yang datang...takutnya.

Dah pukul 12 tghari,Sebab aku puasa dan Shah pon puasa, daku tak berkejar nak masak tengahari... tiba2 rasa nak mesen rumput.  Daku ambik mesen rumput dan mesen dalam 6 depa persegi...istilah baru...Depa persegi...hihi...Sepatutnya tak boleh dah sebab matahari dah meninggi. Eh Eh aku teringat pak aku kata padaku dulu' "Ani! jangan nak tebeing  buat tengah2 panaih tu" Oooo baru ku ingat, dari kecil lagi daku suka menyapu halaman tengah panas...Pak Pak...Eni, ingat pak masa ni... Pakku , satu satunya dlm keluargaku panggil aku "Ani" agak ku pakku tak suka panggilan Eni macam orang lain panggil.  Mesti panggilan Eni tu pelik bagi pak...

 Tu sebabnya, kulitku dah dimakan hari. Suka main panas.  Aku dah tak putih lagi dah.  Tapi aku tak kisah.  Kakak ku selalu pesan padaku..."Hang nak ke, esok aku lagi nampak mude pada hang? "  Baru aku perasan kena jaga jugak.  Dia berikan aku toner dia, faundation dia serta krim malam dan siang dia.   Selalunya, anakku yang berikan...bila kakakku yang beri, baru ku rasa ....Hei, mustahak ni, kena ambil berat ni...Aku memang jadi orang kampung betul2 sejak now.  Aku tanam pokok buah2an, anggurpon aku nak trai, Limau Taiwanku berbuah sulung 3 biji aja sebab kurang baja...kesian aku.  Aku tak macam pak dengan mak.  Mereka pandai sangat tanam pokok buah2an.  Buah limau madu, bapakku tanam lebat sampai melentur dahan menyentuh  tanah.  Anak2 pak  yang ramai mewah dengan buah2an yang pak dan mak tanam. 

Apa yang aku nampak anak pak dan mak, hanya abang Halid sorang yang usahakan kebunnya hingga cantik menjadi dusun.   Kakak juga pandai tanam terdapat banyak pokok buah2an di kebunnya yang boleh menghasilkan buah...Tapi malang bagi kakak, ditebangnya pokok2 yang dia tanam...entah apa dalam pikirannya,   Kebunnya  dah tak banyak lagi pokok buah2an macam dulu.  Dulu durian D24 dll...sayang betul.   Arwah abg Halid tanam, telah berhasil memetik buahnya.  Bersedekah sakan dah.  Anak2nya kenalah upah orang lain menjaga kebun abg halid.

 Aku ada 4 pokok limau.  Baru satu yang berbuah.  Aku kena ambil perhatian ni.   Beli baja, Eni...Dulu tu daku letak baja pada pokok mata kucing..Berbuah 4 dahan...bila buah dah besar tunggu masak tupai dah ambil..Aku dapat rasa beberapa biji sahaja.  Manis sangat mata kucing tu.    Memang 'Longan Pingpong'. buah jadi kecil sebab kurang baja.   Yg ku tanam di rumah Taman Jana Setia Taiping, buahnya sangat besar.

Petang masak untuk berbuka puasa.   Daku masak sotong , sayurnya terung ulam kobis dengan sambal tempoyak yg ku buat sendiri.  Beberapa jenis buah termasuk buah rambutanku.  Daku tak masak kuih manis pon sebab Shah kata nak beli..dibelinya bihun goreng aja...Daku goreng mee+laksa pendek...menu baru...sedap sangat bila dimasukkan kucai.  Shah banyak hari tinggal puasa masa dia sakit.   Aku kena tolong bagi dia semangat habiskan khadho dia. Walau hari ni hari selasa...Daku puasa kado masa kecilku kalau2 ada yang tak sempurna.  Khadho untuk bapakku selalu ku buat kerana emakku cerita padaku. Daku pikir ini adalah amanah mak "Eni, Pak banyak tinggal puasa sebab sakit"  Daku banyak khadho puasa untuk pak.  Daku cerita juga kepada anak2 pak yang lain,bantu khado puasa pak...mereka buat atau tak, aku tak pasti, cuma kadang2 adikku Maznah aku ada dengar dia buat untuk pak sebab kami rajin sembang personal...kami akrab dari kecil macam kembar...Aku berhenti buat untuk pak bila anakku anis kata "Mak dah cukup dah tu mak buat untuk Tok Wan".. Sekarang aku buat untukku sendiri disamping Isnin Khamis dan kadang2 hari putih.  Aku suka puasa sebab badan jadi sihat bila berpuasa...Allah anugerahku macam tu ...Syukur juga.  


Diari Isninku end disini...hihi ,..sepatutnya ini Diari selasaku.                                                            Malas nak ukur darah tinggiku harini sebab satu bateri AA, daku pinjamkan untuk jam...nanti beli lain sebagai ganti...

Saidina Ali RA berkata: Takwa itu terangkum padanya 4 perkara,

 

Ahad, 28 Jun 2026

Tq Tq...

 Update 28/6/2026 Bersamaan 12 Muharram 1448 Hijrah...BB Bangi

Sabtu, 21 September 2024

Meningkatkan ketakwaan kepada Allah. dengan menunaikan segala titah perintahnya ,mengelakkan segala larangannya..



Menginsafi diri, dan  marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah. dengan menunaikan segala titah perintahnya ,mengelakkan segala larangannya..  

Saidina Ali RA berkata:  
Takwa itu terangkum padanya 4 perkara, 
1)    Merasa takut dan gerun kepada Allah yang Maha       Mulia lagi Maha Perkasa, 
2)   Beramal dengan apa yang terkandung dalam Al Quranul Karim yang diturunkan kepada                     Nabinya Muhammad SAW. 
3)    Redho dengan rezeki Allah sekalipon sedikit.
4)    Terakhir hendaklah membuat persediaan untuk bekalan ke akhirat kita ini, sebanyak2nya dengan melakukan amalan2 soleh, memantapkan keimanan dan aqidah dan dengan cara itulah ia menjadi bekalan kepada amalkan soleh kita ke hari akhirat yang dinyatakan oleh Allah.

  Hari yang tak mungkin memberi manfaat harta benda dan anak pinak, Semoga  kita mengadap Allah dengan hati yang sejahtera"

Tajuk Khutbah kami pada hari ini adalah berkait rapat apa yang menjadi hak kepada anak2 kita dan keluarga kita.  
Tinggalkan harta kepada anak-anak kita ... sepeninggalan kita nanti .  Anak2 walaupon di perkaya dengan harta kemewahan kita mesti memberi mereka perasaan kasih sayang dan kita perlu menjaga emosi dan harga diri mereka dan hak2 anak2 itu janganlah dientengkan secara tidak sedar.   Akhirnya Nafsi nafsi. Zaman sekarang di sebut menternak anak bukan mentarbiah anak2...Masa kita, tidak kita berikan kepada yg hak atas kita...kita tak selesaikan urusan harian kita maka terabailah keperihatinan terhadap anak.

Jangan biarkan anak2 melihat saling celupar mulut ibubapa dengan  pergaduhan.   Anak2 akan menjadi tersiksa nafsunya malah satu hari nanti memiliki sikap ini dari  ibubapa mereka dan bila mereka melihat keluarga yang terpimpin  sangat2 tersiksa jiwa mereka  dan mereka akan mendera orang lain.

Abdullah bin Umar "  Kamu adalah pengembala kamu akan di tanya...anak2 kita adalah ladang pahala kita di akhirat,  jika anak menjadi soleh...akan sampai doa mereka kpd kita..walau kita telah di perkuburan , kita tetap mendapat doa dari anak2 yang soleh.

" Apabila anak adam itu meninggal...maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkatra. " 
Hadith yang termashur. 
1)    Sedekah jariah
2)    Ilmu yang di tinggalkan dan anak2 yang soleh yang mendoakan kepada kedua ibu bapanya.
      Rasullah menasihatkan sahabatnya Abu Dardak":  Sesungguhnya bagi Tuhan kamu ada Hak dan untuk diri kamu ada hak dan untuk keluarga kamu pon ada hak...Isteri kamu ada hak..anak2mu ada hak...Tunaikan hak2 mereka...Bawa anak2 kita  cari kuliah dhuha...belajar....sedekah duit dlm tabung masjid.  Bila   anak dapat kasih sayang dan amalan sedekah kita dpt mengajar mereka dlm mendidik peribadi anak. 

 Anak akan berkata ayahku sangat2 istimewa.   Mereka belajar dpd sikap pemurah si ayah.
Kita gambar kan kepada anak2 kita tentang sedekah.

Dalam berinteraksi kita pamirkan akhlak yang baik...JANGAN KITA PAMERKAN AKHLAK YANG KOTOR DAN RAKUS.

"BAGI KAMU AKHLAK  RASULULLAH ITU  IKUTAN ". AKHLAK RASULULLAH, MENJADI IKUTAN DAN AKHLAK YANG BAIK, BAGI  MEREKA YANG SENTIASA MENGHARAPKAN  RAHMAT ALLAH  DI HARI AKHIRAT NANTI,   MAKA MEREKA PERLULAH  BANYAK BERZIKIR DAN MENYEBUT NAMA  ALLAH'"

AYAT: " WAL ASR"..
DEMI MASA... SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN KECUALI MEREKA YG BENAR2 BERIMAN DAN BERAMAL  DAN MEREKA YANG BANYAK MELAKUKAN AMALAN2 SOLEH DAN MEREKA YANG SALING PESAN MEMESAN DENGAN KEBENARAN DAN MEREKA YANG SALING PESAN MEMESAN DENGAN KESABARAN"

Isnin, 28 April 2025

Prof Dato Dr MAZA - Urwah Bin Mas'ud Ketika Belum Islam | Tentangan VS Jasa

 

Jumaat, 25 April 2025

Prof Dato Dr MAZA - Islam Membenarkan Bergurau. Tetapi Bukan Berkaitan A...

 

Ahad, 29 Disember 2024

TAPAQ KING IKAN BAKAR UNTUK MAKAN MALAM.


Makan malam di Tapaq King Ikan Bakar.


Banyak orang yang datang makan.  Penyediaan makannya agak cepat kerana mereka telah menyesiakan banyak2 tersusun dan kita hanya memilih sahaja apa jenis masakan yang kita mahu.


Cantik pada waktu malam dengan penchayaan yang baik.






Pilihan kita hari ini...Ikan Bakar. Sambal ikan Sotong goreng , Tumis Udang Petai,Sambal belacan Ulam ulaman, gorengan  kentang dan sos.telor masin. Minuman air asam kasturi asam boi.


Mak hanya makan sotong bakar telor masin, dan udang tumis...
Anis dan kakak kena habiskan ikan bakar yang besar tu.
una nampak begitu mengantuk sekali kerana letih sangat berenang. 


Bergambar sebelum makan.  Hmmm.




Huih...nasi banyaknya...Tak habis daku...


Anis ... Meh kita mula makan ...Una dah ngantuk sekali...



Kesian una yang mengantuk sangat...


Perah asam limau.  Anakku komen...Memang sedap ikan bakar kat Umbai lagi, dengan sambalnya.  Sambal kat Umbai lagi mengancam., masin manis dan masam.






 





Pantai Cermin dengan Mangrov...Tidak boleh diambil daun pokok, batu karang ataupon memancing ikan di sini.  Semuanya adalah under protected.



Bergambar di sini sebelum bergerak pergi mencari makan malam...hmmm.


Esok kita mandi lagi...Daku suka berenang.  Masa kecil anak kampong suka main air.


 



  Angin Malam by Broery Marantika Angin Malam by Broery Marantika Ahad, 25 Ogos 2024 Kau Pergi Tanpa Relaku Ahad, 10 Mei 2026   Sunday, 25 M...