Home

Friday, 12 July 2024

DrMAZA-Dalam himpunan derita Allah khabarkan ada kegembiraan pd mereka y...,

 


 Ya Allah Tutupkan aib aku dan amankan perasaanku...Kelaparan, kekurangan harta  dan nyawa dan buah2an.  Tapi Apa kata Allah( ni derita semua ni)   Tapi Allah kata..." Wabashshiril soobirin.."Berikan Khabar Gembirakepada orang yang sabar.  Padahal ini semua adalah himpunan derita, tapi dalam himpunan derita Allah suruh berikan khabar gembira,kepada siapa?  Kepada orang yang sabar.  Kemudian Allah describe siapa itu orang yang sabar?  Allah bagi apperience  orang yang sabar dulu sebelum pergi ke hati nuraninya dan akhirnya kita tahu apa yang diucapkan...Allah kata..."Orang2 yang apabila ditimpa musibah, ketakutan ,dihina , miskin, dimaki orang dianiaya orang dipukul orang dizalimi oleh orang lain..." Apabila di timpa musibah,mereka berkata,

Innalillahhiwainnailaihiroojiuun..
Kenapa kholu innalillahhiwainnailaihiroojiun...Kenapa penting?  kerana manusia akan berkata habislah aku ,musnahlah aku, nayalah aku, tapi kalau manusia fikir hakikat kepada kehidupan...Kita tak ada apa2 disini sebenarnya...sementara sahaja... maka ...kita lafazkan innalillahhiwainnailaihiroojiuun...Tak apa kerana hakikat kehidupan bukan disini...hakikat kehidupan dari Allah azawjalla ...Kita ini asal kita ,tanah air asal kita syurga,'  Kita bagaikan musafir...akan kembali tidak beberapa lama lagi... Tak apalah tak selesa pon kita akan kembali tak beberapa lama lagi...
Allah ajar kita ..Innalillah hiwainnailai hiroojiuun..."Kita datang dari pada Allah dan kepada nya kita akan kembali...  So itu tidak adil dalam beberapa keadaan...Ada orang yang baik dia telah dizalimi...ada orang yg bekerja kuat dia tak dapat seperti bekerjanya yg sedikit...pendapatan ,berpuluh kali ganda orang yg susah...tidak kerana kerajinan kita melebihi dia...dan tidak juga kerana kebijaksanaan kita melebihi dia...ALLAH Jalawaaqla... telah mengaturkan kehidupan kepada sebahagian manusia untuk menguji kepada sebahagian yang lain.  Sebab itu Quran menceritakan kepada Qarun kerana kesombongannya" aku diberi harta ini kerana kebijaksanaan ku" kerana kebolehanku...Allah rakamkan perkataan dia yang biadap ini...supaya ia tidak di ulangi oleh orang lain.
Maka kita sebut Innalillah hiwainnailaihiroojiuun." Dunia tidak pernah adil pada banyak keadaan...
Tapi apabila kita tahu kita akan balik, manusia berjuang 30 tahun, 40 tahun barangkali manusia mula senang, 50 tahun dia mula sakit, barangkali 20 hungga 30 tahun dia  menikmati dunia...Apalah sangat di bandingkan dengan akhirat yang kekal abadi...
Islam tidak anti dunia...Tapi dia mengajar supaya manusia dapat bertahan dengan   "' Inna lillahiwainnailaihiroojiuun."..jadi maksudnya apabila orang derita kita bagi kan khabar gembira, Tak apa kita akan balik kepada Allah.  Tak pa, Allah ada...(Orang Melayu ungkap) nice word...
Allah boleh melakukan berbagai cara.  
Allah bagikan dia kesihatan tapi Allah campakkan keresahan ke dalam hati sanubarinya yang tak berkesudahan...Allah yang melakukan apa yang dia mahu, kemudian Allah beritahu ini...orang yang ada perasaan ini

Ya Rabb daku Redhoo sebab aku akan balik padaMu...
Tak apa Allah ada.  Allah boleh bagi kan dia sihat, dan Allah boleh melakukan ALLAH KATA MEREKA ITU SELAMAT DARIPADA TUHAN MEREKA DAN RAHMAT...MaasyaaAllah...Kita selawat kepada Nabi...Allah kata kau sabar...dunia ini kecik aja,dunia ini debu sahaja nak di bandingkan daripada cakarawala yang luas. tetapi jika Allah memberikan kepujian ...memberikan inayahNya kepada manusia...Allah jallawaaqla bukan untuk di bandingkan. tetapi bila Allah berikan perhatian yang khusus kepada hambanya yang soleh..APA NILAI RAHMAT ITU? yang nak dibandingkan dengan kehidupan yang ada.

...MaasyaAllahallah   memberikan ucapan mulia kepada kita.  Dunia ini debu sahaja.  Apabila Allah memberikan ujian Allah letakkan jalan penyelesaiannya, .Allah jalla waaqla tidak ada yg lain untuk di bandingkan dengan segala nikmat itu.   Ya Rabb syukur atas segalanya.  Ya Rabb daku sedari bahawa sekejap sangat hidup ini kerana  daku sedari telah sampai ke usia ini.
Syukur Ya Rabb,  kuatkan daku Ya Rabb.   


NIKMAT DERITA - dr. maza

 


Assalammualaikum. Sahabatku ...jangan kau jadi suami begini...Isterimu untuk mu sahaja....

                              

SOALAN                    

Assalammualaikum. Suami saya perli saya pakai tudung labuh, dia kata malu dengan kawan-kawan. Katanya tudung bidang 45 memadai menutupi aurat tanpa perlu memakai tudung labuh bidang 60. Persoalanya, adakah saya perlu mempertahankan dengan memakai tudung labuh dalam keadaan suami yang tidak reda atau ikut kata suami dengan pakai tudung bidang 45 kerana masih batas menjaga aurat? Adakah wajib ikut arahan suami agar meninggalkan amalan yang lebih warak? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.

Ringkasan Jawapan:

Perkara yang perlu dititikberatkan ketika menggayakan tudung ialah mematuhi kehendak syarak.  Apabila tudung saiz 45 digayakan dengan cara labuh menutupi dada dan tidak nipis (jarang), maka ia masih dalam kerangka menepati tuntutan syarak. Oleh itu, situasi soalan tersebut bergantung kepada kebijaksanaan isteri menggayakan tudung yang menepati kehendak syarak tidak kira saiz bidang 60 mahupun 45 pada masa sama mengikut kehendak suaminya pada perkara kebaikan.  Hal ini memakai tudung saiz 45 yang menutupi dada dan tidak nipis, maka ia sudah cukup menepati syarak. Bahkan, sekiranya suami mengarahkan sesuatu perkara yang harus mahupun sunat maka  ia menjadi kewajipan isteri untuk mentaatinya selagi  dalam kerangka makruf dan bukan perkara maksiat. Namun memakai tudung saiz 60 lebih sopan, warak dan terpuji. Sebaiknya kedua-dua pasangan saling berbincang bagi mencari kesefahaman dan memelihara hak kedua-dua pasangan.

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

Keluasan Berpakaian

Secara umumnya, Islam tidak menetapkan jenama khusus dalam menggayakan pakaian sekalipun berfesyen. Namun, perkara yang perlu dititikberatkan ketika menggayakan pakaian ialah menepati ciri-ciri pakaian yang menutup aurat dengan sempurna dan mengikut kehendak syarak.  Allah SWT memerintahkan hamba-Nya untuk memakai pakaian yang menutup aurat bersandarkan firman-Nya:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ ‎﴿٢٦﴾

Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya”

Surah Al-A’raf (26)

Berdasarkan ayat di atas, terdapat tiga jenis pakaian yang disebut oleh Allah SWT iaitu pakaian untuk menutup aurat, pakaian untuk perhiasan dan pakaian takwa. Perkataan “اللباس” dalam ayat tersebut merujuk pakaian asas (daruriyyah) untuk menutup aurat. Manakala “الريش” ialah sesuatu yang dipakai supaya nampak cantik pada luarannya (takmilat).  Sementara, pakaian taqwa yang dimaksudkan secara kiasan (majazi) ialah amal soleh menurut Ibnu Abbas[1]

Parameter menutup aurat dengan sempurna bagi wanita ialah keseluruhan anggota kecuali muka dan kedua tapak tangan. Perintah menutup aurat bagi kaum wanita berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّۖ

Maksudnya : “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;

Surah an-Nur 31

Ibn Abbas memberi makna ayat “kecuali apa yang zahir” ialah muka dan dua tapak tangan. Ini merupakan pendapat yang masyhur dalam kalangan majoriti ulama. [2]

Perkataan {وَلْيَضْرِبْنَ} yang membawa maksud “hendaklah mereka memakai” menunjukkan suruhan  perbuatan   atau perintah wajib. Khumur"الخمر"    kata jamak bagi " الخِمَار "iaitu tudung wanita yang menutup kepala wanita. Sementara, tafsiran   جُيُوبِهِنَّۖ ialah menutup sehingga kawasan dada wanita. [3]

Antara kriteria menutup aurat dengan sempurna  ialah tidak memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulit. Imam al-Syairazi dalam al-Muhazzab menyatakan wajib penutup aurat itu dengan suatu yang tidak menunjukkan sifat warna kulit seperti kain yang tebal, kulit atau kertas. Sekiranya tipis, maka ia tidak menepati syarat kerana tidak mencapai tujuan menutup aurat. [4]

Merujuk pada situasi soalan yang diajukan, peranan suami dalam mendidik  kepada perkara makruf dan isteri wajib mentaatinya. Hal ini berdasarkan dalil-dalil berikut :

Firman Allah SWT,

ِ ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ

Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.”

 al-Nisa’ (34)

Suami berperanan mendidik isteri agar bersama - sama menunaikan segala kewajiban dan menghalang mereka daripada melakukan perkara maksiat.[5]

Sementara, tanggungjawab isteri pula mentaati perintah suami pada perkara yang makruf selagi dalam kerangka syarak, Abu Hurairah RA meriwayatkan hadis bahawa  Nabi SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan taat kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”.

Riwayat Ibn Hibban (4163)

Setiap ketaatan itu mestilah pada perkara yang tidak bertentangan dengan syarak  sebagaimana sandaran hadis yang diriwayatkan daripada Ali bin Thalib  bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لا طَاعَةَ في مَعْصِيَةٍ، إنَّما الطَّاعَةُ في المَعروفِ.

Maksudnya : “Janganlah kamu mentaati perkara – perkara maksiat, sesungguhnya ketaatan itu adalah hanya pada perkara yang makruf (kebaikan)”.

Riwayat Sahih Muslim 7257

Yang dimaksudkan makruf ialah bukan perkara mungkar mahupun maksiat. Perkara makruf termasuklah ketaatan yang wajib, sunat dan harus di sisis syarak. Bahkan seandainya suami mengarahkan sesuatu perkara yang harus, maka  menjadi kewajipan isteri untuk mentaatinya selagi  dalam kerangka makruf dan bukan perkara maksiat. [6]

Seterusnya maksud warak ialah sikap berhati-hati untuk menjauhi sesuatu perkara syubhah kerana takut terjerumus kepada perkara haram dan juga berusaha melazimi amalan-amalan terpuji. [7] Oleh itu,  selagi melaksanakan  kebaikan dan menjauhi  perkara haram, maka ia dalam  kerangka makruf.

Oleh yang demikian, sekiranya isteri tersebut menuruti perintah suaminya dengan memakai tudung saiz bidang 45 dengan gaya yang menutupi dada dan tidak nipis, maka seseorang isteri dianggap melakukan perkara yang menepati syarak kerana mentaati suami pada perkara makruf.

Wallahu A'lam.

Assalamualaikum, Salam sayang dariku buat semua,

 

 

Sharifah Aini - Di Pinggir Kayangan


 

Pelajari hikmah pemberian harta secara Islam,

                               





 

Assalamualaikum...


 

Ralat:,

                                      

Ralat:

MaasyaAllah daku terkejut juga Mufti Pahang, bukan Perlis(silap) adalah bekas pengikut Al- Arkam...
Masa aku berkursus  Guru di Maktab Perguruan Kuantan, Pahang, Pensyarah Muzikku  En Jamaluddin Saa...menegurku tentang Fahaman Al- Arkam kerana pada masa tu daku sedang baca Risalah mingguan terbitan Al Arkam.."Jaga2 kalau baca Al Arkam...mereka ini berfahaman Shiah.." Beliau berkata baca tu boleh tapi hati2... Lama dulu  dah ni.. Pensyarahku tu kuat Agama...meski pon  Pensyarah yang mengajar Muzik tapi Alim dalam Kefahaman  Islam ...Syukur Mulai minggu tu daku dah tak beli lagi  .Risalah yang mereka keluarkan itu...Syukur Ya Rabb.  Mufti Pahang Bekas Pengikit Al-Arkam ...Yang di bawa oleh Ustaz Asshaari...
(.. Maaf...Pahang...tersilap tertaip Perlis...)  hihi...marah Dr. Maza kat aku nanti...

#812 RAJA PERLIS AKHIRNYA BERSUARA! BANTAH RUU WILAYAH PERSEKUTUAN! TAKR...


MaasyaAllah daku terkejut juga Mufti Pahang..(maaf bukan Perlis)  adalah bekas pengikut Al- Arkam...
Masa aku berkursus  Guru di Maktab Perguruan Kuantan, Pahang, Pensyarah Muzikku  En Jamaluddin Saa...menegurku tentang Fahaman Al- Arkam kerana pada masa tu daku sedang baca Risalah mingguan terbitan Al Arkam.."Jaga2 kalau baca Al Arkam...mereka ini berfahaman Shiah.." Beliau berkata baca tu boleh tapi hati2... Lama dulu  dah ni.. Pensyarahku tu kuat Agama...meski pon  Pensyarah yang mengajar Muzik tapi Alim dalam Kefahaman  Islam ...Syukur Mulai minggu tu daku dah tak beli lagi  .Risalah yang mereka keluarkan itu...Syukur Ya Rabb.  Mufti Pahang  Bekas Pengikit Al-Arkam ...Yang di bawa oleh Ustaz Asshaari...
..

Judi Di Kedah | Dr.Mohd.Rosdi | Khutbah Jumaat

Di Pinggir Kayangan

Al-A'raf ayat 204-205,