Home

Sunday, 23 June 2024

DATO' MUFTI BENTANGKAN FAKTA SEBENAR!!

JAWAPAN DATO' MUFTI ATAS KENYATAAN USTAZ MHZD

Broery Marantika - Mengapa Harus Jumpa (Official Lyric Video)

When I Need You - Julio Iglesias

Wow!  power dia ni....

ANGIN MALAM - BROERY PESOLIMA + LIRIK

Nasihat mlm ni...




 

SS Dato' Dr Asri-Bayangkan Org Yg Ingkar Solat ..bgmn jiwanya utk berhub...

18 Jun 2024...Nasi Arab Versi Daku

Nasi Arab Versi aku...


Lunch Nasi Arab Versi daku.  Mula2 daku ke dapor.  Lihat dalam drower...
ada kismis 4 kotak kecil.
Pikir daku...ooo buat nasi arab versi aku. 
Hmmm set....Basuh beras masukkan dlm rice cooker ambil bawang merah ,bawang putih  4 kuntum cengkih, buah pelaga 4 biji, kecil ja, tak mahu rasa lain kupas bawang tumis bawang putih bawang merah, cengkeh, buah pelaga  naik bau agak cukup masak letakkan kismis (1 kotak kecil ) masukkan rempah korma 1 camca besar  daku tuangkan ke dalam beras yang telah di basuh di dlm rice cooker.  Masukkan 1/4 cawan susu segar 2 cawan air, kacau2 letak sedikit garam...
tutup periok tekan suis... mula masak.
Tinggalkan.


Hmm...Daging masak hitam simple.  Seakan akan resepi rendang Siam adik iparku. 
Halia agak besar...banyak, bawang putih 5 ke 6 ulas, tak letak bawang merah...Tumis  dengan daging yang di perap dengan kicap ABC manis, kicap karamel.  Letakkan juga cuka (fungsi cuka ialah agar kicap dapat diserapkan ke dalam perapan daging. Gaul  perap...tak perlu lama pon tak apa... 
Tumis halia dan bawang putih yg di kisar dan masukkan daging yang diperap.  Masukkan air masak hingga dagingnya 
hingga hempok.
Siap sedia untuk di hidangkan.


Nasi Arab versiku, Ayam rendang Kak Hindon beri kelmarin, 
Daging rendang hitam manisku, serta jelatah.
Sedap sangat.


Nasi Arab Versiku...Anakku suka sangat.  Mak kalau buat macam ni hari2 pon tak apa.
Mana boleh nanti jemu kataku...hihi.
Anakku suka sangat.

        



 

Dr Asri- Hukum Ke Pusat Karaoke Dan Hukum Menyanyi?


CABUT KEPIAH  LETAK BAWAH MENYANYI..
LETAK KEPIAH  ATAS NASYID...HA!HA! HA!

Prof Dr MAZA - Taklid Buta Susah nak Ubah | Orang Tua-Tua Kami Dah Lama ...(ULANGAN)

SS Dato' Dr Asri -Penyakit ahli neraka semasa di atas dunia..

Dah lah...Jemu dah....



Dah lah ..Jemu dah...TAPI AKU SUKA DENGAR ORANG NYANYI...MASA KECIK AKU KUAT NYANYI...HAHAHA...sampailah aku jadi guru pita suara aku rosak sebab menjerit kawal murid 42 orang dalam satu bilik darjah...Adoi kenangan sungguh...Masa tu aku cantik sangat tengah lawa aku dah berpisah adoi...Janda muda.  Asyik lari ja dari orang.  Bila nampak samaada kereta my ex atau adik dia cepat2 aku bawa anakku pulang.  Dlm crowd yg ramai2 tu...mataku cekap ja tengok...Lalu ikut jalan belakang sapa pon tak boleh jumpa aku.  Sampai2 ja kat rumah ...anak ku bukak mulut  "  Mak lari dari sapa? "  MaasyaaAllah anakku yang kecik geremit tu pon perasan aku lari...Aku cakap tak lah, tak ada apa2. 

Hihi kelakar...

Tak terlari sebenarnya ..satu hari tu...

Pergi pasar nak beli barang dapor..Sapa nak beli kalau sendiri tak pergi pasar.  Dalam berhati2 pon daku terserempak juga dengan adik Ex H ku...Maasyaalah tak pa. Dia datang ke rumah.  Masa tu daku dah lama berpisah dengan abg dia.  Daku kenal dia masa melawat dia, masa dia belajar di UITM Pahang. Kami berkelah di pantai  haritu .  Abg dia bawa durian.  Dapat lah kenal dan sembang2 sikit.  Masa daku berpisah dengan abg dia, dia masih belajar di London...Dah dekat nak balik. MaasyaaAllah dia  pi rumah aku alasan nak jumpa anak saudara ok.. Daku layan macam biasa. 

Dalam pada sembang2 tu dia minta nak mengambil tempat abangnya. MaasyaaAllah ...Daku cepat2 tepis dengan baik permintaan dia. Masuk akal kah..? "Boleh kah nak masuk balik dalam keluarga yang sama, sekali lagi ?"   MaasyaaAllah tu sebab daku  gemar bersembunyi setelah berpisah.  Daku macam sakit jiwa dulu tu. Tak suka bertemu orang ramai... Klinik kerajaan daku tak pergi langsung. Jika anakku  sakit mesti ke Klinik Swasta.  Dr. Wong dan Dr. Eh! Eh.!..aku lupa nama doktor tu...Laaa..Tak terpikir aku boleh lupa.  Banyaknya jasa mereka berdua pada ku dan anakku.

OOOO...Baru ku ingat...Dr.O.K.Ong...Yes recall daku berjaya...hihi...Kelakar.  Dr O.K Ong dah tahu...setiap daku balik ke Lenggong dalam cuti hari Raya atau cuti2 perayaan mesti daku ke Kliniknya.  Sakit.  Daku mesti mengah.  Menurut Doktor suhu di Lenggong sejuk membuatkan banyak orang mengah.  

Daku rasa betul juga tapi doktor lain kata sebab waktu pagi ...pollen daripada pokok2 di tepi gunung... Hmm  rasanya ada betul jugak kata2 tu.

Ha ha ha ...Tiba2 rasa nak menulis.  Lama dah daku gian nak menulis. Aku senyum ni....hihi... 

Nanti ku sambung lagi.....2 B continued...

  

Leo Sayer - When I Need You (Lyrics)

Calumn Scott - You are the Reason (Lyrics)

Al-A'raf ayat 204-205,