Home

Sunday, 14 September 2025

Rinduku tak henti bertandang...

 



Tiba2... Bila dah kutulus... Teringat lagu kegemaranku ini... Selamat pagi semua... Moga Rindu kita bawa kita kesyurga Allah... 


Rindu...

Perasaan yg bernaung kpd sesiapa sahaja. Robbku, daku sebenarnya di himpit rindu kpd sesiapa sahaja dlm kenanganku...

Semalam Kak Hindon call... Kami serentak menyatakan rindu... Hihi... Moga dapat berjumpa lagi... Daku blum bust keputusan... Lihat pagi ini samaada daku yg jemput Kakakku kesini atau daku yg pergi ke sana... Jika kesini daku ingat nak buat Mee Rebus yg sedap mu... Menunya adalah pemberian kawan Kak Hindun puluhan tahun dahulu yg daku selalu buat untuk open house ku di Lenggong... Rakan sekolahku suka sangat hingga mintak resepi nya dan Cikgu Norathmah ambil resepi dan beri pada Syukri...

Hihi Syukri buat untuk jamuan... Ummm sangat dengan pujian tetamu... Daku titipkan rasa terima kasih kpd kawan kakakku itu dgn rasa syukur dan moga dia mendapat pahala dari ajaran Menunya... Tq moga Allah anugerah pahala sejumlah ramai org yg menggunakan resepi nya. MaasyaaAllah...

Baby kucing ku terjerit selagi tak nampak daku keluar bilik... Kalau daku mati... Tentu babyku rindu aku... Daku tgh solat... Sat2 tadi anakku cuba buka pintu bilikku minta agar daku panggil Baby... Hihi habis solat daku panggil... Terus diam... Kasih sayang sebenarnya sukar nak padam.. Ntah lah itu binatang... Jika manusia lagi berat tanggunggannya. Rabbku Bantulah kami menangani ini semua mengikut lunas Agamamu... Jadikan Sabar dan Redho kami bawa pahala ke SyurgaMu Rabbku.Ini adalah ujian perasaan terhadap makhlok Mu... Kami Redho... Kami Sabar dan Kami Taat.. Aamiin... 

Cantik dan manis penampilan keluarga Al Quran ini... Moga dapat menjadi teladan seluruh Mly's....

 


 MaasyaAllah... Bahagianya keluarga ini... Dengan ayah yg beriman, isteri yg cantik dan anak2 yg terdidik... MaasyaaAllah... Rabbku... Kami terlepas ini semua... Kau ampunkanlah kami... Apapon kami kena terus bersyukur padaMu... Doa kami agar anak2 kami terus melakukan ibadat kepadamu dan berbuat baik kepada ibubapa lantas berdamai dgn takdir yg Dikau berikan... Aamiin... Moga Kau rahmati kami dgn RedhoMu Rabbku.... 

Tahukah anda

 

Kata- kata Hikmah..

Sudah 60 Tahun? Inilah Peringatan Keras dari Nabi ﷺ! - Ustadz Ammi Nur B...

MGPerak: Perak Buat Semakan Bajet Naik Taraf Lenggong Selepas Pengiktira...

Inilah Hukum Menghadiahkan Bacaan Alfatihah kepada Mayit Menurut 4 Mazdh...

 



Ingat ini nota saya sahaja...Tolong dengar Ceramah Ustaz.


Kenapa Zikir Lebih utama dpd doa.

Assalamaualaikum. 
 Alhamdulillahhirabbila'lamin....
Buku :  Kayya Ibnu Qaiyyim...
Mengapa Dzikir lebih afdhal dibandingkan doa...kerana Dzikir bentuk pujian terhadap Allah dengan sifat2 yang indah dengan  indah dan nikmat2nya dan nama2NyaSedangkan doa permintaan hamba dengan maksudnya...Bandingkan antara keduanya 
Sudah tentu Dzikir lebih utama kerana ia memujikan Nama2 Allah

Lihat Hadith :

"Barang siapa yg berzikir kepada ku sehingga tidak sempat meminta kepadaku, maka akan kuberikan kepadanya yang lebih afdhal daripada orang2 yang meminta.  "

Hadith diriwayatkan oleh Bukhari dan Ibnu Hibban :   
Mereka  mengatakan hadith ini tergolong dlm golongan Hadith moudhoq dua keterangan diatas ...namun ianya di sohehkan oleh Ibnu Hajjar...Dan ibnu Jauzi ,

Kesimpulan nya  Ibnu Qhaiyyim meletakkan hadith ini sebagai hassan...
Oleh kerana itu di anjurkan orang yang hendak bedoa lebih dahulu memuji Nama Allah sebelum mereka mula berdoa. 

Nabi pernah bersabda...Nabi melihat orang yg berdoa tanpa terlebih dahulu memuji Nama Allah  maka   kata Nabi orang ini terburu2 dan dia dipanggil oleh Rasullullah dan Rasulullah menasihatinya.

Kalau kalian solat, memuji lah Allah dengan pujian yang berulang.    Dianjurkan orang yang mahu berdoa dengan memuji Allah dan diiringi berselawat ke atas Nabi."

Demikian juga Nabi Zunnun ia itu Nabi Yunus...Kenapa Zunnun ...Nun ertinya ikan...Nabi memuji doanya Nabi Yunus...Apabila ada orang dlm kondisi dharurat maka  bacalah zikir Nabi Yunus nescara Allah akan memberi jalan keluar terhadap masaalahnya.

"Laa illa hailla anta, subha na ka inni kuntu minaz zoolimin"
Nabi Yunus tidak menyampaikan apapon cuma mengatakan dirinya orang yang zolim..apa kesilapan Yunus , beliau meninggalkan masyarakatnya dlm keadaan marah sebelum mendapat izin dari Allah...'

Nabi Muhammad tidak hijrah selagi beliau  tak mendapatkan izin dari Allah.   Dlm al Quran ..Allah larang Nabi Muhammas SAW untuk meniru Yunus kerana Nabi Yunus meninggalkan  umatnya..ada pada ayat...

Al Qalam ayat 48...

Bersabarlah terhadap safmu dan jangan jadi macam Yunus...meninggalkan kaumnya dlam keadaan marah. 

Surat Al Ambiak ayat 67...

Dia menyangka kalau aku tidak menghukumnya...sehingga Yunus berdoa di kegelapan lautan kegelapan perut ikan.. sehingga gelap lautan  dalam, dalam  posisi yg sangat gelap'
Maka beliau berdoa ''

Maka kami kabulkan permohonannya dan kami selamatkan beliau dlm keadaan terdesak. Dan ayat lain Allah  menyatakan bahawa Yunus adalah rasul dan beliau abbaqa"  melarikan diri dan naik dlm perahu penuh penumpang...mereka mengundi lalu beliau orang yg kalah dan lalu beliau dibuang dan ditelan oleh ikan ...Oleh kerana beliau seorang yang bertasbih maka beliau diselamatkan oleh Allah.  

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan Allah selamatkan dari sebarang kesulitan.
Tidak ada seorang pon muslim jika berdoa dgn klalimah ini maka akan Allah mustajabkannya.  Maka mari kita jadikan muqaddimah doa...

Dan doa ketika kesempitan ..k.maka guna 
>Al azim mul halim
>rabbularshsilazim
>Rabbussama watiwal ard.

Doa ketika dalam kesulitan.

1) Laailla haillallah huwarabbussamawatiwarabbulard dhiwarabbulardshilkarim.
2) Laa illa haillallah...huwarabbur ashilazim 
3) Laaillahaillallah hual azim mul halim.

Riwayat dari Ibn Hibban..Rasullullah dengar orang ucapkan :
Allahhu mainni as aluka bianni ash haduanlailahailla an ta , antahadussomad ,  allazi lam yalidwalam yu lad, Walam yakullahu kufuan ahad...,
Hadith Hasan dari

Ahli sunan: 
Sunnan Ibn Daud,
Sunnan  Ibn Majah 
Sunan An Nasai.
Sanadnya tidak ada masaalah . Banyaklah memujhi allah tidak ada hadith yg lebih hassan...
- Allahhummainni as aluka bi an na la ka ham da,
 - Laa illa ha illa  anta
-Al Mannan
-Badi us sama wardth
-Ya Zaljala li wal ik ram
-Ya hai yu ya khai yum

Nabi bersabda orang ini berdoapada allah dgn menyebut Nama Allah yang Agung yang akan di Ijabah.

Boleh juga Laa illa ha illa anta...
Doa akan di ijabah dengan doa dan zikir.
Akan menyelamatkan kebutuhan yang di minta oleh hamba.
Subha nallah...alhamdulillah...laa illahaillallah...Allah huakbar...
di bandingkan doa sahaja tanpa zikir...ia akan lebih kuat dan lebih  ijabah.

Lihat Doa Nabi Zakaria dalam Surah Mariam...
Rabbi inni wahanalmuminni, was taalal raksyushaiba, walam akum bi dua i  rabbi syakiyya.   semak...

Ya Allah tulang2 ku telah lemah dan rambutku pon telah di penuhi uban namun aku tidak pernah merasa rugi dengan banyak berdoa kepadaMu.


Seterusnya dengar betul2...

Tahukah anda...


 

Tanaman di keliling rumah saya yang baru belajar berbuah (Part 1)


Kakakku komen daku buat video..haha..Mereka bidang Penerangan mesti terasa cacat sangat video yang daku bikin.  Maaf kakakku.  Daku Cikgu yang tak belajar betul2 masa itu...Maafkan aku.

..Update...Pokok Rambutan yang saya sangkakan rambutan anak sekolah rupa2nya Rambutan Gading... Dah 3 kali berbuah .  Banyak buahnya malah saya sempat bersedekah kepada jiran2 sekeliling rumah saya.  Pernah juga Shah bawa  ke masjid pada masa itu.  Ianya adalah Rambutan Gading.  Penjual pokok2 tu pakai sebut aja nama tu...tapi daku tak menyesal kerana rasanya sedap sangat...Rapuh isinya.  Malahan jika daku kupaskan ia dan letak dalam peti sejuk ...sangatlah sedap.  hihi Syukur.  Menurut Bah adik iparku baru2 ni pokok mastaku atau manggis terengganiu yang rapuh dan sedap dah belajar berbuah.  Ianya perlu di letakkan baja.  haha.  daku asyik lupa aja nak surun pin baja.  tak apalah nanrtti akan ku berikan baja yang cepat berbuah yang ku lihat dalam you tube. 

Pokok  Limau Taiwanku berbuah begitu lebat sekali masa daku balik kampung dulu.  MaasyaaAllah manis buahnya.  Moga Pin dapat jaga dan daku pesan apa yang ada itu ambillah dan jika buah2 berlebihan maka sedekahlah kepada siapa sahaja yang mereka hendak sedekahkan.  

Masa daku tinggalkan dulu pokok mempelam emas hitamku berbunga lebat tetapi pokok itu diserang oleh anai2 akarnya , makanya ia sujud menyembvah bumi tanpa sempat menghadiahkan daku buahnya.  Adoi sayang sungguh...Daku memang suka mempelam"Emas Hitam"  sekarang daku tak pernah berjumpanya.  Dulu masa daku tinggal di Sendayan, banyak buah ni di jual di Negeri Sembilan.  Di Bangi daku tak pernah lihat buah tu...Hmmmm...kecewanya daku...

Harap pokok avokadoku boleh berbuah juga nanti.  InsyaaAllah.  Pokok merapuh  (Kundang Thailand)  pon sepatutnya dah berbuah. tap[i entahlah...mungkin satu hari nanti dia berbuah juga agaknya.  Pokok Cempedak durianku berbuah.  MaasyaaAllah buahnya mempunyai isi yg besar ulasnya dan manis tak terperi.  .

Daku kena balik bila2 nanti kerana daku rasa rindu sangat kepada pokok2 di keliling rumah kecilku...Hmmmm....Rindunya aku...  haha daku teringat pulak tentang pokok Longan pingpong Hibrik ...dah berbuah tetapi ruginya ia  diserang oleh monyet2...di sekitar hutan yang datang.  Pemerintah berdosa sebab mereka tak menjaga keselamatan tanaman orang2 kampong dengan membasmikan monyet2.   Macam mana lah orang2 kampong nak dapat hasil jika serangan dari binatang2 ini masih berleluasa.  

Daku dapat tahu monyet2 yang di tangkap di pinggir bandar yang di arahkan di hantar ke pulau2 tidak pon di hantar ke sana kerana ada pekerja yang tak amanah hanya melepaskan monyet2 itu dalam perjalanan ke Grik.  Alertlah pemerintah...dikau akan di tanya Allah nanti...Sudahkah dikau smart   (smart in everything)  dalam menjaga rakyatmu?  Sudahkah amanah mu kamu jalankan dgn betul. Tanggungjawab sebagai pemerintah itu BESAR sangat...Jika monyet masih berleluasa bagaimana orang2 kampung hendak menikmati hasil tanaman mereka? Fikir2kanlah wahai pemerintahku.  Allah akan tanya dikau nanti di MahsyarNya.    Sudahkah tanggungjawabmu kau tunaikan ?   

Ya Nabi Salam Alaika...